akta orang kurang upaya.doc

5
Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008) Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka turut dijaga. Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemuliharaan, pembangunan dan kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis Kebangsaan bagi OKU. Akta ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10 Disember 2007 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga menumpukan kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan. Matlamat Akta OKU 2008 Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang berkesan untuk menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya. Langkah ini bukan sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga turut menyediakan ruang untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat keseluruhannya. Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang menyebabkan mereka menghadapi pelbagai halangan lalu menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam masyarakat. Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang ini dengan jelas menyatakan orang kurang upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut: Tempat dan Perkhidmatan

Upload: julia-abdullah

Post on 12-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Orang Kurang Upaya.doc

Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008)Orang Kurang Upaya (OKU) adalah sebahagian daripada masyarakat. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka turut dijaga.Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemuliharaan, pembangunan dan kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis Kebangsaan bagi OKU. Akta ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10 Disember 2007 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga menumpukan kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan.

Matlamat Akta OKU 2008Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang berkesan untuk menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya. Langkah ini bukan sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga turut menyediakan ruang untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat keseluruhannya.

Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang menyebabkan mereka menghadapi pelbagai halangan lalu menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam masyarakat.

Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang ini dengan jelas menyatakan orang kurang upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut:

Tempat dan Perkhidmatan

OKU harus mempunyai hak untuk akses dan menggunakan kemudahan awam, amenity, perkhidmatan dan pembangunan awam yang sama dengan orang normal.

Kerajaan perlu mempastikan kesemua kemudahan awam, amenitii, perkhidmatan dan

bangunan direka bentuk mengikut kesesuaian atau mesra pengguna dengan OKU.

Pengangkutan awam

OKU harus mempunyai hak untuk akses kepada pengangkutan awam dengan mudah. Kerajaan harus mempastikan rekabentuk pengangkutan awam yang bersesuaian dengan semua orang.

Page 2: Akta Orang Kurang Upaya.doc

Pendidikan

OKU tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas tidak keupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dari pendidikan pra sekolah, rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat.

Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah menyediakan material sokongan pengajaran seperti bahasa isyarat dan Braille.

Pekerjaan

OKU hendaklah hendaklah mempunyai hak untuk mendapat pekerjaan dengan peluang yang saksama.

Majikan hendaklah melindungi hak OKU dengan memberikan kesetaraan dengan orang upaya termasuk peluang yang sama dan pembayaran untuk kerja yang sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang selamat dan sihat, daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Komputer, Maklumat dan Teknologi

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK hendaklah memastikan OKU mempunyai hak untuk akses kepada TMK atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Kerajaan dan penyedia TMK hendaklah, bagi membolehkan OKU mempunyai akses sedemikian dengan menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi yang boleh akses, bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan.

Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan bahasa isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentative dan alternative dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses yang boleh dipilih oleh orang kurang upaya dalam urusan rasmi.

Kehidupan berbudaya

Orang kurang upaya mesti mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk mengetahui budaya dan bahasa sendiri, menikmati cara kehidupan seperti orang biasa, menikmati program televisyen, filem, teater, muzim, perpustakaan dan pelancongan.

Page 3: Akta Orang Kurang Upaya.doc

Habilitasi dan rehabilitasi

Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, social dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semuaa spek kehidupan.

Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambi langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi danlatihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

Kesihatan

Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan

Kerajaan hendaklah menyediakan pakar terapi pengucapan,fisioterapidan terapi pekerjaan.

Kerajaan juga hendaklah mencegah dari berlakunya kurang upaya selanjutnya, imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.

Perlindungan kepada Orang Kurang Upaya yang Serius

Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan dan sokongan untuk memastikan orang yang mempunyai kurang upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan yang baik selepas kematian penjaganya.

NGO yang berniat untuk menyediakan penjagaan institusi kepada orang kurang upaya yang serius atau penjaga kepada orang kurang upaya yang serus haruslah membuat permohonan untuk mendapatkan insentif bagi menyediakan penjagaan daripada majlis.

Pertolongan Ketika Kecemasan

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk dibantu setara dengan orang upaya dalam situasi kecemasan dan berisiko demi kemanusiaan, termasuklah ketika perang atau kemusnahan semulajadi.

Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya

Page 4: Akta Orang Kurang Upaya.doc

Disamping itu, kerajaan hendaklah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. Peranan majlis ini adalah seperti berikut:

Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan, organisasi dan syarikat untuk melaksanakan pelan.

Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat kepada kerajaan untuk memajukan meningkatkan sokongan kepada orang kurang upaya.

Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang orang kurang upaya.

Meningkatkan system pendidikan.

Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan ;latihan kemahiran untuk orang kurang upaya.

RumusanOrang Kurang Upaya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Mereka berhak untuk menikmati pembangunan negara kita dalam semua aspek seperti pendidikan, perhubungan, TMK, perkhidmatan kesihatan,kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain. Tanggungjawab kerajaan dalam membantu Orang Kurang Upaya telah ditunjukkan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya.