pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota ... filepelanggaran tatasusila agama dalam...

27
PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dothuan

Post on 11-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

MAHANI BINTI SAUD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : MAHANI BINTI SAUD (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

ALAMAT TETAP: KG. CEMARA, SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD08700 JENIANG, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan : Nama Penyelia : Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

MAHANI BINTI SAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : Nama Penulis : Mahani binti Saud Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

iii

DEDIKASI

Khas Buat

Suami Tercinta Mohd. Zaffan bin Mat Johari

Terima kasih yang tidak terhingga

Atas dorongan dan semangat tidak pernah luput

Memimpin tanganku tatkala kulemah

Memberi kekuatan untuk ku terus membara

Ayahanda Saud bin Hj. Ismail dan Bonda Shaariah bt Shafie…

Terima kasih dari anakanda

Pengorbanan, jasa dan kasih sayangmu

Tidak akan kulupakan

Yang menjadi inspirasi dalam meniti perjalanan hidup

Kekanda Zaidi, Habsah, Hasmini dan adinda Hamdi…

Perjalanan kita masih jauh

Teruskanlah perjuangan

Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu..

Terima kasih di atas segalanya

Sahabat seperjuanganku..

Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan

Segala suka duka tika bersama

Tak mungkin kulupakan

Buat selamanya

Page 7: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan

Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan

hingga ke noktah terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

projek yang dihormati, Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad di atas segala nasihat,

dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan

PSM ini.

Ucapan terima kasih khas buat suami tercinta, Mohad Zaffan bin Mat Johari

yang banyak membantu dan memberi sokongan padu tanpa rasa jemu. Tidak lupa juga

kepada anggota tentera di unit 91 RAJD yang memberi kerjasama yang baik. Sahabat-

sahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada

semua pembaca.

Page 8: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama dalam

kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Seramai 114 orang responden

dalam kalangan anggota ATM daripada unit 91 Rejimen Bina RAJD di salah sebuah

kem di Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan

adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan

instrumen kajian ialah α=0.913. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap

kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama berada pada tahap tinggi iaitu 4.55.

Diikuti oleh pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh anggota ATM

berada pada tahap rendah iaitu 1.32. Kemudian, faktor-faktor yang mendorong anggota

ATM melanggar tatasusila agama berada pada tahap rendah iaitu 2.03. Di akhir kajian,

penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi

perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk

penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

vi

ABSTRACT

This study had been conducted to identify the level of religion law disobeyed among

Malaysian Armed Forces (MAF) personnel. 114 army personnels had been selected

from one of the camp in Kuala Lumpur as respondents. The research instrument used in

the study was set of questionnaire that contained 32 items. The reliability value of the

research instrument was α=0.913. The data gathered was analyzed using Statistical

Package for Social Science (SPSS), version 12.0 software to obtain the frequency,

percentage and mean of the data. Overall findings of the study showed that the level of

religion understanding among MAF personnel was at mean value 4.55 which can be

considered at high level. Followed by religion law disobey attitude with mean value 1.32

which was low level. Then, the factors that influence MAF personnel to disobey religion

law also with low mean value which was 2.03. At the end of the study, the researcher

had proposed several suggestions to the related parties to ensure full attention is paid

towards the studied problems. Suggestions for further research were also proposed for

further research in the future.

.

Page 10: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Had Kajian 8

Page 11: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

viii

1.8 Takrifan Istilah 9

1.8.1 Anggota tentera 9

1.8.2 Tatasusila agama 9

1.9 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sejarah Tentera Darat Malaysia 11

2.3 Sejarah Selepas Merdeka 14

2.4 Konfrontasi 15

2.5 Misi PBB 16

2.6 Syarat Kelayakan 17

2.6.1 Syarat Kelayakan Am 17

2.6.2 Syarat Kelayakan Akademik 17

2.6.2.1 Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek 17

2.6.2.2 Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas 18

2.6.2.3 KAGAT 19

2.6.2.4 Lain-lain pangkat 19

2.7 Misi dan Visi Tentera Darat 19

2.7.1 Profesionalisne dan Pembangunan Insan 20

2.7.2 Kepimpinan 20

2.7.3 Pengurusan 20

2.7.4 Pembangunan Tentera Darat 21

2.7.5 Perhubungan dan Imej 21

2.7.6 Pemikiran Kreatif 21

2.8 Struktur Tentera Darat 22

2.9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23

2.9.1 Sejarah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23

2.9.2 Peranan Dan Tugas 24

Page 12: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

ix

2.10 Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) 25

2.10.1 Peranan 26

2.10.2 Objektif Operasi/Bidang Tugas 26

2.10.3 Kandungan Dasar Pembinaan Mental dan 27

Kerohanian Islam (DPMKI) Angkatan Tentera

Malaysia

2.10.4 Aktiviti Harian 29

2.10.5 Aktiviti Mingguan 30

2.10.6 Aktiviti Tahunan 32

2.11 Konsep Ketenteraan Menurut Islam 33

2.11.1 Pembinaan Peribadi 34

2.11.2 Kekuatan Psikologi 35

2.11.3 Falsafah Jihad 36

2.11.4 Strategi dan Prinsip Asas Peperangan 37

2.12 Tatasusila Agama 38

2.12.1 Pelaksanaan Kewajiban Agama 39

2.12.1.1 Solat 39

2.12.1.2 Puasa 40

2.12.1.3 Zakat 41

2.12.2 Menghindari Perkara Yang Dilarang Dalam

Agama 42

2.12.2.1 Membunuh 42

2.12.2.2 Zina 43

2.12.2.3 Mencuri 44

2.12.2.4 Arak 44

2.12.2.5 Judi 45

2.13 Kajian Lepas 46

2.14 Kesimpulan 48

Page 13: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

x

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Rekabentuk Kajian 49

3.3 Lokasi Kajian 50

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 50

3.5 Instrumen Kajian 51

3.6 Kajian Rintis 52

3.7 Prosedur Kajian 53

3.8 Analisis Data 54

3.9 Kesimpulan 55

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56

4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 56

4.3 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM Terhadap

Tatasusila Agama 61

4.4 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang Sering

Dilakukan Oleh Anggota ATM 66

4.5 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong Anggota

ATM Melanggar Tatasusila Agama 71

4.6 Kesimpulan 84

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Perbincangan 85

5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 86

Page 14: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xi

5.2.2 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM

Terhadap Tatasusila Agama 87

5.2.3 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang

Sering Dilakukan Oleh Anggota ATM 90

5.2.4 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong

Anggota ATM Melanggar Tatasusila Agama 92

5.3 Rumusan 94

5.4 Cadangan 95

5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti dan Program

Agama Yang Menyeluruh dan Terancang 96

5.4.2 Penguatkuasaan Undang-undang Yang 97

Melibatkan Semua Peringkat Anggota.

5.4.3 Penyuburan Nilai dan Pengetahuan Agama 97

5.4.4 Kepimpinan Melalui Teladan 97

5.4.5 Silibus Kursus 98

5.4.6 Penilaian Prestasi 98

5.4.7 Mengisi Perwajatan Guru Agama Pasukan 99

Dengan Guru Agama Yang Kompeten.

5.5 Kajian Lanjutan 99

5.6 Kesimpulan 100

BIBLIOGRAFI 101

LAMPIRAN 105

Page 15: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 52

3.2 Prosedur Kajian 53

3.3 Jumlah Skor dan Tahap Yang Selaras Dengannya 54

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57

4.3 Taburan Responden Mengikut Status 58

4.4 Taburan Responden Mengikut Pangkat 58

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 59

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik 59

4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 60

4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 60

4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 61

4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 62

4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 62

4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 63

4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 63

4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 64

4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 64

4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 65

4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 65

4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 66

Page 16: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xiii

4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 66

4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 67

4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 67

4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 68

4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 68

4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 69

4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 69

4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 70

4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 70

4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 71

4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 71

4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 72

4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 72

4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 73

4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 73

4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 74

4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 75

4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 75

4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 76

4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 76

4.39 Taburan Skor Bagi Item 31 77

4.40 Taburan Skor Bagi Item 32 78

4.41 Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Warga Angota 78

Tentera Terhadap Tatasusila Agama

4.42 Rumusan Dapatan Kajian Pelanggaran Tatasusila Agama 80

Yang Sering Dilakukan

4.43 Rumusan dapatan kajian faktor-faktor yang mendorong anggota 81

tentera melanggar tatasusila agama

Page 17: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xiv

SENARAI SINGKATAN

ATM Angkatan Tentera Malaysia

ATMA Akademi Tentera Malaysia

DYMM Duli Yang Maha Mulia

DPMKI Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam

IPDA Institut Pengajian Tentera Darat

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

KAGAT Kor Agama Angkatan Tentera

MAT Majlis Angkatan Tentera

MONUC UN Mission in Congo

MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PMR Penilaian Menengah Rendah

RA Royal Artillery

RACC Royal Army Ordnance Corps

RAJD Rejimen Askar Jurutera Diraja

RASC Royal Army Service Corps

S Setuju

SAW Salallahu Alaihi Wassallam

SRP Sijil Rendah Pelajaran

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SS Sangat Setuju

Page 18: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xv

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Taala

TDM Tentera Darat Malaysia

TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

TT Tanpa Tahun

TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia

Page 19: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 105

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 111

Page 20: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Setiap orang Muslim wajib mematuhi syariat Islam yang telah ditetapkan sebagai

landasan dalam menjalani kehidupan seharian. Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah

SWT perlu dipatuhi oleh semua golongan tanpa mengira pangkat darjat, pekerjaan, tua

atau muda, kaya atau miskin, dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Al-Quran

merupakan panduan utama kepada orang Muslim, kerana segala peraturan dan hukum

syarak telah termaktub di dalam al-Quran sebagai penunjuk ke jalan yang diredhai

Allah. Namun, mereka tidak mengambil berat tentang apa yang telah dijelaskan di dalam

al-Quran., malah semakin berkembang kemungkaran di atas muka bumi ini. Seperti

firman Allah:

ô‰s) s9uρ $ uΖøù §|À ’Îû #x‹≈ yδ Èβ# u™öà)ø9$# (#ρã©.¤‹u‹ Ï9 $ tΒuρ öΝèδ ߉ƒÌ“ tƒ ωÎ) #Y‘θà çΡ

“Dan Sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan Tauhid Dengan berbagai cara di Dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); Dalam pada itu, penerangan Yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.”

(al-Isra’ : 41)

Page 21: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

2

Pelanggaran hukum syarak ini sering dilakukan oleh semua golongan masyarakat

sama ada orang awam, ahli politik, ahli korporat dan termasuklah dikalangan anggota

Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam bidang ketenteraan anggotanya telah diajar

supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Nilai dan etika amat

dititikberatkan dalam organisasi ini, sehinggakan tindakan yang tegas akan dikenakan ke

atas anggota yang telah melanggarnya. Namun, sekiranya anggota tentera terlibat dengan

gejala sosial yang melibatkan pelanggaran terhadap tatasusila agama, tetapi kurang diberi

perhatian dan tiada tindakan yang sewajarnya diambil terhadap perkara tesebut.

Kebiasaannya, anggota ATM yang melibatkan diri dengan perkara yang dilarang

agama melakukan aktviti mereka pada hujung minggu. Pada ketika ini mereka bebas

untuk melakukan apa sahaja. Ini kerana mereka diberi pelepasan dari segi masa dan

tempat mengikut pas keluar atau pas cuti yang mereka isi serta kemukakan kepada pihak

atasan. Mengapakah gejala ini berlaku? Pada dasarnya, kekurangan ilmu agama dan

amalan rohani yang tidak menentu serta kekurangan pengisian yang bermanfaat seperti

kelas fardu ain dan sebagainya adalah punca kepada permasalahan ini. Pengisian rohani

amat penting bagi anggota tentera untuk mengukuhkan lagi rohani mereka. Oleh itu,

mengadakan kelas fardu ain amatlah penting kerana ia dapat memberi pengetahuan yang

lebih mendalam kepada anggota ATM, kerana kebanyakkan anggota ATM amat cetek

tentang hukum-hakam agama, sekiranya tidak diperbaiki dan diperingati selalu, maka

mereka akan lebih jauh dari agama.

Sebagai tambahan, kelayakan akademik minimum yang perlu dicapai oleh

individu yang memohon menjadi warga tentera tidak menyenaraikan subjek agama

sebagai antara matapelajaran yang perlu lulus dengan baik. Hanya matapelajaran Bahasa

Melayu sahaja yang dittikberatkan. Walaupun demikian, perkara ini adalah lumrah

kepada kehidupan dan berlaku hampir di setiap peringkat jabatan atau majikan yang

memerlukan warga kerja.

Pada pandangan masyarakat pula, apabila disebut sahaja anggota tentera akan

tergambar di mata masyarakat pelbagai keburukan antaranya kaki perempuan, kaki botol,

Page 22: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

3

terlibat dengan penzinaan, suka menganggu perempuan, dan pelbagai aktiviti kotor yang

lain. Adakah masyarakat pernah persoalkan tentang mengapa anggota tentera boleh

terlibat dengan perkara tersebut?

Walaubagaimana pun, Masyarakat amat mengambil berat dan menaruh

kepercayaan penuh terhadap kredibiliti ATM yang mana bukan sahaja untuk pertahanan

negara tetapi juga anggota-anggotanya sebagai ‘role model’ kepada anak-anak remaja

yang sedang mencari dan membina jati diri. Ini adalah kerana imej dan penampilan yang

ditunjukkan oleh setiap anggota tentera mempamirkan kekentalan disiplin yang mana

menzahirkan produktiviti yang dihasilkan oleh ATM keseluruhannya. Kebanggaan ini

dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu. (http://www.freewebs.com)

Namun, nilai-nilai agama kurang dititikberatkan dalam organisasi ketenteraan.

Sepertimana yang diketahui segala undang-undang dan cara-cara perlaksanaan dalam

organisasi ini adalah berorientasikan cara-cara yang telah diterapkan oleh barat walaupun

banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhan ATM. Ini kerana, faktor

kolonial iaitu pengaruh British yang masih ada dalam sistem yang diamalkan oleh

anggota tentera seperti budaya hidup di mess, majlis-majlis keraian, doktrin-doktrin

latihan dan sebagainya. Sebenarnya ini berlaku kepada semua golongan masyarakat hari

yang lebih percaya apa yang telah dibawa oleh orang-orang barat adalah lebih berkualiti.

Tetapi tidak disedari bahawa umat Islam yang hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunah

itu yang lebih cemerlang.

Menurut Yusuf Al-Qaradawi, (2005:295) orang yang beriman, hidup dan bekerja

dalam batas-batas yang telah ditentukan Allah. Dia menjauhkan diri dari perbuatan yang

dilarang Allah, tidak mahu tenggelam dan hanyut dalam dosa dan maksiat, dapat

mengendalikan nafsunya, sehingga tidak terjerumus ke dalam jurang bahaya, umpamanya

meminum minuman keras, berjudi atau mengikut hawa nafsu yang mengakibatkan

kehancuran moral dan budi kemanusiaan. Kerana itu, orang beriman terpelihara

Page 23: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

4

hidupnya, kesihatan dan kekuatan badannya, kekuatan akal dan fikirannya serta

ketenangan jiwanya .

Setiap umat perlu percaya dengan tiap-tiap janji Allah, dan perlu berpegang

dengan akidah yang satu. Setiap sesuatu perkara yang telah bercampur dengan perkara-

perkara munkar, tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah.

1.2 Latar Belakang Masalah

ATM merupakan sebuah organisasi yang amat penting kepada negara. ATM juga

boleh diibaratkan sebagai tulang belakang negara. Sekiranya berlaku peperangan, maka

ATM merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan

negara dari serangan musuh.

Sememangnya tanggungjawab dan pengorbanan anggota ATM adalah besar.

Mereka sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan negara dan nyawa

orang lain. Mereka sanggup menjalani pelbagai latihan yang lasak untuk

memperkukuhkan lagi kekuatan fizikal dan mental.

Selain itu, anggota ATM terpaksa mengorbankan masa dan juga kebahagiaan diri

sendiri demi kebahagiaan seluruh masyarakat di Malaysia. Mereka terpaksa

meninggalkan anak dan isteri, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama

dengan keluarga. Namun, ATM tidak pernah merungut apatah lagi untuk memberontak.

Oleh itu, pengorbanan yang begitu besar ini perlu dihargai oleh semua masyarakat

Malaysia.

Jika dilihat dari sudut peranan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan,

masyarakat sewajarnya menghargai jasa-jasa yang telah mereka taburkan ini. Anggota

Page 24: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

5

tentera diiktiraf sebagai warga yang berdisiplin, bertanggungjawab dan kemas

penampilan serta perwatakan. Ini adalah impak kepada latihan dan budaya kerja yang

mereka praktikkan. Tetapi dalam kesibukan masyarakat membincangkan hal-hal ini,

terdapat budaya dan etika yang menyalahi syariat agama yang ditunjukkan oleh

segelintir dari anggota ATM itu sendiri.

Dasawarsa ini, banyak kejadian yang berbaur jenayah telah ditimbulkan oleh

segelintir anggota ATM. Pada tahun 2000, negara telah dgemparkan dengan peristiwa

beberapa anggota tentera yang membuat rampasan senjata dan cuba merancang serangan

ke atas kedaulatan negara. Peristiwa yang dikenali sebagai Sauk itu mencatat titik hitam

kepada sejarah ATM. (http://www.freewebs.com)

Selain itu, pada hujung dekad ke 21, beberapa anggota tentera yang telah bersara

mewujudkan kumpulan rompak bersenjata yang dikenali sebagai Geng Komando.

Mereka telah melakukan beberapa siri rompakan yang melibatkan kecederaan orang

awam,(http://ms.wikipedia.org/wiki). Ini juga sebagai bukti pelanggaran syariat Islam

yang tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah organisasi yang terkenal dengan disiplin

dan etika yang tinggi.

Selain kes-kes tersebut, terdapat kes-kes terpencil yang turut melibatkan

pelanggaran syariat Islam yang telah dilakukan oleh segelintir anggota ATM. Kes-kes

berzina, meminum minuman keras, berjudi dan seumpamanya yang dilakukan oleh

segelintir anggota ATM ini, walaubagaimana pun diklasifikasikan sebagai kes-kes

terpencil kerana beberapa alasan. Pertama pekara-perkara seperti ini telah menjadi

kebiasaan masyarakat zaman sekarang. Jika berpeluang untuk meninjau aktiviti-aktiviti

di kelab-kelab malam seluruh negara, kita akan merasa sedih kerana yang mengunjungi

dan yang menjadi peminat setia tempat-tempat ini adalah dari kalangan umat Islam

sendiri.

Page 25: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

6

Alasan kedua adalah kemungkinan perkara ini tidak didedahkan kerana tidak

cukup bukti untuk dibawa ke pengadilan. Alasan ketiga kemungkinan penguatkuasaan

undang-undang kepada anggota-anggota yang terlibat tidak dapat dibuat secara

menyeluruh kerana aktiviti-aktiviti ini dilakukan semasa anggota bercuti dan

sebagainya.

Walaupun apa alasan dan kemugkinan yang timbul, sewajarnya perkara ini

membimbangkan kita. Justeru kajian ini dibuat untuk merungkai permasalahan ini.

Semoga hasil kajian yang diperolehi dapat memberi kebaikan kepada pihak-pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap masalah pelanggaran tatasusila

agama dalam kalangan anggota ATM.

1.3 Pernyataan Masalah

Organisasi ATM kini sedang dilanda dengan masalah tingkah laku anggotanya.

Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan perkara yang dilarang dalam agama. Ada

di antara isu-isu seperti ini tidak didedahkan kerana sebab-sebab yang telah

dibincangkan di atas. Pada dasarnya, aktiviti yang menyalahi syariat ini tidak

dikategorikan sebagai jenayah kerana tidak melibatkan pelanggaran undang-undang

negara amnya dan tatatertib ATM khasnya. Tetapi kesalahan yang dilakukan ini

membawa satu keaiban kepada agama.

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh anggota ATM ialah meminum

minuman keras, terlibat dalam penzinaan, dan perjudian. Walaupun ia dianggap perkara

biasa dalam ketenteraan, namun ia merupakan kesalahan yang amat besar dalam syariat

Islam. Sekaligus ia akan memberi kesan kepada pembinaan institusi ketenteraan sebuah

negara Islam yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan oleh organisasi lain.

Page 26: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

7

Justeru kajian ini dibuat untuk mencari dan mengenalpasti pelanggaran tatasusila

agama dalam kalangan anggota ATM. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat memberi

sumbangan idea dan pelaksanaan kepada organisasi yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung ke atas peradaban serta pembentukan nilai-nilai murni di dalam sunubari

anggota ATM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif- bagi kajian ini adalah :-

a. Mengenal pasti tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama.

b. Mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh

anggota ATM.

c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong anggota ATM melanggar

tatasusila agama.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif , persoalan yang akan ditmbulkan oleh pengkaji dalam

kajian ini adalah seperti berikut:

a. Sejauh manakah tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama.

Page 27: PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ... filePELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) MAHANI BINTI SAUD Laporan projek ini

8

b. Apakah pelanggaran tatasusila agama yang dilakukan oleh anggota ATM.

c. Apakah faktor pendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama.