aktiviti ldk

12
AKTIVITI LDK(Perkhemahan Pemimpin Muda SMK Sungai Tiram) TEMPAT : Foyer MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg AKTIVITI (MEMBENTUK KUMPULAN) OBJEKTIF 1. Mewujudkan satu hubungan kumpulan dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain. 2. Meningkatkan interaksi dan semangat perpaduan antara peserta. 3. Mengurangkan rasa malu dalam melakukan sesuatu. 4. Mewujudkan kemesraan antara ahli kumpulan. 5. Bersikap terbuka. PERLAKSANAAN AKTIVITI 1. Peserta diminta untuk membuat satu bulatan besar 2. Setiap peserta diminta untuk mencabut gulungan kertas yang berada di dalam kotak. 3. Pada kertas tersebut ditulis nama-nama penyanyi. 4. Setiap peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing- masing berpandukan nama penyanyi yang tertulis di atas kertas tersebut dengan hanya menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan serta tidak boleh mengeluarkan suara. 5. Peserta diberi masa 5 minit untuk mencari ahli kumpulan dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing

Upload: amin-zakari

Post on 05-Jul-2015

2.053 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKTIVITI LDK

AKTIVITI LDK(Perkhemahan Pemimpin Muda SMK Sungai Tiram)

TEMPAT : Foyer

MASA : 8.00 pg hingga 10.00 pg

AKTIVITI (MEMBENTUK KUMPULAN)

OBJEKTIF

1. Mewujudkan satu hubungan kumpulan dan seterusnya mengeratkan hubungan

antara satu sama lain.

2. Meningkatkan interaksi dan semangat perpaduan antara peserta.

3. Mengurangkan rasa malu dalam melakukan sesuatu.

4. Mewujudkan kemesraan antara ahli kumpulan.

5. Bersikap terbuka.

PERLAKSANAAN AKTIVITI

1. Peserta diminta untuk membuat satu bulatan besar

2. Setiap peserta diminta untuk mencabut gulungan kertas yang berada di dalam

kotak.

3. Pada kertas tersebut ditulis nama-nama penyanyi.

4. Setiap peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing-masing

berpandukan nama penyanyi yang tertulis di atas kertas tersebut dengan hanya

menggunakan bahasa isyarat dan pergerakan badan serta tidak boleh

mengeluarkan suara.

5. Peserta diberi masa 5 minit untuk mencari ahli kumpulan dan berkumpul

dalam kumpulan masing-masing

Page 2: AKTIVITI LDK

Aktiviti 1: Energizer (We Can Fly)

Objektif :

Memulakan aktiviti dengan suasana yang ceria dan penuh bersemangat.

Menyedarkan peserta tentang kebolehan yang boleh diasah.

Melatih berfikiran kreatif.

Masa: 5 minit

Bahan/alatan: laptop (iringan lagu)

Langkah-langkah:

1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan mengambil tempat yang dirasakan

selesa.

2. Lagu ‘I Believe I Can Fly’ dipasang.

3. Fasilitator menunjukkan cara pemanasan badan dan peserta mengikutnya

sambil menghayati lagu tersebut.

4. Peserta diminta mendepakan tangan dan pusing ke belakang perlahan-lahan

sejauh yang mungkin, kiri dan kanan. Ulang langkah yang sama untuk kali

kedua.

5. Seterusnya fasilitator meminta peserta menyentuh jari kaki mereka dengan apa

cara sekalipun.

6. Selesai pemanasan badan, fasilitator menjelaskan pengajaran disebalik aktiviti

tersebut.

4. Aktiviti kedua : Energizer (Percaya padamu)

Objektif :

1. Menimbulkan mood baik kepada para peserta untuk aktiviti yang

seterusnya.

2. Menguji fokus pemikiran peserta.

3. Menggalakkan peserta berasa yakin antara satu sama lain.

4. Membentuk dua kumpulan untuk aktiviti yang seterusnya.

Page 3: AKTIVITI LDK

Masa : 5 minit

Alatan : -

Pelaksanaan aktiviti:

1. Fasilitator meminta peserta berdiri dan berbaris panjang.

2. Fasilitator memberikan nama kepada peserta yang berdiri pada nombor

ganjil dengan panggilan ‘Tun”, manakala peserta yang berdiri pada

nombor genap dipanggil “Teng”.

3. Apabila fasilitator menyebut “Tun”, maka hendaklah mengangkat dua

belah tangan ke atas. Manakala, “Teng” pula, hendaklah mengangkat

tangan ke hadapan.

4. Fasilitator akan menyebut “Tun” dan “Teng” itu secara berselang-seli.

Aktiviti 3

Peringkat: Pertengahan

Tajuk modul: Lukisanku (Komunikasi sehala dan dua hala)

Masa: 40 minit

Alat-alat: : Kertas A4 dan pen

Sinopsis:

Aktiviti ini dijalankan untuk kem pengawas sekolah lantikan baru. Aktiviti ini

dijalankan supaya para pengawas menyedari konsep kepentingan berkomunikasi

antara seorang pemimpin dengan ahli-ahlinya. Selain itu, para pengawas akan

menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang

betul dan gerak-geri yang sejajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas.

Objektif:

1. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses berkomunikasi.

