amalan-amalan untuk menguatkan iman anda s...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang...

44
1 1 pengenalan Terus Berlari Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S elepas kelahiran anak saya yang keempat, saya perlu mencari cara yang mudah dan senang untuk menjaga diri saya walaupun hidup saya sangat sibuk (dan kekurangan tidur). Aktiviti yang saya rasa sesuai adalah berlari. Namun saya tidak biasa berlari. Saya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti riadah ini. Pada mulanya kaki saya melecet dan setiasa lenguh. Ini menjadi satu cabaran bagi saya untuk sentiasa kekal bermotivasi semasa berlari. Namun di sebalik pergelutan yang saya alami, saya menemui pelbagai cara untuk tekun melakukannya. Larian yang dianjurkan oleh

Upload: others

Post on 15-Dec-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

11

pengenalan

Terus BerlariAmalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda

Selepas kelahiran anak saya yang keempat, saya perlu mencari cara yang mudah dan senang untuk menjaga diri saya walaupun

hidup saya sangat sibuk (dan kekurangan tidur). Aktiviti yang saya rasa sesuai adalah berlari.

Namun saya tidak biasa berlari. Saya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti riadah ini. Pada mulanya kaki saya melecet dan setiasa lenguh. Ini menjadi satu cabaran bagi saya untuk sentiasa kekal bermotivasi semasa berlari.

Namun di sebalik pergelutan yang saya alami, saya menemui pelbagai cara untuk tekun melakukannya. Larian yang dianjurkan oleh

Page 2: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

2 TERUS BERLARI

organisasi tempatan selalu memberi saya satu tujuan untuk terus bermotivasi walaupun keadaan di luar terlalu sejuk atau saya tidak mempunyai keinginan untuk berlari lebih jauh. Dorongan seorang rakan membuatkan setiap jarak larian berlalu dengan lebih cepat. Saya juga mempelajari betapa pentingnya memilih kasut larian yang sesuai untuk sampai ke garisan penamat.

Namun, saya mula menikmati untuk berlari hanya setelah berlari jarak jauh berkali-kali. Hasil daripada disiplin ini memberkati saya lebih daripada yang saya jangkakan. Saya dapat mengenali kawasan kejiranan saya dengan lebih baik. Saya dapat bertemu dengan kawan baru. Saya telah menemui apa yang dapat mendorong saya apabila saya dalam pergelutan. Kesihatan saya bertambah lebih baik, begitu juga dengan stamina saya sehingga saya dapat mendaki bukit bersama dengan anak-anak saya.

Saya juga dapat menghargai keindahan dan kerumitan dalam firman Tuhan tentang kehidupan rohani yang dibandingkan dengan pergi berjelajah atau berlari dalam satu perlumbaan. Musa mengarahkan umat Israel mengikut Tuhan, “Oleh itu, patuhilah perintah TUHAN; hiduplah menurut hukum-Nya dan taatilah Dia” (Ulangan 8:6). Penulis kitab Ibrani juga telah mendorong orang percaya menempuh “perlumbaan di hadapan kita dengan tekun. Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir” (Ibrani 12:1-2).

Dengan memahami persamaan antara berlari dalam perlumbaan dan kehidupan rohani kita, ini

Page 3: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

3

dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini adalah metafora yang selalu digunakan dalam firman Tuhan. Penerokaan contoh ini dengan pimpinan Roh Tuhan akan memberikan kita pengertian yang lebih bernilai.

Lisa Samra

Page 4: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

kandungan

satuBerlari dalam Perlumbaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 5

duaTujuan Disiplin Rohani . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11

tigaTeras Disiplin Rohani . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 16

empatDisiplin Rohani Peribadi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 25

limaDisiplin Rohani dalam Perhubungan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 33

enamKe Garisan, Sedia, Mula . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .40

BUKU ASLI: Going the Distance—Practices to Strengthen Your FaithGAMBAR KULIT: © Shutterstock.com / Andre GieREKA BENTUK KULIT: Amy CerraREKA BENTUK DALAMAN: Steve Gier

GAMBAR DALAMAN: (m.s. 1) © Shutterstock.com / Andre Gie; (m.s. 5) Skeeze via Pixabay.com; (m.s. 11) StockSnap via Pixabay.com; (m.s.16) RawPixel via Pixabay.com; (m.s. 25) Maxmann via Pixabay.com; (m.s. 33) Skeeze via Pixabay.com; (m.s. 40) Geralt via Pixabay.com

Ayat-ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia, Alkitab Terjemahan Baru © 1974, Indonesian Bible Society—Lembaga Alkitab Indonesia (ATB). Digunakan dengan keizinan.

© 2020 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, MIHak cipta terpelihara. Dicetak di Malaysia

Page 5: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

5

satu

Berlari dalam Perlumbaan

Walaupun aktiviti seperti berlari tidak menarik atau mendaki bukit tidak mudah untuk dilalui, aktiviti fizikal tetap

penting untuk kita. Badan kita diciptakan untuk bergerak. Kita mengalami keadaan kesihatan yang sangat baik apabila kita kekal aktif. Begitu juga dengan jiwa kita yang tidak kurang pentingnya, aspek abadi kemanusiaan yang diciptakan menurut gambar Tuhan. Kita mengalami kesihatan rohani yang lebih baik secara keseluruhan, apabila kita mempunyai hubungan peribadi dengan Tuhan yang menciptakan kita.

Page 6: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

6 TERUS BERLARI

Cabaran-cabaran dalam Perjalanan Rohani

Kita boleh mendapatkan pemandangan yang menakjubkan apabila berada di puncak bukit. Kita mungkin telah pun menjangkakan bagaimana rasanya berdiri di bawah air terjun di kawasan terpencil, melupakan semua proses perjalanannya yang berliku-liku atau merangkak melintasi lereng yang curam.

Kita juga melihat keadaan yang sama dalam perjalanan rohani kita. Terdapat bahagian-bahagian yang indah dalam perjalanan rohani kita kerana “Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia” (Filipi 4:7) akan memelihara kita. Seperti Daud, kita bersukacita dalam suasana ketenangan dengan bimbingan Tuhan menuntun kita ke padang yang berumput hijau dan membimbing kita ke air yang tenang (Mazmur 23).

Tetapi perjalanan rohani kita mengandungi pelbagai perjuangan yang perlu ditempuhi seperti nabi Elia dalam Perjanjian Lama, yang melarikan diri dalam ketakutan apabila nyawanya diancam berikutan kejayaan besarnya mengalahkan nabi-nabi Baal. Kerana berasa sangat letih, nabi yang melihat api turun dari syurga dan membakar mazbah yang basah (1 Raja-Raja 18:16-39) terjatuh dan menangis sambil berteriak, “Penderitaan ini terlalu berat bagiku, ya TUHAN, ambillah nyawaku, lebih baik aku mati!” (1 Raja-Raja 19:4). Rasul Paulus telah menulis, “Kami sering kali dianiaya, tetapi kami tidak menyerah kalah. Kadangkala kami kebingungan, tetapi tidak pernah putus harapan.

Page 7: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Berlari dalam Perlumbaan 7

Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa (2 Korintus 4:8-9). Paulus juga menulis, “Penderitaan yang kami tanggung itu sedemikian berat sehingga kami kehilangan harapan untuk hidup. Kami berasa seolah-olah sudah dijatuhi hukuman mati” (2 Korintus 1:8-9).

