aktiviti cuti sekolah

2
Aktiviti Cuti Sekolah Semua murid-murid mesti menunggu kehadiran cuti sekolah.Sebagai seorang pelajar,saya mestilah menghabiskan cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat. Ada yang menghabiskan cuti mereka dengan memancing, melancong dan lain-lain. Pada minggu lepas, saya pergi berkelah. Saya ke Air Terjum Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama keluarga iaitu ayah, emak dan kakak. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Toyota Wish yang baru ayah beli. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kira-kira 170 kilometer. Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di tapak perkhemahan kira- kira pada pukul 2.00 petang. Oh, indah sekali pemandangan di tapak perkhemahan! Udaranya pula sungguh nyaman. Saya dan keluarga berasa amat gembira kerana dapat berkelah bersama-sama. Setiap orang daripada kami sibuk menjalankan tugas masing-masing. Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah hari yang telah dimasak di rumah. Deruan air menghempas batu menyebabkan saya tidak sabar lagi untuk bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya menggigil kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik mendapat air.

Upload: whv185

Post on 16-Aug-2015

128 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti Cuti Sekolah

Semua murid-murid mesti menunggu kehadiran cuti sekolah.Sebagai seorang pelajar,saya mestilah menghabiskan cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat. Ada yang menghabiskan cuti mereka dengan memancing, melancong dan lain-lain.

Pada minggu lepas, saya pergi berkelah. Saya ke Air Terjum Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama keluarga iaitu ayah, emak dan kakak. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Toyota Wish yang baru ayah beli. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kira-kira 170 kilometer. Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di tapak perkhemahan kira-kira pada pukul 2.00 petang.

Oh, indah sekali pemandangan di tapak perkhemahan! Udaranya pula sungguh nyaman. Saya dan keluarga berasa amat gembira kerana dapat berkelah bersama-sama. Setiap orang daripada kami sibuk menjalankan tugas masing-masing. Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah hari yang telah dimasak di rumah.

Deruan air menghempas batu menyebabkan saya tidak sabar lagi untuk bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya menggigil kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik mendapat air.

Selepas solat Maghrib, kami pun menikmati makanan yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Aktiviti lasak pada siang hari menjadikan kami begitu lapar hingga semua yang terhidang licin dalam sekelip mata. Sebelum tidur ayah menceritakan pengalaman suka duka berkhemah semasa kanak-kanak dahulu. Saya tidur mati oleh sebab keletihan.

Keesokannya, selepas berkemas, kami pulang dengan perasaan gembira. Kami membawa bersama seribu kenangan manis.

Page 2: Aktiviti Cuti Sekolah

Ahli Kumpulan1.Arif Akmal2.Aliff Aiman

3.Amirul Haziq