al qhafiqi

9
Abdul Rahman Al-Ghafiqi (Generasi Tabi’in) Oleh : Upzarl Nama beliau boleh dikatakan sinonim dengan peperangan Battle of Tours/Poitiers atau lebih dikenali sebagi Balat as-Syuhada. Sebelum menyelusuri kisah Balat as-Syuhada ini, marilah kita mengenali dengan serba ringkas tentang kisah hidup Abdul Rahman Al-Ghafiqi. Nama sebenar beliau adalah Abu Said Abdul Rahman ibn Abdullah ibn Bashir ibn Sarem Al’Aki Al Ghafiqi. Beliau berasal dari kabilah Ghafiq di Yaman. Ketika zaman mudanya, beliau merantau ke Ifriqiya (Tunisia), kemudian ke Maghribi dimana dia mengenali gabenor-gabenor Andalusia. Di situlah bermulanya ketokohan beliau dalam sejarah Islam. Pada tahun 721M (103H), beliau telah dilantik untuk menjaga kawasan Timur Andalus. Pada ketika itu, gabenor-gabenor Andalusia silih berganti kerana syahid di medan perang. Akhirnya, pada tahun 730M (112H), Khalifah Hisham ibn Al-Malik (Zaman Khilafah Ummaiyah) melantik beliau menjadi gabenor Andalusia. Dengan tanggungjawab yang diberikan, Abdul Rahman mula mengorak langkah untuk membebaskan tanah-tanah disekitar Andalusia daripada jahiliyyah. Dengan tentera dari pelbagai bangsa dan negara, seperti Yaman, Mesir, Palestin, Lubnan, Syria dan Turki, beliau mula memasuki Perancis dari Gaul ke Pergunungan Pyrenees, ke Bordeaux dan seterusnya ke Tours/Poitiers. Disinilah tentera Abdul Rahman bertembung dengan tentera Salib (Franks) yang diketuai oleh Charles Martel. Peperangan ini berlangsung pada bulan Oktober 1732M (114H). Banyak yang tidak diketahui tentang peperangan ini, seperti jumlah sebenar tentera kedua belah pihak, di mana lokasi perang sebenar, dan berapa hari peperangan ini berlangsung. Tapi apa yang pasti ialah syahidnya Abdul Rahman al-Ghafiqi di medan perang yang membawa kepada kekalahan tentera Islam.

Upload: fazilah-bt-mohd-reba

Post on 09-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ilmuwan Islam

TRANSCRIPT

Abdul Rahman Al-Ghafiqi (Generasi Tabiin)

Oleh : Upzarl

Nama beliau boleh dikatakan sinonim dengan peperangan Battle of Tours/Poitiers atau lebih dikenali sebagi Balat as-Syuhada. Sebelum menyelusuri kisah Balat as-Syuhada ini, marilah kita mengenali dengan serba ringkas tentang kisah hidup Abdul Rahman Al-Ghafiqi.

Nama sebenar beliau adalah Abu Said Abdul Rahman ibn Abdullah ibn Bashir ibn Sarem AlAki Al Ghafiqi. Beliau berasal dari kabilah Ghafiq di Yaman. Ketika zaman mudanya, beliau merantau ke Ifriqiya (Tunisia), kemudian ke Maghribi dimana dia mengenali gabenor-gabenor Andalusia. Di situlah bermulanya ketokohan beliau dalam sejarah Islam.

Pada tahun 721M (103H), beliau telah dilantik untuk menjaga kawasan Timur Andalus. Pada ketika itu, gabenor-gabenor Andalusia silih berganti kerana syahid di medan perang. Akhirnya, pada tahun 730M (112H), Khalifah Hisham ibn Al-Malik (Zaman Khilafah Ummaiyah) melantik beliau menjadi gabenor Andalusia.

