undang-undang malaysia - agc.gov.my 545.pdf · akta 545 akta lembaga perkhidmatan kewangan luar...

41
UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006

Upload: hoangtuyen

Post on 16-May-2019

258 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 545

AKTA LEMBAGAPERKHIDMATAN KEWANGANLUAR PESISIR LABUAN 1996

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 5452

AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGANLUAR PESISIR LABUAN 1996

Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 24 Januari 1996

Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 1 Februari 1996

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2006

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 545

AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGANLUAR PESISIR LABUAN 1996

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

LEMBAGA

3. Lembaga dan objektifnya

4. Fungsi dan kuasa Lembaga

5. Keanggotaan Lembaga

6. Tempoh jawatan

7. Perletakan jawatan dan pembatalan

8. Pengosongan jawatan

9. Kuasa Menteri memberikan arahan dan menghendaki maklumat

10. Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri

11. Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

12. Saraan atau elaun

13. Meterai perbadanan

14. Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga

15. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

16. Minit

17. Penzahiran kepentingan

18. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 5454

18A. Penubuhan tabung kebajikan kakitangan

19. Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepadapegawai dan pekhidmat

20. Jawatankuasa tatatertib

21. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

22. Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

23. Pengenaan surcaj

24. Pemberitahuan surcaj

25. Penarikbalikan surcaj

26. Mendapatkan surcaj

27. Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

28. Pekhidmat awam

BAHAGIAN II A

PENYERAHAN DAN PEMELIHARAAN MAKLUMAT

28A. Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA

28B. Penyerahan maklumat

28C. Pemeriksaan

28D. Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan

BAHAGIAN III

KEWANGAN

29. Kumpulan Wang

30. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

31. Pemeliharaan Kumpulan Wang

32. Levi

32A. Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi

33. Akaun dan laporan

34. Kuasa untuk meminjam

35. Pelaburan

Seksyen

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan5

BAHAGIAN IV

AM

36. Indemniti

36A. Lembaga melantik pegawai atau pekerja untuk hadir dalam mahkamahbagi pihak Lembaga

36B. Pengkompaunan kesalahan

36C. Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

37. Kuasa membuat peraturan-peraturan

38. Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian

39. Kecualian dan peralihan

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 5456

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 545

AKTA LEMBAGA PERKHIDMATANKEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Perkhidmatan KewanganLuar Pesisir Labuan dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsidan kuasanya dan perkara yang berkaitan dengannya.

[15 Februari 1996, P.U. (B) 66/1996]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga PerkhidmatanKewangan Luar Pesisir Labuan 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluipemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikhyang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainandalam Akta ini.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawahAkta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];

“institusi kewangan luar pesisir” ertinya mana-mana orang yangmengadakan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkanoleh Lembaga di bawah subseksyen 15(1);

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 5458

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan dibawah subseksyen 29(1);

“Labuan” ertinya Kawasan Lembaga Pembangunan Labuan yangditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Lembaga Pembangunan Labuan1992 [Akta 480];

“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar PesisirLabuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang tanggungan”, berhubung dengan pegawai ataupekhidmat Lembaga, ertinya isteri atau suami, ibu atau bapa,anak, termasuk anak angkat atau anak tiri, atau mana-mana oranglain yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteridari semasa ke semasa melalui notis yang disiarkan dalam Warta;

“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai danpekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut,menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut,menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam KumpulanWang, atau yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaanatau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan danharta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang ataumelupuskan barang simpanan dan harta sedemikian;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau,Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawahseksyen 5;

“Perkhidmatan kewangan luar pesisir” ertinya apa-apaperkhidmatan yang disediakan oleh—

(a) syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yangdidaftarkan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990[Akta 441];

(b) mana-mana syarikat domestik atau syarikat asing yangdidaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah Labuan 1990[Akta 442];

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan9

(c) mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan,mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah AktaBank Luar Pesisir 1990 [Akta 443], Akta Insurans LuarPesisir 1990 [Akta 444], atau mana-mana undang-undanglain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewanganluar pesisir;

(d) suatu perkongsian terhad luar pesisir yang ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan1997 [Akta 565];

(e) suatu kumpulan wang yang ditubuhkan atau seorangpengurus kumpulan wang yang dilesenkan atau seorangpentadbir kumpulan wang yang didaftarkan di bawahAkta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998[Akta 579];

(f) mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undangsebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam Warta,atas syor Lembaga.

(2) Ungkapan “syarikat asing”, “syarikat domestik”, “syarikatluar pesisir” dan “syarikat luar pesisir asing” masing-masingnyamempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam AktaSyarikat Luar Pesisir 1990.

