alat pelindung keselamatan diri (apd) health divisio… · alat pelindung kepala ... dari...

Download ALAT PELINDUNG KESELAMATAN DIRI (APD) Health Divisio… · Alat Pelindung Kepala ... dari pendedahan atau kecederaan e. Mengetahui cara penjagaan, pemeriksaan, pemeliharaan, jangka

If you can't read please download the document

Upload: buihanh

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • ALAT PELINDUNGKESELAMATAN DIRI

    (APD)MAKLUMAT RINGKAS UNTUK

    PEKERJA

    Lool.

    * 5

    Alat Pelindung Keselamatan Diri(APD) adalah untuk melindungi diriawda dari sebarang kemalangan ditempat kerja atau sebarang kesan

    yang memudaratkan kesihatan yangberpunca dari sentuhan atau

    pendedahan kepada bahan kimia,fizikal, biologik, mekanikal atau lain-

    lain bahaya ditempat kerja, jikasemua cara-cara kawalan tidak

    mencukupi atau tidak bolehdigunakan.

  • JENIS-JENIS APD DAN KEGUNAANNYAAwda dikehendaki menggunakan APD di dalam

    pekerjaan seperti berikut:

    Alat Pelindung Mata

    Digunakan bagi pekerjaaan yang bolehmenyebabkan kecederaan mata seperti

    pengimpalan besi atau memotong rumput.

    Alat Pelindung Muka

    Untuk mengelakkan kecederaan dibahagianmuka seperti pengimpalan besi.

    Alat Pelindung Pernafasan

    Digunakan bagi melindungi diri dari dari habuk-habuk yang berbahaya, asap, gas dan wapseperti kerja di kuari atau tukang cat sembur

    (spray painting).

    Alat Pelindung Pendengaran

    Digunakan apabila bekerja di tempat bisingseperti kerja di kilang pembotolan atau kilang

    kayu.

  • Alat Pelindung KepalaDigunakan di tapak-tapak pembinaan atau sebarangkawasan di mana peralatan atau objek-objek boleh

    terjatuh dari atas terkena kepala.

    Alat Pelindung KakiDigunakan bagi mengelakkan kecederaan di

    bahagian kaki dari benda berat bergolek (sepertitong) dan benda-benda tajam seperti kerja di

    bengkel-bengkel kerita.

    Alat Pelindung TanganPekerjaan melibatkan tangan selalu basah atau

    bekerja dengan bahan kimia seperti kerja di restoran-restoran atau makmal.

    Tali Pinggang Keselamatan dan Tali KawalJatuh

    Digunakan semasa berkerja pada tempat yang tinggi,peranca, bumbung atau menara atau ruang terbatas(confined space) contohnya -tangki-tangki kosong,

    l orang-lorang najis seperti pekerja rawatankumbahan.

    Alat Pelindung BadanDigunakan bagi pekerjaan yang terdedah kepadabahan bahaya atau racun seperti tukang sembur

    racun atau bekerja dengan asbestos

  • LATIHANPastikan bahawa latihan diberikankepada awda oleh majikan atau penyeliasebelum awda dibenarkan untukmembuat kerja-kerja yang memerlukanpenggunaan APD. Ini termasuk:-

    a. Bila penggunaan APD diperlukan.

    b. Pendidikan mengenai jenis jenisAPD yang diperlukan.

    c. Pendidikan mengenai cara-carapenggunaan dan penyesuaian APD .

    d. Memahami bahawa APD mempunyaihad-had dalam melindungi awdadari pendedahan atau kecederaan

    e. Mengetahui cara penjagaan,pemeriksaan, pemeliharaan, jangkahayat dan penggantian APD.

    L M

    Majikan dan penyeliamestilah memastikan

    bahawa pekerja diberikanl atihan semula apabilaberlakunya pertukaran

    proses kerja, pertukaran didalam pengunaan APD atau

    pekerja masih kurangpengetahuan mengenai

    penggunaan APD .

  • PERKARA-PERKARAYANG PERLU DI INGAT

    .

    Punca bahaya-bahaya di tempat kerja perludikawal. Penggunaan APD diperlukan jika

    pengawalan bahaya tidak memberi kesan atautidak dapat dipraktikkan.

    .

    Majikan awda hendaklah membekalkan APDyang bersesuaian dan memastikan ianyamudah diperolehi dan mencukupi tanpa

    mengenakan sebarang bayaran.

    Pastikan awda mengetahui kenapa APDdiperlukan dan bila menggunakannya.

    .

    Semua APD hendaklah:diawasi penggunaannyadisimpan dengan betul di tempat yangsesuai apabila tidak digunakandisimpan dalam keadaan bersih danberkeadaan baikSebarang kerosakan hendaklahdilaporkan.

    .

    Majikan awda hendaklah memasangpapan tanda keselamatan sebagai

    peringatan tentang penggunaan APD.

    CduhoN

    1 S SO IHYMUM tnn ru *FOusYL1'

  • Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

    BAHAGIAN KESIHATAN CARA KERJAJABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

    BLOK 2G, UNIT 5-03PUSAT KESIHATAN BSB

    JALAN ONG SUM PING BA 1311BRUNEI DARUSSALAM

    Tel: 2230043Fax: 2230044

    page 1page 2page 3page 4page 5page 6