akta angkatan tentera 1972

5
Akta Angkatan Tentera 1972 Tujuan Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan penubuhan, pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia. Penggubalan Ia telah dipersetujui diluluskan pada 28 April 1972 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya. Diterbit dan diwartakan pada 4 Mei 1972. Dikuatkuasa pada 1 Jun 1976. Kuasa takluk a) Anggota yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah akta adalah: i. Pegawai yang memegang tauliah Ynag di-Pertuan Agong ii. Orang-orang yang diauliahkan oleh Majlis Angkatan Tentera iii. Tiap-tiap askar angkatan tetap iv. Tiap-tiap pegawai dari simpanan pegawai-pegawai bagi angkatan sukarela v. Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang bertugas tetap atau menjalankan tugas terus menerus vi. Anggota-anggota asing yang berkhidmat dengan/dalam Angkatan Tentera Malaysia vii. Penumpang-penumpang kenderaan (darat, laut dan udara) Angkatan Tentera Malaysia viii. Orang-orang yang diambil bekerja/berkhidmat atau mengikut/menyertai angkatan tetap yang berada dalam perkhidmatan giat. b) Had masa bagi perbicaraan kesalahan-kesalahan adalah i. Bagi kesalahan dahagi dan tidak menghapuskan dahagi, tiada had masa ditetapkan ii. Bagi lain-lain kesalahan hendaklah dibicarakan dalam masa tiga tahun daripada kesalahan itu dilakukan

Upload: chris

Post on 18-Feb-2016

114 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sebagai panduan kepada anggota sukarelawan

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Angkatan Tentera 1972

Akta Angkatan Tentera 1972

Tujuan

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan

dengan penubuhan, pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia.

Penggubalan

Ia telah dipersetujui diluluskan pada 28 April 1972 oleh DYMM Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan

Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya. Diterbit

dan diwartakan pada 4 Mei 1972. Dikuatkuasa pada 1 Jun 1976.

Kuasa takluk

a) Anggota yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah akta

adalah:

i. Pegawai yang memegang tauliah Ynag di-Pertuan Agong

ii. Orang-orang yang diauliahkan oleh Majlis Angkatan Tentera

iii. Tiap-tiap askar angkatan tetap

iv. Tiap-tiap pegawai dari simpanan pegawai-pegawai bagi angkatan

sukarela

v. Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang bertugas tetap atau

menjalankan tugas terus menerus

vi. Anggota-anggota asing yang berkhidmat dengan/dalam Angkatan

Tentera Malaysia

vii. Penumpang-penumpang kenderaan (darat, laut dan udara) Angkatan

Tentera Malaysia

viii. Orang-orang yang diambil bekerja/berkhidmat atau mengikut/menyertai

angkatan tetap yang berada dalam perkhidmatan giat.

b) Had masa bagi perbicaraan kesalahan-kesalahan adalah

i. Bagi kesalahan dahagi dan tidak menghapuskan dahagi, tiada had

masa ditetapkan

ii. Bagi lain-lain kesalahan hendaklah dibicarakan dalam masa tiga tahun

daripada kesalahan itu dilakukan

Page 2: Akta Angkatan Tentera 1972

iii. Bagi orang berhenti, hendaklah dibicarakan dalam masa tiga bulan dari

tarikh dia berhenti

iv. Tidak ada had masa jika seseorang itu melakukan kesalahan di luar

persekutuan atau ditahan sebagai tahanan perang

c) Seseorang tidak boleh ditangkap atau disimpan dalam jagaan setelah ia tidak

lagi boleh dibicarakan atas kesalahan itu

d) Tempat-tempat yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di

bawah akta adalah

i. Kapal laut/terbang diraja

ii. Kapal laut/terbang diraja di luar negeri

iii. Pangkalan-pangkalan tentera di Malaysia

iv. Di luar negeri, anggota hendaklah patuh kepada undang-undang

negara tersebut

e) Kategori kesalahan

i. Kesalahan Besar – kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera

yang mana hukuman berasaskan Akta Angkatan Tentera 1972

ii. Kesalahan Sederhana – kesalahan berulang yang dilakukan di atas

kesalahan kecil akan dibicarakan setelah diadakan hukuman oleh

Komander Rendah atau Pegawai Memerintah

iii. Kesalahan Kecil – kesalahan yang dibicarakan oleh Pegawai Bahagian

atau Pegawai Memerintah yang mana hukumannya berbentuk denda

atau hukuman medan.

f) Jenis-jenis kesalahan

i. Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan perkhidmatan tentera

a. Membantu musuh

b. Salah laku oleh pemerintah dalam perjuangan

c. Salah laku oleh orang lain dalam gerakan menentang musuh

d. Membuat perhubungan dengan musuh

e. Kesalahan terhadap semangat

f. Kesalahan oleh atau berhubung dengan sentri, dsb

Page 3: Akta Angkatan Tentera 1972

g. Kesalahan yang berhubungan dengan bekalan

h. Penjarahan

ii. Dahagi dan ingkar perintah

a. Dahagi

b. Tidak menghapuskan dahagi

c. Tingkah laku ingkar perintah

d. Tidak patuh kepada pegawai atasan

e. Tidak patuh kepada perintah tetap

f. Menghalang pegawai provos

g. Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan Tentera

iii. Menghindarkan atau tidak melaksanakan kewajipan tentera

a. Tinggal tugas

b. Tidak hadir tanpa cuti

c. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan

tidak hadir tanpa cuti

d. Pernyataan palsu berkenaan dengan cuti

e. Tidak menghadiri perbarisan atau tidak menjalankan tugas

f. Berpura-pura sakit

g. Mabuk

g) Jenis Hukuman

i. Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ke atas seseorang laskar

oleh Mahkamah Tentera adalah

a. Hukuman bunuh

b. Penjara tidak lebih 14 tahun

c. Dibuang kerja dengan keji dari perkhidmatan

d. Tahanan tidaka lebih 2 tahun

e. Hukuman medan tidak melebihi 90 hari

f. Diturunkan ke pangkat biasa atau turunan pangkat taraf yang

lebih rendah

g. Lucutan kekanan pangkat (bagi NCO)

h. Lucutan perkhidmatan

Page 4: Akta Angkatan Tentera 1972

i. Denda

j. Amaran keras atau amaran (bagi NCO)

k. Lucutan pingat atau lencana kelakuan baik atau kedua-duanya

sekali

l. Tahanan gaji

ii. Peruntukan Denda (Seksyen 91 Akta AT 1972) – jumlah maksimum

denda yang dikenakan tidak boleh melebihi dari jumlah 14 hari gaji

iii. Hukuman medan (Seksyen 92 Akta AT 1972)

a. Tugas

b. Kawad

c. Hilang keistimewaan

d. Pengurungan/tahanan

iv. Hukuman Ringan

a. Pecat dari jawatan

b. Sekatan keistimewaan

c. Pengawal Tambahan atau Pengawal Kecemasan tidak lebih

dari 3 bilangannya

d. Teguran

e. Tahanan cuti (tidak lebih 28 hari)

f. Tahanan cuti makan luar

g. Kawad tambahan selama tidak lebih daripada 2 jam sehari

selama tidak lebih 7 hari

h. Denda kerana ketidakhadiran yang tidak wajar (bagi tentera

laut)

Artikel PeperanganIa adalah undang-undang yang dipilih daripada Akta Angkatan Tentera 1972.

Mengandungi senarai kesalahan yang memudahkan pelaksanaan perbicaraan

secara terus di mana hukuman yang setimpal boleh dikenakan ke atas kesalahan

yang terbabit. Seksyen dan perkara yang terdapat di dalam Artikel Peperangan

Page 5: Akta Angkatan Tentera 1972

i. Seksyen 38 – 46 (Kesalahan Berkenaan dengan Perkhidmatan

Tentera)

ii. Seksyen 47 – 53 (Dahagi dan Ingkar Perintah)

iii. Seksyen 54 – 60 (Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan

Tentera)

iv. Seksyen 61 – 63 (Kesalahan yang Berhubungan dengan Harta)

v. Seksyen 64 – 67 (Kesalahan yang Berhubungan dengan, dan oleh,

Orang dalam Jagaan)

vi. Seksyen 68 – 74 (Kesalahan Pelayaran dan Penerbangan)

vii. Seksyen 75 – 76 (Kesalahan yang Berhubungan dengan Tribunal

Perkhidmatan)

viii. Seksyen 77 – 88 (Kesalahan Pelbagai)

ix.

Artikel peperangan hendaklah dipamerkan di lokasi-lokasi yang strategik

i. Kapal-kapal – tempat laluan utama

ii. Pangkalan –pangkalan – pusat kawalan berek dan papan kenyataan

Artikel peperangan hendaklah dibacakan kepada

i. Orang baru masuk perkhidmatan

ii. Laskar-laskar yang telah berhenti dan berkhidmat semula

iii. Anak-anak kapal yang baru ditauliahkan