tugasan 12 bandar kajang

26
TUGASAN 12 PROJEK BERKUMPULAN DISEDIAKAN OLEH: NURUL AZIERA SYAKILLA BINTI ZAKARIA ( A153159) NUR ADILA SUFIA BINTI AJEMAN (A156779) NUR NAZIRAH BINTI ROSDI (A156812) SITI HAJAR BINTI MOHD KHUSARI (A156816)

Upload: siti-hajar-mohd-khusairi

Post on 11-Feb-2017

57 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Slide 1

TUGASAN 12PROJEK BERKUMPULANDisediakan oleh:Nurul aziera Syakilla binti zakaria ( A153159)Nur Adila Sufia binti Ajeman (A156779)Nur Nazirah binti Rosdi (A156812)Siti Hajar binti Mohd Khusari (A156816)

TugasanAnda dikehendaki membentuk satu kumpulan yang tidak lebih dari 3 orang. Anda diminta menyediakan wawasan anda mengenai Bangi-Kajang untuk 30 tahun akan datang. Sediakan wawasan anda lengkap dangan gambar-gambar dalam slides atau video. Jika dalam bentuk slides, upload laporan anda ke SlideShare.com. Jika dalam bentuk vidoe, upload ke YouTube. Berikan link laporan anda.

Wawasan sekarangWawasan Pembangunan Mapan KajangBersama membentuk Kajang sebagai bandar berdaya maju, sistematik dan mesra alam dengan masyarakat penyayang, berbudaya, berilmu, berdisiplin serta mengamalkan nilai-nilai murni secara berterusan.

MISIMemberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisyen selaras dengan wawasan 2020 berpaksikan tonggak 12

VISIMenjadikan perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.

MISI, VISI

Majlis Perbandaran Kajang komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisyen, berkualiti, bertanggungjawab bagi memastikan kepuasan pelanggan. Memberikan perkhidmatan pengurusan perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus dan efisyen selaras dengan wawasan 2020 berpaksikan 'Tonggak 10'. Menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadi, warga yang bestari ke arah pembangunan mampan serta pusat sate yang terunggul.

OBJEKTIF

Wawasan 30 tahun akan Datang

WAWASAN UTAMA DALAM MEMBENTUK BANDAR KAJANGMenjadikan Kajang sebagai sebuah bandar yang berpusatkan rumah ibadat iaitu Masjid

Gambaran Bentuk Bandar

Masjid sebagai pusat bandarDisekelilingnya adalah bangunan-bangunan pelbagai;Pejabat-pejabatPusat membeli belahPusat pendidikanKawasan RekreasiDihubungkan dengan bandar-bandar laindengan sistem pengangkutan awam

Cadangan Pembinaan Masjid sebagai pusat bandar KajangMenjadikan masjid sebagai pusat bandar Kajang.Kemajuan bandar dicapai seiring dengan pembangunan agama masyarakat awam.Menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ekonomi bandar.

Wawasan-wawasan lain sebagai penambahbaikkan bagi kemajuan bandar kajang

1) Bandar yang mempunyai lalu lintas yang sistematik dan lancarIsu sekarang > Kesesakan lalu lintas menjelang waktu kemuncakCadangan > Menggunakan Land Airbus.

Cadangan : Naik taraf jalan yang sedia ada dengan membina jalan raya bertingkat; fly-over.

Jalan raya bertingkat yang di bina bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan bandar Kajang, malah ia juga dapat menjimatkan penggunaan tanah.

2) Mengurangkan masalah banjir kilat.Masalah : Banjir kilat yang sering berlaku di bandar Kajang. Jika masalah ini dibiarkan, ia akan terus berlaku jika tidak ditangani

Cadangan dalam masa 30 tahun akan datang : Dengan menukar struktur jalan raya dengan menggunakan aspalt yang dapat menyerap air.

3) Menjadikan Kajang sebagai perbandaran yang selesa dengan keindahan semulajadiCadangan : menubuhkan satu sangkar yang tertutup di tepi sepanjang jalan seperti contoh jalan raya dari Ukm sehingga bandar Kajang. Ia bertujuan untuk menanam pokok pokok dan memelihara haiwan seperti monyet dan burung-burung.

Contoh lakaran tanaman tanaman dan haiwan yang berada di dalam sangkar tertutup di sepanjang jalan.

4)Mengurangkan kadar pembuangan sampah merata-rata. Cadangan : Mempunyai satu alat yang mengutip sampah secara sistematikAlat ini diletakkan di setiap taman perumahan dan ianya disetkan masa untuk mengutip sampah dengan melalui kawasan hadapan rumah penduduk. Maka, penduduk tidak perlu membuang sampah merata-rata lagi kerana alat ini akan membawa sampah tersebut ke satu tempat pengumpulan sampah sebelum sampah-sampah tersebut diambil dan dihantar ke tempat pelupusan sampah.

5) Wujudkan laluan pejalan kaki yang kondusifMasalah : Tiada laluan yang khusus untuk pejalan kaki. Perkara ini sebenarnya akan membawa kepada bahaya seperti kemalangan maut. Cadangan : Membina laluan pejalan kaki yang sifatnya kondusif serta selamat untuk kegunaan masyarakat. Laluan yang berbumbung serta laluan tersebut dihubungkan terus denga bangunan-bangunan tertentu.

6) Membina sebuah mercu tanda khas bagi bandar Kajang

Dengan adanya mercu tanda ini, Kajang dan kawasan sekitarnya akan lebih dikenali dan mudah di ingati.

7) Memperindah landskap bandarWujud suasana hijau dan mesra alam serta hiasan semulajadi di sekitar bangunan.Tanaman juga berfungsi sebagai penyejuk di kawasan bangunan.

Menambah nilai bandar Kajang dengan tempat-tempat menarik bagi menarik minat pelancong sekaligus memperkenalkan bandar Kajang kepada umum.

8) kebersihan bandar Meningkatkan taraf penjagaan kebersihan di persekitaran bandar Kajang dengan pemantaun secara berkala melalui kerjasama semua pihak terutama sokongan daripada pihak atas.

9) Mampu mencipta teknologi canggih yang dapat membantu pekerjaan manusia dan juga meningkatkan kemajuan Iptek ( ilmu pengetahuan dan teknologi)

SEKIAN, TERIMA KASIH

PEMBAHARUAN BANDAR KAJANG