al quran terpelihara

12
PENDAHULUAN Al Quran merupakan mu'jizat yang Agung yang dikurniakan kepada Nabi Muhamag saw. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang masih ada hingga akhir zaman, selalu terjaga, terpelihara, dan tidak ada satu huruf pun yang berubah atau terganti dari mula ia diturunkahnya Allah SWT. Sungguhpun al- Quran telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa tetapi terjemahan al- Quran tidak dianggap sebagai al-Quran. Al-Quran mestilah ditulis dalam bahasa Arab seperti manuskrip asal yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Qatadah dan Tsabit al-Banaani berkata, Allah SWT menjaga al-Quran daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan. PENGERTIAN PEMELIHARAAN AL-QUR’AN Pemeliharaan Al-Qur an adalah proses pengumpulan, penulisan dan pembukuan serta perawatan ayat-ayat Al-Qur an sehingga menjadi sebuah kitab seperti sekarang ini. Proses pemeliharaan Al-Qur an yang dimulai pada turunnya wahyu melalui malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad saw dalam masa 23 tahun, kemudian disampaikan kepada para sahabat untuk dihafal dan ditulis sampai dihimpunnya catatan-catatan tersebut dalam satu mushaf yang utuh dan tersusun secara tertib. Manna Khalil al-Qattan dalam kitabnya Mabahits fii Ulumil Qur an memberikan pengertian pemeliharaan Al-Qur an dalam dua kategori Iaitu pemeliharaan Al-Qur an dalam bentuk hafalan dan pemeliharaan Al Quran dalam bentuk penulisan. AL QURAN KITAB YANG MULIA INI TERPELIHARA DAN AKAN TERUS TERPELIHARA SEHINGGA HARI KIAMAT KERANA : 1. Jaminan dari Allah Taala. Allah taala telah member jaminan akan tetapa menjaga dan memelihara Al Quran sebagaimana firmannya dalam surah al hijr ayat 9 :

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 28-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al Quran Terpelihara

PENDAHULUAN

Al Quran merupakan mu'jizat yang Agung yang dikurniakan kepada Nabi Muhamag saw.

Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang masih ada hingga akhir zaman, selalu

terjaga, terpelihara, dan tidak ada satu huruf pun yang berubah atau terganti dari mula ia

diturunkahnya Allah SWT. Sungguhpun al-Quran telah diterjemahkan ke dalam pelbagai

bahasa tetapi terjemahan al-Quran tidak dianggap sebagai al-Quran. Al-Quran mestilah

ditulis dalam bahasa Arab seperti manuskrip asal yang diwahyukan kepada Nabi

Muhammad SAW. Qatadah dan Tsabit al-Banaani berkata, Allah SWT menjaga al-Quran

daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan.

PENGERTIAN PEMELIHARAAN AL-QUR’AN

Pemeliharaan Al-Qur’an adalah proses pengumpulan, penulisan dan pembukuan serta

perawatan ayat-ayat Al-Qur’an sehingga menjadi sebuah kitab seperti sekarang ini.

Proses pemeliharaan Al-Qur’an yang dimulai pada turunnya wahyu melalui malaikat

Jibrail kepada Nabi Muhammad saw dalam masa 23 tahun, kemudian disampaikan

kepada para sahabat untuk dihafal dan ditulis sampai dihimpunnya catatan-catatan

tersebut dalam satu mushaf yang utuh dan tersusun secara tertib.

Manna Khalil al-Qattan dalam kitabnya Mabahits fii Ulumil Qur’an memberikan pengertian

pemeliharaan Al-Qur’an dalam dua kategori Iaitu pemeliharaan Al-Qur’an dalam bentuk

hafalan dan pemeliharaan Al Quran dalam bentuk penulisan.

AL QURAN KITAB YANG MULIA INI TERPELIHARA DAN AKAN TERUS

TERPELIHARA SEHINGGA HARI KIAMAT KERANA :

1.  Jaminan dari Allah Taala.

Allah taala telah member jaminan akan tetapa menjaga dan memelihara Al

Quran sebagaimana firmannya dalam surah al hijr ayat 9 :

Page 2: Al Quran Terpelihara

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-

benar memeliharanya”

Ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya.