2. Mewujudkan kepentingan komunikasi dua hala antara pemimpin dan ahli-

ahlinya.

3. Menyedari pentingnya komunikasi pemimpin melalui penggunaan perkataan

yang betul dan gerak-geri yang sejajar.

Page 4: AKTIVITI LDK

4. Memberi kesedaran kepada pemimpin tentang pentingnya mendengar

pendapat dari ahli-ahlinya.

Perlaksanaan Aktiviti:

1. Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi dua helai kertas A4.

2. Fasilitator memberi arahan berikut, untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak

dibenarkan bertanya. Arahan diulangi dua kali sahaja.(Lampiran 3)

a) Lukis satu bulatan.

b) Dalam bulatan itu lukis tiga bulatan kecil.

c) Di atas bulatan lukis sebuah bentuk segiempat sama.

d) Di kiri dan kanan bulatan buat dua garis panjang yang selari dan satu

bulatan di hujung.

e) Di bawah bulatan tadi, lukis segi empat tepat.

f) Di bawah segiempat tepat, lukis 4 garis lurus panjang ke bawah dan dua

bulatan di hujung empat pasang garis panjang tadi.

3. Setelah semua ahli selesai melukis fasilitator akan meminta mereka meletakkan

lukisan tersebut di tepi dan di terbalikkan.

3. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama

tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.

4. Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka dihadapan masing-masing.

5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.

Mereka digalakkan memberi maklumbalas berkenaan perasaan mereka sewaktu

melukis kali pertama dan kali kedua.

6. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan peserta sebagai pemimpin,

pendengar dan pemberi respon yang menggalakkan pada masa berinteraksi dan

berbual dengan rakan.

Falsafah modul:

1. Kesukaran berkomunikasi sehala antara pemimpin dengan ahli yang lain iaitu

ahli hanya menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh

menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif di kalangan ahli.

2. Komunikasi sehala oleh pemimpin menyebabkan mesej berubah dan tidak

tepat. Oleh itu hasil yang diperolehi adalah mengikut tafsiran sendiri.

Page 5: AKTIVITI LDK

Aktiviti 4

Tajuk : Boleh percaya ke!

Masa : 40 minit

Alatan : Laptop, kerusi, akhbar lama, benang gunting dan kain penutup

mata.

Masa aktiviti : Pertengahan program

Sinopsis :

Modul ini memberi kesedaran tentang pentingnya arahan di dalam sesuatu organisasi.

Bukan mudah untuk menyampaikan maklumat kerana dunia hari ini mempunyai

pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh setiap manusia.

Objektif:

2.1 Melahirkan pelajar yang memberi fokus kepada pemimpin.

2.2 Menerapkan sikap memberi arahan yang berkesan sebagai seorang

pemimpin.

2.3 Menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai

pemimpin.

2.4 Menimbulkan kesedaran agar percaya kepada pemimpin.

2.5 Menyedarkan pemimpin agar membimbing ahli dengan baik.

Kumpulan sasaran :

pengawas sekolah.

Perlaksanaan aktiviti :

1. Pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan.

2. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil sebagai ketua.

3. Mata setiap ahli kumpulan ditutup kecuali ketua dan mereka diminta untuk

berpegang kepada benang agar sentiasa dapat bersama kumpulan.

4. Arahan diberi kepada ketua sahaja iaitu, mereka perlu membawa setiap

ahli kumpulan yang telah ditutup matanya ke destinasi yang telah

Page 6: AKTIVITI LDK

ditetapkan oleh fasilitator dengan menggunakan suara sahaja dan tidak

boleh menyentuh ahli.

5. Fasilitator akan menyusun kerusi, menggumpal akhbar lama, dan

memasang lagu dengan nada sederhana dan kuat secara berperingkat untuk

mengganggu arahan yang diberikan oleh ketua.

6. Fasilitator akan menggunting benang yang dipegang oleh ahli supaya ahli

berpecah dari kumpulannya.

7. Permainan tamat apabila masa yang diberikan telah habis dan ketua yang

berjaya membawa ahli paling ramai ke destinasi yang dianggap sebagai

pemenang.

Falsafah modul:

1. Halangan wujud di mana sahaja, sebagai pemimpin yang baik kita perlu

berusaha melepasinya untuk membantu ahli kumpulan dengan semangat

dan ketabahan.

2. Kehidupan memerlukan kita saling bekerjasama dan tolong menolong

untuk hidup dengan bahagia.

3. Setiap pemimpin tidak boleh mengambil kesempatan di atas kelemahan

ahli yang dipimpin.

4. Setiap ahli perlu mempercayai pamimpin agar segala maklumat yang

disampaikan bukan dari sumber yang tidak dipercayai.

5. Kejujuran amat penting sebagai pemimpin.

Page 7: AKTIVITI LDK

Warisan

Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

c/o Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harusku bawakan

Ke mana harusku semaikan

Cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan timur dan barat

Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah penyambung warisan.

Page 8: AKTIVITI LDK
Page 9: AKTIVITI LDK

Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain

Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu

Amy searchAmy search Amy search Amy search

M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau

Saloma Saloma Saloma Saloma

Saloma Saloma Saloma Saloma

Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain Ziana Zain

Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu Mas Idayu

M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau M daud Kilau

Page 10: AKTIVITI LDK

Amy search Amy search Amy search Amy search