BAHAGIAN II

LEMBAGA

Lembaga dan objektifnya

3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama “LembagaPerkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” ditubuhkan yangkekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan,yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanyadan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuatkontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegangdan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan bolehmemindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan,menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkansemula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lainmelupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa hartaalih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainyayang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yangdifikirkannya patut.

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54510

(2) Objektif Lembaga adalah—

(a) untuk memajukan dan membangunkan Labuan sebagaipusat bagi perkhidmatan kewangan luar pesisir;

(b) untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan negarabagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akanperkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan, danmembuat syor kepada Menteri berkenaan dengannya.

Fungsi dan kuasa Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga adalah—

(a) untuk mentadbirkan, menguatkuasakan, menjalankan danmelaksanakan peruntukan—

(i) Akta Syarikat Luar Pesisir 1990;

(ii) Akta Syarikat Amanah Labuan 1990;

(iii) Akta Bank Luar Pesisir 1990;

(iv) Akta Insurans Luar Pesisir 1990; dan

(v) mana-mana undang-undang lain yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir diLabuan;

(b) untuk menjalankan, menunaikan dan melaksanakan apa-apa kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah undang-undangyang disebut dalam perenggan (a);

(c) untuk memastikan bahawa transaksi kewangan luar pesisirdijalankan mengikut undang-undang yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir dan normamantap bagi tatalaku yang baik dan mulia dan mengekalkannama baik Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatankewangan luar pesisir;

(d) untuk menjalankan penyelidikan dan menyebabkandiadakan kajian mengenai perkhidmatan kewangan luarpesisir di Labuan;

(e) untuk membuat syor bagi mewujudkan dan memperbaikiapa-apa kemudahan yang akan meningkatkan daya tarikanLabuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan luarpesisir;

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan11

(f) untuk bekerjasama dengan institutsi kewangan luar pesisirdan persatuan profesional dan industri di Labuan untukmemajukan dan mengadakan perkhidmatan kewangan luarpesisir dan menggalakkan standard yang tinggi bagiperkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan;

(g) untuk menasihati Menteri secara amnya mengenai perkarayang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luarpesisir di Labuan.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukansegala benda yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlubagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan,khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut diatas—

(a) untuk melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patutbagi maksud melaksanakan fungsinya;

(b) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yangdifikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsiatau kuasanya;

(c) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannyapatut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dankuasanya dengan berkesan.

(3) Bagi mengelakkan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawaLembaga hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut, iaitu—

(a) untuk melesenkan atau mendaftarkan orang yangmenjalankan perkhidmatan kewangan luar pesisir diLabuan;

(b) untuk mengawal selia dan mengawasi penjalananperkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan.

(4) Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri,menubuhkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertubuhanperbadanan—

(a) bagi maksud menggalakkan penyelidikan dan latihanberhubung dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

(b) bagi maksud meningkatkan pembangunan perkhidmatankewangan luar pesisir; atau

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54512

(c) jika penubuhan atau pengambilbahagian itu suai manfaatatau semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingandengan, pelaksanaan fungsi Lembaga yang diperuntukkandi bawah Akta ini.

(5) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanandalam mana-mana undang-undang lain yang berhubungan denganperkhidmatan kewangan luar pesisir, apabila Lembaga berpuashati bahawa perlu untuk berbuat demikian bagi maksud melaksanakanobjektif Lembaga, Lembaga boleh mengeluarkan arahan kepadasesuatu institusi kewangan luar pesisir berkenaan dengan semuaatau mana-mana perkara yang berikut:

(a) dasar yang perlu diikuti oleh institusi kewangan luarpesisir itu berhubung dengan penjalanan perniagaan institusiitu di Labuan;

(b) pengawasan dan pengawalseliaan institusi kewangan luarpesisir itu menurut undang-undang yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

(c) dasar kewangan yang hendaklah dilaksanakan oleh institusikewangan luar pesisir itu.

(6) Mana-mana institusi kewangan luar pesisir yang tidakmematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen(5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a) dalam hal orang perseorangan—

(i) didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh riburinggit; dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi dua ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiaphari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;dan

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i) didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan

(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selamakesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan13

Keanggotaan Lembaga

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikutyang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a) seorang Pengerusi;

(b) Ketua Pengarah; dan

(c) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuhorang lain, dua daripadanya hendaklah daripada sektorawam.

(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklahdaripada kalangan orang yang mempunyai pengalaman yang relevandalam perkara kewangan, komersil atau undang-undang.

(3) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutifLembaga dan hendaklah dipertanggungjawabkan dengan pentadbiranharian Lembaga.

(4) Sekiranya Ketua Pengarah tiada atau tidak dapat bertindakkerana sakit atau apa-apa sebab lain, Pengerusi hendaklah melantikmana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi KetuaPengarah.

Tempoh jawatan

6. Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam suratcara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah,melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkanjawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegangjawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untukdilantik semula.

Perletakan jawatan dan pembatalan

7. (1) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masadibatalkan oleh Menteri.

(2) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkanjawatannya dengan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54514

Pengosongan jawatan

8. Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a) jika dia mati;

(b) jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawahmana-mana undang-undang;

(c) jika dia menjadi bankrap;

(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupayamenunaikan kewajipannya; atau

(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kaliberturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam halPengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Kuasa Menteri memberikan arahan dan menghendaki maklumat

9. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan kepadaLembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukanAkta ini dan arahan sedemikian hendaklah mengikat Lembaga.

(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menghendaki Lembagamemberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat mengenaipelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatankewangan luar pesisir dan Lembaga hendaklah mematuhi kehendaksedemikian.

Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri

10. Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Lembagahendaklah menentukan tatacaranya sendiri.

Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

11. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untukmenghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembagabagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yangdibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidaklahmempunyai hak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitianitu.

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan15

Saraan atau elaun

12. Anggota Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untukmenghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembagadi bawah seksyen 11 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yangditentukan oleh Menteri.

Meterai perbadanan

13. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanandan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar,diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut olehLembaga.

(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu capyang mengandungi perkataan “Lembaga Perkhidmatan KewanganLuar Pesisir Labuan” boleh digunakan dan hendaklah disifatkansebagai meterai perbadanan Lembaga.

(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaanPengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa olehLembaga, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atauoleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawaiyang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua suratikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikandengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebutterdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sahsehingga dibuktikan sebaliknya:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang,jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhanperbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan bolehdisempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa, danmana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagipihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembagayang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksuditu.

(4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikanpengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi.

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54516

Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga

14. (1) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanyakepada—

(a) mana-mana anggota Lembaga;

(b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;atau

(c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(2) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembagasendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsiatau kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

15. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yangdifikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalammelaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadianggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahsubseksyen (1).

(3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyenini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi danboleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankankuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu tertakluk kepadadan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikankepada jawatankuasa oleh Lembaga.

(4) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahseksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi, tertakluk kepadasubseksyen (3).

(5) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang,bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yangdibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasaitu tetapi orang yang diundang sedemikian tidaklah berhak mengundipada mana-mana mesyuarat itu.

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan17

(6) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundangmenghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa bolehdibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yangditentukan oleh Lembaga.

(7) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatanbagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannyadan layak dilantik semula.

(8) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggotasesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(9) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masameletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepadaPengerusi Lembaga.

Minit

16. (1) Lembaga atau sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkanminit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentukyang sepatutnya.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembagaatau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah,dalam mana-mana prosiding undang-undang, boleh diterima sebagaiketerangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnyadan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasaberkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuatsedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakansewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu adalah layaksewajarnya untuk bertindak.

Penzahiran kepentingan

17. (1) Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasayang mempunyai atau memperoleh secara langsung atau tidaklangsung, sendiri, atau melalui isterinya atau suaminya atau anaknya,atau pekongsinya atau ejennya—

(a) apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana institusikewangan luar pesisir;

(b) apa-apa syer atau kepentingan—

(i) dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54518

(ii) dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga;atau

(iii) dalam mana-mana syarikat atau firma yangdengannya Lembaga bercadang hendak membuatkontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan;atau

(c) apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yangdicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan ataudiurusniagakan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinyaakan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana-mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan ataudicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga,

hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannyakepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yangberkenaan.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (7), perisytiharan yangdikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen(1) hendaklah dibuat—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), pada mesyuarat yang pertamaLembaga atau jawatankuasa yang diadakan selepas diamemperoleh syer atau kepentingan itu;

(b) dalam hal perenggan (1)(b) dan (c)—

(i) pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yangdalamnya apa-apa soal yang berhubungan dengankontrak, perolehan, pembelian, pemajakan, urusniaga, projek atau skim yang disebut dalam perengganitu mula-mula dipertimbangkan;

(ii) jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer ataukepentingan sebagaimana yang disebut dalamsubperenggan (i) pada tarikh mesyuarat yang disebutdalam subperenggan itu, pada mesyuarat sedemikianyang berikutnya yang diadakan selepas diamemperoleh syer atau kepentingan itu; atau

(iii) jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syeratau kepentingan dalam apa-apa kontrak denganLembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuaratyang pertama yang diadakan selepas anggota itumemperoleh syer atau kepentingan itu.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan19

(3) Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikankepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawadia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat ataufirma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingandalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu,dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkansebagai perisyitharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubungdengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.

(4) Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidakmempunyai kuat kuasa melainkan jika ia diberikan pada mesyuaratLembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan,atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabahuntuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca padamesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang berikutnya selepasnotis itu diberikan.

(5) Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (1)hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanyaperisytiharan itu dibuat atau dibaca.

(6) Tiada seorang pun anggota Lembaga atau jawatankuasaboleh—

(a) mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian(kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa,mengikut mana-mana yang berkenaan) mengenai apa-apa perkara yang menyentuh mana-mana institusi kewanganluar pesisir yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syeratau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudahmengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau dalamapa-apa keputusan yang berhubungan dengannya ataudalam apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;

(b) mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yangberhubungan dengan apa-apa kontrak, pemerolehan,pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yangdalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan,sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer ataukepentingannya itu, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan Lembagaatau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan)atau apa-apa keputusan yang berhubungan dengannyaatau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya,

dan jika dia berbuat sedemikian—

(aa) undinya tidak boleh dikira; dan

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54520

(bb) dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir padamesyuarat mengenai pertimbangtelitian, ketetapan atausoal itu.

(7) Seseorang anggota yang, sebelum pelantikannya sebagaianggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, sudah memperolehsyer atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklahmengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya itu kepadaLembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan,sebaik sahaja dia dilantik melalui notis am yang hendaklah diberikankepada Lembaga atau jawatankuasa.

(8) Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasayang tidak mendedahkan syer atau kepentingannya sebagaimanayang diperuntukkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahandan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus limapuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga

18. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, mengambil kerjaorang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun dan orangitu hendaklah diambil kerja atas apa-apa terma dan syarat lainyang ditentukan oleh Lembaga.

(2) Lembaga boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepadapegawai dan pekhidmatnya serta orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain sebagaimana yangditentukan oleh Lembaga.

Penubuhan tabung kebajikan kakitangan

18A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri, denganmenggunakan wang Lembaga, menubuhkan dan menyenggara suatuakaun amanah yang dikenali sebagai “Tabung Kebajikan KakitanganLembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” bagi faedahpegawai dan pekerjanya termasuk tanggungan mereka.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan21

(2) Tabung Kebajikan Kakitangan Lembaga PerkhidmatanKewangan Luar Pesisir Labuan hendaklah digunakan bagi maksudyang sesuai dengan kebajikan pegawai dan pekerja Lembaga,termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa kesemasa di peruntukan dalam arahan amanah yang dikeluarkan olehLembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan tersebut bolehmemperuntukkan cara dan tatacara bagi pembuatan pemberian,pinjaman atau bayaran lain daripada Tabung itu.

Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluankepada pegawai dan pekhidmat

19. Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuatpendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa termadan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.

Jawatankuasa tatatertib

20. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atassemua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankankawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikianmengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang di buat di bawahseksyen 22.

(2) Bagi maksud seksyen ini—

(a) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertibLembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiridaripada—

(i) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadipengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii) sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidaktermasuk Ketua Pengarah yang ditentukan daripadakalangan anggota itu sendiri; dan

(b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagikategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3) Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-manajawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apabilangan anggota Lembaga, selain daripada Pengerusi

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54522

Lembaga, atau Pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasianggota dan pegawai itu; dan

(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatujawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnyadaripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang keatasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyaikuasa tatatertib.

(4) Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b)hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yangberhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yangdiletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatujawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklahmempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib danmengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasidua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkandi bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

21. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawahperenggan 20(2)(a) boleh dirayu kepada Menteri.

(2) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawahperenggan 20(2)(b) boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertibyang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusiLembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus;dan

(b) tiga anggota Lembaga, yang bukannya anggotajawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkararayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi LembagaRayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksudrayuan itu.

(3) Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan ataumengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan23

(4) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuaturayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasatatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang jugaanggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa caramengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungandengan rayuan itu.

(5) Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawahsubseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

22. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untukmengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmatLembaga.

(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawahseksyen ini—

(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertibyang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman ituboleh meliputi amaran, denda, perlucuthakan emolumen,penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunanpangkat dan buang kerja;

(c) hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnyaprosiding tatatertib itu diambil peluang membuatrepresentasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuatterhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasatatatertib kecuali dalam hal yang berikut:

(i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagadibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasankelakuan yang berkenaan dengannya suatupertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii) j ika Lembaga, atas syor Menteri yangdipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri,berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatanPersekutuan atau mana-mana bahagiannya adalahtidak suai manfaat untuk menjalankan kehendakperenggan ini; atau

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54524

(iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai ataupekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan,pengawasan, kediaman terhad, buang negeri ataupengusiran, atau jika telah dikenakan terhadappegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuksekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnyadi bawah mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan keselamatan Persekutuan ataumana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah,tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri,imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;

(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja denganpengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembagasementara menanti selesainya prosiding jenayahterhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengantujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;dan

(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpaemolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembagajika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan olehmana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintahtahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan ataudikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Pengenaan surcaj

23. (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Lembagaboleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—

(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepadaLembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b) yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaranwang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuatatau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskandengan sewajarnya;

(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atautidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagipemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau hartalain Lembaga;

(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidakmenyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan25

(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telahbertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalampembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-manaorang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat dibawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antaraorang itu dengan Lembaga.

