akta perkhidmatan kewangan islam 2013

7
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Malaysia sekali lagi melangkah ke hadapan dalam dunia kewangan Islam ekoran daripada pengenalan senaskhak akta khusus bagi mengawal selia industri kewangan Islam dan takaful yang akan berkuat kuasa tahun ini. Ini adalah langkah yang cukup memberansangkan dalam usaha memastikan industri kewangan Islam di negara ini lebih berwibawa dan menjadi peneraju kepada industri berdaya saing itu di peringkat global. Tambahan pula industri kewangan Islam kini berkembang pesat dan menjadi salah satu komponen yang kompetitif dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia dan menjadi satu daripada pemacu pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara. Apa itu IFSA? IFSA atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 merupakan suatu Akta yang mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau bersampingan dengannya. IFSA merupakan satu kemuncak usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia institusi kewangan Islam di Malaysia. Hal ini bagi memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan optimum dalam system kewangan dan ekonomi di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk

Upload: afidatul-azwa

Post on 25-Oct-2015

478 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IFSA 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA)

Malaysia sekali lagi melangkah ke hadapan dalam dunia kewangan Islam ekoran daripada

pengenalan senaskhak akta khusus bagi mengawal selia industri kewangan Islam dan takaful

yang akan berkuat kuasa tahun ini. Ini adalah langkah yang cukup memberansangkan dalam

usaha memastikan industri kewangan Islam di negara ini lebih berwibawa dan menjadi

peneraju kepada industri berdaya saing itu di peringkat global. Tambahan pula industri

kewangan Islam kini berkembang pesat dan menjadi salah satu komponen yang kompetitif

dalam sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia dan menjadi satu daripada pemacu

pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negara.

Apa itu IFSA?

IFSA atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 merupakan suatu Akta yang

mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan Islam,

sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan pengawasan pasaran wang Islam dan

pasaran pertukaran asing Islam untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan

Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau bersampingan dengannya. IFSA

merupakan satu kemuncak usaha untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia

institusi kewangan Islam di Malaysia. Hal ini bagi memastikan undang-undang ini terus

relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan

optimum dalam system kewangan dan ekonomi di samping menyediakan perlindungan yang

mencukupi untuk pengguna. IFSA masing-masing telah menggabungkan enam statut yang

sedia ada, iaitu Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Insurans 1996, PSA

dan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953, ECA), serta Akta

Bank Islam 1983 dan Akta Takaful 1984. Undang-undang baharu ini menyediakan rangka

kerja undang-undang yang lebih utuh dan bersepadu yang menyediakan cara olahan yang

tekal dan menyeluruh terhadap risiko yang sama lantas mengurangkan kemungkinan

berlakunya jurang pengawalseliaan, dan dengan nyata memudahkan proses kajian semula dan

pengemaskinian pada masa hadapan

Undang-undang ini akan meletakkan sektor kewangan Malaysia, yang merangkumi sistem

perbankan, sektor insurans dan takaful, pasaran kewangan dan sistem pembayaran dan

pengantara kewangan lain. Antara ciri utama undang-undang yang terkandung dalam akta

Page 2: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

baru ini ialah tumpuan yang jelas terhadap pematuhan dan tadbir urus Syariah dalam sektor

kewangan Islam. Secara khususnya, IFSA menyediakan rangka kerja undang-undang yang

menyeluruh, yang selaras sepenuhnya dengan Syariah dalam semua aspek pengawalan dan

penyeliaan, daripada pelesenan hingga pembubaran sesebuah institusi.

Kandungan IFSA

IFSA mengandungi 18 bahagian yang meliputi 291 fasal dan 16 jadual. . Bagi

bahagian pertama akta ini, memuatkan tafsiran perkataan dan terma yang diguna pakai dalam

akta.bahagian ini terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu tajuk ringkas dan bidang kuasa,

tafsiran, penetepan perniagaan atau aktiviti tambahan oleh Menteri, penetapan perjanjian,urus

niaga,transaksi atau orang tambahan oleh Bank dan pengelasan dan tafsiran sebutan mengenai

perniagaan takaful.

Bahagian kedua akta ini pula menerangkan tentang objektif peraturan, kuasa serta fungsi

bank. Objektif peraturan menekankan konsep pematuhan syariah dalam semua transaksi yang

dijalankan oleh pihak bank manakala kuasa serta fungsi bank yang ditekankan ialah kuasa-

kuasa dan fungsi-fungsi Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada Bank dan

bukannya mengurangkan kuasa dan fungsi Bank sedia ada yang tertakhluk di bawah Akta

Bank Negara Malaysia 2009. Antara yang dijelaskan ialah Bank hendaklah dari semasa ke

semasa memaklumkan kepada Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan

perjalanan kuasa dan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini, Bank boleh memberi

kuasa kepada Timbalan Gabenor atau seorang pegawai Bank untuk melaksanakan mana-mana

kuasa atau melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini serta Bank boleh

menubuhkan dan memberi kuasa kepada satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli

seperti yang ditentukan oleh Bank bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa atau

melaksanakan mana-mana fungsi Bank di bawah Akta ini.

Bahagian ketiga Akta ini pula membincangkan tentang kebenaran. Bahagian ini memuatkan

pemberikuasaan yang terbahagi kepada lima penggal yang membincangkan mengenai

perniagaan yang dibenarkan, sekatan atas urus niaga yang diberi kuasa, pejabat wakil,

pembatalan, penyerahan balik atau pemberhentian perniagaan atau pengendalian serta perkara

am.

Page 3: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Bahagian keempat membincangkan tentang peruntukan keperluan kehendak syariah dalam

urusan yang juga terbahagi kepada empat penggal. Bahagian kelima memperuntukkan sistem

pembayaran yang juga terbahagi kepada tiga penggal yang merangkumi mengenai penetapan

sistem pembayaran dan instrumen pembayaran Islam, kehendak bagi pengendalian sistem

pembayaran dan pengeluaran instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan, dan juga

kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih.

Bahagian keenam memperuntukkan kehendak berhemat yang mempunyai tujuh penggal

manakala bahagian ketujuh memperuntukan mengenai pemunyaan, kawalan dan pemindahan

perniagaan. Di dalam bahagian kelapan pula memperuntukkan tentang kumpulan kewangan

dan bahagian kesembilan pula memperuntukkan tentang perlakuan perniagaan dan

perlindungan pengguna.

Bahagian kesepuluh memperuntukkan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing

Islam. Bahagian kesebelas pula memperuntukkan kepentingan pengemukaan dokumen atau

maklumat. Bahagian kedua belas memperuntukkan seksyen berkaitan pemeriksaan orang

yang diberi kuasa ke atas orang lain. Di dalam bahagian ketiga belas jelas memperuntukkan

perihal arahan pematuhan yang perlu diikuti oleh orang-orang yang berkenaan.

Bahagian keempat belas memperuntukkan campur tangan dan tindakan remedi bagi pihak

yang berkaitan. Bahagian ini mengandungi empat penggal dengan pecahan tertentu. Bahagian

ini lebih memerihalkan mengenai pemecatan, pelaksanaa remedy serta bantuan kewangan dan

kuasa-kuasa berkaitan. Bahagian kelima belas pula memperuntukan kuasa bank yang lain

yang terdiri daripada tiga penggal yang berkaitan pengawalseliaan institusi kewangan Islam

yang ditetapkan, peruntukan mengenai transaksi antarabangsa dan domestik, dan juga hari

kelepasan bagi orang berlesen. Bahagian keenam belas memperuntukkan penguatkuasaan dan

penalty manakal bahagian ketujuh belas pula memperuntukkan peruntukan am. Bahagian

terakhir iaitu bahagian kelapan belas pula jelas memperuntukan mengenai pemansuhan,

kecualian dan peralihan.

Hubungkait IFSA dengan Sistem Perbankan Islam

Tujuan pengenalan akta baru ini adalah untuk menyelaraskan undang-undang sedia

ada sekaligus memangkin pertumbuhan Malaysia sebagai hub kewangan antarabangsa.

Justeru amat mustahak untuk ditegaskan tentang peranan kewangan Islam dan lebih penting,

Page 4: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

‘Bagaimanakah Kewangan Islam seharusnya berperanan membangunkan ummat dan negara’?

Perbankan dan Kewangan Islam bukan hanya untuk mengelakkan muamalat atau transaksi

pengurusan perniagaan yang bebas unsur-unsur riba, gharar dan judi malah sampai waktunya

kewangan Islam ini diletakkan sebagai prioritinya yang berperanan untuk sentiasa mencapai

‘Maqasid Syari’ah’ itu sendiri khasnya ‘Pemeliharaan Harta’ atau Hifzul Maal.

Kontrak syariah yang disandarkan kepada akta baru itu bukan saja akan menyeragamkan

keperluan perundangan bagi seluruh sektor, malah ia juga akan memastikan undang-undang

berkenaan turut mencerminkan ciri-ciri kontrak syariah secara yang lebih komprehensif.

Transformasi perundangan ini juga akan memastikan tahap peraturan sepadan dengan tahap

risiko institusi, pasaran dan produk kewangan Islam yang terdapat dalam seluruh sistem

kewangan Islam.

IFSA membawa suatu perspektif baharu dengan menyediakan asas perundangan bagi rangka

kerja pengawalseliaan kewangan Islam yang mencerminkan ciri-ciri khusus pelbagai jenis

kontrak kewangan Syariah dengan profil risiko dan pulangan yang tersendiri. Ciri-ciri unik

kontrak ini ditakrifkan dengan jelas dan menyeluruh, meliputi proses pemeteraian kontrak

sehinggalah pembubaran sesebuah institusi kewangan Islam. Ini selaras dengan gagasan

meningkatkan daya saing dan inovasi menerusi kepelbagaian kontrak Syariah yang terpakai

oleh institusi-institusi kewangan Islam.

Pandangan mengenai Ceramah IFSA

Pandangan peribadi semestinya ceramah tersebut ialah satu usaha dan pendekatan yang

positif terutamanya terhadap pelajar Undang-Undang khususnya yang mempunyai kemestian

untuk peka dengan setiap pembaharuan undang-undang di Negara ini. Ceramah ini juga

banyak memberi maklumat berguna kepada pengguna produk perbankan Islam yang rata-

ratanya masih kabur dengan kedudukan dan perlindungan yang ewajarnya. Pelajar juga

bertuah kerana berpeluang memperoleh titipan ilmu yang berguna ini daripada individu yang

amat berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang kewangan Islam iaitu

Dr.Hakimah Hj Yacoob dari ISRA. Harapan saya agar pihak fakulti sudi untuk mengadakan

lebih banyak program yang berbentuk perkongsian ilmu seperti ini lagi kerana dipercayai

mampu membantu para pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas lagi selain

belajar ketika waktu kuliah pada lazimnya.

Page 5: Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013