akhlak dan adab

11
Akhlak dan Adab Berjemaah 9 Januari 2009 at 12:28 am (Kertas Kerja , Tarbiyyah ) Tags: Kertas Kerja , Tarbiyyah , Usrah Akhlak dan Adab Berjemaah MUQADDIMAH Adapun parti kita (Parti Islam Se-Malaysia) berada di atas prinsip yang benar iaitu menegakkan Islam secara menyeluruh. Ia bermula daripada ikrar syahadah dan menunaikan tuntutannya dalam diri setiap individu, rumahtangga, bermasyarakat sehinggalah perkara yang tidak dilakukan oleh jamaah-jamaah lain secara tegas, iaitu menegakkan negara Islam. Maka dengan itu, ia telah membezakan kita dengan parti-parti, jamaah- jamaah dan kumpulan-kumpulan lain termasuklah yang bernama Islam. Prinsip ini menyebabkan kita menghadapi cabaran lebih banyak dan hebat, namun kita terus maju dan berkembang. Walaupun demikian, kita perlu memenuhi tuntutan-tuntutan yang berkait dengan setiap ahli di semua peringkat demi mencapai kemenangan yang dijanji kurnia oleh Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang memerintah dengan Islam) di atas bumi sebagaimana dia pernah mengurniakan khilafah kepada orang -orang yang terdahulu daripada mereka. Dia akan menjadikan agama mereka (Islam) yang Dia redha memerintah untuk mereka dan Dia akan menukarkan kepada mereka suatu keadaan selepas berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka itu

Upload: mujahidfisabilillah

Post on 11-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

akhlak

TRANSCRIPT

Page 1: Akhlak Dan Adab

Akhlak dan Adab   Berjemaah 9 Januari 2009 at 12:28 am (Kertas Kerja, Tarbiyyah) 

Tags: Kertas Kerja, Tarbiyyah, Usrah

Akhlak dan Adab Berjemaah

MUQADDIMAH

Adapun parti kita (Parti Islam Se-Malaysia) berada di atas prinsip yang benar iaitu

menegakkan Islam secara menyeluruh.

Ia bermula daripada ikrar syahadah dan menunaikan tuntutannya dalam diri setiap

individu, rumahtangga, bermasyarakat sehinggalah perkara yang tidak dilakukan oleh

jamaah-jamaah lain secara tegas, iaitu menegakkan negara Islam.

Maka dengan itu, ia telah membezakan kita dengan parti-parti, jamaah-jamaah dan

kumpulan-kumpulan lain termasuklah yang bernama Islam.

Prinsip ini menyebabkan kita menghadapi cabaran lebih banyak dan hebat, namun

kita terus maju dan berkembang. Walaupun demikian, kita perlu memenuhi tuntutan-

tuntutan yang berkait dengan setiap ahli di semua peringkat demi mencapai

kemenangan yang dijanji kurnia oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan

kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang memerintah

dengan Islam) di atas bumi sebagaimana dia pernah mengurniakan khilafah kepada

orang -orang yang terdahulu daripada mereka. Dia akan menjadikan agama mereka

(Islam) yang Dia redha memerintah untuk mereka dan Dia akan menukarkan kepada

mereka suatu keadaan selepas berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka

itu menyembahKu, tidak menyekutuiKu dengan sesuatu yang lain dan sesiapa yang

menjadi kufur selepas itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Nur: 55)

Perlu difahami juga bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar yng

Page 2: Akhlak Dan Adab

benar tanpa membina peribadi dengan akhlak-akhlak berparti atau berjamaah.

Oleh itu, maka saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti

dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk menjadi perbincangan dan muhasabah

kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berparti

Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh dengan ujian, mehnah dan

tribulasi yang begitu mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang Islam itu perlu

dihiasi dengan keindahan Islam dan diwarnai dengan akhlak berjamaah agar

sepanjang merentasi ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t.

Ini amat penting agar pertolongan Allah sentiasa bersama para pejuang.

Bagi meletakkan perjuangan kita diterima dan direstui oleh Allah s.w.t. serta

mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan

sifat-sifat berikut:

1.Ikhlas

Mestilah ikhlas yakni mampunyai niat yang benar kerana Allah, menuntut

keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan di dalam

negara yang melaksanakan hukum syariat.

Maksudnya: “Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. telah menceritakan kepada

kami, katanya : seorang arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia

bertanya : “Orang yang berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan),

orang yang berperang supaya disebut (menjadi masyhur), berperang kerana riak

(menunjuk-nunjuk kepada orang), maka siapakah yang dikira berperang pada jalan

Allah?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah

(agama Islam) itu menjadi paling tinggi maka dialah yang berperang pada jalan

Allah.” (Muttafaq’Alaih)

Yang dimaksudkan dengannya perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi

dan keadaan sama ada melalui cara pilihannya sehinggalah berperang di negeri yang

Page 3: Akhlak Dan Adab

tidak ada cara yang lain daripadanya mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri

kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (Al-

Baiyinah: 5)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith. Maksudnya:

“Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya :Rasulullah s.a.w.

bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung keapda niat. Sesungguhnya

setiap orang itu akanmendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah

kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya.Sesiapa

yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana

seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa yang

diniatkannya.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan

hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti ‘ujub dan sum’ah.