Namun beberapa bahagian yang kelihatan bercanggah ini juga boleh ditemui dalam sejarah gereja. John of the Cross (1542-1591) yang menulis Dark Night of the Soul, memberi orang Kristian satu cara untuk menggambarkan keadaan seseorang ketika dia “semakin merasakan bahawa dia kehilangan arah tujuan.” Setelah menyaksikan beribu-ribu orang percaya kepada Kristus, perintis misionari (penginjil) ke China, Lottie Moon (1840-1912) menulis, “Saya berdoa agar tiada misionari yang akan mengalami kesunyian seperti saya.” Penginjil Billy Graham (1918-2018) berkata ketika mengenang kembali hidupnya, “Kehidupan orang Kristian tidak sentiasa berjalan dengan lancar. Saya juga pernah mengalami keadaan putus asa yang sangat mendalam.”

Perjalanan rohani kita termasuk pelbagai pengalaman yang merangkumi perasaan yang sama. Kita memperoleh dorongan yang kuat kerana mengetahui orang lain juga menempuh perjalanan yang sama. Kita mendapat sokongan melalui begitu banyak warisan yang diturunkan oleh orang percaya sebelum kita. Mereka telah meninggalkan kita sumber kekayaan—amalan kehidupan rohani yang berakar dalam firman Tuhan, yang memberikan kita dorongan sepanjang perjalanan hidup kita.

Page 8: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

8 TERUS BERLARI

Hadiah Disiplin RohaniKita merujuk amalan-amalan ini sebagai “disiplin rohani” kerana kita tidak perlu menunggu sehingga pengakhiran perjalanan rohani kita untuk mengalami Roh Kudus bekerja dalam kehidupan kita. Disiplin tersebut bersifat rohani kerana inilah aktiviti dan amalan yang direka untuk membantu kita mengalami pertumbuhan karakter peribadi yang dihasilkan melalui Roh Kudus: “saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri”(Galatia 5:22-23). Oleh sebab Roh Tuhan menanam sifat-sifat ini dalam kita, maka kita boleh terus menjadi matang secara rohani (Lihat Efesus 4:13).

Semua itu dipanggil sebagai disiplin kerana memerlukan aktiviti yang disengajakan. Paulus menggesa kita “terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah” (Filipi 2:12), sambil yakin bahawa “Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya” (ayat 13). Apabila digabungkan, perkataan disiplin rohani merujuk kepada tabiat yang disengajakan dan amalan yang membawa kita membina hubungan dengan Tuhan supaya anugerah Tuhan bekerja dalam kehidupan kita, memupuk semakin banyak kualiti daripada Roh Tuhan untuk membantu perjalanan kehidupan rohani kita sendiri.

Walaupun disiplin rohani mesti diamalkan selalu, ia bukanlah suatu hukum atau peraturan yang bersifat keundangan. Jika kita menganggap

Page 9: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Berlari dalam Perlumbaan 9

disiplin rohani sebagai satu set peraturan, ini akan menyebabkan ia menjadi sesuatu yang membebankan dan memenatkan—sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, disiplin tersebut adalah amalan yang mempunyai tujuan dan direka untuk membantu kita berhubung dengan Tuhan supaya Roh-Nya dapat bekerja dalam kehidupan kita.

Walau di mana pun anda berada dalam perjalanan rohani, semoga buku kecil ini mendorong anda terus bertumbuh dalam kesedaran terhadap kepentingan Alkitab dalam disiplin rohani. Sepanjang anda meneroka disiplin-disiplin ini, benarkan Roh Tuhan membantu anda secara kreatif untuk mendalami cadangan-cadangan yang dibincangkan supaya anda menjalani kehidupan ini mengikut kehendak-Nya.

Akan tetapi, marilah mempertimbangkan beberapa bantahan umum yang melibatkan disiplin rohani.

Soalan Pembelajaran: Dalam Ibrani 12:1-3, penulis mahu membantu kita mengelakkan bahaya yang serius tentang keletihan dan keputusasaan dalam perjalanan rohani. Sila mengenal pasti beberapa dorongan dalam ayat Alkitab yang boleh membantu kita semasa kita menempuh perjalanan ini.

Soalan Renungan: Huraikan pengalaman anda ketika anda mengalami “masa senang” dan seakan-akan “masa sukar” sepanjang perjalanan rohani anda.

Page 10: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

10 TERUS BERLARI

Aplikasi: Bolehkah anda mengingat kembali apakah sumber bantuan rohani atau berkat yang anda peroleh daripada kedua-dua pengalaman tersebut? Bagaimana pengalaman ini dapat membantu anda?

Page 11: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

11

dua

Tujuan Disiplin Rohani

Bayangkan anda memasuki sebuah kedai yang khususnya menjual barangan aktiviti larian, anda akan menemukan pelbagai

alat, kelengkapan, dan lain-lain lagi yang anda tidak pernah jumpa. Anda boleh memperoleh banyak peralatan, tetapi tidak ada gunanya untuk memiliki semua peralatan mahal jika anda tidak akan menggunakannya semasa latihan atau dalam perlumbaan. Alat tersebut direka untuk membantu seseorang mencapai matlamat, bukannya menjadi fokus atau matlamat.

Begitu juga dengan kehidupan rohani. Biasanya orang menentang tentang keperluan untuk mengamalkan disiplin rohani kerana mereka bimbang amalan ini boleh menjadi tumpuan atau tujuan perjalanan rohani kita, atau dilihat sebagai cara untuk menerima keselamatan. Ini memang satu

Page 12: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

12 TERUS BERLARI

peringatan yang membantu. Seperti kelengkapan yang digunakan oleh pelari, disiplin rohani berguna bagi perjalanan rohani kita, tetapi amalan ini sama sekali tidak membuat kita layak memperoleh hidup kekal atau menyediakan kita memasuki hubungan peribadi dengan Yesus. Alkitab memberi jaminan kepada kita bahawa “kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu” (Efesus 2:8-9). Tidak ada usaha atau amalan manusia boleh mendapatkan keselamatan. Ini semuanya adalah anugerah Tuhan yang penuh kasih.

Setelah kita menerima anugerah keselamatan, janji Tuhan yang luar biasa akan membawa kita mencapai tujuan akhir: hidup kekal bersama Dia. Tidak seperti perlumbaan fizikal, pasti ada beberapa atlet tidak akan melepasi garisan akhir dengan berjaya, namun tiada apa-apa akan menghalang kita menyelesaikan perjalanan ini. Paulus menghiburkan kita dengan keyakinan bahawa Tuhan “yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali” (Filipi 1:6).

Bagaimanapun, suatu pertentangan berpotensi akan timbul. Walaupun kita yakin bahawa Tuhan mempunyai jaminan keselamatan untuk kita, Alkitab juga menjelaskan bahawa kita harus memainkan satu peranan penting. Kita mengalami keselamatan melalui amalan rohani (yang kita sebut “disiplin rohani”).

Page 13: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Tujuan Disiplin Rohani 13

Kita melihat kedua-dua hakikat dalam banyak perbandingan Paulus antara perjalanan rohani dan perlumbaan (lihat juga Galatia 2:2; Filipi 2:16; dan 2 Timotius 4:7). Paulus melihat keperluan latihan kerana dia menyeru orang percaya di Korintus “mengambil bahagian dalam perlumbaan, tetapi hanya seorang yang menerima hadiah. Oleh itu larilah sedemikian rupa sehingga kamu mendapat hadiah itu. Setiap ahli sukan yang sedang menjalani latihan harus mematuhi disiplin yang ketat. Dia melakukannya kerana dia ingin mendapat hadiah kejuaraan, walaupun hadiah itu akan rosak. Kita pun seperti ahli sukan yang mematuhi disiplin yang ketat supaya mendapat hadiah kejuaraan yang tidak akan rosak” (1 Korintus 9:24-25). Paulus mengetahui bahawa rahmat Tuhan yang sama telah memberi kita keselamatan dan menjamin masa depan kita juga dapat membantu kita menjalani perlumbaan rohani kita dengan baik.

Anggaplah disiplin rohani sebagai latihan yang kita lakukan untuk mengamalkan hidup yang ada penguasaan diri, jujur, dan memuliakan Tuhan. Disiplin rohani dapat membantu kita berfokus kepada Yesus, yang mempersiapkan kita dengan kekuatan ketika kita lelah, memberikan bimbingan daripada Roh Tuhan untuk membuat keputusan hidup, dan mencurahkan rahmat-Nya yang memampukan kita bertahan.

Apakah Disiplin Rohani?Walaupun disiplin rohani telah membantu orang Kristian dalam perjalanan rohani mereka sepanjang sejarah gereja, tidak ada senarai yang ditetapkan

Page 14: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

14 TERUS BERLARI

atau yang dipersetujui secara umum. Namun, kebanyakan orang percaya mendapati bahawa amalan umum yang berakar pada prinsip-prinsip Alkitab bermanfaat untuk membawa mereka kembali kepada kehadiran Tuhan dalam kehidupan mereka.

Mungkin ini akan membantu jika kita berfikir tentangnya dalam tiga kategori:1 ‘Teras, Peribadi, dan Hubungan. Semasa kita menerokai ketiga-tiga disiplin ini, mungkin hanya beberapa perkara tertentu akan ditekankan dalam setiap kategori, kerana terdapat banyak lagi disiplin dan kaedah yang boleh kita terokai. Jadi, benarkan idea-idea ini berfungsi sebagai batu loncatan untuk memulakan disiplin rohani anda.

Kita mengkategorikan amalan-amalan yang disebutkan dalam Alkitab sebagai “disiplin rohani teras”, yang memancarkan disiplin rohani yang lain. Amalan-amalan ini membenarkan orang percaya menerima kekuatan daripada Roh Tuhan untuk menjalankan dan mengalami semua disiplin rohani.

Disiplin rohani teras meliputi pembacaan Alkitab, doa, dan beribadah bersama.

Disiplin rohani peribadi termasuk latihan yang berfokus pada pekerjaan Roh Kudus yang mengubah hati setiap individu. Saat teduh dan berpuasa adalah dua amalan yang berguna.

Akhirnya, disiplin rohani dalam perhubungan adalah amalan yang melibatkan orang lain yang menempuh perjalanan rohani ini bersama-sama

1 Dalam buku The Spirit of the Disciplines (Membangkitkan Kembali Semangat Disiplin Rohani), penulis Dallas Willard membahagikan disiplin rohani kepada dua kategori, iaitu disiplin menahan diri dan disiplin berhubungan. Dalam buku Celebration of Discipline¸ penulis Richard Foster membahagikan disiplin rohani ini kepada tiga kategori: disiplin dalaman, disiplin luaran dan disiplin bersama.

Page 15: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Tujuan Disiplin Rohani 15

kita. Perkhidmatan dan pelayanan yang baik adalah disiplin perhubungan kerana kedua-dua amalan ini dilakukan untuk masyarakat kita.

Seperti yang kita lihat dalam bab-bab berikut tentang bagaimana setiap disiplin rohani dijadikan sebagai contoh dalam Alkitab, ia sangat berguna untuk menerapkan cara yang praktikal ini ke dalam perjalanan rohani kita. Anda mungkin perlu mengubah caranya mengikut keadaan semasa anda. Kami berharap anda akan teruja untuk mencuba latihan baru yang anda tidak fikirkan sebelum ini, atau dilengkapi untuk meneroka disiplin rohani sebelum ini yang agak janggal pada mulanya.

Soalan Pembelajaran: Dalam 1 Korintus 9:24-27, Paulus menulis tentang kesungguhannya untuk menerima latihan bagi perjalanan rohaninya. Apakah perbandingan- perbandingan yang dibuat oleh Paulus tentang latihan untuk perlumbaan fizikal dan perlumbaan rohani?

Soalan Renungan: Sila kongsikan pengalaman anda semasa anda mengamalkan disiplin rohani? Apakah disiplin yang anda dapati lebih mudah untuk dilaksanakan, dan apakah yang lebih mencabar? Mengapa?

Aplikasi: Tuhan yang bekerja untuk memberi kita kebebasan dan rahmat supaya kita boleh mengamalkan disiplin rohani. Apakah pendapat anda akan pernyataan ini?

Page 16: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

16

tiga

Teras Disiplin Rohani

Untuk menjalankan latihan dengan selamat dan menyelesaikan suatu larian, amatlah penting bagi setiap pelari minum air

secukupnya. Anda akan menjumpai pelbagai cara untuk memastikan tubuh kita kekal hidrat. Seorang pelari mungkin lebih suka minum air, manakala yang lain mungkin memilih minuman sukan atau susu coklat; sesetengah suka minum hanya sedikit dengan lebih kerap, sementara yang lain memilih untuk minum dengan kuantiti yang banyak tetapi hanya sekali-sekala.

Disiplin rohani juga sama. Terdapat beberapa teras amalan yang kerap disebutkan dalam Alkitab dan dianggap amat berguna secara tradisi, bahkan merupakan unsur penting dalam pertumbuhan rohani. Kita boleh belajar banyak dengan membaca

Page 17: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Teras Disiplin Rohani 17

banyak cerita dalam Alkitab atau biografi tentang kaum lelaki dan wanita yang telah mengamalkan kebiasaan ini dengan setia. Walaupun teras disiplin rohani ini dikatakan penting, tetapi masih memberi kita kebebasan untuk memutuskan cara tertentu yang mungkin boleh digunakan dalam perjalanan rohani kita.

Teras disiplin rohani adalah: penelitian Alkitab, doa dan ibadah bersama.

Penelitian AlkitabSebagaimana kita memerlukan air dan makanan untuk kesihatan fizikal, penelitian dan pembacaan Alkitab memberi kita kehidupan dan kesedaran baru tentang pelbagai keperluan dalam perjalanan rohani kita. Tuhan menyampaikan kebenaran dan bimbingan-Nya melalui sumber utama-Nya—Alkitab. Ini membantu kita memahami sifat dan tujuan Tuhan. Alkitab menunjukkan kepada kita cara untuk berdamai dengan Tuhan dan menerima hidup kekal. Alkitab juga memberi kita penghiburan ketika kita menderita dan mendorong kita merayakan kesetiaan dan kebaikan Tuhan.