Maka ia menjadi keyakinan yang mutlak bagi seorang mukmin untuk mempercayainya,

keraguan dalam mempercayainya beerti dia telah ragu dengan apa yang telah dibawakan

Allah SWT terhadap Nabi Muhammad SAW dan ianya boleh menyebabkan tebatalnya

iman seseorang itu.

2. SEJARAH TURUNNYA AL-QURAN.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berangsur-angsur selama 22

tahun, 2 bulan dan 22 hari bermula pada 17 Ramadan tahun 610 Masihi sehingga wahyu

terakhir pada 9 Zulhijah tahun 633 Masihi. Sebelum al-Quran sampai kepada Nabi

Muhammad SAW, al-Quran telah melalui tiga tahap perpindahan iaitu:

1. Al-Quran disimpan di Luh Mahfuz (tempat yang mulia dan tidak terjangkau oleh akal

fikiran manusia). Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,

“Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang (tersimpan) dalam

Luh Mahfuz.(Surah al-Buruj, ayat: 21 hingga 22)

(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir),

bahkan ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya, (lagi Yang terpelihara Dengan

sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

2. Al-Quran diturunkan daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada bulan Ramadan seperti

dilaporkan dalam hadis berikut.

Al-Quran diturunkan pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia

secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.(Ibnu Abbas)

Page 3: Al Quran Terpelihara

3. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril secara

beransur-ansur seperti diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini

“Bulan Ramadan, bulan diturunkan permulaan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia

dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan

yang batil…” (al-Baqarah, ayat: 185)

Penurunan Al quran secara berperingkat ini dapat menjelaskan kepada kita betapa

tingginya darjat Al Quran dan sudah semestinya Allah akan menjaga dan memeliharanya

kerana Allah telah memeliharanya pada peringkat permulaan proses penurunannya lagi.

     3.  KEISTIMEWAAN DAN KEMAMPUAN MANUSIA UNTUK MENGHAFAL

3.1 Pada peringkat awal penurunan Al Quran ianya di hafal di dalam dada oleh Rasulullah

sendiri dan para sahabat. Rasulullah sentiasa membaca al quran dan di semak

bacaannya oleh malaikat Jibrail. Setelah menerima wahyu baginda segera membacakan

kepada para sahabat pula. Baginda menyampai dan membaca kepada para sahabat

secara tartil.Walaupun baginda seorang yang ummi namun baginda mempunyai daya

ingatan yang kuat. Allah berjanji akan memudahkan baginda untuk menghafal dan

memahaminya. Firman Allah surah Toha ayat 114:

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada

segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-

Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

3.2 Bangsa Arab yang sememangnya mempunyai daya ingatan yang kuat dan mampu

untuk menghafal ayat-ayat Al Quran. Sebelum kedatangan Islam lagi mereka telah

menghafal puisi dan syair-sayair Arab. Setelah kedatangan Islam mereka menghafal Al

Quran pula. Diantara penghafaz ialah Khulafa Al Rasyidin , Muaz Ibn Jabal,Talhah,

Huzaifah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit dan ramai lagi.

Page 4: Al Quran Terpelihara

Al Quran adalah kitab yang telah dimudahkan oleh Allah dalam menghafalnya. Tidak kira

tua atau muda malahan kanak-kanak juga mampu menghafal ayat-ayatnya yang tersusun

indah dan menarik.

مدكر من فهل للذكر القرآن يسرنا ولقد

“Dan Sesungguhnya Telah kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, Maka Adakah

orang yang mengambil pelajaran?”

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Majm’ul Fatawa (17/436) mengatakan:

“Umat kita tidak seperti Umat Ahli Kitab, yang tidak menghafalkan kitab suci mereka

dalam hati mereka, sehingga jika mushaf-mushaf dilenyapkan sekalipun, Al Quran tetap

terpelihara dalam hati umat Islam”

4.   PENULISAN AL QURAN.

Semasa Rasulullah SAW masih hidup, terdapat beberapa orang penulis wahyu, dan

baginda memerintahkan mereka untuk mencatat seluruh ayat Al Quran selepas

diturunkannya kepada beliau, baik menulis diatas kulit binatang, tulang, pelepah kurma,

kayu, daun dan sebagainya. Diantara penulis pemuka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman,

Ali, Muawiyah, Khalid Al Walid, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit dan Thabit bin Qais.

