aktiviti seni prasekolah

5
Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che lah (2003) dalam buku Panduan Pendidikan Prasekolah kreativiti kanak-kanak dapat dipupuk melalui aktiviti seni. Kreativiti manusia ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran bagi menghasilakn sesuatu yang baru dan berguna kepada manusia. Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk merangsangkan kreativiti ialah seni. Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak- kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai. Antara ciri-ciri seseorang yang kreatif adalah kebolehan menghadapi risiko, berdikari, berkeyakinan mencuba dan kesanggupan menahan ketegangan. Antara rasional pemilihan aktiviti ini adalah menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che lah (2003) lagi, terdapat beberapa panduan untuk guru menjalankan aktiviti seni sebagai satu cara memupuk kreativiti kanak- kanak seperti mengelakkan buku warna, corak dan garis titik. Buku tersebut tidak menggalakkan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak tidak bebas dan tidak berpeluang menggunakan bahan-bahan asli. Dengan mengambil kira aspek ini seni telah dipilih sebagai aktiviti memupuk kreativiti kanak-kanak. Contohnya, dalam aktiviti mencipta rama-rama kertas kanak-kanak berpeluang untuk mencipta corak-corak pada badan rama-rama mengikut kreativiti mereka. Seterusnya, seni membantu kanak-kanak membentuk pandangan positif kepada dirinya sendiri. Pandangan positif menggalakkan individu menjadi kreatif. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah menyediakan masa, ruang, tempat, bahan dan benarkan kanak-kanak membuat apa yang mereka suka. Oleh itu, aktiviti seni yang dirancang ini dapat membantu kanak-kanak berpandangan positif dalam hasil kerja mereka dan memperkembangkan kreativiti. Selain itu, seni mempunyai peranan penting dan tersendiri di peringkat pendidikan prasekolah bagi memupuk kreativiti iaitu menyediakan peluang untuk kanak-kanak melahirkan dan menyatakan fikiran, merangsang imaginasi kanak-kanak dan menggalakkan perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak. Oleh itu, aktiviti seni yang dirancang wajar digunakan untuk memupuk kreativiti.

Upload: shara1007

Post on 15-Feb-2015

418 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rama-rama kertas

TRANSCRIPT

Page 1: aktiviti seni prasekolah

Menurut Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che lah (2003) dalam buku Panduan

Pendidikan Prasekolah kreativiti kanak-kanak dapat dipupuk melalui aktiviti seni.

Kreativiti manusia ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan daya

imaginasi dan pemikiran bagi menghasilakn sesuatu yang baru dan berguna kepada

manusia. Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk

merangsangkan kreativiti ialah seni. Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan

kanak-kanak, dapat dibina dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.

Antara ciri-ciri seseorang yang kreatif adalah kebolehan menghadapi risiko, berdikari,

berkeyakinan mencuba dan kesanggupan menahan ketegangan.

Antara rasional pemilihan aktiviti ini adalah menurut Nor Hashimah Hashim dan

Yahya Che lah (2003) lagi, terdapat beberapa panduan untuk guru menjalankan aktiviti

seni sebagai satu cara memupuk kreativiti kanak-kanak seperti mengelakkan buku

warna, corak dan garis titik. Buku tersebut tidak menggalakkan kreativiti kanak-kanak.

Kanak-kanak tidak bebas dan tidak berpeluang menggunakan bahan-bahan asli.

Dengan mengambil kira aspek ini seni telah dipilih sebagai aktiviti memupuk kreativiti

kanak-kanak. Contohnya, dalam aktiviti mencipta rama-rama kertas kanak-kanak

berpeluang untuk mencipta corak-corak pada badan rama-rama mengikut kreativiti

mereka.

Seterusnya, seni membantu kanak-kanak membentuk pandangan positif kepada

dirinya sendiri. Pandangan positif menggalakkan individu menjadi kreatif. Sehubungan

dengan itu, guru hendaklah menyediakan masa, ruang, tempat, bahan dan benarkan

kanak-kanak membuat apa yang mereka suka. Oleh itu, aktiviti seni yang dirancang ini

dapat membantu kanak-kanak berpandangan positif dalam hasil kerja mereka dan

memperkembangkan kreativiti.

Selain itu, seni mempunyai peranan penting dan tersendiri di peringkat

pendidikan prasekolah bagi memupuk kreativiti iaitu menyediakan peluang untuk kanak-

kanak melahirkan dan menyatakan fikiran, merangsang imaginasi kanak-kanak dan

menggalakkan perkembangan kemahiran manipulatif kanak-kanak. Oleh itu, aktiviti seni

yang dirancang wajar digunakan untuk memupuk kreativiti.

Page 2: aktiviti seni prasekolah

Rancangan Pelaksanaan Aktiviti

Aspek Kreativiti yang difokuskan : Seni Visual

Nama Aktiviti : Rama-rama Kertas

Anggaran Masa : 1 Jam

Tema : Haiwan

Tunjang : Perkembangan kreativiti dan estetika

Fokus : KT 1.0 : Seni Visual

Standard Kandungan : 1.2 : Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.

(Ekspresi kreatif)

Standard Pembelajaran : 1.2.12: Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk

penghasilan sesebuah karya kreatif.

1.2.13: Menghasilkan kraf tradisional yang mudah dengan

menggunakan bahan yang sesuai.

Langkah-langkah Pelaksanaan Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1) Guru memastikan kanak-kanak bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan.

Berikut adalah bahan-baha yang diperlukan :

Page 3: aktiviti seni prasekolah

2)

2) Guru meminta kanak-kanak melukis garisan pada cawan seperti yang

ditunjukkan.

Page 4: aktiviti seni prasekolah

3) Kanak-kanak diminta untuk menggunting mengikut garisan yang dilukis tadi dan

membuang bahagian bawah cawan serta ketepikan bahagian atas untuk

dijadikan sesungut.

4) Kanak-kanak dikehendaki lipatkan dua cawan kertas yang dipotong dan

kemaskan dengan jari.

5) Kanak-kanak lukis bentuk sayap rama-rama pada cawan kertas yang telah

digunting.

Page 5: aktiviti seni prasekolah

6) Kanak-kanak gunting cawan kertas mengikut bentuk sayap yang telah dilukis

tadi.

7) Kanak-kanak hiaskan dengan kertas warna yang telah digunting mengikut corak

yang disukai. Lukis atau warnakan dengan pen warna mengikut kesukaan.

8) Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan.