alat dan fungsi artikulasi

4
ALAT- ALAT ARTIKULASI Konsep/ Definisi oleh Tokoh Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran. Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI DEFINISI Anak tekak Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak

Upload: julia-abdullah

Post on 22-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Dan Fungsi Artikulasi

ALAT- ALAT ARTIKULASI

Konsep/ Definisi oleh Tokoh

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ yang

berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat

dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara

yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi

terbahagi kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan

boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah

pengeluaran.

Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan

fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-

alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah,

gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi

terbahagi kepada dua, iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang

boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.

FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI

DEFINISI

Anak tekak

Menurut buku Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95), anak tekak terletak di bahagian

belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Menurut buku

Frank Parker(1994: 114), anak tekak ialah daging yang tergantung dari lelangit

lembut. Menurut Radiah Yussoff dan Nor’ Aini Ismail(2006: 23), anak tekak ialah

sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut.

Lidah

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 95-96), lidah terbahagi kepada lima bahagian,

iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, belakang lidah dan daun lidah.

Page 2: Alat Dan Fungsi Artikulasi

Kedudukan bahagian belakang lidah ialah bertentangan dengan lelangit lembut

manakala kedudukan tengah lidah ialah bertentangan dengan pertemuan lelangit

keras dengan lelangit lembut. Hadapan lidah terletak bertentangan dengan lelangit

keras. Hujung lidah pula terletak bahagian yang paling akhir lidah. Sementara itu,

daun lidah berada di sepanjang garisan yang menghadap gusi.

Pita suara

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz(2008: 96), pita suara terletak di dalam ruang

tenggorok. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan

tertutup. Menurut Dr. Abdullah Hassan(1983: 44),pita suara terdiri daripada dua

pasang selaput nipis yang tumbuh di kiri kanan bahagian dalam rengkung

bertentangan dengan halkum.

Rongga

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga

terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Rongga

tekak bermula dari bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak

tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke

bahagian dalam,sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak

tekak menghala ke hidung.

Bibir

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir terletak

di bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh

dihamparkan dan dibundarkan. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof

Emeritus Dr Abdullah Hassan, bibir ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh

diubah-ubah bentuknya dengan mengawal otot-otot pada bibir.

Gigi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi terbahagi

kepada dua,iaitu gigi atas dan gigi bawah. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh

Page 3: Alat Dan Fungsi Artikulasi

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, gigi bermaksud lidah yang tidak bergerak.

Gusi

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi terletak

antara gigi dengan lelangit keras. Menurut laman web

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002, gusi ialah bahagian yang cembung di gigi

menurun ke bahagian dalam rongga mulut.

Lelangit

Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit dapat

dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit

keras terletak di antara gusi dengan lelangit lembut manakala lelangit lembut pula

terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak.

Menurut Linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker dan

diterjemahkan oleh Raja Rahawani Raja Mamat, lelangit keras ialah tulang yang

berbentuk cembung pada bahagian atas mulut manakala lelangit lembut ialah

bahagian belakang lelangit keras.

Epiglotis

Menurut buku Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan,

epiglotis ialah anak tekak yang terdiri daripada sekolompok otot yang berbentuk

bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang bagi menutup rongga

rengkung. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar,

epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke

larinks.