aktiviti kelas, kumpulan dan individu
TRANSCRIPT
TOPIK 5:PENGURUSAN KURIKULUM
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL
Disediakan oleh:
PISMP PRASEKOLAH SEMESTER 4
AINUR NAZURA BT MOHD JONI
NURUL AMIRAH BINTI ABD ZA’PAR
AL MUNIRAH AL MUZMI
NORATIQAH BINTI JUMIEN
PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
AKTIVITI KELAS AKTIVITI KUMPULAN AKTIVITI INDIVIDU
AKTIVITI KELAS
Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sama secara serentak.
Aktiviti kelas dapat memupuk kemahiran bersosial
Aktiviti ini juga mampu memupuk nilai murni seperti kerjasama,
hormat-menghormati, keadilan dan semangat bermasyarakat.
Dalam masa yang sama juga, aktiviti kelas mampu memupuk
kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
AKTIVITI KELAS
Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan maklumat,
memberi arahan, penerangan, bercerita, bersoal jawab dan
membuat refleksi pada akhir pembelajaran.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara kelas adalah
menyanyi beramai-ramai, berlakon, mendengar cerita dan
menonton pertunjukkan boneka.
Sambungan…
Bercerita
Circle time (perbualan pagi, pesanan, hasil kerja,
rumusan selepas pembelajaran, penerangan tentang
aktiviti yang akan dijalankan)
Nyanyian / gerakan
Field trip / lawatan (pengalaman secara langsung)
Contoh-contoh aktiviti kelas
AKTIVITI KUMPULAN
Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
kecil.
Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama
atau berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan
kumpulan yang lain.
Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara
kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama
AKTIVITI KUMPULAN
Murid-murid dapat belajar melalui rakan sebaya
mereka dalam aktiviti ini.
Aktiviti kumpulan mampu memupuk kemahiran sosial
dan penyelesaian masalah.
Ianya juga boleh menerapkan nilai-nilai murni
Sambungan…
Cantuman puzzel
Main pondok
Berkebun
Penerokaan
Kolaj
Capan
Menyusun huruf
Menyusun perkataan
Menyusun gambar bersiri
Contoh-contoh aktiviti kumpulan…
AKTIVITI INDIVIDU
Merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di
mana murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran secara bersendirian.
Murid lebih banyak berinteraksi dengan bahan di pusat-
pusat pembelajaran.
Aktiviti individu juga turut memberi peluang kepada
murid mendapatkan perhatian secara personal daripada
guru
AKTIVITI INDIVIDU
Peluang untuk mengukuhkan nilai murni seperti berdikari dan
kerajinan adalah tinggi
Peluang untuk murid menumpukan kebolehan istimewa yang
ada padanya bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu
konsep
Murid adalah bebas untuk mencuba dan meneroka dengan
gaya tersendiri
Sambungan…
Murid berpeluang untuk mengaplikasikan akan
kemahiran berfikir seperti membuat perbandingan,
menganalisis dan menyelesaikan masalah.
Murid dapat bergiat secara aktif untuk menjalankan
aktiviti binaan dari bongkah, bermain dengan doh
ataupun bermain suai pasang.
Sambungan…
Melukis gambar
Menggunting / menampal
Menguntai manik / bunga
Membaca buku kecil / buku bacaan
Menyusun bongkah
Contoh-contoh aktiviti individu…
Kasnan Ab Karim, Ramlah bt. Jantan, Akmal Hisyam Arshad, Siti Norsyafika
Kamarudin (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
http://skdua.blogspot.com/2006/09/pengelolaan-pengajaran-dan.html
http://ppdkerian.edu.my/prasekolah/kurikulum/index.htm
http://www.phirgo.co.cc/2010/05/pengelolaan-kelas.html
http://ayamj.blogspot.com/2010/05/strategi-pengelolaan-kelas.html
http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/pendidikan/tadika-
islam.html
Sumber rujukan…
SEKIAN, TERIMA KASIH
JUMPA LAGI NANTI…