angkatan tentera malaysia | 2/2015 |...

24
www.jhev.gov.my ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMA

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

63 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

www.jhev.gov.my

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMA

Page 2: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV.

Selawat dan salam untuk junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan izin-Nya dapat kita bertemu sekali lagi menerusi Buletin Veteran ATM keluaran kedua bagi tahun 2015.

Tanggal 31 Julai 2015 dan 31 Ogos 2015 merupakan tarikh yang amat bermakna kepada warga Veteran ATM dan seluruh rakyat Malaysia yang patriotik sempena sambutan Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan 2015. Dua tarikh yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi memperingati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air.

Setiap individu dan masyarakat perlu sedar bahawa keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang bukannya datang bergolek, tetapi merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan wira-wira tanah air dan tokoh-tokoh negara yang terdahulu. Pengorbanan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, hanya sekadar berbekalkan keikhlasan hati dan rasa tanggungjawab demi melindungi tanah air tercinta.

Pengumuman Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan yang bercadang untuk membina sebanyak 30,000 buah rumah bagi keperluan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia perlu disambut baik. Ini merupakan antara lima (5) fokus perancangan Kementerian Pertahanan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11). Pelbagai kemudahan dan bantuan kebajikan telah disediakan dan disalurkan kepada Veteran ATM, membuktikan kesungguhan dan tanggungjawab kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan dan sosioekonomi di kalangan Veteran ATM.

Akhir kata, menerusi Buletin Veteran ATM ini, adalah diharapkan supaya setiap artikel dan rencana yang dimuatkan menjadi satu bingkisan yang boleh dimanfaatkan bersama oleh warga Veteran ATM. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam merealisasikan misi Jabatan. Semoga segala usaha JHEV ATM akan terus memberi manfaat kepada semua Veteran ATM.

Sekian.

MEJ JEN DATO’ WIRA HJ MOHD NOOR BIN HJ DAUDKETUA PENGARAHJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATMKEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA.

SUDUT MINDA KETUA PENGARAH

PENAUNG Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud

PENASIHAT Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husain

KETUA EDITOR Zatul’ Itri Farizan binti Shamsudin

PEN. KETUA EDITOR Tengku Badli bin Tengku Zalli

EDITORIAL Mej. Kapli bin Musa, Lt. Kol. Ahmad Kamar bin Abd Ghani, Mej Abdul Rahim bin Musa, Kapt Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM, Nor Azalina binti Md Jani, Nor Izzua binti Ismail, Shahrul Ikhwan Ridzuan, Haji Abd Rahman bin Hassan, Aziha binti Mohd Isa dan Muhammad Afzam bin Hanapi.

JURUFOTO DAN EDARAN Bahagian Khidmat Pengurusan

DITERBITKAN OLEHJABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM, KEMENTERIAN PERTAHANAN Tingkat 8, 9, 15 & 20, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.Tingkat 1,2 & 3, 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. TEL : 03-2050 8000 FAKS : 03-2691 7564

REKA LETAK & DICETAK OLEHHarian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.,No. 24, Jalan Usahawan Lima,Kawasan Perindustrian Setapak, Setapak,53200 Kuala Lumpur.Tel: 03-4021 8655Faks: 03-4021 8645

BULETIN VETERAN ATM 2/ 2015 | www.jhev.gov.my2

Page 3: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

TUAN HAJI ABD KARIM BIN HAJI HUSAIN

TIMBALAN KETUA PENGARAH JHEV ATM YANG BAHARU

Tuan Haji Abd

Karim bin Haji Husain, telah dilantik sebagai

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) yang baharu mulai 7 September 2015 menggantikan Puan Faridah binti Borhan yang bersara wajib pada 29 Jun 2015 yang lalu.

Tuan Haji Abd Karim Haji Husain, 56 tahun, berasal dari Mentakab, Pahang berpengalaman luas di dalam perkhidmatan awam, memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1984 di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.

Beliau pernah berkhidmat di Bahagian-bahagian di bawah Jabatan Perdana Menteri antaranya Biro Pengaduan Awam, Bahagian Istiadat, Bahagian Hal Ehwal Islam, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Badan Pencegah Rasuah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri.

Berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Islam daripada Universiti Malaya pada 1983 dan Diploma Pentadbiran Awam INTAN 1985 mempunyai seorang isteri, Siti Rahmah binti Umar dan dikurniakan lima orang anak.

Warga JHEV ATM mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran beliau ke jabatan ini.

TAHNIAH KEPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

YANG BAHARU

Warga Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dan warga Veteran ATM mengucapkan ucapan tahniah di atas

pelantikan Yang Berhormat Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam barisan kabinet yang diumumkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 29 Julai 2015 yang lalu.

Warga JHEV ATM mengalu-alukan kehadiran dan kedatangan beliau ke Kementerian Pertahanan amnya dan JHEV ATM khasnya, semoga dapat meniupkan semangat kepada kakitangan JHEV ATM bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Veteran ATM di seluruh negara.

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my3

Page 4: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

MAJLIS JASAMU DIKENANG BAGI MERAIKAN PERSARAAN PUAN FARIDAH BINTI BORHAN

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH JHEV ATM

Kuala Lumpur, 15 Jun 2015 - Bertempat di The Plaza Hotel, Kuala Lumpur, telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan Puan Faridah binti Borhan. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM yang telah berkhidmat di jabatan ini selama 2 tahun bermula 1 Mei 2013 sehingga 29 Jun 2015.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan di JHEV ATM terutamanya berkaitan perkhidmatan pelanggan dan kebajikan pegawai dan staf JHEV ATM.

Warga JHEV ATM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Faridah Borhan di atas perkhidmatan beliau yang cemerlang di JHEV ATM.

Jasamu tetap kami kenang.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menerima Kunjungan Hormat daripada Brig Jen  Chris Appleton CSC (Retire) Director of Offi ce of Australian War Graves  (OAWG), Australian Government Department of Veterans' Aff airs bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara JHEV ATM dengan Offi ce of Australian War Graves (OAWG) serta melihat kembali kesan mangsa perang tentera Australia di Malaysia dalam Perang Dunia Kedua. Turut hadir bersama rombongan adalah pegawai-pegawai kanan tentera dan awam dari kedua-dua Jabatan.

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS

BULETIN VETERAN ATM 2/ 2015 | www.jhev.gov.my4

Page 5: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Mesyuarat telah diadakan pada 11 Jun 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pahlawan, JHEV ATM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil PERHEBAT, LTAT, MIDAS, RAJD, BPA – JRP, BPA – CTK serta beberapa wakil-wakil Persatuan Veteran ATM seperti PV-ATM, RAFOC dan Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (Cawangan Kuala Lumpur).

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan Veteran ATM dan merangka satu kajian Blueprint Veteran ATM bagi jangka masa 15 tahun. Idea ini merupakan hasil cetusan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 21 Mei 2015 di Parlimen.

MESYUARAT KAJIAN BLUEPRINT VETERAN ATM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2015 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah mengadakan Majlis Taklimat Penyediaan Rangka Blueprint Veteran ATM kepada YB. Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan di Bilik Anggerik, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur.

Taklimat yang bertajuk ‘ Transformasi Sosio-ekonomi Veteran ATM’ telah disampaikan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM.

Penyediaan Blueprint ini adalah untuk memberikan satu impak yang besar kepada Veteran ATM terhadap Bantuan Kebajikan dan Pengiktirafan Kerajaan atas pengorbanan Veteran ATM dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Beberapa isu veteran terutamanya isu perumahan akan dibawa ke dalam Lab Kajian Blueprint Veteran ATM yang akan diadakan pada 8 hingga 10 September 2015 di Wisma Perwira ATM

TAKLIMAT PENYEDIAAN RANGKA BLUEPRINT VETERAN ATM KEPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

anjuran bersama antara JHEV ATM dan MiDAS. Lab tersebut akan dihadiri oleh ‘stakeholder’ dari pelbagai agensi/kementerian/jabatan.

Turut hadir bersama taklimat tersebut adalah Dato’ Pirdaus bin Ismail, Pegawai Khas kepada Menteri Pertahanan, Kolonel Mohd Bustaman bin Haji Mat Zin, Pegawai KPI Menteri Pertahanan, Lt Kol Megat Maz Ardi bin Haji Nohuddin, Pembantu Ketenteraan 1 kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Lt Kol Ahmad Kamar bin Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM, Lt Kdr Rozi bin Jaafar TLDM, Penolong Pengarah 2 Bahagian Dasar JHEV ATM dan Kapt Kamarul Bahrin bin Razali, Penolong Pengarah 3, Bahagian Dasar JHEV ATM.

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my5

Page 6: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Satu kajian Blueprint Veteran ATM yang bertajuk “Transformasi Sosio-Ekonomi Veteran ATM” sedang dirangka oleh Ke men -terian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bagi menambahbaik bantuan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Veteran ATM serta tanggungan mereka bagi pelan jangka masa panjang. Lang kah ini merupakan usaha dan komitmen Kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan ini sentiasa terpelihara di sam ping memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Veteran ATM atas segala sumbang bakti dan pe ngorbanan mereka dalam mem pertahankan kedaulatan tanah air.

Lab anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama Malaysian Institute of Defence and Security (MIDAS) telah dilaksanakan pada 8 hingga 10 September 2015 di Wisma Perwira ATM dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud.

Lab ini telah dihadiri oleh seramai 49 orang peserta dari pel -bagai agensi kerajaan dan swas-ta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta wakil-wakil Per satuan Veteran ATM yang utama.

LAB KAJIAN BLUEPRINT VETERAN ATM

Sebanyak sepuluh isu Veteran telah dibincangkan di dalam Lab seperti berikut:1. Veteran tidak memiliki rumah sendiri.2. Permohonan kenaikan bantuan sara

hidup bulanan.3. Pemberian bantuan kewangan khas

(one-off ) / pemberian sara hidup bulanan.

4. Bantuan kemasukan anak ke IPT / pusat latihan tentera.

5. Bantuan memulakan kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmatan.

6. Merapatkan jurang perbezaan pencen antara veteran terdahulu dan sekarang.

7. Mengkaji semula tempoh perkhidmatan berpencen bagi anggota ATM.

8. Pemberian pencen terbitan berterusan kepada isteri yang dikahwini selepas menamatkan perkhidmatan.

9. Bantuan kebajikan dan perubatan dipanjangkan kepada bekas anggota tentera yang diberhentikan atas kesalahan tatatertib.

10. Bantuan subsidi bagi bayaran bil elektrik dan air kepada Veteran ATM (berpencen atau tidak berpencen).

Walau bagaimanapun, isu yang akan diberi keutamaan dalam kajian ini adalah

perumahan Veteran ATM. Blueprint ini akan diimplementasikan selama tempoh 15 tahun melibatkan RMK-11 hingga RMK-13 seperti berikut:

a. Jangka Masa Pendek - RMK-11 (2016 hingga 2020)

b. Jangka Masa Pertengahan - RMK-12 (2021 hingga 2025)

c. Jangka Masa Panjang - RMK-13 (2026 hingga 2030)

Blueprint ini dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Januari 2016 secara berperingkat. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan semua pihak agar kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada Veteran ATM melalui usaha Kerajaan dalam memastikan setiap Veteran mempunyai rumah sendiri. Diharapkan agar resolusi yang dihasilkan melalui Lab ini dapat dijadikan panduan kepada Kementerian Pertahanan dalam membuat perancangan jangka masa panjang bagi menambahbaik taraf sosioekonomi dan bantuan kebajikan kepada golongan ini.

LAB KAJIAN BLUEPRINT

BULETIN VETERAN ATM 2/ 2015 | www.jhev.gov.my6

Page 7: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Pengarah Bahagian Kerjaya Sosioekonomi, Lt Kol Ahmad Kamar bin Abdul Ghani mewakili Ketua Pengarah JHEV ATM telah melakukan lawatan kebajikan ke atas mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia iaitu Jen Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaff ar (Bersara) pada 4 Julai 2015 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Lawatan kebajikan juga diteruskan ke atas mantan Panglima 11 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Mansor bin Mohamad Yunus. Seluruh warga JHEV ATM mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kedua-dua bekas pegawai kanan ATM ini.

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS VETERAN ATM

Perbincangan telah diadakan pada 31 Julai 2015 bertempat di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan, En. Dasmond Das a/l Michael Das. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan awal yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi proses pengambilalihan Pendaftaran Persatuan Veteran ATM daripada ROS kepada JHEV ATM setelah Akta dan Peraturan Veteran dikuatkuasakan kelak.

PERBINCANGAN AWAL ANTARA ROS DAN JHEV ATM

19 Sept 2015 - Majlis Serah Terima Tugas sebagai Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak yang baharu antara Lt Kol Dunging anak Serit dengan mantan Pengarah Lt Kol Monday anak Juhid. Majlis ini telah disaksikan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud di Dewan Serbaguna, SMK Lundu, Lundu, Sarawak.

LT KOL DUNGING ANAK SERIT KINI TERAJUI JHEV ATM SARAWAK

Lt Kol Dunging anak Serit, 52 tahun berketurunan Iban, lahir di Kampung Entanggor Simunjan, Sarawak. Mula menyertai tentera pada 1982 dan mengikuti latihan di Sekolah Pegawai Kadet Segenting, Port Dickson. Beliau kemudiannya ditauliah sebagai Leftenan Muda pada 23 Julai 1983 dan diserapkan ke dalam Kor Ordnans Diraja.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JHEV Sarawak, Lt Kol Dunging anak Serit pernah bertugas di beberapa kem di Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak. Antaranya Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Markas ATM-Pusat Peperangan Bersama Kuala Lumpur, 91 Depot Pusat Ordnans Kuala Lumpur dan Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau juga pernah bertugas di Pusat Latihan Kor Ordnans Diraja Kuala Lumpur, 96 Depot Peluru Melaka, Pegawai Pemerintah 9 Kumpulan Ordnans Briged Sibu dan Pegawai Ordnans 3 Briged Kem Penrissen Kuching.

LT KOL DUNGING ANAK SERIT KINI TERAJUI JHEV ATM SARAWAK

7BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 8: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Pada tahun 2015, sekali lagi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, melalui Bahagian Kebajikan melaksanakan dan menganjurkan program pembangunan modal insan anak-anak Veteran ATM dalam usaha untuk memberi satu impak menyeluruh kepada usaha kerajaan Malaysia dalam menjaga kebajikan anak-anak Veteran ATM.

Program pembangunan modal insan anak-anak Veteran ATM ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak-anak Veteran ATM kearah pembentukan sahsiah dan kecemerlangan akademik serta membina generasi yang cemerlang.

Pada tahun 2015, JHEV telah diperuntukkan sebanyak RM 307,510.00 untuk melaksanakan program pembangunan modal insan tersebut. Tiga syarikat perunding yang berkaliber telah dipilih untuk mengendalikan program tersebut. Di antara program yang dijalankan adalah seperti berikut;

Top ‘A’ Star Student (TASS) anjuran Words Of Wisdom (WOW) CoachingESQ Future Leaders anjuran ESQ Leadership Center Sdn. BhdMotivasi Aliran Pelajar (MAP) anjuran MAP Training & Consultancy Sdn Bhd.

Program ini dijalankan selama 2 hari di negeri-negeri yang terpilih di seluruh Malaysia. Jadual perlaksanaan program adalah seperti berikut;

KURSUS MOTIVASI UNTUK ANAK-ANAK VETERAN ATM

KURSUS TOP A STAR STUDENTS

Tarikh Berlangsung Lokasi

08/08/15-09/08/15 Universiti Malaya, Kuala Lumpur

15/08/15-16/08/15 MITC, Melaka

28/08/15-29/08/15 Dewan Seri Rambai, Kota Bharu, Kelantan

05/09/15-06/09/15 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Kuantan, Pahang

10/10/15-11/10/15 Hotel Grand Supreme, Kuching, Sarawak

30/10/15-31/10/15 MPC, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

07/11/15-08/11/15 Hotel Fair Park View, Ipoh, Perak

14/11/15-15/11/15

Perbadanan Perpustakaan Awam, Seberang Perai, Pulau Pinang

Kompleks Belia, Pulau Pinang

KURSUS ESQ-FUTURE LEADERS

Tarikh Berlangsung Lokasi

12/06/15 - 13/06/15 Shah Alam Convention Centre, Shah Alam

15/08/15-16/08/15 Grand Continental Kuantan, Pahang

21/08/15-22/08/15 Muar Traders Hotel, Muar, Johor

18/09/15-19/09/15 Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, Kedah

24/10/15-25/10/15 Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor

KURSUS MOTIVASI ALIRAN PELAJAR (MAP)

Tarikh Berlangsung Lokasi

21/11/15 - 22 /11/15 Sarawak

8BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.myBULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 9: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

31 Ogos 2015, Kuala Lumpur – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah diberi mandat untuk mengkoordinasikan satu kontinjen Veteran ATM dengan penglibatan seramai 70 orang dalam perarakan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kontinjen perarakan perbarisan ini telah diwakili oleh Persatuan

KONTINJEN VETERAN ATM DALAM PERARAKAN PERBARISAN

SEMPENA HARI KEBANGSAAN

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kontinjen ini telah diketuai oleh Mejar Haji Mohd Yusof bin Haji Manaf (Bersara).

Kontinjen perbarisan ini telah berarak lalu di hadapan astaka barisan

orang kenamaan yang terdiri daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah menunjukkan semangat yang tinggi bagi bersama-sama menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan ke 58 yang bertemakan Malaysia: Sehati Sejiwa.

