alat kemahiran berfikir

11
Alat Kemahiran Berfikir PENGENALAN Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikirini. Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal. Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan. Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”.

Upload: apiez-nawi

Post on 24-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Kemahiran Berfikir

Alat Kemahiran BerfikirPENGENALAN

Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia

menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan

pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan

sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan

alat-alat berfikirini.

Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan

konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya

di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini

mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia

membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat

Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses

pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan

Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia  untuk membolehkan berfikir

secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak

berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri

daripada pelbagai corak atau  jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan

bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai

Pengurusan Lisan.

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga  singkatan bagi

perkataan “Cognitive Research Trust”. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individu untuk

berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort.

Antaranya termasuklah :

PMI : kebaikan, keburukan dan menarik

(Plus, Minus, Interesting)

CAF : Mengambil kira semua faktor

Page 2: Alat Kemahiran Berfikir

(Consider All Factors)

C & S : Kesan mengikut jangka masa

(Consequence Sequal)

AGO : Tujuan, matlamat dan objektif

(Aims, Goals & Objectives)

FIP : Keutamaan mengikut kepentingan

(First Important Priorities)

APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan

(Alternatives, Possibilities

and Choices)

OPV : Pandangan orang lain

(Other People’s Views)

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat

dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan  untuk mengurangkan kesilapan

berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut

fungsinya.

SOALAN 1 : ALAT BERFIKIR ALAT CORT

Soalan : Aplikasikan PMI ke atas idea menonton mesti membayar mengikut jam.

PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan

yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap

sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau

isu. Ia menolong memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran

yang sempit dan beremosi.

P – Plus          Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.

M – Minus       Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.

I - Interesting  Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang

                        tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.

Page 3: Alat Kemahiran Berfikir

Dalam membuat keputusan anda sesuatu perkara idea itu baik atau tidak, adalah

lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang

idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak

menerima atau menolak idea itu.

Antara kebaikan, keburukan dan perkara menarik untuk menjawab soalan ibu yang

meletak tabungsyiling dia atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti

membayar mengikut jam adalah seperti berikut :

KEBAIKAN :

         Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan.

         Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi

masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen.

         Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.

         Mendisiplinkan anak-anak daripada membuat perkara sia-sia dan

         Membentuk sebuah keluarga yang bahagia dengan mempunyai anak-anak yang

berdisiplin tanpa  menonton televisyen secara berlebihan.

         Menambah duit dalam tabung menonton televisyen.

KEBURUKAN:

         Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran

aktiviti kesukaan mereka disekat .

         Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar

menonton televisyen.

         Duit simpanan anak-anak semakin berkurang semata-semata untuk membayar

tabung menonton televisyen.

         Menghalang perkembangan otak anak-anak dengan tanpa melihat dunia luar melalui

televisyen.

         Menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.

         Anak-anak dikhuatiri bertambah ‘liar’ apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak

dituruti.

MENARIK:

         Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton

televisyen secara berlebihan.

Page 4: Alat Kemahiran Berfikir

         Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin.

         Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam

menangani masalah anak-anak.

Keputusan:

Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan

daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat  atau kaedah

terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh

mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah

lain. Tamsilnya, mengehadkan  rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anak-

anak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan seperti

rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak yang

berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.

Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek

situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita

menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih mana-

mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.

Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian.

Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini,

faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh

dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut:

Page 5: Alat Kemahiran Berfikir

Faktor Sosial

1. Merapatkan tali perhubungan antara rakan sekerja..

2. Mewujudkan integriti dalam pelbagai kaum.

3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.

4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga

melibatkan pemandu.

5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu.

Faktor Alam Sekitar

1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah

kenderaan.

2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak seperti

ketika waktu pergi kerja dan waktu pulang dari tempat kerja.

Faktor kesesakan/ masa

1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.

Faktor kewangan

1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran .

2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan.

Faktor keselesaan

1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa .

Pada pendapat peribadi saya, setelah mengambil kira kesemua faktor, kita boleh

memikirkan yang manakan lebih menguntungkan dan banyak membawa impak positif

berbanding negatif. Kita boleh membuat timbang tara yang sewajarnya dalam

menentukan keputusan terbaik. Dalam kes ini, ternyata, cadangan berkongsi adalah

pilihan yang lebih bijak kerana ia mendatangkan banyak kebaikan.

Page 6: Alat Kemahiran Berfikir

Soalan : Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka,

apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan. Aplikasikan

FIP dalam hal ini.

FIP disebut ‘Fip’. FIP ini bermaksud First, Important, Priorities iaitu Utama, Penting, dan

juga Prioriti. Alat berfikir ini mengambil kira perkara-perkara penting sahaja dalam

menentukan priority serta mengelakkan perkara yang tak patut diutamakan.

Dalam hal ini, terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun, ada antara sifatnya

yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh menyenaraikannya seperti di bawah:

Sifat-sifat guru :

1. Baik hati

2. Penyayang

3. Amanah

4. Jujur

5. Berdisiplin

6. Tegas

7. Penyabar

8. Prihatin

9.Berintegriti

10.Berjiwa kental

Sifat-sifat guru yang penting, utama dan prioriti:

1. Amanah

Rasional: Menjamin bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh

dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng.

2. Penyabar

Rasional: Membuatkan guru tersebut dapat bertahan dengan pelbagai kerenah serta

ragam pelajar.

3. Prihatin

Rasional: Menjadikan guru tersebut mengambil berat akan hal ehwal serta

Page 7: Alat Kemahiran Berfikir

permasalahan pelajarnya.

4. Penyayang

Rasional: Setiap guru haruslah bersifat penyayang dan menganggap pelajarnya seperti

anak atau adik mereka sendiri. Hal ini penting agar timbul rasa tanggungjawab dalam iri

mereka.

5. Berpengetahuan luas

Rasional : Guru mesti berpengetahuan luas serta berkemahiran agar ilmu dapat

disampaikan sebaiknya kepada para pelajar.

Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya tentukan dengan

membuat kajian dan penyelidikan dengan menemubual beberapa orang ibu bapa serta

meminta pandangan daripada rakan-rakan sekelas. Sifat-sifat ini dipilih kerana

rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru yang perlu disemai dalam

jiwa pelajar.

SOALAN 2 : PETA MINDA ‘PENYU’

Page 8: Alat Kemahiran Berfikir

                                         CONTOH PETIKAN DARIPADA KERATAN AKHBAR: PENYU PUPUS

CONTOH : PETA MINDA TONY BUZAN 'PENYU PUPUS'

REFLEKSI

Yang pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, saya

........................................ pelajar pengkhususan ..................  pendidikan rendah

daripada kumpulan ........... telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang

telah ditetapkan tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan

pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir. Apakah itu yang

dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang tidak dapat

dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya.

Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah

penyediaan peta minda Tony Buzan, sekaligus mengadaptasi peta minda dalam

menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran membina peta

minda amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran

Page 9: Alat Kemahiran Berfikir

(P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini

telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru.

Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak

membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan

kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam

menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat

membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu,

masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus  akan melahirkan jiwa-jiwa  kental

dan sabar dalam mengahdapi masalah.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam

setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Kemahiran

Berfikir saya, .......................i, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas dalam

menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu

membalas jasa baik kalian.

Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna

kepada saya sebagai seorang  bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari

semasa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan

datang.Sesungguhnya tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya

mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja.Maka amat rugilah

saya sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu  pengalaman mahupun

motivasi dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari semasa ke

semasa. Akhirnya, saya berharap  hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang

dan akan dijadikan sebagai rujukan.