(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj,menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanyamenunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalammasa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yangdisebut terdahulu, Lembaga boleh—

(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c) mensurcajkanterhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihiamaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yangtidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam, ataupemusnahan harta yang dilakukan; dan

(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yangdifikirkannya patut.

Pemberitahuan surcaj

24. Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkanberkenaan dengan surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen23(3).

Penarikbalikan surcaj

25. Walau apa pun subseksyen 23(3) dan seksyen 24, Lembagaboleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yangberkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterimaatau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, danLembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yangdisurcajkan itu akan penarikbalikan itu.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54526

Mendapatkan surcaj

26. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen23(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 25 hendaklah menjadihutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yangterhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dandiperdapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembagadan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga,diperdapatkan melalui potongan—

(a) daripada gaji orang yang disurcajkan; atau

(b) daripada pencen orang yang disurcajkan,

dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihisatu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikutmana-mana yang berkenaan, orang itu.

Keanggotaan Lembaga dalam kes khas

27. Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah,keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 23 hingga 26 tidaklahtermasuk Ketua Pengarah.

Pekhidmat awam

28. Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanyaatau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga semasamenunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai, pekhidmatatau ejen sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awamdalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN II A

PENYERAHAN DAN PEMELIHARAAN MAKLUMAT

Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA

28A. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—

“agensi penguat kuasa undang-undang tempatan” ertinya PolisDiraja Malaysia seperti yang ditafsirkan dalam Akta Polis 1967[Akta 344];

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan27

“bank luar pesisir berlesen” mempunyai erti yang diberikankepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;

“institusi kewangan” ertinya sesuatu bank luar pesisir berlesen,pemegang lesen, syarikat amanah atau pengurus kumpulan wang;

“kemudahan kredit” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;

“kesalahan jenayah” ertinya mana-mana kesalahan di bawah—

(a) mana-mana undang-undang dalam Malaysia yangberhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir,jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukumanpemenjaraan;

(b) Kanun Keseksaan [Akta 574];

(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];

(d) Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988[Akta 340]; atau

(e) Akta Penculikan 1961 [Akta 365];

“pemegang lesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Insurans Luar Pesisir 1990;

“pengurus kumpulan wang” ertinya seseorang pengurus sepertiyang ditafsirkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti Luar PesisirLabuan 1998;

“penyimpan” ertinya mana-mana orang yang telah meletakkansimpanan atau menyimpan sejumlah wang dalam bank luar pesisirberlesen;

“pihak berkuasa” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang terletakdi dalam atau di luar Malaysia;

“pihak berkuasa kewangan negara asal” mempunyai erti yangdiberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990, dantermasuk Bank;

“pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan” ertinya mana-manabadan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawalselia seseorang pemegang lesen dalam mana-mana negara;

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54528

“syarikat amanah” menpunyai erti yang diberikan kepadanyadalam Akta Syarikat Amanah Labuan 1990.

Penyerahan maklumat

28B. (1) Lembaga boleh, dalam menjalankan fungsi pengawasannyadi bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lainyang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir,menghendaki mana-mana institusi kewangan atau mana-manaperbadanan yang ada kaitan dengan mana-mana institusi kewangansupaya menyerahkan kepada Lembaga apa-apa maklumat yangdisifatkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat bagi pelaksanaanfungsi pengawasan itu, tetapi Lembaga tidak boleh menghendakiapa-apa maklumat yang menzahirkan hal ehwal, identiti atau akaunseseorang pelanggan mana-mana institusi atau perbadanansedemikian.

(2) Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yangdiserahkan di bawah subseksyen (1)—

(a) kepada mana-mana orang dalam cara digabungkan ataudikumpulkan sekiranya difikirkannya patut untuk berbuatdemikian tetapi penzahiran itu hendaklah terbatas kepadamana-mana maklumat yang tidak berkaitan dengan sesuatuinstitusi individu; atau

(b) kepada pihak berkuasa kewangan negara asal institusiitu, dan penzahiran itu boleh merangkumi mana-manamaklumat yang berkaitan dengan sesuatu institusi individudi bawah pengawasan pihak berkuasa kewangan negaraasal itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) dan (2) bolehditafsirkan sebagai menghalang Lembaga menjalankan kuasanyauntuk menghendaki penyerahan apa-apa maklumat yang berhubungandengan identiti atau butir-butir mana-mana orang yang telahmemperoleh apa-apa kemudahan kredit daripada sesuatu bank luarpesisir yang berlesen, jika Lembaga berpuas hati bahawa maklumatitu perlu untuk atau bersampingan dengan fungsi pengawasannya,dan Lembaga boleh menzahirkan kesemua atau sebahagian daripadamaklumat itu—