Alkitab berulang kali memanggil kita meneliti kandungannya. Tuhan memerintah Yosua, “Pastikanlah supaya Kitab Taurat sentiasa dibacakan kepada umat-Ku semasa kamu beribadat. Kajilah kitab itu siang dan malam; pastikanlah supaya engkau mentaati segala yang tertulis di dalamnya” (Yosua 1:8). Pemazmur juga menyebutkan Alkitab sebagai “Taurat”, malah mengatakan bahawa orang yang “suka mentaati Taurat TUHAN dan merenungkannya siang malam” (Mazmur 1:2) adalah diberkati.

Page 18: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

18 TERUS BERLARI

Ketika Yesus dicubai oleh Iblis, Dia memetik ayat Alkitab yang mengatakan, “Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah” (Matius 4:4). Ini adalah rujukan kepada makanan yang memberi hidup dalam Alkitab. Antara pesan terakhir Paulus kepada anak muridnya, Timotius yang masih muda, adalah dorongan untuk terus berpegang kepada ajaran benar dalam Alkitab kerana firman Tuhan “berguna untuk mengajar apa yang benar, untuk menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang supaya hidup menurut kehendak Allah. Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik” (2 Timotius 3:16-17). Wahyu 1:3 mengatakan, “Berbahagialah orang yang membaca kitab ini kepada jemaah. Berbahagialah mereka yang mendengarkan perkhabaran nubuat ini serta taat kepada apa yang tertulis di dalam kitab ini.”

Amalan-Amalan SpesifikRancangan pembacaan membantu kita membaca seluruh Alkitab (yakni firman Tuhan) dalam satu jangka masa yang tertentu, biasanya 3, 6 atau 12 bulan. Sesetengah gereja mempunyai leksionari—koleksi petikan ayat Alkitab yang terpilih—yang disediakan sebagai rancangan pembacaan yang tetap untuk setiap pagi dan/atau petang. Atau anda hanya perlu memilih salah satu kitab dalam Alkitab, contohnya Mazmur, dan membaca satu fasal setiap hari.

Cadangan lain adalah memilih buku renungan harian yang memberikan pandangan atau topik

Page 19: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Teras Disiplin Rohani 19

khusus dalam Alkitab yang membakar semangat setiap hari.

Akhir sekali, anda juga boleh menghafal ayat-ayat Alkitab yang bermakna atau petikan yang bermanfaat. Ini membolehkan kita menerapkan kebenaran Alkitab dan merenungkannya apabila kita tidak membawa Alkitab. Mungkin anda boleh bermula dengan bahagian yang lebih pendek atau cuma menghafal satu bahagian pada satu masa dan perlahan-lahan menambahkan satu ayat atau satu perenggan.

DoaMungkin tidak ada amalan rohani bagi umat Tuhan yang ditunjukkan dalam Alkitab seperti doa. Yesus Kristus sendiri sentiasa memasukkan doa ke dalam arus hidup dan pelayanan-Nya (perhatikan Matius 14;23, Markus 1:35; 6:46; 14:32-42; Lukas 6:12; 9:16; 11;1-4; 22:32; 23:46).

Tuhan menyertai umat-Nya apabila mereka berdoa. Musa berkata kepada umat Israel, “Allah kita dekat kepada kita. Dia menjawab bila-bila sahaja kita berseru meminta pertolongan (Ulangan 4:7). Mazmur 145:18 mengesahkan, “Dia dekat dengan orang yang berseru kepada-Nya, dan yang memohon kepada-Nya dengan tulus hati.”

Alkitab mengajak kita “sentiasa berdoa dan tidak putus asa” (Lukas 18:1) dan “dalam segala doa dan permohonan. Berdoalah setiap waktu di dalam Roh” (Efesus 6:18, ATB). Banyak contoh dalam Alkitab menunjukkan alasan orang berdoa. Dalam 1 Samuel, Hana memohon kepada Tuhan untuk mengabulkan permintaan khusus, iaitu seorang anak lelaki (1

Page 20: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

20 TERUS BERLARI

Samuel 1:11). Mazmur 51 adalah doa yang ditulis oleh Raja Daud untuk memohon pengampunan Tuhan. Yakobus mendorong umat Kristian “berdoa bagi satu sama lain, supaya kamu disembuhkan” (Yakobus 5:16). Paulus telah menulis doa pujian yang mengistiharkan kebesaran Tuhan (Roma 11:33-36). Yakobus juga mengingatkan para pembacanya untuk berdoa memohon kebijaksanaan: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang” (Yakobus 1:5).

Apabila kita berdoa, kita ada keyakinan yang teguh bahawa Tuhan mendengar kita, tidak kira apa sahaja permohonan kita (1 Yohanas 5:14). Bapa Syurgawi kita memberi perhatian ke atas doa-doa kita (1 Petrus 3:12), walaupun kita tidak mendapat apa yang kita minta. Tiada contoh yang lebih dramatik daripada doa di Taman Getsemani, iaitu Yesus meminta kepada Bapa-Nya sekiranya Dia boleh menghindari kesengsaraan dan seksaan pada kayu salib (Matius 26:39). Penyerahan Yesus yang mutlak kepada kehendak Bapa tidak menafikan hakikatnya bahawa Kristus telah meminta Bapa untuk jalan lain, yang Tuhan memilih untuk tidak menyediakan.

Apabila kita berhubung dengan Tuhan dalam doa, apa pun jawapan atau hasil permohonan kita, kita boleh diyakinkan bahawa Dia selalu dekat dengan kita, dan “kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Yesus Kristus” (Filipi 4:7).

Page 21: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Teras Disiplin Rohani 21

Amalan-Amalan SpesifikPada saat Roh Tuhan mendorong pertumbuhan disiplin rohani tentang doa, pertimbangkan cadangan-cadangan seperti berikut—tetapi jangan rasa tersekat atau tertakluk kepada senarai amalan khusus tersebut!

Penulisan jurnal atau membuat catatan tentang doa adalah amalan yang bermakna bagi ramai orang Kristian. Cara ini telah membantu mereka menumpukan hati dan fikiran apabila berdoa. Catatan doa juga boleh menjadi rekod yang berkuasa bagi doa-doa yang terjawab.

Anda juga boleh menyediakan kalendar doa yang memberi panduan kepada seseorang yang berasa tersentuh untuk berdoa kepada Tuhan tentang keadaan sesetengah orang atau banyak perkara lain. Dengan membahagikan keperluan doa kita kepada hari-hari yang berlainan, kita boleh memperoleh kesejahteraan kerana kita selalu membawa perkara-perkara doa kepada Tuhan.

Doa juga boleh menjadi usaha aktif yang sungguh-sungguh. Cubalah berdoa sambil berjalan. Peluang doa seperti ini memberikan variasi kepada kehidupan doa kita apabila kita berjalan di suatu kawasan seperti di sekeliling rumah kita, tempat kerja atau kompleks pangsapuri, untuk mendoakan orang yang tinggal atau bekerja di kawasan tersebut. Sama ada anda berdoa secara kedengaran atau senyap, bentuk doa ini membolehkan kita melihat persekitaran dan orang yang kita doakan semasa kita berdoa.

Untuk mencungkil kekreatifan yang diberikan oleh Tuhan, mungkin kita boleh melukiskan beban

Page 22: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

22 TERUS BERLARI

doa kita. Bagi orang yang mempunyai bakat seni, dengan penuh doa mereka boleh melukis lakaran bagi permohonan doa mereka. Orang yang terbatas dalam bakat seni juga boleh cuba menggunakan perkataan dan warna untuk menghasilkan doa visual. Dengan menempatkan karya yang kreatif ini di tempat yang bermakna, kita boleh diingatkan bahawa Tuhan mendengar doa kita sebagaimana apa yang terpapar dalam karya seni tersebut.

Ibadah BersamaMeskipun ibadah bersama kelihatan seperti perkembangan yang baru, umat Tuhan memang sering berkumpul bersama-sama. Dalam Perjanjian Lama, umat Tuhan sering berkumpul untuk perayaan dan pertemuan keagamaan untuk mengalami kehadiran Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Imamat 23. Pada permulaan gereja awal seperti yang tercatat dalam Perjanjian Baru, “dengan tekun [orang percaya] menerima ajaran daripada rasul-rasul. Mereka hidup bersaudara, makan bersama-sama, dan berdoa bersama-sama” (Kisah Rasul-Rasul 2:42). Inilah kehidupan berkomuniti di gereja yang mula-mula. Walaupun ini bukan daftar yang lengkap, tetapi ini dapat memberikan gambaran tentang amalan yang sering dilakukan oleh orang Kristian yang mula-mula ketika mereka berkumpul bersama-sama. Oleh sebab penulis kitab Ibrani menyedari betapa pentingnya aktiviti bersama ini, maka dia menggesa gereja tidak menghentikan kebiasaan berkumpul supaya jemaah Kristian boleh saling memberi dorongan dan mendekatkan diri kepada Tuhan (Ibrani 10:22-25).

Page 23: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Teras Disiplin Rohani 23

Amalan-Amalan SpesifikPenyembahan dalam komuniti yang berkumpul dilakukan dengan pelbagai cara di seluruh dunia. Selain dalam bangunan gereja, orang Kristian beribadah di rumah, sekolah, panggung wayang atau di mana sahaja ruang yang disediakan Tuhan. Kita bersyukur kepada gereja, tempat yang kita dapat beribadah bersama. Atau, kita boleh berdoa untuk pimpinan Tuhan untuk mencari komuniti yang seiman supaya kita boleh beribadah bersama dengan orang percaya yang lain.

Kunjungan ke gereja lain boleh memperluaskan pemahaman kita tentang keindahan pelbagai ungkapan penyembahan. Anda mungkin akan lebih menghargai cara ibadah yang berbeza dengan mengunjungi beberapa buah gereja di sekitar kota anda.

Sementara kita bersiap untuk berkumpul dengan orang lain untuk beribadah, pertimbangkan bagaimana kita boleh menjadi berkat atau pendorong kepada orang lain dalam komuniti kita.

Soalan Pembelajaran: Ketika memberikan tugas terakhir kepada Timotius (2 Timotius 3:14-17), Paulus menghuraikan beberapa cara tertentu berasaskan Alkitab yang boleh membantu Timotius meneruskan perjalanan rohaninya. Senaraikan ayat-ayat Alkitab yang membantu kita dan menyertakan contoh bagi setiap ayat.

Soalan Renungan: Perhatikan pelbagai jenis doa yang terdapat dalam Alkitab (contohnya pujian, permohonan dan ratapan). Apakah ungkapan doa yang anda biasa lakukan dan yang manakah jarang dilakukan? Mengapa?

Page 24: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

24 TERUS BERLARI

Aplikasi: Pilih satu amalan khusus daripada teras disiplin rohani untuk mengambil langkah atau menerapkannya untuk kali pertama dengan cara baru. Renungkanlah berkat dan pergelutan dalam usaha untuk melaksanakan disiplin rohani ini.

Page 25: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

25

empat

Disiplin Rohani Peribadi

Walaupun dimulai hanya dengan 15 orang peserta pada tahun 1897, Maraton Boston telah disertai oleh anggaran 30,000

pelari yang meliputi jarak sejauh 42 kilometer pada masa kini. Sementara itu, perlumbaan ini mungkin kelihatan seperti orang ramai berkerumun di tengah-tengah jalan ketika mereka menuju ke garisan penamat, tetapi setiap pelari mempunyai nombor unik yang membezakan mereka daripada khalayak ramai.

Perjalanan rohani kita juga sama. Kita terdiri daripada komuniti yang besar menuju ke arah matlamat yang sama; tetapi kita mempunyai pengalaman yang sangat peribadi dan unik. Dua perspektif inilah yang dinyanyikan oleh orang Israel dalam Mazmur 121, sewaktu dalam perjalanan ke

Page 26: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

26 TERUS BERLARI

Rumah Tuhan bagi salah satu perayaan keagamaan tahunan mereka. Tuhan, “Penjaga Israel” (Mazmur 121:4 TB), juga “menjaga kamu” (ayat 5). Dalam bahasa Ibrani, “kamu” dalam ayat lima adalah kata tunggal, menekankan Tuhan mengawasi seluruh bangsa dan setiap individu dengan penuh kasih.

Walaupun semua disiplin rohani menerangkan dan mengaitkan dengan disiplin yang lain, amalan ini dapat membantu kita mengasingkan disiplin yang seterusnya menjadi dua kumpulan: disiplin rohani peribadi yang menumpukan hubungan setiap individu dengan Tuhan, dan disiplin rohani antara sesama yang kerap dipraktikkan dalam saudara dan saudari seiman kita. Di sini kita menekankan disiplin mengenai saat teduh dan puasa kerana hal ini sangat sesuai dikaitkan dengan keadaan isu-isu semasa.

Saat TeduhKebanyakan kita hidup dalam era komunikasi segera, banyak maklumat dan media mudah dilayari dan pengenalan peranti yang berterusan direka untuk membantu kita menyelesaikan banyak tugas dan kerja rumah. Sementara kita bersyukur atas kemajuan teknologi, bunyi bip yang berterusan, deringan, peringatan dan gangguan lain juga dapat mengalihkan perhatian kita dengan mudah.

Tuhan sering kali berbicara kepada kita bukan dengan bunyi dentuman guruh yang kuat atau deruman cahaya kilat, tetapi dalam “bisikan lembut” seperti didengar oleh nabi Elia dalam Perjanjian Lama selepas badai telah berlalu (1 Raja-Raja 19:2).

Dalam kebisingan hidup kita, kita amat memerlukan saat teduh untuk berinteraksi dengan

Page 27: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani Peribadi 27

Tuhan sama ada selama beberapa minit atau jangka masa yang lebih lama, selain daripada melaksanakan tanggungjawab dan hal-hal lain dalam kehidupan harian. Penulis Henri Nouwen menulis, “Tanpa saat teduh, mustahil untuk menjalani kehidupan rohani.” Nouwen bukan hanya merenungkan pengalaman dia sendiri, tetapi teladan yang ditunjukkan oleh Yesus.

Alkitab memberikan kita banyak gambaran tentang Yesus yang mengutamakan saat teduh meskipun Dia menghadapi banyak tuntutan yang mendesak. Ketika kita membaca catatan Lukas bahawa “berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka” (Lukas 5:15), kita mungkin mengharapkan Yesus sentiasa tersedia untuk membantu semua orang. Namun, bagaimanakah sebenarnya Yesus menjawab? “Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa” (ayat 16).