Baginda telah melarang kepada seluruh sahabat beliau untuk menulis sesuatu selain dari

al Quran. Rasulullah SAW bersabda:

فليمحه القرآن غير شيئا كتب ومن

“Barangsiapa menulis sesuatu selain Al Quran, hendaknya ia menghapusnya (HR Muslim)

Ini bermakna penjagan dan pemeliharan Al Quran telah bermula walaupun ia hanya

dicatat tidak pada sebuah kitab yang sempurna kerana masalah alat tulis dan bahan-

bahan yang berkaitan serta ramai yang masih lagi buta huruf namun ia tetap telah

terpelihara. 

  5. PENGUMPULAN AL QURAN PADA MASA ABU BAKAR AS SHIDDIQ RA

Page 5: Al Quran Terpelihara

Setelah kewafatan Rasulullah khalifah yang Abu Bakar yang menggantikan baginda telah

mengambil inisitif untuk mengumpul Al quran. Peristiwa itu berlaku apabila terdapat ramai

sahabat yang hafiz telah syahid dalam perang yamamah melawan kaum murtadin.Lalu

Umar bin Al Khatab mencadangkan supaya dikumpulkan Al Quran. Zaid bin Thabit

ditugaskan untuk mengumpulkan Al Quran. Metode yang digunakan bersandarkan

kepada pada 2 sumber iaitu ayat-ayat yang ditulis dihadapan Rasulullah SAW dan ayat-

ayat yang dihafal dalam hati para shahabat.

Pengumpulan yang cermat dan kuat ini selesai dengan amat baik, sehingga tersusunlah

mushaf rasmi yang disimpan oleh Abu Bakar Ra hingga beliau wafat, kemudian

diserahkan keapda Umar ibn Khattab hingga beliau wafat, kemudian diserahkan kepada

Hafshah binti Abu Bakar Ra. 

Ali ibn Abi Tholib Ra berkata: “ Orang yang mendapatkan pahala yang paling besar dalam

berbakti kepada Al Quran adalah Abu Bakar, semoga rahmat Allah SWT selalu diberikan

kepada Abu Bakar, Dialah orang yang pertama mengumpulkan Kitab Allah”. (lihat al

Burhan, karangan Az Zarkasyi 1/139) 

     5.   PENULISAN MUSHAF IMAM PADA MASA KHALIFAH UTSMAN IBN AFFAN RA

Semasa zaman pemerintahan khalifah Utman ibn Affan Ra, empayar Islam telah meluas

dan terdapat ramai penganut Islam dari berbagai bangsa arab dan bukan Arab yang terdiri

dari berbagai lahjah. Ini menyebabakan berlaku perbezaan cara membaca Al quran

kerana pada asalnya Al quran tidaklah berbaris. Lalu Hudzaifah ibn Yaman

menyarankan kepada khalifah Utman: “ Selamatkan umat ini sebelum mereka berselisih

dalam Kitab Suci mereka, seperti telah terjadi pada umat Yahudi dan Nasrani”.

Khalifah Utsman memenuhi saranan Hudzaifah dan kemudian meminta kepada Hafshah

binti Abi Bakar untuk menyalin mushaf Al Quran yang telah disimpannya setelah wafatnya

khalifah kedua, Umar ibn Khattab Ra. Selanjutnya Utman memerintahkan kepada Zaid ibn

Tsabit, Abdullah ibn Zubair, Sa’id ibn Ash dan Abdurrahman ibn Harish ibn Hisyam

radhiyallu’anhum untuk menyalinkan mushaf yang diterima dari Hashah ke dalam

beberapa naskah mushaf, seterusnya mereka mengirimkan naskah-naskah yang disalin

Page 6: Al Quran Terpelihara

itu ke negeri-negeri yang lain seperti Mekah,Syria, Basrah dan Kufah. mushaf yang asli

dikembalikan lagi kepada Hashah binti Abi Bakar untuk disimpan olehnya.