Allah s.w.t. telah mengajar generasi awal di kalangan umat Islam dalam beberapa

peristiwa di zaman Rasulullah. Di antara peristiwa-peristiwa itu ialah peristiwa uhud

dan Hunain yang mejadi iktibar sepanjang zaman.

Dalam kes ini di Uhud, Allah s.w.t. telah berfirman, maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu ketika kamu

membunuh mereka dengan izinNya sampai kepada saat kamu lemah dan berselisih

dalam urusanitu dan menderhakai perintah rasul sesudah Allah memperlihatkan

kepada kamu apa yang kamu sukai, di antara kamu ada orang yang menghendaki

dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah

memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu dan sesungguhnya Allah telah

memaafkan kamu dan Allah mempunyai kurnia atas orang-orang yang beriman.” (Ali

‘Imran: 152)

Page 4: Akhlak Dan Adab

Allah s.w.t. juga telah berfirman berkenaan dengan peristiwa Hunain, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di medan peperangan yang banyak dan

pada hari berlaku peperangan Hunain ketika kamu megah dengan diri sendiri kerana

ramainya jumlah kamu, mak jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada

kamu sedikitpun dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian

kamu lari ke belakang bercerai-berai, kemudian Allah menurunkan kemenangan

kepada rasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera

yang kamu tidak melihatnya dn Allah mengazabkan orang-orang kafir dandemikianlah

pembalasan kepada orang-orang kafir, kemudian Allah menerima taubat dari orang-

orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al -

Taubah: 25 – 27)

2.Percaya dengan baik kepada Allah (husnu al-thiqah billah), memohon

pertolonganNya dan percaya kepada janjiNya.

Seseorang yang menceburkan dirinya dalam perjuangan Islam mestilah percaya

kepada jaminan Allah dan janjiNya di dunia dan akhirat.

Perkara ini hendaklah dinyatakan dengan mengadakan hubungan yang baik dengan

Allah dengan sifat taqwa, mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya,

sehingga ia tidak boleh dijelaskan oleh amaran, sogokan dan bagaimana sekalipun

keadaan dan sifat-sifat musuh-musuh Islam itu dan sehingga tidak ada di dalam diri

perasaan tidak ada harapan untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan cita-cita

Islam dan juga perasaan tidak yakin dengan janji Allah s.w.t. di akhirat.

Orang-orang yang berjuang bersama Rasulullah s.a.w. yang melakukan hijrah dan

orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka

yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada suatu wawasan

yang dapat dilihat dengan mata kasar dan situasi yang terang-terang menandakan

kemenangan Islam,mereka percaya kepada firman Allah,maksudnya:

“Dan sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya, dan

Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami bolehkan kepada

mereka memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,

menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran da bagi Allah akibat segala

Page 5: Akhlak Dan Adab

urusan.”(Al-Hajj: 41)

Rasulullah tidak menerima Bani Amir kerana mereka meminta jawatan sebelum

mencapai kemenangan dan tidak menerima Bani Syaiban kerana mereka takut

menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia dn tidak yakin bahawa Islam dapat

menumbangkan Parsi dan Rom.

Tetapi sebaliknya berbai’ah dengan aus dan Khazraj yang percaya kepada Allah dan

janjiNya di dunia bahawa Islam akan menang dan jnji kebahagiaan di akhirat. Lalu

mereka menunaikan perintah Allah dengan patuh dan menhadapi penghalangnya

yang datang dari segenap penjuru dan sentiasa menunggu wahyu dan sabda untuk

dilaksanakan dan diperjuangkan.

3.Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala

tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut

bersama arus jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan.

Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s. yang menghadapi Firaun dalam

menegakkan Islam di zamannya maksudnya:

“Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu

hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu

menurut jalan orang-orangyang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).” (Yunus: 89)

Firman Allah s.w.t. kepada nabi kita Muhammad s.a.w., maksudnya:

“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan

yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang

yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah

kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan

apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang

berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar

kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian

(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat

Page 6: Akhlak Dan Adab

pertolongan.” (Hud: 112 – 113)

Dalam peristiwa yang lain pula dinyatakan, apabila sufyan bin Abdullah berkata

kepada Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Daripada Sufyan bin ‘Abdullah al-Thaqafi katanya: “Aku bertanya: Wahai Rasulullah,

katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan kata-kata yang jelas sehingga aku tidak

perlu lagi beranyakan mengenainya kepada seseorang yang lain daripadamu. Sabda

Rasulullah s.a.w.: Katakanlah, Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah

beristiqamah.” (Riwayat Ahmad)

Para rasul dan para sahabat adalah orang-orang yang paling istiqamah, tetapi mereka

diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah itu

sangat penting dan mestilah berterusan kerana ia menjadi tunggak dan cara untuk

mendapatkan pertolongan Allah s.w.t., bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya

menjadi sia-sia.

4.Taat

Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan

pengikut. Apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan

yang sebenar dan perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya.

Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dansusah, di masa

kelapangan dan kesempitan dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan

kamu.” (Al-Nisa’: 59)

Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan

melakukan bai’ah di antaranya ialah Bai’ ah al-‘Aqabah yang terkenal sebelum

melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa

kepada tertegaknya sebuah negara Islam. Di dalam bai’ah itu Rasulullah s.a.w.

Page 7: Akhlak Dan Adab

bersabda maksudnya:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas

dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah

dan senang,menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk

menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela,

dan kamu berbai’ah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan

mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu

sendiri, ister-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga.” (Riwayat Ahmad)

Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan

tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam kabut

yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai

perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa

perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

Ketaatan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap

parti dan melaksanakan amal jama’ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan

individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti

menjadi celaru dan tidak selaras di antara satu sama lain.

Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbaga-bagai di dalam

parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang terlalu lambat dan ada

yang sederhana.

5.Ukhuwwah (persaudaraan Islam)

Ahli-ahli parti dan penyokongnya di semua peringkat laksana batu-bata yang

berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di

antara satu sama lain.

Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka Rasulullah s.a.w.

menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di

kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan ini, maka keteguhan

saf di dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.

Page 8: Akhlak Dan Adab

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela

agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan

yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Sebarang kekosongan yang memutuskan saf nescaya dicelah oleh syaitan yang dapat

menjejaskan jentera parti dan perjalanannya.

Kegiatan usrah adalah sebahagian daripada langkah mengeratkan persaudaraan,

kerana perkataan usrah yang bermakna keluarga itu adalah lebih bertujuan untuk

menjalinkan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluarga, adapun

penekanan ilmu lebih ditumpukan dalam majlisnya sendiri iaitu majlis-majlis ilmu

yang dianjurkan oleh parti, begitu juga dengan kerja-kerja kebajikan di kalangan ahli-

ahli parti yang mewujudkan berlakunya tolong menolong di antara satu sama lain.

Demikian juga sebarang perhimpunan dianjurkan oleh parti dengan meyusun

petugas-petugasnya dapat menjalinkan tolong- menolong yang mengeratkan

persaudaraan.

6.Kerahsiaan

Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru,

mereka sentiasa mengintip segala kegiatan parti untuk menentangnya, oleh itu kita

tidak boleh boros dengan kenyataan yang mendedahkan kerahsiaan, membongkar

perkara-perkara dalaman yang tidak patut dibuka kepada umum sehingga

mendedahkan kelemahan kepada musuh dan memberi kemudahan kepada mereka

untuk memukul dan melumpuhkan parti serta menggagalkan perjalanannya.

Sirah Rasulullah s.a.w. banyak mengajar kita di dalam perkara ini secara praktikal, di

mana kemenangan banyak dicapai dengan cara-cara yang mengejutkan musuh dan

mereka tidak ada ruang untuk mengambil kesempatan dari beberapa kelemahan

yang ada.

Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik dan rapi tetapi juga perkara-

perkara yang menjadi suatu kerahsiaan yang tidak bolehdiumumkan , adalah tidak

Page 9: Akhlak Dan Adab

wajar semua ahli mengetahui segala yang dirangka oleh kepimpinan termasuklah

perkara yang perlu dirahsiakan.Adalah tidak bijaksana sekiranya untuk

mengumumkan semua perkara dan ahli-ahli menekan dalam perkara ini sehingga

menjejaskan ketaatan dalam melaksanakan tugas parti.

Sebaliknya sebarang rahsia musuh yang dapat dikesan sama ada kecil ataupun besar

hendaklah dilaporkan kepada parti.

7.Tidak leka dengan pencapaian yang ada

Seringkali berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau kemenangan menyebabkan

berlakunya kelekaan dalam menjalankan tugas dan memberi sumbangan kepada

parti. Allah s.w.t. telah menegur para sahabat r.a. apabila mereka memandang ringan

kepada kewajipan jihad setelah mencapai beberapa kemenangan.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri

kamu ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

Seringkali berlaku di negeri atau kawasan yang mencapai kejayaan berlakunya

kecuaian walaupun untuk mempertahankan kemenangan itu, sehingga tugas-tugas

parti menjadi perkara-perkara sampingan.

8.Menunaikan janji dan beriltizam dengannya

Allah s.w.t. telah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya yang

bermaksud:

“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu

berjanji; dan janganlah kamu merombak ( mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu

menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai

penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang

kamu lakukan.” (Al-Nahl: 91)

Samada perjanjian dengan jamaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah

juga perjanjian dengan musuh-musuh hendaklah ditunaikan dan disempurnakan

Page 10: Akhlak Dan Adab

dengan baik. Sebarang kemungkinan boleh menghilangkan kepercayaan di antara

satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan.

9.Tidak melampau

Allah s.w.t. melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh

di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika

muwajahah salasiyah.

Firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan

orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan

memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang

yang menceroboh. (Al-Baqarah: 190)

Penutup

Demikianlah sebahagian daripada perkara yang perlu diberi perhatian dan

dibincangkan di samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti supaya

perjuangan kita diterima, diredhai Allah dan dikurniakan kemenangan dunia dan

akhirat.