Jika Yesus memerlukan saat teduh untuk berdoa, kita juga memerlukannya. Pada saat teduh, Tuhan mengajak kita mendengar, yang patut disertakan ketika kita terlibat dalam disiplin rohani yang lain seperti berdoa, membaca Alkitab, atau merenungkan firman-Nya. Saat teduh memberikan kita kesempatan untuk mengalami “panggilan yang lebih mendalam” (Mazmur 42:8 TB) ketika kita meluahkan keinginan jiwa kita yang terdalam kepada Tuhan.

Kadang-kadang mencari saat teduh memerlukan kreativiti, tetapi biasanya ini tidak mustahil. Mungkin anda memerlukan kerusi yang selesa di sudut kecil pada loteng yang tidak diganggu oleh ahli keluarga pada waktu subuh. Banyak gereja

Page 28: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

28 TERUS BERLARI

menawarkan ruangan untuk saat teduh dan doa, bahkan sesetengah hospital juga mempunyai ruangan yang khas untuk renungan dan doa. Berjalan di luar boleh menjadi “tempat sunyi” yang memberi ruangan untuk refleksi dan doa. Mahupun dalam bilik rehat yang kacau juga, penyumbat telinga dan kerusi yang ditempatkan dengan baik dapat mencipta suasana yang tenang.

Setiap kali kita mengasingkan masa dan ruang untuk mendengar suara Tuhan, kita dapat mengalami kehadiran Tuhan yang penuh kasih betul-betul menyertai kita, dan kita diingatkan bahawa Dia gembira untuk bertemu dengan anak-anak-Nya.

Dalam Perjanjian Baru, Yesus menegaskan bahawa bimbingan-Nya tersedia untuk orang Kristian dengan peringatan bahawa Dia adalah gembala yang baik dan kita adalah domba-domba-Nya yang “mengikuti dia kerana mengenal suaranya” (Yohanes 10:4). Semua perkara ini tiada yang mustahil kerana Roh Yesus, yang dijanjikan-Nya kepada semua orang percaya (Yohanes 14:26). Ketika kita bersandar kepada Roh Tuhan untuk melakukan disiplin-disiplin rohani, kita pasti bahawa Tuhanlah yang menuntun dan membimbing kita.

PuasaDisiplin rohani tentang puasa dirancang untuk melepaskan kita daripada segala kuasa yang bersaing dengan Tuhan untuk mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang kita. Dengan memilih untuk melepaskan sesuatu yang kita bergantung, inilah cara yang kecil untuk meneguhkan dan

Page 29: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani Peribadi 29

mengingatkan diri kita—Tuhan adalah satu-satunya pembekal dan pemelihara kita yang sejati.

Puasa sering ditemukan dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Puasa dalam Perjanjian Lama selalu melibatkan penahanan diri daripada makanan. Hana berpuasa dan berdoa untuk seorang anak (1 Samuel 1). Ketika nabi Nehemia mengetahui bahawa tembok-tembok kota Yerusalem telah runtuh, dia berdoa dan berpuasa untuk meminta petunjuk daripada Tuhan (Nehemia 1:1-11). Raja Daud berpuasa secara tetap dan pada masa-masa tertentu ketika dia menghadapi keadaan yang mencabar (2 Samuel 12:16-23; Mazmur 35:13; 69:11). Nabi Daniel berdoa dan berpuasa beberapa kali (Daniel 9:3; 10:2-3).

Dalam Matius 6:16-18, Yesus memberikan suatu dorongan yang jelas kepada para pengikut-Nya untuk berpuasa, serta pedoman yang spesifik (garis panduan) sebagai sebahagian daripada khutbah mengenai kehidupan rohani. Yesus memulakan pengajaran-Nya dengan, “Apabila kamu berpuasa” (ayat 16), bukan “ jika kamu berpuasa.” Dalam bukunya The Cost of Discipleship, Dietrich Bonhoeffer bersetuju: “Yesus menganggap bahawa para pengikut-Nya akan mematuhi adat ibadah puasa.”

Setelah Yesus bangkit daripada kematian, kita membaca beberapa kali para pemimpin gereja pada zaman awal sering berpuasa (Kisah Rasul-Rasul 13:2-3; 14:23). Paulus juga mendorong orang percaya yang berkahwin berpuasa daripada keintiman seksual untuk sekali-sekala, “supaya masing-masing dapat berdoa dengan tekun” (1 Korintus 7:5).

Sementara puasa yang disebutkan dalam Alkitab sering melibatkan pantang tentang makanan,

Page 30: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

30 TERUS BERLARI

pastor berbangsa British, Martyn-Lloyd Jones memperluaskan penjelasan tentang definisi puasa, termasuklah “menahan nafsu dari apa sahaja yang dianggap wajar demi kepentingan rohani kita secara khusus.”

Sekiranya kita adalah sihat, cara yang baik untuk memulakan puasa adalah tidak mengambil makanan tengah hari dan menggunakan waktu tersebut untuk membaca Alkitab dan berdoa. Anda juga boleh tidak makan sarapan pagi dan makan tengah hari pada hari yang dikhususkan untuk berpuasa, sebelum anda mula berpuasa lebih lama. Apabila anda berpuasa daripada makanan, jangan lupa untuk minum banyak air.

Puasa bukan makanan mungkin termasuk berpuasa daripada media sosial satu hari sebulan dan secara beransur-ansur meningkat sehingga satu hari seminggu. Ada sesetengah orang mendapati bahawa berpuasa daripada e-mel atau menghantar mesej selama beberapa jam setiap petang sangat bermakna. Mereka mungkin menggunakan masa tersebut untuk bersama dengan keluarga, membaca Alkitab atau buku yang membangkitkan semangat, mahupun tidur awal!

Apa pun jenis puasa yang kita pelajari sebagai sebahagian daripada perjalanan rohani kita, kita berpeluang menggunakan waktu tersebut untuk tujuan rohani seperti berfokus dalam doa (Ezra 8:23), mendengar petunjuk dan bimbingan (Kisah Rasul-Rasul 13:2), meminta perlindungan (Ester 4:16), mengakui dosa (1 Samuel 7:6), atau menyembah (Lukas 2:37). Saya juga telah mendapati bahawa apabila saya mencari Tuhan menerusi disiplin

Page 31: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani Peribadi 31

rohani, Dia menguatkan dan mengurniai saya kesejahteraan-Nya secara rohani (Matius 11:28-30).

Selepas berpuasa, ketika kita kembali menikmati makanan atau menggunakan teknologi, kita juga diingatkan tentang kebenaran bahawa “Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit” (Yakobus 1:17).

Dalam Perjanjian Lama, Tuhan membuat perjanjian dengan Abraham. Perjanjian tanpa syarat ini menguraikan janji Tuhan untuk memberkati Abraham, keturunannya, dan semua bangsa di dunia (Kejadian 15:6-21). Kemudian, Tuhan membuat perjanjian bersyarat dengan Musa yang menjanjikan berkat tambahan tetapi juga menghendaki orang Israel memenuhi syarat-syarat tertentu (Keluaran 19:3-6). Ini disebut Hukum Musa.