2015

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my9

Page 10: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN STOR DAN ICT JHEV ATM

Kuala Lumpur, 29 Julai 2015 – Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah mengadakan Bengkel Sistem Pengurusan Stor (SPS) dan ICT bagi pegawai dan kakitangan JHEV ATM yang telah berlangsung selama 3 hari mulai 27 hingga 29 Julai 2015 yang lalu. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan bahagian di ibu pejabat serta cawangan negeri.

Bengkel ini telah diadakan di Dewan Patriot, Tingkat 20, Menara TH Perdana Kuala Lumpur.

Peserta telah didedahkan dengan maklumat berhubung dengan operasi sistem pengurusan stor dan ICT yang telah disampaikan oleh penceramah dari Kementerian Kewangan dan Bahagian Pengurusan Maklumat JHEV ATM.

Pada akhir bengkel, YBhg Dato’ Wira Ketua Pengarah JHEV ATM telah berkesempatan hadir dan menyampaikan sebanyak 2 unit komputer riba kepada setiap Pengarah-Pengarah Bahagian dan Cawangan JHEV Negeri.

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my10

Page 11: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

YAYASAN Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan. Yayasan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Yayasan Veteran ATM ditubuhkan berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.

Yayasan Veteran ATM melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Perubatan D’Vet Sdn Bhd telah membuka dua buah  pusat dialisis bertempat di Seri Kembangan dan Batu Caves. Pusat dialisis ini dibuka khusus untuk Veteran ATM dan tanggungan yang layak dan juga untuk pesakit-pesakit lain yang mendapat tajaan.

Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi menjamin kepuasan dan keselesaan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini seperti berikut:

• Mesin dialisis yang terdapat di pusat dialisis ini adalah antara yang termoden dan terkini.

• Kakitangan klinikal yang berpengalaman dalam memberikan rawatan dialisis.

• Pengangkutan percuma bagi pesakit yang tinggal di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor semasa rawatan dijalankan.

• Makanan dan minuman ringan disediakan untuk pesakit semasa rawatan.

• Waktu rawatan yang fl eksibel iaitu 2 sesi – Pagi dan Petang.

YAYASAN VETERAN ATM

SUMBANGAN PERAYAAN YAYASAN VETERAN ATM

TAHUN 2015Bantuan Sumbangan Perayaan Tahun 2015 telah disampaikan kepada Veteran ATM seperti tahun - tahun sebelumnya. Penerima sumbangan telah pun melalui proses saringan dan tapisan seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan JHEV dan juga Mesyuarat Koordinasi Sumbangan Perayaan Yayasan Veteran ATM.

Dengan kerjasama Bahagian Kebajikan dan Bahagian Pencen, JHEV telah selesai membuat pembayaran Sumbangan Perayaan 2015. Seramai 4,006 orang penerima telah menerima sumbangan sebanyak RM300.00 setiap seorang. Pecahan penerima mengikut kategori seperti berikut:

Veteran ATM yang berumur 70 tahun ke atas dan mereka adalah

penerima Bantuan Sara Hidup JHEV

1598 orangBalu yang menerima Bantuan Sara Hidup

dan Bantuan Persekolahan JHEV

1995 orangVeteran ATM Cedera Operasi

yang diperakui oleh JHEV

337 orangAnak Yatim

65 orangVeteran ATM yang tinggal di Rumah

Kebajikan/ Rumah Orang Tua

11 orangSumbangan Perayaan ini dibiayai oleh

kerajaan dan dana Yayasan Veteran ATM yang melibatkan sejumlah RM1,201,800.00. Bayaran dikreditan terus ke akaun bank penerima kecuali anak yatim dan Veteran ATM yang tinggal di rumah kebajikan. Pembayaran telah dimulakan pada 9 Julai 2015 secara berperingkat dan telah pun selesai dibayar kepada semua penerima yang layak.

Alamat Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM:  17, Jln Sg Besi Indah 5/2, Lokasi Pusat Dialisis, Taman Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tel: 03-8945 3494                                                          No.18G, Jalan SM 4, Taman Sunway Batu Caves68100 Batu Caves, Selangor.Tel: 03-6188 1292

11BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 12: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Aktiviti JHEV ATM

Veteran ATM, 824346 Roslan bin Ismail dari Sitiawan Perak sedang membaca sisipan akhbar Utusan Malaysia sempena Hari Pahlawan 2015.

Pesara tentera 1116907 Suresh A/L Ramadas dari Bestari Jaya, Selangor asyik membaca sisipan akhbar sempena Hari Pahlawan 2015.

Pemakaian pangkat Leftenan Kolonel kepada Mejar Adzhar bin Hamdan TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Pahang oleh Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM di Pejabat Ketua Pengarah, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2015.

Pesara tentera 1116907 Suresh A/L

Majlis Pelancaran Kutipan Tabung Pahlawan 2015 oleh YABhg Datin Seri Rosmah Mansur, Penaung KTP 2015 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2015.

Antara jemputan yang hadir di Majlis Pelancaran Kutipan Tabung Pahlawan 2015.

Kontinjen Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia terlibat dalam raptai penuh sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada 29 Ogos 2015.

Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat Istiadat Sambutan

Hari Pahlawan 2015 di Dataran Merdeka

pada 31 Julai 2015.

YABhg Datin Seri Rosmah Mansur melancarkan kutipan Tabung Pahlawan

2015 bersama Veteran ATM

YABhg Datin Seri Rosmah Mansur melancarkan kutipan Tabung Pahlawan

2015 bersama Veteran A

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein menyampaikan kunci Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia kepada Veteran ATM di Dewan Seroja Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.

12BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 13: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Kunjungan ke Perkuburan Komanwealth Di Kem Terendak, Melaka oleh Menteri Hal Ehwal Veteran Australia serta perwakilan, pada 11 Jun 2015. Lawatan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kubur tentera Australia serta keluarga mereka yang pernah berkhidmat di negara ini.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor Bin Hj Daud menyampaikan ucapan di Perhimpunan Bulanan Jabatan di Dewan Patriot TH Perdana Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2015.

Kunjungan ke Perkuburan

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen

Majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Pengarah JHEV yang baharu, Tuan Hj Abd Karim Bin Hj Husain di Pejabat Ketua Pengarah JHEV ATM pada 15 September 2015.

Lawatan kebajikan ke rumah Veteran ATM, Encik Abd Rahman Yassin di Kg Bentong Dalam, Kluang Johor oleh Mej Jen Dato’ Wira Ketua Pengarah JHEV ATM pada 11 Julai 2015.

13BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 14: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

KEDAH, PERLIS, P. PINANG

JHEV

9 Julai 2015 - Majlis Berbuka Puasa bersama T.Y.T Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis turut disertai oleh Y.A Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff.

JHEV ATM diwakili Pengarah JHEV Cawangan Negeri KPP, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM. Majlis berlangsung di TAHA D’Mutiara Hotel (Tabung Haji) Bayan Lepas, Pulau Pinang anjuran JAKPAW Negeri Pulau Pinang.

MAJLIS SERAH DUIT RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM VETERAN ATM

10 Julai 2015 – Majlis Penyerahan Duit Raya kepada anak-anak yatim oleh Mej. Jen. Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM di Rumah Anak Yatim Kulim, Kedah.

Turut hadir bersama Pengarah JHEV Cawangan Negeri KPP, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA T.Y.T PULAU PINANG DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA DAN MAJLIS DIALOG BERSAMA KETUA PENGARAH JHEV ATM

13 Jun 2015 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej. Jen. Dato’ Wira Haji Mohd Noor Bin Haji Daud telah menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM dan majlis dialog sempena Mesyuarat Agung Daulat kali ke-4. Majlis ini telah

berlangsung di Dewan Terbuka Kompleks Fama, Jalan Yan, Guar Chempedak, Kedah.

Turut hadir bersama Pengarah JHEV Cawangan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDM serta kakitangan JHEV.

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Mejar Norhaizi binti Khaidzir TUDMPengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang

268, Komplek Shahab Perdana, Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah. Tel: 04-7332437/446 Faks: 04-7332592

14

Page 15: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

PERAKJHEV

Teluk Batik, Lumut – 28 Feb 2015 – YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Hj Abd Kadir, Menteri Besar Perak telah merasmikan majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 3 tahun 2015. Pada majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak telah memakaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 ahli Persatuan Veteran 17 RAMD (Para) Malaysia dan 5 ahli dari Persatuan Veteran ATM Cawangan Pantai Remis, Perak.

Turut hadir adalah Ketua Staf Markas 2 Briged, Lt Kol Ahmad Zaisal Abd Rashid mewakili Panglima Markas 2 Briged, Pengarah JHEV Negeri Perak, Lt Kol Hj Yusof Saidi, YB ADUN Pasir Panjang, Dato Rashidi Ibrahim, YDP Majlis Perbandaran Taiping, Dato’ Zamri Man, Pegawai Pemerintah KD Malaya Pangkalan Lumut, Kapten Kamarudin Omar TLDM dan PW 11 Mohd Amin Ismail mewakili Pegawai Memerintah 17 RAMD sebagai penaung persatuan ini.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) TAHUNAN PERSATUAN VETERAN 17 RAMD (PARA) MALAYSIA OLEH YAB MENTERI BESAR PERAK

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA KEPADA VETERAN NEGERI PERAK

TAIPING, 15 Jun 2015 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 284 Veteran ATM terdiri daripada veteran dari daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datuk Wira Hj Mohd Noor bin

Hj Daud bertempat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta wakil-wakil daripada PVATM.

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124

Lt Kol Haji Yusof bin SaidiPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Perak

Lot 3-10A (A-C), Tingkat 3, Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Tel: 05-2435063/05-25532523 Faks: 05-2435124 15BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 16: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

SELANGOR &W. PERSEKUTUAN

JHEV

Lawatan sempena permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) dilaksanakan oleh Pengarah Cawangan ini, Kdr Soo Lin Chai TLDM ke rumah Veteran-Veteran ATM yang memajukan permohonan tersebut. Dalam tempoh bermula dari Januari hingga Julai 2015, Cawangan ini telah menguruskan sebanyak 175 permohonan baru BSH sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

LAWATAN PENGARAH JHEV NEGERI KE RUMAH VETERAN ATM SEKITAR SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 8-9 Ogos 2015 - JHEV ATM Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan telah membantu Bahagian Kebajikan JHEV ATM di dalam menganjurkan Kursus Motivasi Top A Star Student yang dikelolakan oleh pakar motivasi kontemporari terkenal, Dr. Abd Halek A. Rahman atau lebih dikenali dengan nama Pak Anjang.

Seramai 40 orang anak Veteran ATM terdiri dari remaja berumur 13-19 tahun telah menyertai program tersebut yang telah diadakan di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

PANGKALAN UDARA SUBANG, JHEV ATM Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyertai Karnival Usahawan Veteran ATM yang diadakan di perkarangan Masjid Pangkalan Udara Subang, Selangor pada 30 – 31 Mei 2015. Karnival ini dianjurkan oleh PERHEBAT yang melibatkan pelatih-pelatih kursus peralihan dengan tujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal Veteran ATM mengenai bidang keusahawanan.

