akaun emas (pengeluaran umur 60 tahun)€¦ · 1. ahli boleh memilih akaun emas secara fleksibel...

3
Tarikh Cetakan : V01/05/2017 AKAUN EMAS (PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN) TUJUAN Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun KELAYAKAN MEMOHON 1. Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara 2. Mencapai umur 60 Tahun 3. Mempunyai simpanan KWSP KELAYAKAN PERMOHONAN 1. Ahli boleh memilih Akaun Emas secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan 2. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 60 tahun KELAYAKAN PENGELUARAN WARGANEGARA BUKAN WARGANEGARA Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998 Menjadi ahli pada / selepas 1 Ogos 1998 Kesemua Simpanan Sebahagian Simpanan • Amaun minimum RM2,000.00 • Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan Kombinasi (Sebahagian Simpanan dan Bayaran Bulanan) Dividen Bulanan / Tahunan Nota: 1. Ahli warganegara yang telah membuat Pengeluaran Umur 60 tahun kesemua simpanan (lump sum) dan masih mencarum layak membuat pengeluaran seterusnya dalam keadaan berikut: Selepas tempoh setahun dari tarikh pengeluaran terdahulu; ATAU Simpanan mencapai RM2,000 selepas tempoh 30 hari daripada pengeluaran terdahulu 2. Ahli bukan warganegara akan terhenti tanggungan mencarum selepas membuat Pengeluaran Umur 60 tahun

Upload: duongtuyen

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKAUN EMAS (PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN)€¦ · 1. Ahli boleh memilih Akaun Emas secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan 2. ... PERTANYAAN Jika ahli mempunyai

Tarikh Cetakan : V01/05/2017

AKAUN EMAS (PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN)

TUJUAN

Pengeluaran Ini Adalah Peluasan Kepada Pengeluaran Umur 55 Tahun Sedia Ada

Selaras Dengan Umur Persaraan Minimum 60 Tahun

KELAYAKAN MEMOHON

1. Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

2. Mencapai umur 60 Tahun

3. Mempunyai simpanan KWSP

KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Ahli boleh memilih Akaun Emas secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan

2. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 60 tahun

KELAYAKAN PENGELUARAN WARGANEGARA

BUKAN WARGANEGARA

Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998

Menjadi ahli pada / selepas 1 Ogos 1998

Kesemua Simpanan

Sebahagian Simpanan

• Amaun minimum RM2,000.00

• Setiap 30 hari dari tarikh

permohonan pengeluaran

terdahulu

Bayaran Bulanan

(Pengeluaran minimum RM3,000.00

iaitu RM250.00 sebulan untuk

sekurang-kurangnya 12 bulan

Kombinasi (Sebahagian

Simpanan dan Bayaran Bulanan)

Dividen Bulanan / Tahunan

Nota: 1. Ahli warganegara yang telah membuat Pengeluaran Umur 60 tahun kesemua simpanan

(lump sum) dan masih mencarum layak membuat pengeluaran seterusnya dalam keadaan

berikut:

Selepas tempoh setahun dari tarikh pengeluaran terdahulu;

ATAU

Simpanan mencapai RM2,000 selepas tempoh 30 hari daripada pengeluaran terdahulu

2. Ahli bukan warganegara akan terhenti tanggungan mencarum selepas membuat Pengeluaran Umur 60 tahun

Page 2: AKAUN EMAS (PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN)€¦ · 1. Ahli boleh memilih Akaun Emas secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan 2. ... PERTANYAAN Jika ahli mempunyai

Tarikh Cetakan : V01/05/2017

KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran Dalam Malaysia Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat

• melalui cek jurubank

2. Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada

disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU

• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam boring permohonan tiada

dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Permohonan Di Kaunter Pemegang MyKad Permohonan diproses secara Hassle Free, ahli tidak perlu mengisi borang permohonan Bukan Pemegang MyKad

Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)

Maklumat Akaun Bank

(Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun bank

semasa membuat permohonan)

Borang KWSP 3 (Pindaan) - jika pengecaman Cap Ibu Jari gagal 2. Permohonan Melalui Pos

Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)

Salinan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri

Borang KWSP 3 (pindaan)

Salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai pengesah dibenarkan. (Lain-lain dokumen tambahan tertakluk kepada

syarat dan prosedur semasa)

DOKUMEN SOKONGAN

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 tahun / 55 tahun / 60 tahun Simpanan melebihi RM1

juta di laman web KWSP dan pejabat KWSP untuk semua dokumen yang diperlukan 2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Page 3: AKAUN EMAS (PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN)€¦ · 1. Ahli boleh memilih Akaun Emas secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan 2. ... PERTANYAAN Jika ahli mempunyai

Tarikh Cetakan : V01/05/2017

NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,

pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu

tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta

KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluatan ini, sila hubungi:-

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

Pusat Pengurusan Perhubungan Tel: 03-8922 6000

Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan

dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat

lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.