Dengan tanggungjawab yang diberikan, Abdul Rahman mula mengorak langkah untuk membebaskan tanah-tanah disekitar Andalusia daripada jahiliyyah. Dengan tentera dari pelbagai bangsa dan negara, seperti Yaman, Mesir, Palestin, Lubnan, Syria dan Turki, beliau mula memasuki Perancis dari Gaul ke Pergunungan Pyrenees, ke Bordeaux dan seterusnya ke Tours/Poitiers. Disinilah tentera Abdul Rahman bertembung dengan tentera Salib (Franks) yang diketuai oleh Charles Martel.

Peperangan ini berlangsung pada bulan Oktober 1732M (114H). Banyak yang tidak diketahui tentang peperangan ini, seperti jumlah sebenar tentera kedua belah pihak, di mana lokasi perang sebenar, dan berapa hari peperangan ini berlangsung. Tapi apa yang pasti ialah syahidnya Abdul Rahman al-Ghafiqi di medan perang yang membawa kepada kekalahan tentera Islam.

Apakah yang sebenarnya terjadi pada peperangan ini sehingga tentera Islam yang pada ketika itu suatu kuasa terbesar dunia kalah kepada tentera salib yang berperang tanpa kelengkapan yang sempurna? Ada dua sebab yang utama.

Pertama: Ketika peperangan masih berlangsung, sebahagian besar tentera islam mula rambang mata melihat hasil rampasan perang. Melihat akan kekayaan dunia yang melimpah ruah, fokus mereka telah beralih dari peperangan kepada harta benda dunia. Abdul Rahman terpaksa mundar mandir dari medan peperangan ke kem tentera islam menggesa tenteranya mengabaikan dahulu hasil rampasan perang itu dan meneruskan peperangan. Tidak ramai yang menyahut seruan Abdul Rahman, dan pada ketika itulah, diceritakan bahawa Abdul Rahman syahid dipanah pihak musuh.

Kedua: Setelah ketiadaan Abdul Rahman, jeneral-jeneral yang tinggal mula syura akan siapa yang akan menggantikan Abdul Rahman sebagai amir. Oleh kerana tentera Islam terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, pertelingkahan berlaku tentang siapa yang patut menjadi amir. Masing-masing mahu orang dari bangsanya untuk menggantikan tempat Abdul Rahman. Pertelingkahan ini berterusan sehingga diceritakan bahawa sehingga keesokkan paginya, amir masih belum dilantik, lantas peperangan tidak dapat diteruskan.

Dapat kita lihat, pada peperangan ini akan kuatnya pengaruh dunia. Dikala suasana kelam-kabut peperangan, manusia masih lagi dapat dipengaruhi untuk melebihkan dunia dari syahid fi sabilillah. Apatah lagi kita, yang berada dalam suasana yang aman dan selesa. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, apabila kita mula tunduk kepada dunia, telah tewaslah kita. Sepertimana tentera Abdul Rahman yang telah tunduk kepada dunia, tindakan mereka itu telah membawa kepada kekalahan di medan perang. Jika kita masih leka bersama komputer kita dirumah, masih suka berehat-rehat di rumah, dan tidur diatas katil kita yang empuk barangkali lama lagi kemenangan itu akan tiba. Tidak dikatakan disini bahawa benda-benda/harta-harta itu tidak perlu.. memang ia perlu.. tapi kita perlu tetapkan prioriti kita, tetapkan fokus kita.