KARNIVAL USAHAWAN VETERAN ATM

“TOP A STAR STUDENT” – KURSUS MOTIVASI ANAK VETERAN ATM

KUALA LUMPUR; 8 Julai 2015– Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pertahanan di Masjid Khalid al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. JHEV Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah ditugaskan untuk mengkoordinasikan penyampaian Sumbangan Perayaan kepada 40 orang Veteran ATM dan balu daripada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada majlis tersebut.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN

Mejar Zulfadlee bin ZamriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka. Tel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930

Mejar Zulfadlee bin ZamriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka. Tel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930

Kdr Soo Lin Chai TLDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-20508000/03-20508060 Faks: 03-26917564/03-2691754616BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 17: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

MELAKA &N SEMBILAN

JHEV

NILAI, 25 Jun 2015 – Penyampaian bantuan one off kepada keluarga Veteran Allahyarham Mahmud bin Buyung sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kg. Kondok, Nilai, Negeri Sembilan. Bantuan melalui Yayasan Veteran ATM telah disampaikan oleh Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM kepada anak sulung Allahyarham, Mastura Mahmud. Allahyarham telah meninggal

dunia pada 27 Februari 2012 dan meninggalkan seorang balu serta 13 orang anak. Bantuan secara one off dihulurkan bertujuan untuk meringankan perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah dan untuk perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir Mejar Zulfazlee Zamri, Pengarah JHEV Negeri Sembilan/Melaka, wakil PVATM Negeri Sembilan, Pengerusi Persatuan 1 RAMD dan Pengerusi JKKK Kg Kondok Nilai.

Penyerahan rasmi Rumah Program 1 MVHRP oleh Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM kepada Veteran Encik Maslan bin Ahmad pada 14 Mei 2015, bertempat di Kg Bertam Ulu, Melaka.

Veteran merupakan bekas anggota TLDM dan sebelum ini menetap di rumah ibu mertua. Beliau bersyukur dan berterima kasih kerana terpilih untuk menerima rumah di bawah program NBOS7 ini.

PENYAMPAIAN WANG ZAKAT YAYASAN VETERAN ATM KEPADA ANAK-ANAK VETERAN

Penganugerahan PJM kepada Veteran di Majlis Jasamu DiKenang, Persatuan Bekas 21 RAMD pada 15 Ogos 2015 bertempat di Dewan Taman Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Seramai 47 orang penerima telah dianugerahkan PJM yang disampaikan oleh Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM.

PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) KEPADA VETERAN PERSATUAN BEKAS 21 RAMD

PENYERAHAN KUNCI RUMAH PROGRAM MEMBAIKPULIH RUMAH VETERAN 1MALAYSIA

Mejar Zulfadlee bin ZamriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka. Tel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930

Mejar Zulfadlee bin ZamriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Aras 1-A, Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Air Keroh, Melaka. Tel: 06-2345931/932 Faks: 06-2345930 17BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Kdr Soo Lin Chai TLDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Peti Surat 13191, 50802 Kuala Lumpur. Tel: 03-20508000/03-20508060 Faks: 03-26917564/03-26917546

Page 18: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

JOHORJHEV

1 OGOS 2015 – Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 78 orang Veteran ATM sempena Majlis Sambutan Hari Raya Ex-Ordnans Negeri Johor anjuran Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen yang berlangsung di Prime City Hotel, Kluang, Johor.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) OLEH KETUA PENGARAH JHEV ATM

Johor Baharu – Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Lt Kol Haji Khalid bin Mohd Sham telah mengadakan lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan perayaan kepada dua orang veteran iaitu 15173 Daud bin Awang dan 211307 Buang bin Abd Rahman yang menginap di Rumah Kebajikan Negeri Johor pada 14 Julai 2015.

LAWATAN KEBAJIKAN DAN SUMBANGAN PERAYAAN TAHUN 2015

1 Ogos 2015 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JHEV Cawangan Johor yang baharu di Hotel Prime City, Kluang. Majlis ini merupakan upacara serah dan terima tugas secara rasmi oleh Mantan Pengarah JHEV ATM Cawangan Johor, Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham kepada Pengarah JHEV ATM yang baharu, Mejar Abdul Aziz bin Haji Kasmuri.

Mejar Abdul Aziz bin Haji Kasmuri pernah bertugas di 73 Bn Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD), Kem Terendak, Melaka sebagai Ketua Unit Angkut sebelum mengambil alih tugas ini.

Manakala Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham akan menamatkan perkhidmatan selepas 34 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JHEV JOHOR YANG BAHARU

Lt Kol Adzhar bin Hamdan TUDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275

Lt Kol Adzhar bin Hamdan TUDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275

Mejar Abdul Aziz bin Haji KasmuriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Johor

Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Datuk Dalam, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 07-222114818BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 19: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

PAHANGJHEV

24 Ogos 2015 – Pihak JHEV Cawangan Negeri Pahang telah menganjurkan Kursus Asas Jahitan dengan kerjasama Kolej Komuniti Pahang. Kursus ini telah berlangsung pada 24 hingga 29 Ogos 2015. Seramai 15 peserta telah mengikuti kursus pada kali ini yang terdiri daripada veteran dan para isteri veteran. Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan kemahiran menjahit baju kurung dan baju melayu. Kesungguhan yang ditunjukkan

oleh peserta sepanjang kursus telah menampakkan hasil dengan kebolehan menjahit baju kurung dan baju Melayu dalam tempoh kursus berlangsung. Di atas kejayaan tersebut, peserta telah diiktiraf dengan dianugerahkan Sijil Kemahiran dari Kolej Komuniti Kuantan serta Sijil Pengiktirafan dari JHEV ATM yang telah disempurnakan oleh Lt Kol Adzhar bin Hamdan, Pengarah JHEV Cawangan Pahang.

KURSUS ASAS JAHITAN

31 Ogos 2015 – Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di Padang Kemunting, Kuantan, Pahang berlangsung dengan meriah. Sambutan kali ini turut disertai oleh para Pejuang Kemerdekaan yang tediri daripada 30 orang Veteran ATM. Penglibatan Veteran ATM bagi sambutan ini adalah satu kewajipan dan penghormatan daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada para pejuang yang telah mencurahkan bakti demi negara tercinta ini. Pada malam sebelum sambutan kemerdekaan, satu acara Majlis Makan Malam Bersama YAB Menteri Besar Pahang telah

diadakan bagi meraikan Tokoh-tokoh Perjuang Kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Pada majlis tersebut, Y.B. Dato’ Abu Bakar bin Haji Harun mewakili YAB Menteri Besar Pahang telah berkesempatan beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada Tokoh-tokoh Perjuang Kemerdekaan yang hadir. Majlis juga turut dihadiri oleh Panglima 4 Bgd (Mek), YDP Persatuan Veteran ATM, Pengarah JHEV Cawangan Pahang, wakil-wakil dari TLDM dan TUDM serta dari wakil dari SUK Negeri Pahang.

