akta kesatuan sekerja 1959 -...

3
Akta Kesatuan Sekerja 1959 Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara berhubung dengan pertikaian kesatuan, penggunaan dan pembekalan dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja. Akta ini mengawal kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli kesatuan dan Pendaftar Kesatuan Sekerja. Ditadbir oleh: Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Makna & Tafsiran 1. Objektif utama Kesatuan Sekerja adalah: a. Melindungi kepentingan ahlinya. b. Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan mereka. c. Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk menyempurnakan Perjanjian Kolektif. d. Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan dengan majikan mengenai hal-hal disiplin. e. Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh, dll. f. Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial, rekreasi dan budaya di kalangan ahlinya. g. Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan yang sah, termasuk mogok, tertakluk kepada peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959. 2. Pendaftaran Kesatuan Sekerja Untuk mendaftarkan kesatuan sekerja, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi: a. Permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli. b. Ia mesti menggunakan borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan. c. Sesalinan peraturan-peraturan kesatuan yang dicetak dan ditandatangani oleh tujuh ahli tersebut perlu diserahkan. d. Nama dan alamat Kesatuan perlu dimasukkan. e. Nama, umur, kewarganegaraan dan pekerjaan pemegang jawatan perlu dikemukakan. 3. Ketua Pengarah boleh menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja jika:

Upload: dothien

Post on 05-Mar-2018

254 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Kesatuan Sekerja 1959 - nhrc.com.mynhrc.com.my/documents/10179/78841/Akta_Kesatuan_Sekerja_1959.pdf · Akta Kesatuan Sekerja 1959 Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti

Akta Kesatuan Sekerja 1959

Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara berhubung dengan pertikaian kesatuan, penggunaan dan pembekalan dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja. Akta ini mengawal kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli kesatuan dan Pendaftar Kesatuan Sekerja. Ditadbir oleh: Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Makna & Tafsiran

1. Objektif utama Kesatuan Sekerja adalah: a. Melindungi kepentingan ahlinya. b. Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan

mereka. c. Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untuk

menyempurnakan Perjanjian Kolektif. d. Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan dengan

majikan mengenai hal-hal disiplin. e. Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, Mahkamah

Buruh, dll. f. Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial,

rekreasi dan budaya di kalangan ahlinya. g. Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaan

yang sah, termasuk mogok, tertakluk kepada peruntukan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

2. Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Untuk mendaftarkan kesatuan sekerja, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:

a. Permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli.

b. Ia mesti menggunakan borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkan.

c. Sesalinan peraturan-peraturan kesatuan yang dicetak dan ditandatangani oleh tujuh ahli tersebut perlu diserahkan.

d. Nama dan alamat Kesatuan perlu dimasukkan. e. Nama, umur, kewarganegaraan dan pekerjaan pemegang

jawatan perlu dikemukakan.

3. Ketua Pengarah boleh menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja jika:

Page 2: Akta Kesatuan Sekerja 1959 - nhrc.com.mynhrc.com.my/documents/10179/78841/Akta_Kesatuan_Sekerja_1959.pdf · Akta Kesatuan Sekerja 1959 Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti

a. Dia berpendapat bahawa kesatuan sekerja tersebut berkemungkinan untuk digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau tujuan yang bertentangan atau tidak sejajar dengan objektif dan peraturannya;

b. Mana-mana objektif kesatuan menyalahi undang-undang; c. Dia tidak berpuas hati yang kesatuan sekerja tersebut telah

mematuhi Akta ini dan peraturannya; d. Kesatuan sekerja yang meliputi sekumpulan pekerja tertentu

telah wujud dan dia merasakan bahawa menubuhkan satu lagi kesatuan boleh menyebabkan permusuhan antara kedua-dua kesatuan.

e. Dia berpuas hati bahawa objek, peraturan dan perlembagaan kesatuan sekerja bertentangan dengan mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturannya; atau

f. Nama yang akan didaftarkan untuk kesatuan sekerja ini: i. Sama dengan nama kesatuan sekerja lain yang telah

wujud, atau hampir-hampir menyerupai nama kesatuan sekerja lain yang telah wujud sehingga, pada pendapat Ketua Pegarah, mungkin boleh mengelirukan orang ramai atau ahli salah satu kesatuan sekerja tersebut; atau

ii. Pada pendapat Ketua Pengarah, tidak menyenangkan, melainkan kesatuan sekerja tersebut menukar namanya kepada satu nama yang boleh diterima oleh Ketua Pengarah.

4. Tanggungjawab Kesatuan Sekerja

a. Untuk mematuhi semua undang-undang, khususnya peruntukan Akta Kesatuan Sekerja.

b. Untuk menghalang mana-mana ahlinya daripada melaksanakan apa-apa tindakan yang salah di sisi undang-undang, sebagai contoh, mogok, kerja perlahan (‘go-slow’), memboikot kerja lebih masa, dll.

c. Untuk mentadbir dana Kesatuan dalam cara yang betul dan mengikut peraturan Kesatuan.

d. Untuk tidak memulakan, menggalakkan atau menganjurkan apa-apa mogok atau tindakan perusahaan dalam bentuk yang lain tanpa mendapat persetujuan terdahulu, melalui undian rahsia, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahlinya yang berhak mengundi.

Implikasi Utama

1. Pekerja syarikat hendaklah mematuhi undang-undang dan garis panduan di atas bagi menubuhkan satu Kesatuan Sekerja.

Page 3: Akta Kesatuan Sekerja 1959 - nhrc.com.mynhrc.com.my/documents/10179/78841/Akta_Kesatuan_Sekerja_1959.pdf · Akta Kesatuan Sekerja 1959 Objektif: Akta untuk mengawal selia aktiviti

2. Majikan boleh mengiktiraf Kesatuan Sekerja dengan syarat ia

mematuhi Akta dan menerima kelulusan daripada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

3. Majikan boleh menolak penubuhan Kesatuan Sekerja untuk ahli dalam kategori kerja berikut:

a. Kakitangan Keselamatan

b. Kedudukan yang memegang bahan sulit

c. Kapasiti pengurusan

d. Tugas kesetiausahaan