akuc

Download AkuC

If you can't read please download the document

Upload: faiz

Post on 17-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AkuC

TRANSCRIPT

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau bagaimanapun, selalunya aku digunakakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.