MAJLIS MAKAN MALAM DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2015

Lt Kol Adzhar bin Hamdan TUDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275

Lt Kol Adzhar bin Hamdan TUDMPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Pahang

Tingkat 1, Wisma Pahlawan, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang. Tel: 09-5142235/295 Faks: 09-5142275 19BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Mejar Abdul Aziz bin Haji KasmuriPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Johor

Bilik 4, Tingkat 9, Bangunan KWSP, Jalan Datuk Dalam, 80000 Johor Bahru, Johor. Tel: 07-2226564/07-2267712 Faks: 07-2221148

Page 20: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

kelantan & terengganu

JHEV

LAWATAN DAN SIASATAN SKIM KEBAJIKAN PENGARAH JHEV ATMKUALA TERENGGANU - Pengarah JHEV ATM cawangan ini telah melakukan lawatan dan siasatan ke rumah veteran yang sakit dan lumpuh di Manir, Kuala Terengganu pada 19 Julai 2015. Keperihatinan pihak JHEV cawangan ini membuat lawatan adalah untuk bertanyakan khabar dan mengenalpasti skim kebajikan yang dapat membantu veteran ini bagi memastikan beliau dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa dan teratur.

MESYUARAT PERWAKILAN PVATM NEGERI TERENGGANU KALI KE 57

KUALA TERENGGANU – Persidangan Perwakilan PVATM Negeri Terengganu kali Ke 57 telah diadakan pada 29 Ogos 2015 bertempat di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir YBhg Tan Sri Anwar bin Mohd Nor, Presiden PVATM.

Bersempena dengan majlis itu juga telah diadakan upacara penyampaian wang saguhati dan hamper kepada Veteran ATM dan balu.

SEMINAR KURSUS TOP A STAR STUDENT

TANAH MERAH – Penolong Pengarah JHEV ATM bersama staf cawangan ini telah melakukan lawatan dan siasatan ke rumah veteran yang sakit dan lumpuh iaitu Encik Hamid bin Jusoh bertempat di Kampung Manal, Tanah Merah, Kelantan pada 11 Jun 2015. Hasil lawatan mendapati beliau telah lumpuh hampir 5 tahun dan pergerakan beliau adalah terbatas dan perlu dibantu oleh isteri. Keperihatinan pihak JHEV cawangan ini membuat lawatan adalah untuk bertanyakan khabar dan mengenalpasti skim kebajikan yang dapat membantu veteran ini bagi memastikan beliau dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa dan teratur.

LAWATAN DAN SIASATAN SKIM KEBAJIKAN PENOLONG PENGARAH JHEV ATM

KOTA BHARU – JHEV ATM cawangan ini telah mengadakan kursus motivasi Top A Star Student kepada anak-anak Veteran ATM di sekitar Negeri Kelantan. Kursus tersebut telah berlangsung selama 2 hari iaitu mulai 28 Ogos hingga 29 Ogos 2015 bertempat di Dewan Tengku Anis, Khalifa Suites Hotel. Program ini adalah hasil daripada JHEV ATM bersama Pakar Motivasi PAK ANJANG @ Dr Abd Halek bin A Rahman. Kursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi motivasi dan pendedahan kepada anak-anak veteran dalam pendidikan.

Mejar Zuphia bin OthmanPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu

Tingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Perak, Semerak, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7470286/0395 Faks: 09-747049920BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Lt Kol Adnan bin ArifinPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Sabah

Pintu C7-3, Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-259120/088-267506 Faks: 088-5142275

Page 21: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

SABAHJHEV

6 Ogos 2015 – YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang berlangsung di Dewan Perpustakaan Beaufort, Sabah.

Seramai 29 orang Veteran ATM telah menerima pingat dalam majlis tersebut. Di samping itu, kaunter untuk Kad Bekas Tentera (KBT) turut dibuka bagi memudahkan veteran untuk mendaftar dan membuat penggantian KBT yang diketuai oleh Mejar Rahim dari Bahagian Pencen JHEV ATM.

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) DAN MAJLIS DIALOG BERSAMA KETUA PENGARAH

23 Ogos 2015, Keningau – JHEV ATM Sabah telah menganjurkan kursus sosioekonomi bagi veteran, isteri dan balu yang bertempat di Dewan Kulinari, Sekolah Menengah Teknik Keningau, Sabah. Seramai 38 orang peserta telah mengikuti

kursus ini. Kursus membuat kek dan biskut telah dibimbing oleh penceramah iaitu Puan Anita Md Yasin dibantu oleh 4 orang staf beliau. Pengisian kursus tersebut merangkumi demontrasi makanan dan latihan praktikal kepada para peserta.

KURSUS MEMBUAT KEK DAN COOKIES DI DAERAH KENINGAU

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Negeri Sabah bersama Khazanah Training and Consultancy (KTC) telah mengadakan Program Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) untuk anak-anak veteran ATM pada 25-26 Julai 2015 bertempat di Dewan TLDM KD Sri Tawau, Tawau.

Program ini berlangsung selama 2 hari. Seramai 80 orang peserta mengikuti kursus ini terdiri daripada anak-anak veteran ATM yang berumur 7-18 tahun. Objektif program adalah untuk melahirkan anak-anak veteran ATM yang cemerlang dan bersahsiah tinggi dalam pelajaran.

PROGRAM KURSUS MOTIVASI ALIHAN PELAJAR (MAP) ANAK-ANAK VETERAN ATM

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Mejar Zuphia bin OthmanPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu

Tingkat 9, Menara Perbadanan, Jalan Tengku Perak, Semerak, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7470286/0395 Faks: 09-7470499

Lt Kol Adnan bin ArifinPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Sabah

Pintu C7-3, Tingkat 7, Blok C, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-259120/088-267506 Faks: 088-5142275 21

Page 22: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

SARAWAKJHEV

SIBU, 13 Ogos 2015 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum telah menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Sempena Sambutan Hari Pahlawan ke-55 dan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Hotel Kingwood, Sibu.

Pada majlis tersebut juga Timbalan Menteri Pertahanan telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 50 orang veteran ATM yang terdiri daripada ahli PVTMS dan PBTLDM Sarawak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Wong Soon Koh, Menteri Kewangan Kedua Negeri Sarawak yang mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Patinggi Adnan bin Satim.

Turut hadir bersama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd. Noor bin Haji Daud; Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Kapt Hj Sharuddin bin Hj Omar (Bersara), Timbalan Presiden PVATM dan Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Negeri Sarawak, Encik Thomas Ling.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN TABUNG PAHLAWAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2015

Penyerahan Sumbangan Perayaan kepada adik Zaid Azrie bin Zainal dan disaksikan oleh penjaganya iaitu Encik Johari bin Ibrahim pada 15 Julai 2015 bertempat di pejabat Pengarah JHEV ATM Cawangan Sarawak. Sumbangan perayaan ini adalah hasil sumbangan yang disalurkan oleh Yayasan Veteran ATM.

PENYERAHAN SUMBANGAN PERAYAAN

Majlis Peletakan Kalungan Bunga di Pusara Pahlawan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2015 telah diadakan pada 4 Ogos 2015 anjuran Sarawak Tourism Federation dan National Australian Special Air Service (SAS) Associations. Majlis Peletakan Bunga ini adalah bagi memperingati pahlawan-pahlawan SAS yang gugur dan disemadikan di Pusara Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Sarawak seperti berikut:

1. 37562 LKpl Paul H Denchey (6 Jun 1965) - 1 SAS Sqn

2. 14172 Lt Kenneth A Hudson (21 Mac 1966) - 2 SAS Sqn

3. 2412209 Pbt Robert C Moncrieff (21 Mac 1966) - 2 SAS Sqn

Peletakan Kalungan Bunga di Pusara Pahlawan 19151 TPR Rasli bin Buang S.P. (Seri Pahlawan Gagah Perkasa) sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2015 pada 31 Julai 2015 di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Buntal. Acara disempurnakan oleh pihak PVATM Cawangan Kuching bersama dengan pihak Markas 1 Divisyen dan turut dihadiri oleh Kapt Farizal bin Hassim, Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak.

MAJLIS PELETAKAN KALUNGAN BUNGA DI PUSARA PAHLAWAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2015.

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Lt Kol Dunging Anak SeritPengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Cawangan Negeri Sarawak

Tingkat 1, Lot 331, 332 & 333, Seksyen 9, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. Tel: 082-230358/082-230357 Faks: 082-23100922

Page 23: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

203113 PW II NG CHOW SENG (Bersara) yang mempunyai empat orang anak dan enam orang cucu, layak mendapat sanjungan dan penghargaan yang tinggi kerana telah mengharumkan nama negara. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama menguasai sukan angkat berat sehingga telah berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya sukan angkat berat Piala Dunia 2013 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 25 November 2013.

Ng Chow Seng yang diberi gelaran “Hercules Malaysia” menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang merupakan seorang Veteran tentera berpangkat Pegawai Waran II telah bersara setelah berkhidmat selama 25 tahun (1959-1984). Beliau bertugas di Rejimen Armor Diraja, Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau juga pernah terpilih berkhidmat di bawah Pasukan Keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo Afrika pada tahun 1962.

Ng Chow Seng merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima Anugerah “Internation Weighlifting Federal (IWF) Hall of Fame 2014” atas kejayaannya dalam bidang sukan angkat berat. Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Presiden IWF, Dr Tamas Ajan dan setiausaha IWF, Ma Weng Guang di Kazan, Russia pada tanggal 20 Jun 2014 semasa kongres IWF berlangsung di sana.

Pada bulan September 2015 yang lalu, sekali lagi beliau mengharumkan nama Veteran ATM dan negara dengan merangkul Kejuaraan World Masters Championship Weighlifting 2015 kategori 65kg bagi umur 80 tahun ke atas yang diadakan di Finland. Warga Kementerian Pertahanan dan JHEV ATM mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kejayaan tersebut.

NG CHOW SENG, VETERAN ATM - JAGUH ANGKAT BERAT

Mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ATM, Jeneral Tan Sri Haji Mohd Sany bin Abdul Ghafar (Bersara) telah kembali ke Rahmatullah pada 22 Ogos 2015 jam 2.20 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Allahyarham mula berkhidmat pada 19 September 1949 dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan merupakan Panglima Angkatan Tentera yang ke-4. Allahyarham telah menerajui Angkatan Tentera Malaysia bermula 1 Disember 1977 sehingga bersara pada 19 Januari 1981.

Allahyarham yang dilahirkan pada 19 Januari 1929 di Selayang, Selangor meninggalkan seorang balu, Puan Sri Datin Normah binti Mahmud dan lima orang anak.

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Jeneral Tan Sri Haji Mohd Sany Abdul Ghafar (Bersara) atas pemergian allahyarham.

BELASUNGKAWA MANTAN PANGLIMA

ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI HAJI

MOHD SANY BIN ABDUL GHAFAR (BERSARA)

19 JANUARI 1929 – 22 OGOS 2015

Timbalan Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Wira Mohd Johari Baharum meraikan kejayaan beliau di Ibu Pejabat PVATM di Wisma Pahlawan Kuala Lumpur pada 30 September 2015.

23

INFOJHEVINFOJHEV

BULETIN VETERAN ATM 2/2015 | www.jhev.gov.my

Page 24: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA | 2/2015 | PERCUMAjhev.primuscore.com/sites/default/files/veteran_2-2015.pdfA ssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 JHEV. Selawat dan salam

Tel: 03-2050 8000 Faks: 03-2691 7564 Emel: [email protected]

@veteranATM www.jhev.gov.my