akt.penulisan mekanis dan seminar
TRANSCRIPT
user
Nota Amali: Literasi Bahasa
Tajuk 6: Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis
1. PENULISAN MEKANIS
Penulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang perlu didedahkan kepada murid-murid selepas aktiviti pratulisan. Apabila murid telah menguasai kemahiran menulis mekanis, ini akan membolehkan tulisan mereka mudah untuk dibaca. Murid juga telah dapat menguasai kemahiran memegang pensel dengan baik dan betul.
2.PERINGKAT TULISAN MEKANISSelepas murid-murid mempelajari peringkat pramenulis, faham dan tahu memegang pensel- mereka dilatih membentuk lambang tulisan Permulaannya,murid-murid dicadangkan membentuk huruf di kertas kosong tanpa garisan
Membentuk huruf pada permukaan bergaris- kawalan tulisan perlu dilakukan.
Ia bermula dengan garisan lebar hingga kepada kertas yang mengandungi satu garisan kecil.
Di antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, menulis huruf di atas kertas bergaris dua, menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul (mencantum titik atau garis putus-putus).
Tajuk 15 : Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu
Mengadakan seminar / pengurusan seminar
1. DEFINISI :
Seminar ialah majlis pertemuan untuk bertukar-tukar pendapat, pandangan dan pengalaman dengan pihak tertentu dengan khalayak yang memerlukannya. Seminar dijalankan secara teratur dan bersistematik berdasarkan tajuk kertas kerja yang dibentangkan sebelum membuat rumusan untuk dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan organisasi terlibat.
2. TUJUAN SEMINAR:
Mendapatkan pandangan pakar
Mencapai penyatuan fikiran dan kefahaman
Mencapai garis tindakan yang dipersetujui ramai
Menentukan peranan pihak tertentu
3. JENIS-JENIS SEMINAR:
Seminar Antarabangsa
Seminar Kebangsaan
Seminar Organisasi
4. BENTUK SEMINAR
Syarahan oleh beberapa orang penceramah
Syarahan oleh seorang penceramah
5. PERANCANGAN SEMINAR:
Perlantikan jawatankuasa
Mesyuarat penyelarasan
Bagi menentukan tema seminar, tajuk seminar, objektif seminar, rasional, tarikh, masa dan tempat, implikasi, penyertaan seminar, kertas kerja dan pembiayaan.
Kertas kerja
Implikasi keselamatan
Syor dan rumusan seminar
Laporan pelaksanaan seminar
Kebenaran penganjuran
Prosedur mendapatkan tajaan
Peranan pengerusi sessi dan pelapor
Panduan untuk pengerusi sidang utama/serentak/pleno
Prosedur semasa mempengerusikan sessi pembentangan
Tatacara semasa sessi soal-jawab
Hebahan melalui internet