Apabila bangsa Israel tidak mematuhi Hukum, Tuhan menyatakan melalui nabi Yeremia bahawa Dia akan menggantikan perjanjian bersyarat Musa dengan perjanjian baru tanpa syarat (Yeremia 31:31-34). Nubuat ini digenapi melalui Yesus sendiri (Lukas 22:20; Ibrani 9:15) dan disediakan untuk semua orang (Galatia 3:26-29). Perjanjian baru ini ditunjukkan oleh Yesus dengan jelas sekali ketika Dia mengatakan hukum yang terutama adalah mengasihi Tuhan dan sesama kita (Matius 22:37-40).

Soalan Pembelajaran: Di bahagian ajaran tentang puasa yang terdapat dalam Khutbah di atas Bukit (Matius 6:16-18), Yesus memberi beberapa pedoman tentang puasa. Apakah pedoman-pedoman tersebut dan bagaimanakah kita dapat melakukannya apabila kita berpuasa?

Page 32: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

32 TERUS BERLARI

Soalan Renungan: Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi ketika mengadakan saat teduh? Bagaimanakah anda meminta Tuhan untuk menolong anda mengatasi halangan-halangan tersebut?

Aplikasi: Pertimbangkan untuk memilih satu perkara yang ingin dipuasakan pada minggu akan datang. Apabila anda selesai berpuasa, luangkan waktu untuk merenungkan pengalaman anda.

Page 33: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani dalam Perhubungan 33

lima

Disiplin Rohani dalam Perhubungan

Peserta yang berlari lalu di hadapan memberikan satu gambaran bahawa perlumbaan itu kelihatan seperti perlumbaan

seorang diri yang bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Namun, kebanyakan larian sebenarnya mempunyai beberapa pelari yang ditugaskan untuk berlari pada kadar yang tetap bagi membantu para pelari yang lain mengekalkan kelajuan mereka daripada titik permulaan hingga ke garisan penamat. Orang lain yang menyertai perlumbaan ini adalah sebahagian kumpulan pelari yang diwujudkan untuk melatih tahap kepercayaan dan dorongan bersama. Dalam cara yang sama, perjalanan rohani peribadi kita kelihatan seperti

Page 34: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

34 TERUS BERLARI

usaha seorang diri, tetapi sebenarnya melibatkan usaha memberi dan menerima sokongan dan bantuan. Salah satu petikan dalam Alkitab yang memberikan penekanan tentang mengamalkan iman dalam komuniti adalah penerangan yang diberikan Paulus mengenai gereja. Dia menyebutkan gereja adalah sebuah anggota badan yang saling bergantung, setiap anggota bergantung kepada anggota yang lain agar boleh berfungsi dengan sihat dan betul (1 Korintus 12:12-26).

Disiplin rohani dalam perhubungan adalah nama yang kita berikan untuk amalan-amalan yang menumpukan pada aspek perjalanan rohani bersama, amalan-amalan yang kita lakukan sebagai sebahagian aktiviti bersama untuk membantu dan menyokong sesama. Dua disiplin rohani dalam perhubungan yang kita akan teliti secara mendalam adalah pelayanan dan layanan baik.

PelayananPerkataan “pelayanan” mungkin boleh memberikan pandangan tentang perasaan enggan melakukan tugas-tugas yang kasar atau senarai permintaan yang sukar. Sememangnya pelayanan melibatkan tindakan yang spesifik, tetapi teras pelayanan dalam disiplin kerohanian adalah kerelaan untuk menawarkan diri, melalui kuasa Roh Tuhan, bagi kebaikan orang lain.

Pelayanan merangkumi perintah agung yang diberi oleh Yesus, yang menyeru kita mengasihi Tuhan sepenuh hati dan “kasihanilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:39). Yesus memberikan satu gambaran yang indah mengenai kasih melalui perumpamaan Orang

Page 35: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani dalam Perhubungan 35

Samaria yang Baik Hati, yang telah mengambil tindakan di luar sangkaan orang apabila dia bertemu dengan seorang lelaki yang telah dipukul dan dibiarkan mati. Orang Samaria itu menjaga lelaki itu sehingga dia pulih (Lukas 10:25-37). Yesus memuji kelakuan itu yang bukan sekadar melaksanakan suatu tugas, tetapi dia membantu orang dengan sikap yang penuh kasih. Dia telah mengubah konsep kita tentang pelayanan secara menyeluruh.

Meskipun kita mempunyai niat yang baik untuk bersama dengan rakan dan keluarga, mempunyai cara hidup yang merangkumi disiplin kerohanian dalam pelayanan hanya benar-benar boleh terjadi apabila kita diberi kuasa oleh Roh Tuhan. Apabila pelayanan kita tidak diberi kuasa oleh Roh Tuhan, kita akan rasa sukar. Kita akan rasa bimbang atau melayani untuk tujuan yang salah jika kita bergantung pada tenaga kita sendiri. Kemungkinan besar kita masih akan menghadapi kesukaran ketika melayani orang lain, tetapi kita boleh belajar untuk bergantung kepada Roh Tuhan, seperti yang digalakkan oleh Paulus dalam suratnya kepada orang Galatia. Paulus merujuk kehidupan rohani sebagai satu perjalanan dan menyeru para pembaca hidup dalam Roh. Sebagai bukti pekerjaan Roh, Paulus menulis bahawa sesiapa yang hidup dalam Roh Tuhan boleh memilih untuk “layanilah seorang akan yang lain oleh kasih” (Galatia 5:13, TB).

Aspek lain tentang disiplin kerohanian adalah niat untuk melakukan sesuatu. Yesus tahu tujuan pelayanan-Nya di dunia, maka Dia memberitahu para pengikut-Nya, “Anak Manusia tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang”

Page 36: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

36 TERUS BERLARI

(Markus 10:45). Dengan mengingatkan diri tentang tujuan pelayanan kita, ini dapat membantu kita berfokus akan tujuan kita melakukan suatu tugas dan mendorong kita melihat perincian sebenar di sebalik suatu tugas.

Amalan-Amalan SpesifikTerdapat pelbagai cara untuk mengamalkan

disiplin kerohanian dalam pelayanan. Ia adalah mudah seperti meneliti kembali sesetengah cara kita melayani. Kita mungkin perlu mengambil perhatian tentang sesetengah orang dan tempat yang telah diletakkan oleh Tuhan dalam hidup kita, dan menjemput Roh Tuhan menguatkan kita untuk menjaga orang lain dengan hati yang rela dan sikap yang penuh kasih.

Untuk mengamalkan disiplin ini, kita perlu mengenal pasti satu pelayanan dalam komuniti atau gereja yang memberi kita peluang untuk melayani orang lain. Mungkin ini merujuk kepada melayani kanak-kanak di tadika gereja atau mengadakan kelas-kelas tuisyen. Kita juga boleh memberikan sumbangan dari segi kemahiran seperti menguruskan akaun bagi organisasi bank makanan, atau membekalkan perkhidmatan untuk membaiki peralatan elektrik bagi seorang balu tua di gereja.