(a) kepada pihak berkuasa kewangan negara asal bank itujika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana maklumatitu perlu untuk dan bersampingan dengan fungsi

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan29

pengawasan pihak berkuasa kewangan negara asal itudan pihak berkuasa kewangan negara asal itu mempunyaiperuntukan kerahsiaan dalam dokumen konstituennya untukmelindungi mana-mana maklumat yang dibekalkan itudaripada apa-apa pendedahan yang tidak sah di sisi undang-undang; atau

(b) kepada agensi penguat kuasa undang-undang tempatanjika Lembaga berpuas hati, berdasarkan pada keteranganyang tersedia kepada Lembaga, bahawa fraud atau kesalahanjenayah telah atau mungkin akan dilakukan.

(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan (3), jika Lembagaberpuas hati, berdasarkan pada keterangan yang tersedia kepadaLembaga bahawa fraud atau kesalahan jenayah telah atau mungkinakan dilakukan, Lembaga boleh menghendaki penyerahan mana-mana maklumat yang berhubungan dengan—

(a) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana penyimpantertentu mana-mana bank luar pesisir yang berlesen;

(b) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana pemunya polisiseseorang pemegang lesen;

(c) hal ehwal, akaun, urusan atau butir-butir pelanggan ataumana-mana orang yang terlibat dengan pemunyaan ataupengurusan, atau urusan dengan, suatu syarikat amanah;atau

(d) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana pelanggan tertentuseseorang pengurus kumpulan wang atau penyumbangkepada kumpulan wang yang ditadbirkan atau diuruskanoleh pengurus kumpulan wang itu.

(5) Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), jika Lembaga berpuashati, berdasarkan pada keterangan yang tersedia kepada Lembaga,bahawa fraud atau kesalahan jenayah telah atau mungkin akandilakukan, Lembaga boleh memberikan maklumat tentang perlakuanitu atau menyampaikan mana-mana atau kesemua maklumatberhubung dengan perlakuan itu—

(a) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan(4)(a), kepada pihak berkuasa kewangan negara asal atauagensi penguat kuasa undang-undang tempatan;

(b) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan(4)(b), kepada pihak berkuasa pengawalseliaan tempatanatau agensi penguat kuasa undang-undang tempatan; atau

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54530

(c) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan(4)(c), atau (4)(d), kepada agensi penguat kuasa undang-undang tempatan.

(6) Tertakluk kepada subseksyen (3), (4) dan (5), mana-manamaklumat yang diperoleh oleh Lembaga di bawah subseksyen (1),(3) dan (4) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini hendaklahmenjadi satu rahsia antara Lembaga dengan orang yangmembekalkannya, dan tiada seorang pun yang mempunyai apa-apamaklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkandengan melanggar subseksyen ini boleh dengan apa-apa caramendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada orang lain.

(7) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Aktaini, Lembaga boleh menerima apa-apa maklumat daripada mana-mana orang atau pihak berkuasa dalam masa menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan di bawah Akta ini atau mana-manaundang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatankewangan luar pesisir.

(8) Bagi maksud Bahagian ini, tiada tindakan, guaman ataupendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa ataudisenggarakan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap mana-mana orang kerana diamematuhi mana-mana peruntukan Bahagian ini.

(9) Bahagian ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesanyang sepenuhnya, walau apa pun apa-apa jua yang tidak selarasatau berlawanan dengannya dalam Akta ini atau dalam mana-manaperuntukan di bawah mana-mana undang-undang lain yangberhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir.

(10) Mana-mana institusi kewangan luar pesisir yang tidakmematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh—

(a) dalam hal orang perseorangan didenda tidak melebihisatu juta lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsiandidenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan31

(11) Mana-mana orang yang tidak merahsiakan maklumatsebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihilima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pemeriksaan

28C. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasaoleh Lembaga boleh memeriksa dan menyiasat, tertakluk kepadasyarat kerahsiaan, mana-mana institusi kewangan atau mana-manaperbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewanganbagi maksud menentusahkan maklumat yang diserahkan di bawahsukseksyen 28B(1), (3) dan (4).

(2) Jika terdapat percanggahan antara peruntukan seksyen inidengan peruntukan mana-mana undang-undang lain yangberhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, peruntukanseksyen ini hendaklah mengatasi.

Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan

28D. (1) Bagi maksud menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahandi bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lainyang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir,Lembaga boleh melantik, melalui surat cara bertulis, mana-manapegawai atau pekerja Lembaga atau mana-mana orang lain yangsesuai untuk menjadi pegawai penyiasat.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasatyang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semuakuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada seseorangpegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasatitu bukan pegawai atau pekerja Lembaga, dia hendaklah, berhubungdengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—

(a) tertakluk kepada; dan

(b) menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan,kekebalan dan jaminan tanggung rugi seperti yangditetapkan dalam,

peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakaibagi seseorang pegawai atau pekerja Lembaga.

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54532

(3) Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepadaarahan dan kawalan Lembaga dan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai lain Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembagauntuk bertindak bagi pihak Lembaga, dan mana-mana pegawaiatau pegawai penyiasat lain yang lebih tinggi pangkatnya daripadadia, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinyadan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (2)dengan mematuhi mana-mana perintah, arahan, syarat, batasanatau had yang dinyatakan oleh Lembaga atau Ketua Pengarah, ataupegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihakLembaga, atau seorang pegawai penyiasat yang lebih tinggipangkatnya daripada dia, secara lisan atau bertulis, sama ada secaraam, atau dalam hal atau keadaan yang tertentu.

(4) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsidan kewajipan pegawai penyiasat.

(5) Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan penyiasatandi bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untukmengendalikan sumpah atau ikrar terhadap orang yang disiasat.

(6) Mana-mana orang yang menghalang mana-mana pegawaipenyiasat daripada menjalankan kewajipannya di bawah Akta inimelakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

BAHAGIAN III

KEWANGAN

Kumpulan wang

29. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang ditubuhkanyang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.

(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa kesemasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;

(b) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksudmemenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

(c) levi yang kena dibayar di bawah seksyen 32;

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan33

(d) fi, kos atau caj lain yang dikenakan oleh Lembaga dibawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;

(e) apa-apa kompaun yang dibayar di bawah Akta ini atauundang-undang lain yang berhubungan denganperkhidmatan kewangan luar pesisir; dan

(f) segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin denganapa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletakhak pada Lembaga berkenan dengan apa-apa perkara yangbersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada KumpulanWang

30. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengansah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan fidan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmatLembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraanatau ganjaran;

(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lainyang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnyaoleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya ataumenjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikanbangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaanlain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankankuasanya di bawah Akta ini;

(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawahAkta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(e) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagimelaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang

31. Menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wangdengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawahAkta ini dengan sedemikian cara supaya pasti bahawa jumlah hasilLembaga cukup untuk membayar semua jumlah wang yangdipertanggungkan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susutnilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54534

Levi

32. (1) Sesuatu institusi kewangan luar pesisir bertanggungan,dalam hal mana-mana perkhidmatan kewangan luar pesisir yangdiadakan olehnya, membayar suatu levi kepada Lembaga.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintahyang disiarkan dalam Warta, menentukan apa-apa kadar levisebagaimana yang perlu untuk membayar kos pentadbiran danpengendalian Lembaga; dan kadar yang berlainan boleh ditentukanberkenaan dengan kelas berlainan perkhidmatan kewangan luarpesisir.

(3) Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyenini boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepadaLembaga.

(4) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

(a) pembayaran levi di bawah seksyen ini;

(b) tertakluk kepada peruntukan yang berhubungan dengankerahsiaan di bawah mana-mana undang-undang bertulisyang berhubungan dengan institusi kewangan luar pesisir,penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun institusikewangan luar pesisir yang berhubungan denganpemungutan levi itu.

Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi

32A. Walau apa pun mana-mana peruntukan di bawah mana-manaundang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatankewangan luar pesisir, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri,melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengenakan danmemungut apa-apa fi bagi apa-apa pekhidmatan yang diberikanoleh atau bagi pihak Lembaga di bawah Akta ini atau mana-manaundang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatankewangan luar pesisir dan bagi pemberian atau pengeluaran apa-apa lesen, permit, pendaftaran, kelulusan atau pengecualian yangboleh dibenarkan atau dikeluarkan oleh Lembaga di bawah mana-mana undang-undang.

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan35

Akaun dan laporan

33. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan disimpan akaun yangsepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnyamengenai aktivitinya dan hendaklah, dengan seberapa segera yangpraktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkandisediakan—

(a) suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah mengandungikunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan;dan

(b) pernyataan mengenai aktivitinya,

bagi tahun kewangan itu.

(2) Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkinmenghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruauditdan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklahmenyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua MajlisParlimen.

(3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Kuasa untuk meminjam

34. Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusanMenteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apatempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaranbalik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri,apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhimana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-manafungsinya di bawah Akta ini.