Al Quran ini dikenali sebagai tulisan Resam Uthmani seperti yang kita dapati pada hari

ini.Cara bacaannya diseragamkan dengan memasukkan baris dan tanda-tanda bacaan

yang senang dan mudah untuk dibaca.

CUBAAN MENANDINGI AL QURAN

Peristiwa untuk menandingi Al Quran telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi

yang mana seorang lelaki pernak cuba membuat satu surah yang dinamakan surah

ad difdaq (katak) namun ia tidaklah dapat menandingi Al Quran dan kelihatan

janggal sekali.

Di Soviet Union (Rusia) pula pernah terjadi percubaan manusia cuba meminda al-

Quran, namun al-Quran yang diubah itu dikumpul dan dimusnahkan.

Di Malaysia tahun 1960-an, pegawai Masjid Negara mendapati ada al-Quran yang

dipalsukan. Lalu dikumpul dan dimusnahkan.

MANFAAT APABILA AL-QUR’AN TERPELIHARA .

1. Al-Qur’an menjadi satu-satunya kitab suci yang sama sekali redaksinya tidak pernah

mengalami perubahan. Apa yang dibaca dari isi Al-Qur’an sekarang adalah sama dengan

apa yang dibaca oleh para sahabat empat belas abad yang lalu.

Firman Allah SWT: (Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah

syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya, (lagi yang terpelihara

dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

2. Terpeliharanya keaslian Al-Qur’an menjadikannya sebagai sumber pertama ajaran

Islam, yang mengandungi ajaran yang bersifat global, unversal, dan mendalam kerana itu

perlu penjelasan lebih lanjut. Di sinilah pentingnya peranan tafsiran bagi menjelaskan

lebih lanjut mengenai apa yang dimaksud Al-Qur’an.

3. Al-Qur’an menjadi al-furqan yang berarti pembeza. Dengan membaca dan memahami

al-Qur’an, orang dapat membezakan dan memisahkan antara yang hak dan yang batil.

Page 7: Al Quran Terpelihara

Selain itu al-Qur’an juga menjadi az-zikra, yaitu peringatan yang mengingatkan manusia

akan posisinya sebagai mahluk Allah yang memiliki tanggung jawab.

4.Terpeliharanya keaslian Al-Qur’an, menjadikannya sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Di dalamnya terdapat berbagai petunjuk yang tersurat dan tersirat yang berkaitan dengan

ilmu pengetauan.

KESIMPULAN

Al-Quran merupakan kitab suci yang bersifat universal, maka sesuai digunakan

sepanjang zaman. al-Quran adalah seiring dengan perkembangan sains dan

teknologi, bahkan teori yang terdapat dalam al-Quran berjaya dibuktikan pada era

zaman moden sedangkan teori tersebut telah diterangkan dalam al-Quran sejak

1400 tahun yang lepas. Al Quran akan tetap terjamin keasliannnya dan kemu'jizatannya ,

keutuhannya sehingga akhir zaman . Fungsi- fungsi al-Qur’an tersebut di atas tidak

mungkin dapat tercapai seandainya al-Qur’an tidak dijaga keaslian dan sejak masa

turunnya sehingga sekarang, jesteru itu menjadi tanggaung jawab setiap umat islam

untuk senatiasa menghafal, memahami dan mengkaji isi al-Qur’an seterusnya melaksana

atau merealisasikan apa yang telah di suratkan oleh Allah Taala kepada seluruh umat

manusia sebagai pedoman dan panduan hidup kita di dunia yang fana ini agar mencapai

kebahagiann hidup di dunia dan diakhirat.Wallahuaklam.

BIBLIOGRAFI ;

Dr Rosmawati Ali : Pengantar Ulum Al-Quran. 2010 Pustaka Salam.