Mintalah Tuhan menampilkan seseorang ahli keluarga atau jiran yang mungkin memerlukan bantuan, seperti menjaga rumahnya atau menjaga anaknya, dan menghulurkan bantuan untuk melayani mereka dengan memenuhi keperluan mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Sementara kita mempertimbangkan apa itu

Page 37: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani dalam Perhubungan 37

pelayanan yang boleh kita berikan sepanjang hidup kita yang unik ini, semoga kita sentiasa didorong bahawa wujudnya peluang untuk melayani di mana jua kita berada. Berdoa kepada Tuhan agar Dia membimbing kita melihat peluang untuk melayani orang lain dalam hidup seharian kita, tak kira apa jua peluang, sama ada membuka pintu bagi orang lain atau membantu ahli keluarga menyiapkan kerja-kerja di rumah, semuanya merupakan cara untuk mempamerkan kasih Tuhan kepada orang lain dalam kehidupan seharian kita.

Layanan Baik Walaupun gambaran moden tentang layanan baik selalunya disamakan dengan mengadakan jamuan makanan yang mewah atau rumah yang dihias dengan cantik, disiplin kerohanian dari segi layanan baik adalah mengalu-alukan orang lain ke dalam hidup kita. Kita boleh menerapkan amalan ini apabila kita memahami bahawa tujuan layanan baik bukan sahaja memberi hiburan kepada seseorang, tetapi bertujuan untuk berkongsi rahmat dan kasih Tuhan dengan orang lain.

Dalam Alkitab, kita melihat beberapa contoh layanan baik yang melibatkan peruntukan makanan dan perlindungan kepada orang yang ada keperluan (Kejadian 18:2-8; Lukas 10:38; Filemon 1:22). Dalam Perjanjian Baru, layanan baik menjadi tanda seseorang Kristian yang sejati, jika dia ada mentaati perintah Tuhan serta mengamalkan sifat itu bersertakan kasih (Roma 12:9-16; Ibrani 13:1-3; 1 Petrus 4:8-11). Layanan baik juga disenaraikan sebagai kelayakan yang perlu dimiliki oleh

Page 38: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

38 TERUS BERLARI

pemimpin-pemimin gereja (1 Timotius 3:2; Titus 1:8), suatu sifat yang ditentukan oleh Tuhan.

Kita harus bersikap terbuka jika kita memilih untuk memberikan layanan baik kepada orang lain, kerana pelayanan ini sering memerlukan kita keluar untuk menjangkau orang, sedangkan kita lebih cenderung untuk kekal berada dalam lingkungan rakan-rakan kita. Namun, Roh Tuhan membolehkan kita dan mengingatkan kita belas kasihan-Nya serta menjemput kita mula membina hubungan peribadi dengan-Nya (1 Yohanes 3:1), kita boleh belajar untuk berkongsi hidup kita dengan yang lain dan mengalu-alukan mereka menyertai komuniti kita.

Amalan-Amalan Spesifik Mengalu-alukan orang lain bermula dengan

pemerhatian—contohnya, perhatikan orang baru atau kenalan lama tetapi tidak terlibat dengan aktif dalam kalangan suatu komuniti. Apabila kita mengenal pasti wajah baru di gereja atau tempat kerja, kita mendapat peluang untuk berkongsi kisah hidup kita.

Mungkin kita rela untuk memperkenalkan diri kita kepada orang yang tidak dikenali di gereja dan, jika mereka berminat untuk menjadi orang percaya, jemputlah mereka menyertai acara bersama-sama supaya mereka tidak perlu pergi bersendirian.

Bagi orang yang tinggal berdekatan dengan kolej atau universiti dengan pelajar antarabangsa, mereka boleh menyelidik jika sekolah atau gereja tempatan berpeluang untuk menjadi tuan rumah kepada pelajar itu. Pelajar antarabangsa selalunya gembira kerana berpeluang untuk mengenal kawasan di sekeliling kampus mereka dan menghargai apabila

Page 39: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Disiplin Rohani dalam Perhubungan 39

dijemput untuk menjamu makanan tempatan atau melawat tempat-tempat berdekatan yang menarik.

Cara mudah yang lain untuk memberikan layanan baik adalah menjadi tuan rumah untuk mengadakan makan malam bersama dan menjemput orang yang mungkin tidak saling mengenali. Inilah salah satu cara untuk mewujudkan komuniti dan persekitaran yang mengalu-alukan orang untuk menjamu selera dan saling berhubung. Aktiviri yang sederhana atau menggunakan satu set soalan sebagai pembuka perbualan boleh membantu mereka rasa santai dan ingin berhubung dengan sesama.Soalan Pembelajaran: Dalam perumpamaan ini (Lukas 10:25-37), bandingkan orang Samaria yang baik hati dengan imam dan orang Lewi. Bagaimanakah tindakan Orang Samaria yang Baik Hati itu melampaui sangkaan ramai orang? Apakah maksud Yesus, “Pergilah dan berbuatlah demikian” (ayat 37) kepada kita?

Soalan Renungan: Adakah anda pernah menjadi “orang asing”, baik di universiti, syarikat, gereja, atau komuniti lain? Apakah perasaan anda? Apakah pengalaman anda yang tidak dapat dilupakan apabila orang lain berhubung dengan anda?

Aplikasi: Pilih salah satu amalan yang tersenarai di atas, dan fikirkan bagaimana anda ingin melaksanakannya. Atau cuba membuat amalan pelayanan anda sendiri atau layanan baik yang selaras dengan keadaan hidup anda sekarang.

Page 40: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

40

enam

Ke Garisan, Sedia, Mula!

Walaupun saya telah menentukan masa untuk bersenam dalam rutin mingguan saya dan menyedari kebaikan tentang

aktiviti fizikal, namun kadangkala saya masih bergelut untuk memotivasikan diri berlari dan berbasikal bersama dengan anak-anak saya. Saya boleh sahaja mencari alasan yang baik, bahkan yang tidak baik untuk tidak melakukannya. Kebebasan seperti itu membuatkan saya rasa tidak terbeban untuk mengikut jadual yang tetap. Bagaimanapun, setiap kali saya berusaha untuk bersenam, memang wujudnya kebaikan, walaupun sedikit sebanyak telah mengesahkan bahawa saya telah membuat satu pilihan yang sihat.

Page 41: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

Ke Garisan, Sedia, Mula! 41

Bagaimanakah Roh Tuhan dapat membawa anda mengenali disiplin kerohanian tersebut? Bagaimana anda dapat menggabungkan disiplin tersebut ke dalam kehidupan rohani anda?

Dalam hari-hari kita yang paling sukar, kita harus ingat dengan iman bahawa Tuhan sentiasa menyertai kita walaupun keadaan yang paling sukar dalam perjalanan hidup ini.

Sebagaimana kita menjelajah perjalanan hidup ini, kita mendapat dorongan daripada doa pemberkataan Paulus kepada gereja Kolose: “Itulah sebabnya kami selalu berdoa bagi kamu, sejak kami mendengar berita tentang kamu. Kami berdoa kepada Allah supaya Roh Allah memberikan kebijaksanaan dan pengertian kepada kamu, sehingga boleh mengetahui kehendak Allah dengan sempurna. Dengan demikian kamu dapat hidup menurut kehendak Tuhan, dan sentiasa melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya. Cara hidup itu akan menghasilkan pelbagai perbuatan yang baik, dan pengetahuan kamu tentang Allah akan bertambah juga. Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah” (Kolose 1:9-12).

Page 42: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

42

Nota

Page 43: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

43

Nota

Page 44: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda S...3 dapat memberi kita sedikit pengertian tentang bagaimana kita dibentuk secara rohani. Ini bukannya satu contoh yang sempurna, namun ini

44

Nota