akademi binaan malaysia wilayah utara · pdf filedaripada kapasiti membawa arus kabel bagi...

4
AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA PERANTI-PERANTI PERLINDUNGAN ELEKTRIK. Penerangan : Setiap litar elektrik mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan litar bagi memutuskan litar jika berlaku kerosakan. Terdapat 2 kerosakan yang mesti dilindungi : a) Arus lebih ( over current ) b) Arus bocor ke bumi ( Earth Leakage) Arus lebih. Berpunca dari 2 kerosakan : i) Beban yang berlebihan / beban lampau ( overload ) ii) Litar Pintas ( short circuit ) Beban Lampau adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yang dibenarkan atau salah mengira factor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa lebih daripada had kabel,pengalir akan menjadi panas. Beban lampau yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkat permulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangkamasa singkat dan arusnya tidak terlalu tinggi. Litar Pintas adalah sentuhan antara pengalir fasa dengan neutral tanpa beban atau antara fasa dengan fasa yang berlainan. Arus litar pintas adalah terlalu tinggi,sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,pengalir kabel akan menjadi panas dan terbakar. Arus Bocor ke Bumi. Disebabkan oleh pengalir fasa atau neutral bersentuhan dengan pengalir bumi atau dengan bingkai logam yang di bumikan. http://abmutara.wordpress.com

Upload: lyphuc

Post on 12-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA · PDF filedaripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litar BS 3871. Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan

AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA

PERANTI-PERANTI PERLINDUNGAN ELEKTRIK.

Penerangan :

Setiap litar elektrik mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan litar bagi memutuskan litarjika berlaku kerosakan. Terdapat 2 kerosakan yang mesti dilindungi :

a) Arus lebih ( over current )b) Arus bocor ke bumi ( Earth Leakage)

Arus lebih.

Berpunca dari 2 kerosakan :

i) Beban yang berlebihan / beban lampau ( overload )ii) Litar Pintas ( short circuit )

Beban Lampau adalah disebabkan oleh penambahan beban yang lebih daripada yangdibenarkan atau salah mengira factor kepelbagaian. Sekiranya arus yang dibawa lebih daripadahad kabel,pengalir akan menjadi panas.

Beban lampau yang disebabkan arus beban naik secara mendadak pada peringkatpermulaan motor elektrik ( starting current ). Starting current berlaku dalam jangkamasasingkat dan arusnya tidak terlalu tinggi.

Litar Pintas adalah sentuhan antara pengalir fasa dengan neutral tanpa beban atau antarafasa dengan fasa yang berlainan. Arus litar pintas adalah terlalu tinggi,sekiranya alatperlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,pengalir kabel akan menjadipanas dan terbakar.

Arus Bocor ke Bumi.

Disebabkan oleh pengalir fasa atau neutral bersentuhan dengan pengalir bumi atau denganbingkai logam yang di bumikan.

http://abmutara.wordpress.com

Page 2: AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA · PDF filedaripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litar BS 3871. Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan

Peraturan yang berkaitan dengan perlindungan beban lampau. :

Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang arus beban lampau yangmengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi pada penebat,sambungantamatan atau sekeliling kabel.

Alat perlindungan mestilah mempunyai cirri-ciri berikut :

a) Arus nominal mestilah tidak kurang daripada arus litar.b) Arus nominal mestilah tidak melebihi kapasiti membawa arus yang terkecil sekali bagi

pengalir atau kabel dalam litar.c) Arus berkesan yang mengendalikan alat perlindungan mestilah tidak melebihi 1.45 kali

daripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litarBS 3871.

Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebih.

i) Jenis bebanii) Keupayaan unit perlindunganiii) Suhu sekeliling / keadaan persekitaraniv) Harga

Jenis-jenis perlindungan arus lebih yang biasa digunakan :

i) Fiusii) Pemutus litariii) Over current relay ( geganti beban lampau )

FIUS

1. Alat perlindungan yang paling murah dan baik.2. Mempunyai elemen fius yang akan putus apabila arus yang melebihi

kadarannya.3. Fius tidak mempunyai cirri lewat masa,oleh itu apabila nilai arus melebihi

nilai kadarnya,elemen fius akan terbakar.

Istilah-istilah berkaitan dengan fius :

i) Elemen fius – pengalir pelbagai saiz yang akan cair apabila arus berlebihanmengalir melaluinya.

ii) Arus nominal – arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius padajangkamasa tidak terhad tanpa memanaskan kabel atau mencairkan elemen fius.

iii) Arus fiusan – arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.iv) Faktor fius – nisbah arus fiusan dengan kadaran arus fius.

http://abmutara.wordpress.com

Page 3: AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA · PDF filedaripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litar BS 3871. Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan

Jenis-jenis fius mengikut Piawaian British :

1. Fius dawai semula ( BS 3036 )2. Fius kartrij ( BS 1362 )3. Fius kapasiti pemutus tinggi ( BS 1362 dan BS 88 )

Fius Dawai Semula ( BS 3036 )

• Fius yang boleh ditukar semula elemen fius,biasanya digunakan dipemasangan domestik atau untuk arus beban rendah perindustrian.

Ciri-cirinya

1. Terdiri daripada dawai elemen yang disambung dalam satu penhubung fiusyang boleh dikeluarkan daripada tapak fius.

2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi campuran timah denganplumbum atau kuprum tulen.

3. Arus nominal bergantung pada saiz dawai elemen fius.4. Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu antara 1.75 hingga 2.5 kali.

Kebaikan-Dawai elemen fius yang murah jika dibandingkan dengan pemutus litar yang lain.-Senang ditukar ganti.

Keburukan- Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi.- Mungkin ditukar dengan saiz elemen fius yang salah.- Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot.

http://abmutara.wordpress.com

Page 4: AKADEMI BINAAN MALAYSIA WILAYAH UTARA · PDF filedaripada kapasiti membawa arus kabel bagi fius BS 88 atau BS 1361 dan pemutus litar BS 3871. Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan

Fius Kartrij ( BS 1362 )

Biasanya digunakan dalam palam ( plug top ) 13A bagi pekakas elektrik.

Ciri-cirinya :1. Terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripada kaca atau seramik / tembikar.2. Arus nominal fius ialah 0.15A,0.25A,0.5A,0.75A,1A,2A,3A,5A dan 13A.3. Faktor fiusan dalam kelas Q1 dan Q2 . Q1 antara 1.25 hingga 1.5 kali dan Q2

antara 1.4 hingga 1.75 kali.

Kebaikan- Kadar arus nominal diketahui dengan tepat.- Kapasiti pemutusan tidak merosot.- Dapat mengelakkan arka dan bunyi.

Keburukan- Elemen fius putus,keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan.- Pemegang fius hanya sesuai untuk kadaran saiz kartrij yang tertentu.

Disediakan : Muhd Zuber Bin Abdul Rahman

http://abmutara.wordpress.com