Kita juga dapat lihat akan kepentingan persefahaman dan ukhuwwah sesama mukmin. Tentera islam pada ketika itu barangkali lupa bahawa mereka semua adalah satu umat, yang berpegang pada satu aqidah yang sama, bersatu diatas kalimah La ilaha ilallah tanpa mengutamakan satu kaum dari satu kaum yang lain. Jika mereka kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah tentang bagaimana memilih amir, mungkin mereka tidak akan bertelingkah. Dalam situasi kita pula.. kita semua mungkin berasal dari rumpun yang sama dan bercakap bahasa yang sama. Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara kita seperti latar belakang keluarga, tarap pendidikan, tarap ekonomi keluarga dan sebagainya. Perbezaaan ini, tidak boleh kita jadikan hujjah tentang siapa yang lebih baik diantara kita. Yang membezakan antara kita hanyalah taqwa kita kepada Allah. Sesiapa yang lebih bertaqwa itu lebih mulia dan lebih dekat darjatnya disisi Allah. Oleh itu, kita tidak boleh sama sekali bertelingkah diatas perkara-perkara yang remeh seperti perbezaan kulit, keturunan, warna, bahasa, dan budaya. Kita semua adalah satu umat selagimana kita mengucapkan syahadah dan beramal dengannya.

Share this:

Email PrintLeave a Reply

Top of Form

Name (required)Mail (will not be published) (required)Website

Type the two words:

Notify me of follow-up comments by email.

Notify me of new posts by email.

Bottom of Form

Infak

Top of Form

Bottom of Form

Infak untuk kos selenggara laman

Artikel Dalam Kategori Ini

Khalifah Umar Abdul Aziz

Abdul Rahman Al-Ghafiqi (Generasi Tabiin)

Uqbah ibn Nafi (Penakluk Afrika)

Post Terkini

Ikhlas Kunci Kebahagiaan Hakiki Tilawah, Talim dan Tazkiyah 93: Surah Al-Bayyina (Bahagian 2 : Ayat 5 8) 93: Surah Al-Bayyina (Bahagian 1; Ayat 1-4) Mengkhususkan Diri Untuk Allah Gambaran Pejuang Dakwah tanya ustaz salam Memilih mutarabbi muntij tanya ummu Tempoh taaruf terlalu lama Al-Mathurat Sughro PDF Mengalirkan Sumber KekuatanLanggan RSS

Top of Form

Email AndaBottom of Form

Laman About Download Hubungi Kami Ini Sejarah Kita Galeri Komik Tanya Ummu Log In Tanya Ustaz Kursus Baitul MuslimMenu-Menu Adikku

Akhlak

Akhlak

Alam Islami

An Nihayah wal Khulashoh

Aqidah

Baitul Muslim

Bedah Buku

Bekal Dakwah

Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah

Biografi

Buku Tarbiyah

Consultation

Dakwah

Era Abbasiyah

Era Khulafa' Ar-Rasyidin

Era Makkah

Era Umayyah

Era Uthmaniyyah

Fadhaih Elfitan

Featured

Fikrah Al-Quran

Fiqih Islam

Ghazwul Fikr

Hadis

Ini Sejarah Kita

Isu Ummah

Jihad Membela Negeri Kaum Muslimin

Kajian Isu

Kajian Sirah

Keakhawatan

Kehidupan

Kekeluargaan

Kisah Nabi-Nabi

Kisah Perlawanan Sahabat

Komik

Madinah

Mekah

Muqaddimah

Muqaddimah

Mutiara Kisah

Palestin

Pejuang Islam

Pemantapan Iman

Pencipta

Peperangan

Perayaan Kristmas 25 Disember Antara Dogma Toleransi

Peta

Poster

Risalah Mursyid

Sahabat

Sebelum Kerasulan

Seerah Nabawiyah

Sejarah

Selepas Kerasulan

Semasa

Semasa Proses Kerasulan

Seni Dakwah

Sharing

Student Life

Syuhada'

Tabien

Tanya Ummu

Tanya Ustaz Salam

Tokoh Kontemporer

Wahai Pemuda

2012 dakwah.info. All Rights Reserved. Log in

More in Biografi, Tabien (50 of 56 articles)

Abdullah Bin Masud

-

_1398164630.unknown

_1398164632.unknown

_1398164633.unknown

_1398164631.unknown

_1398164628.unknown

_1398164629.unknown

_1398164626.unknown

_1398164627.unknown

_1398164625.unknown