Pelaburan

35. Wang Lembaga hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendakiuntuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkanmengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54536

BAHAGIAN IV

AM

Indemniti

36. Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-manajawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, mana-mana orangyang dilantik oleh Lembaga di bawah Akta ini dan mana-manapegawai atau pekhidmat Lembaga tidaklah bertanggungan bagiapa-apa tindakan atau prosiding lain bagi ganti rugi bagi atau olehsebab, atau berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukanatau pernyataan yang dibuat, ditinggalkan daripada dilakukan ataudibuat, menurut atau dalam melaksanakan Akta ini atau dalammelaksanakan mana-mana fungsi, atau dalam menjalankan mana-mana kuasa, yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewanganluar pesisir:

Dengan syarat bahawa tindakan, pernyataan, pelaksanaan fungsiatau penjalanan kuasa itu telah dilakukan atau dibuat dengan sucihati.

Lembaga melantik pegawai atau pekerja untuk hadir dalammahkamah bagi pihak Lembaga

36A. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undangbertulis yang lain—

(a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadapLembaga; atau

(b) dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Lembagadikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakiliatau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili ataudidengar,

mana-mana ahli, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterimamasuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ProfesionUndang-Undang 1976 [Akta 166] dan diberi kuasa oleh Lembagabagi maksud itu, boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosidingsedemikian atau hadir sebagai peguam bela dalamnya dan bolehmembuat dan melakukan semua tindakan berkenaan dengan prosidingitu bagi pihak Lembaga.

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan37

(2) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanandalam Akta ini, lembaga boleh melantik peguam bela dan peguamcara bagi maksud yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).

Pengkompaunan kesalahan

36B. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan bertulisPendakwa Raya, dalam sesuatu kes jika dia berfikir sesuai danlayak berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yangdilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawahAkta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang ituuntuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada KetuaPengarah, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatuamaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaundenda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika diadisabitkan atas kesalahan itu.

(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat padabila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawahsubseksyen (1) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalamtawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikanoleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakanpada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanyatawaran itu dibuat.

(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawahsubseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakanberkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanyatawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.

Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.

36C. Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukanAkta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi kewangan luarpesisir, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan ituialah seorang pengarah, pegawai, atau pengawal, dalam institusikewangan luar pesisir itu atau berupa sebagai bertindak dalammana-mana sifat sedemikian, atau telah dengan apa-apa cara sehingga

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54538

apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan mana-manahal ehwal institusi kewangan luar pesisir itu, atau telah membantudalam pengurusan sedemikian melakukan kesalahan itu melainkanjika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpadipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankansegala usaha untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimanayang patut dijalankan olehnya, dengan memberikan perhatian kepadajenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.

Kuasa membuat peraturan-peraturan

37. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suaimanfaat atau perlu bagi melaksanakan atau menguatkuasakanperuntukan Akta ini.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaranmana-mana peruntukannya adalah suatu kesalahan;dan

(b) boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidakmelebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi mana-manakesalahan di bawahnya.

Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian

38. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh, bilamanadidapatinya perlu atau suai manfaat dibuat sedemikian sama adabagi maksud menghapuskan kesulitan atau berikutan denganterlulusnya Akta ini, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaiankepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undangyang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisirsebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan dibawah subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mulaberkuatkuasanya Akta ini.

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan39

Kecualian dan peralihan

39. (1) Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusanyang dibuat oleh Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yangberkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir yang wujud sebelummula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuatoleh Lembaga sehingga dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikhia habis tempoh.

(2) Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusanyang dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta SyarikatLuar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 dibawah Akta-Akta itu yang wujud sebelum mula berkuatkuasanyaAkta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Menteri yangdipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan melainkanjika dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.

(3) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belumselesai di hadapan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-manayang berkenaan di bawah mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir hendaklah,apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diuruskan oleh Lembaga.

(4) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belumselesai di hadapan Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta SyarikatLuar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 dibawah Akta-Akta itu hendaklah, apabila mula berkuatkuasanyaAkta ini, diuruskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi kewangan.

(5) Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserahsimpan dengan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yangberkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungandengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebelum mulaberkuatkuasanya Akta ini hendaklah, apabila mula berkuatkuasanyaAkta ini, disifatkan telah diserah simpan dengan Lembaga.

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Undang-Undang Malaysia AKTA 54540

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 545

AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGANLUAR PESISIR LABUAN 1996

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dariyang meminda

Akta A1036 Akta Lembaga 15-10-1998PerkhidmatanKewangan Luar PesisirLabuan (Pindaan) 1998

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 545.pdf · Akta 545 AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan41

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 545

AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUARPESISIR LABUAN 1996

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

2 Akta A1036 15-10-1998

4 Akta A1036 15-10-1998

18A Akta A1036 15-10-1998

28A-28D Akta A1036 15-10-1998

29 Akta A1036 15-10-1998

32A Akta A1036 15-10-1998

36 Akta A1036 15-10-1998

36A Akta A1036 15-10-1998

36B Akta A1036 15-10-1998

36C Akta A1036 15-10-1998