Dr Haron Din ,Fri | Dec 28, 07 Al Quran terpelihara sehingga hari kiamat,

http://fursaantantawi.blogspot.com/2008/10/bersama-dr-haron-din-al-quran.html

Page 8: Al Quran Terpelihara

Mustanan ,pemeliharaan Al Quran, 05 Desember 2010

http://islamadalahrahmah.blogspot.com/2010/12/pemeliharaan-al-quran.html

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI ,Al Quran tetap terpelihara,

http://zulkiflialbakri.blogspot.com/2010/10/al-quran-tetap-terpelihara.html

Ustadz Abu Syauqie al Mujaddid, 2013 Inilah penyebab al Quran selalu terpelihara

http://www.solusiislam.com/2013/01/inilah-penyebab-al-quran-selalu.html

HIKMAT DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI

Mengetahui ilmu ayat-ayat Makki dan Madani mempunyai faedah yang besar bagi umat Islam antaranya:

Page 9: Al Quran Terpelihara

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU MAKAKI DAN MADANI

Diantara kepentingan mempelajari ilmu ini antaranya ialah :

1. Memudahkan ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsirkan Al-Quranithbatkan hokum daripadanya. Dengan mengetahui tempat turunnya sesuatu ayat akan membantu memahami ayat tersebut dan mentafsirkannya dengan lebih tepat. Sekalipun pengajaran daripada ayat itu berdasarkan lafaznya yang umum, bukan sebabnya yang khusus.

2. Dapat mengetahui dan membezakan antara ayat yang nasikh dan yang mansukh dalam keadaan dimana terdapat dua ayat atau lebih daripada Al-quran yang membicarakan tentang satu topik dan setiap daripada ayat itu membawa hukum yang berbeza. maka sekiranya diketahui yang mana Makki dan yang mana Madani, dapatlah kita menghukum yang Madani itu sebagai nasikh memandangkan ayat Madani turun selepas Makki.

3. Dapat mengetahui sejarah perundangan Islam dan serta perkembangan al quran iu sendiri, pemeringkatannya dalam pendidikan individu dan masyarakat, begitu juga dalam pelaksanaan hukumnya.

4. Menyakinkan kita bahawa Al-Quran ini memang sampai kepada kita dengan selamat tanpa sebarang pindaan dan perubahan. Hal ini boleh dibuktikan dengan usaha gigih.para ulama silam sehingga mereka dapat mengenalpasti setiap ayat, sama ada turunnya sebelum atau selepas hijrah, turunya di waktu siang atau malam, masa musuafir atau sebaliknya?

5. Dapat mempelajari sejarah perkembangan Al-quran dan cara tahap dakwah yang berbeza antara semasa berada di Mekah dan di Madinah sama ada daripada segi isi kandungannya, gaya bahasanya mahupun cara dan metodenya.

6. Dapat mengetahui dan menghargai betapa teguh dan tekunnya para ulama dan mujtahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian Al Quran daripada di tokok tambah.

Page 10: Al Quran Terpelihara

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

http://www.suarashiro.com/2013/12/video-mengapa-dr-maurice-bucaille-peluk.html

Amat mengerikan kemalangan yg berlaku di hiway KL Ke Selatan , mari kita amalkan doa ini jika melihat musibah menimpa ....

Doa melihat musibah agar tak berlaku pd kita 

3ي 7ذ3ي ع4اف4ان 7ه3 ال 3ل :ح4م:د9 ل  ال3ي 4ن 3ه3 و4ف4ض7ل ك4 ب 4ال4 :ت م3م7ا ابC4ف:ض3يال 4ق4 ت 3يرI م3م7ن: خ4ل 4ث  ع4ل4ى ك

Dalam hadis Nabi saw bersabda, maksudnya , Sesiapa yg melihat seseorang ditimpa bala lalu dia berdoa, 

Page 11: Al Quran Terpelihara

Segala puji bagi Allah swt yg telah memberikan kpdku afiat, dari apa yg menimpa mu , dan Dia telahpun memberikan kelebihan kepadaku ke berbanding dengan ramai dengan beberapa kelebihan ..Maka dia akan diselamatkan oleh Allah swt dari ditimpa oleh musibah atau bala itu..