akauntabiliti guru

17
Akauntabiliti Guru 1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama.Ianya adalah bagi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti. Pendidik yang berkualiti adalah ajen pembentuk modal insan. Pendidik yang berkualiti dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), negara menghadapi pelbagai cabaran baru. Justeru, Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah untuk membangunkan

Upload: alongysy

Post on 20-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti Guru

1.0  Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi penekanan tinggi

terhadap pembangunan modal insan kelas pertama.Ianya adalah bagi mencapai

status negara maju pada tahun 2020. Pembangunan modal insan berkualiti

bergantung kepada pendidikan berkualiti. Pendidik yang berkualiti adalah ajen

pembentuk modal insan. Pendidik yang berkualiti dapat menghasilkan individu

yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.

Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan

kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang

baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan

persekitaran global yang sering berubah.

Kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan

perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), negara menghadapi

pelbagai cabaran baru. Justeru, Malaysia memerlukan modal insan yang juga

celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf

dunia mengikut acuan Malaysia. Justeru itu, golongan pendidik dikehendaki

memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi

dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk

meningkatkan kualiti pendidikan seperti berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central

to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling

depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as

Page 2: Akauntabiliti Guru

teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access

to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha

untuk melahirkan guru yang berkualiti. Ianya tidak terhad di situ sahaja, malah

memastikan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan

kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi tujuan itu, pelbagai

langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,

menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan

institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan

guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia

merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. Institusi Pendidikan

Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan

perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan

seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek

utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan

kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam

membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru,

pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

2.0  Isu Semasa

Satu berita bertarikh 5 Mac 2007 yang bertajuk ‘Guru pukul pelajar dengan

kasut diberi kaunseling’ telah dipaparkan di Utusan Online. Berita ini menyatakan

bahawa seorang guru cemerlang bahasa inggeris yang mempunyai rekod yang

Page 3: Akauntabiliti Guru

baik telah memukul 4 orang muridnya menggunakan kasut tumit tinggi atas

kesalahan tidak membawa buku latihan matapelajaran yang diajarnya. Tiga

orang murid masing –masing terpaksa menerima 2 jahitan di kepala dan seorang

lagi menerima satu jahitan.

Guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dimana dia berjaya

meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah itu

daripada kelulusan sebanyak 65 peratus pada tahun 2000 kepada 91.4 peratus

tahun sebelum itu.Dia juga pernah menerima sijil penghargaan Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang pada 1998 selain menjadi penulis modul literasi

maklumat untuk pelajar tahun empat, lima dan enam dari 2004 hingga 2006.

Ekoran kejadian tersebut, guru tersebut telah ditukarkan ke sekolah lain

walhal langkah itu bertentangan dengan peraturan pekeliling perkhidmatan

Kementerian Pelajaran. Dia sepatutnya ditahan kerja selama dua bulan mengikut

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kelakuan Tatatertib 1993 sementara

menunggu keputusan siasatan yang dilakukan ke atasnya berhubung kes

berkenaan.

Dengan rekod perkhidmatan yang baik, ianya menjadi persoalan tentang

punca sebenar guru tersebut bertindak sedemikian. Guru tersebut telah

diarahkan menjalani sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca sebenar yang

membawa kepada guru itu bertindak sedemikian rupa.

3.0  Kod Etika Keguruan

Perkara pertama yang menjadi isu dalam kes ini ialah guru tersebut telah

melanggar kod etika keguruan. Apa itu etika? Perkataan etika berasal daripada

bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu

cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral; ia

diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan,

Page 4: Akauntabiliti Guru

bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan

falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk.

Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup

manusia.

Dari sudut Islam, etika diasaskan oleh tiga perkara berikut :

Dalam buku Siri Pengajian Profesional : Asas Kepimpinan & Perkembangan

Profesional oleh Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon telah

menyatakan ‘ Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan

Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika

Profesion perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan

menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian

sebagai guru’. Maka, etika perguruan diwujudkan bagi menjadi garis panduan

kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian dengan mengamalkan tingkah

laku positif dan menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran

yang ada bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang.

Antara kod etika yang berkaitan dengan isu yang dibincangkan ialah :-

Page 5: Akauntabiliti Guru

Sumber : http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-

malaysia.html

Dalam konteks isu bertajuk ‘Guru pukul pelajar dengan kasut diberi

kaunseling’ ini, guru tersebut mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di

mana dia merupakan seorang guru cemerlang dan telah berjaya meningkatkan

prestasi murid dalam matapelajarannya. Akan tetapi, guru tersebut gagal

mengamalkan tingkah laku positif dimana dia gagal mengawal kemarahannya

sehingga menyebabkan insiden memukul pelajar sehingga mengalami

kecederaan yang teruk. Di sini dapat dilihat guru tersebut gagal mengamalkan

sifat sabar dan berfikiran rasional. Ianya memberi impak yang besar terhadap

profesion perguruan di mana insiden seperti ini akan memberi tanggapan buruk

kepada golongan guru serta kepercayaan masyarakat kepada guru akan

tergugat. Akauntabiliti seorang guru akan tercemar.

Sebagai seorang guru yang professional, sepatutnya berupaya membuat

keputusan pertimbangan berdasarkan dengan pemikiran yang rasional dan tidak

Page 6: Akauntabiliti Guru

membiarkan perasaan mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Guru yang

beretika dinilai melalui tingkah laku yang bermoral dan mengamalkan nilai-nilai

murni serta mengamalkan ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam

melaksanankan tugasan hariannya dalam mendidik.

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Mlaysia perlu dilaksanakan dan dihayati

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :-

                  i.        Niat yang betul

                ii.        Perlakuan yang baik

               iii.        Penggerak kea rah kebaikan

               iv.        Memperkotakan apa yang dikatakan

                v.        Berdisiplin dan beradab

               vi.        Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

(S. Ismail & A. Subki, 2010)

Justeru, seorang guru yang beretika perlu menjaga aspek amalan

profesionalnya serta menjaga tingkah laku dalam mendidik modal insan. Bukan

sekadar dapat meningkatkan prestasi dan mencapai tahap perkhidmatan

cemerlang dan mengabaikan amalan professional. Ianya penting dalam

mencapai sistem pendidikan bertaraf dunia di mana pendidik adalah tunjang

utama.

4.0  Akauntabiliti Guru

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan ‘akauntabiliti’ dihuraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji,konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk

memberikan jawapan dan penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi

kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan

tersebut.Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk

Page 7: Akauntabiliti Guru

memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu

keputusanyang telah diambil(S. Ismail & A. Subki, 2010).

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan

dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa

maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap profesionalisme

keguruan.Akauntabiliti atau tanggungjawabseorang guru yang dimaksudkan di

atas merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diriguru itu sendiri, sekolah,

masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti seorang guru terbahagi kepada empat, iaitu :-

(S. Ismail & A. Subki, 2010)

Seorang guru terhadap muridnya haruslah menjalankan tugasnya dengan

penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta

melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang

berkesan. Disamping itu, guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan

dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain.

Dalam konteks isu yang diketengahkan, guru tersebut telah mengabaikan

akauntabiliti terhadap muridnya di mana dia telah mengabaikan kebajikan dan

keselamatan muridnya. Hal demikian adalah suatu yang tidak boleh diketepikan

oleh seorang guru yang diberi tanggungjwab mendidik muridnya. Wujudnya

akauntabiliti supaya guru dapat menilai keputusan, tindakan dan kesan yang

diambil sebelum ianya dilaksanakan. Guru yang baik dapat menilai langkahnya

dan tidak akan menggunakan kekasaran sebagai satu jalan untuk mendisiplinkan

Page 8: Akauntabiliti Guru

pelajar kerana implikasi yang bakal diterima membawa banyak kesan negatif

daripada positif. Guru yang berakauntabiliti merasakan wujudnya rasa

tanggungjawab dalam melaksanakan suatu tugas yang diamanahkan kepada

dirinya dengan cara yang terbaik dan menepati piawaian yang telah ditetapkan

dan seterusnya bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil

olehnya.

Seorang guru yangbertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-

pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik,

sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar

murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarangbayaran atau hadiah

daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiahkepada

murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap

prosespembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian

kemas, berbudi bahasadan bersopan santun semasa bertugas harus juga di

amalkan supaya murid memperolehimodel yang baik.

Merujuk kepada isu yang dibincangkan, adakah guru tersebut mempamerkan

ciri-ciri seorang guru yang boleh dijadikan model teladan? Sifat melulu dan tidak

dapat mengawal perasaan serta tidak rasional dalam tindakan menunjukkan

bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap muridnya. Akibat

dari mengabaikan akauntabiliti, insiden yang mencemarkan profesion keguruan

seperti ini boleh berlaku. Ianya satu insiden yang serius sehingga menyebabkan

kecederaan fizikal dan mungkin boleh menjejaskan kesihatan mental pelajar jika

pelajar tersebut mengalami trauma. Jika pelajar tersebut mengalami trauma,

kemungkinan pelajar tersebut takut untuk ke sekolah kerana takut dipukul. Murid

tersebut boleh jadi tidak bermotivasi untuk belajar ketika berada di sekolah dan

persepsi murid itu terhadap guru telah berubah. Demikian adalah implikasi-

implikasi yang mungkin terjadi kesan daripada insiden ini. ianya berpunca dari

guru yang tidak mengamalkan akauntabiliti terhadap muridnya.

Page 9: Akauntabiliti Guru

Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati

olehpelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru

supaya mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak di hormati lagi oleh

anak muridnya.

Seorang guru juga perlu mengamalkan akauntabiliti terhadap dirinya sendiri.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di

kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang

ketegangan jiwa yang boleh mengganggutugasnya. Sebagai seorang guru, guru

hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi

pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika gurugagal

menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang

bolehmenjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru

juga di galakkanmelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka

terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya

mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh

melibatkan diri dalam sesuatu hobi danaktiviti berfaedah di masa lapang yang

boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.

Justeru, guru yang mengamalkan akauntabiliti terhadap diri sendiri akan

menjaga kesihatan mental dan fizikal serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

Ianya memastikan kecergasan fizikal dan kompetensi emosi yang stabil dapat

dikekalkan pada tahap yang optimum. Ianya diperlukan oleh seorang yang

bergelar guru dalam menghadapi tekanan kerja sebagai seorang guru.

Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.

Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa

menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka

supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa.

Perkara inilah yang menjadi asas kepada akauntabiliti guru terhadap ibu bapa.

Page 10: Akauntabiliti Guru

Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan

wajib dilaksanakan. Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta

menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Utamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

Kita juga mestilah bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing

mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran.

Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan

( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk

menjalankan kewajipan berikut:

Guru sebagai seorang yang memegang amanah ibu bapa murid supaya

mendidik dan membentuk peribadi murid menjadi modal insan yang cemerlang

perlulah memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Dalam

konteks isu yang dibincangkan, dapat dilihat bahawa guru tersebut telah gagal

untuk memikul amanah yang telah diberikan kepadanya. Ianya menunjukkan

bahawa guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapa

Page 11: Akauntabiliti Guru

muridnya. Kepercayaan ibu bapa kepada guru adalah suatu yang perlu dijaga

dan menjadi tanggungjawab guru supaya ianya terpelihara dan kekal teguh.

Akan tetapi insiden seperti ini akan menyebabkan hilangnya kepercayaan ibu

bapa kepada guru dan seterusnya akan mempengaruhi pihak sekolah. Perkara

ini akan mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru yang tidak diberi

kepercayaan penuh dan sentiasa dihujani prasangka akan tidak dapat

berkhidmat dengan baik kerana perasaan takut dan tidak selesa dalam

melaksanakan tugas atas sebab tekanan dari pihak ibu bapa. Oleh itu, amatt

penting bagi guru menjaga akauntabiliti terhadap ibu bapa kerana mereka

meletakkan harapan penuh kepada guru bagi mendidik anak yang merupakan

suatu yang paling berharga bagi mereka.

5.0  Kesimpulan

Guru merupakan satu bidang kerja yang profesional. bagi mencapai standard

itu, seorang yang bergelar guru perlu memastikan dirinya mengamalkan etika

perguruan yang menjadi garis panduan kepada amalan kerja professional dan

membezakannya dari bidang kerja yang lain. Guru yang mengamalkan etika

perguruan akan berkembang ke arah budaya kerja yang efisyen, betatasusila

dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan tugasan hariannya. Ianya

juga dapat membendung guru daripada insiden-insiden yang bakal

menghancurkan kariernya sendiri.

Akauntabiliti juga perlu dipandang serius bagi seorang guru dimana kita

memegang tanggungjawab yang besar iaitu membentuk modal insan. Guru

perlulah sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul bukanlah suatu yang kecil,

akan tetapi tanggungjawab yang dipikul merupakan suatu aset besar yang

dipertaruhkan kepada kita. Aset itu adalah seorang murid, yang merupakan

seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang pewaris yang bakal menentukan

masa depan negara. Adakah kita sebagai seorang bakal guru sedar akan

perkara ini?

Page 12: Akauntabiliti Guru

Insiden seperti guru memukul murid sepatutnya tidak berlaku jika guru

mendalami erti sebenar profesion sebagai seorang guru. Justeru, profesion

perguruan bukanlah suatu yang mudah atau remeh. Seorang guru perlu

mengambil serius tentang setiap aspek dalam bidang keguruan ini. ianya

termasuklah aspek etika dan akauntabiliti, ianya bagi menjamin nama baik

bidang keguruan di mata masyarakat kekal utuh serta memperkembangkannya

bagi mencapai standard system pendidikan bertaraf dunia seperti yang

diaspirasikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.