aisa 2014 advertorial - 06102014...pengiktirafan dan insentif di pihak kerajaan. manakala tahun...

1
Realiti baharu perkhidmatan awam di serata dunia yang bercirikan kepesatan teknologi, penjimatan sumber dan cabaran globalisasi dunia serta kehendak pelanggan yang semakin meningkat menuntut suatu intervensiyang radikal bagi melonjakkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.Agenda pemerkasaan inovasi negara yang dicetuskan semenjak lima tahun yang lalu kini memasuki fasa baharu pelestarian melalui pembudayaan inovasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat. I N O VA S I SEKTOR AWAM 2014 MELESTARIKAN INOVASI, MEMARTABATKAN TRANSFORMASI MUKADIMAH PERKHIDMATAN AWAM PEMACU TRANSFORMASI NEGARA KE ARAH PERKHIDMATAN AWAM BERTARAF DUNIA MENERUSI INOVASI SOSIAL Program Transformasi Kerajaan yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri telah melakar halatuju masa depan negara yang menegaskan kerangka baharu pemikiran dan cara bertindak seluruh penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia yang menjangkaui ekspektasi rakyat. Pembudayaan inovasi diiktiraf sebagai pemangkin utama dalam usaha merealisasikan hasrat ini demi mengangkat Malaysia sebaris dengan ekonomi-ekonomi besar dunia. MAMPU selaku peneraju kecemerlangan dan pemodenan sektor awam akan terus menjulang panji-panji transformasi melalui pelbagai inisiatif pembaharuan secara strategik dan terancang untuk menunaikan aspirasi Kerajaan di selekoh akhir wawasan negara melalui pengukuhan daya saing dan peningkatan kualiti hidup rakyat. Penyampaian perkhidmatan yang inovatif, responsif, cepat dan mudah merupakan formula utama peningkatan daya saing negara. Pengukuran daya saing yang ditetapkan dalam laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland, adalah berdasarkan empat (4) faktor iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur. Sehubungan dengan itu, penyertaan secara aktif sektor swasta dalam pasaran ekonomi amat bergantung kepada penyediaan persekitaran kondusif yang mampu menarik pelabur domestik dan antarabangsa. Justeru itu, sektor awam memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran kondusif melalui pelaksanaan dasar yang mesra perniagaan serta pelaksanaan tadbir urus yang cekap dan mudah. Menurut Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Wira Omar bin Kaseh, Sektor awam perlu mendukung horizon baharu penyampaian perkhidmatan yang mengambil kira keperluan generasi pelanggan yang lebih bermaklumat dan profesional serta mempunyai pengharapan yang berbeza terhadap perkhidmatan Kerajaan. “Sektor awam perlu menanam azam, menimba ilmu dan meningkatkan kompetensi untuk menzahirkan idea-idea baharu dalam penghasilan produk dan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada rakyat”, ujar beliau lagi. Inovasi sosial yang berorientasikan kepada kesejahteraan hidup rakyat kini menjadi tumpuan utama negara-negara maju dalam usaha pencarian penyelesaian dan pencapaian outcome yang lebih baik. Menerusi konsep ini, perkhidmatan awam harus lebih menumpukan kepada perkhidmatan baharu yang dikenalpasti sebagai keperluan mendesak dalam kalangan masyarakat. Antara keperluan khusus yang boleh dikenalpasti ialah penyediaan keperluan warga tua seperti isu penjagaan dan kemudahan rawatan, program khusus untuk membimbing golongan remaja dalam bidang keusahawanan, serta program khusus bagi menangani peningkatan mendadak insiden penyakit kronik seperti penyakit kanser dan diabetis. Selaras dengan pendekatan ini, YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014 telah menyarankan supaya sektor awam menumpukan kepada pelaksanaan inovasi sosial sebagai satu cabang baharu inovasi yang mana kesannya dapat dirasai oleh rakyat YAB Perdana Menteri turut menekankan dua ciri penting dalam inovasi sosial iaitu pertamanya, pelaksanaan inovasi sosial melalui pendekatan eksperimen dan keduanya untuk memperluaskan saluran dan akses rakyat dalam menyampaikan hasrat dan kehendak kepada Kerajaan. Menurut beliau lagi, melalui pendekatan eksperimen, penciptaan idea-idea baharu dibahaskan, dieksperimentasi, dicipta prototaip dan projek perintis dilaksanakan tanpa perlu takut kepada percubaan yang berulang dan kegagalan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. YAB Perdana Menteri turut menyarankan agar sektor awam mewujudkan Makmal Inovasi yang dianggap sebagai “Safe Space” di setiap agensi dengan mengamalkan pendekatan eksperimen sebelum sesuatu inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya. Manakala langkah untuk memperluaskan saluran dan akses rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dijangka dapat menentukan penyampaian perkhidmatan sektor awam bukan sahaja lebih efisien tetapi juga memberi kepuasan yang lebih tinggi kepada rakyat. Bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri, sektor awam telah memperkenalkan penggunaan media baharu dalam usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan membolehkan pelanggan menyalurkan maklumbalas. Antaranya ialah penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter, pewujudan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan aplikasi mobile seperti ‘MyGov Mobile’. Datuk Wira Omar bin Kaseh ketika ditanya lanjut mengulas, “Bidang yang melibatkan inovasi sosial ini mencakupi semua aspek keperluan sosial masyarakat. Maka wajarlah momentum pelaksanaan inovasi sosial ini diperhebatkan lagi dan didokong melalui gerakan inovasi yang berterusan, lantas menjadikannya satu amalan dalam budaya kerja semua penjawat awam di negara ini.” GERAKAN INOVASI SEKTOR AWAM Mengimbau kembali gerakan inovasi sektor awam, tahun 2010 kekal diingati sebagai Tahun Inovasi Negara dan tahun-tahun berikutnya dikenali sebagai tempoh pelestarian inovasi negara. Bermulanya dengan pengisytiharan YAB Perdana Menteri pada tahun 2010, kesinambungan usaha memupuk budaya inovasi dalam sektor awam tidak pernah putus. Seterusnya, tahun 2012 merupakan Tahun Gerakan Inovasi Nasional yang mana gerakan besar-besaran mengiktiraf usaha inovasi di peringkat nasional menerusi pelbagai bentuk pengiktirafan dan insentif di pihak kerajaan. Manakala tahun 2013, kerajaan kekal gigih meneruskan matlamat menyemarak inovasi secara inklusif dengan menerapkan budaya produktiviti, kreativiti dan inovasi serta mengamalkan budaya kerja cepat, tepat dan berintegriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Bagi memastikan perkhidmatan awam terus komited mendukung agenda transformasi yang telah disuarakan oleh pucuk pimpinan negara, ‘Melestarikan Inovasi, Memartabatkan Transformasi’ telah dipilih sebagai tema Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam tahun 2014. Menurut Datuk Wira Omar bin Kaseh, pemilihan tema ini amat secocok dengan ikhtiar berterusan Kerajaan membudayakan kreativiti dan inovasi dalam tadbir urus perkhidmatan awam dan bagi memastikan momentum transformasi akan terus meluncur laju untuk memastikan perkhidmatan awam kekal gagah menempuh arus globalisasi demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. MELESTARIKAN INOVASI, MEMARTABATKAN TRANSFORMASI Menurut beliau lagi, usaha-usaha melestarikan inovasi dalam sektor awam seharusnya dilaksanakan menerusi kaedah terancang dan berstruktur, khususnya dalam usaha menerapkan budaya inovasi secara berterusan. Langkah menginstitusikan budaya inovasi termasuklah memastikan penglibatan langsung Ketua Jabatan dan Agensi penetapan struktur pengurusan inovasi melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu Inovasi dan Unit Inovasi meraikan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam setiap tahun pada 31 Oktober, mengadakan Pelan Tindakan Inovasi agensi yang mengandungi aktiviti pembudayaan inovasi terancang serta melaporkan hasil inovasi berimpak tinggi melalui Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) MAMPU sebagai rujukan dan penandaarasan agensi sektor awam. “Bagi melestarikan budaya inovasi dan memartabatkan agenda transformasi perkhidmatan awam, MAMPU akan terus melipatgandakan usaha dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program-program inovasi yang memenuhi tuntutan pelanggan dan menyelami denyut nadi rakyat. Penekanan juga diberikan kepada pendekatan Kerajaan Keseluruhan yang bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan awam yang bersepadu merentas agensi dan Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam melalui inisiatif turun padang dan jejak mesra yang mampu menyediakan platform untuk mendekat rakyat agar keutamaan dan isu yang dihadapi dapat dikenal pasti sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya lagi MAJLIS ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM 2014 AISA diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai anugerah peringkat kedua tertinggi dalam sektor awam menggantikan Anugerah Kualiti Sektor Awam. Anugerah ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan agensi sektor awam di samping menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik. “Program pengiktirafan sektor awam juga telah menjalani proses transformasi daripada pengiktirafan bagi inisiatif penambahbaikan secara berdikit-dikit (incremental) kepada inisiatif inovasi yang berbentuk radikal dan berimpak signifikan,” ujar beliau. Sebelum ini hampir 11 anugerah diberikan secara berasingan bagi pelbagai kategori inisiatif penambahbaikan kualiti, manakala kini hanya dua bentuk pengiktirafan tertinggi diperkenalkan dalam sektor awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dengan ganjaran RM1 Juta dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM300,000 bagi empat (4) kategori inovasi dalam pengurusan sektor awam yang terdiri daripada Pengurusan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan. “Penganjuran Majlis AISA tahun ini seperti juga tahun sebelumnya, akan menggunakan pendekatan kolaborasi strategik antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan MAMPU selaras dengan pendekatan turun padang Kerajaan pada masa kini,” kata beliau. Majlis AISA 2014 akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 9 Oktober 2014 (Khamis) jam 2.30 hingga 4.30 petang di The Place @ One City, Subang Jaya, Selangor. Gagasan transformasi merupakan agenda besar negara untuk membawa perubahan kepada perkhidmatan awam bagi meletakkannya di landasan kegemilangan. “Kejayaan agenda transformasi sektor awam memerlukan adaptasi ke arah pemerkasaan budaya kreativiti dan inovasi bagi memberikan perkhidmatan terbaik menjangkaui ekspektasi dan memenuhi keperluan utama rakyat. Pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Sektor Awam dapat merancakkan lagi amalan inovasi dan menyuntik semangat baharu sektor awam agar terus mendukung dan memartabatkan agenda transformasi negara seterusnya memastikan matlamat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 tercapai,” ujar beliau sebagai penutup bicara.

Upload: others

Post on 16-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Realiti baharu perkhidmatan awam di serata dunia yang bercirikan kepesatan teknologi, penjimatan sumber dan cabaran globalisasi dunia serta kehendak pelanggan yang semakin meningkat menuntut suatu intervensiyang radikal bagi melonjakkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.Agenda pemerkasaan inovasi negara yang dicetuskan semenjak lima tahun yang lalu kini memasuki fasa baharu pelestarian melalui pembudayaan inovasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

    I N O V A S ISEKTOR AWAM

    2014

    MELESTARIKAN INOVASI,MEMARTABATKAN TRANSFORMASI

    MUKADIMAH

    PERKHIDMATAN AWAM PEMACUTRANSFORMASI NEGARA

    KE ARAH PERKHIDMATAN AWAMBERTARAF DUNIA MENERUSIINOVASI SOSIAL

    Program Transformasi Kerajaan yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri telah melakar halatuju masa depan negara yang menegaskan kerangka baharu pemikiran dan cara bertindak seluruh penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan bertaraf dunia yang menjangkaui ekspektasi rakyat. Pembudayaan inovasi diiktiraf sebagai pemangkin utama dalam usaha merealisasikan hasrat ini demi mengangkat Malaysia sebaris dengan ekonomi-ekonomi besar dunia.

    MAMPU selaku peneraju kecemerlangan dan pemodenan sektor awam akan terus menjulang panji-panji transformasi melalui pelbagai inisiatif pembaharuan secara strategik dan terancang untuk menunaikan aspirasi Kerajaan di selekoh akhir wawasan negara melalui pengukuhan daya saing dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

    Penyampaian perkhidmatan yang inovatif, responsif, cepat dan mudah merupakan formula utama peningkatan daya saing negara. Pengukuran daya saing yang ditetapkan dalam laporan Buku Tahunan Keberdayasaingan Dunia yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpusat di Switzerland, adalah berdasarkan empat (4) faktor iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur. Sehubungan dengan itu, penyertaan secara aktif sektor swasta dalam pasaran ekonomi amat bergantung kepada penyediaan persekitaran kondusif yang mampu menarik pelabur domestik dan antarabangsa. Justeru itu, sektor awam memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran kondusif melalui pelaksanaan dasar yang mesra perniagaan serta pelaksanaan tadbir urus yang cekap dan mudah.

    Menurut Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Wira Omar bin Kaseh, Sektor awam perlu mendukung horizon baharu penyampaian perkhidmatan yang mengambil kira keperluan generasi pelanggan yang lebih bermaklumat dan profesional serta mempunyai pengharapan yang berbeza terhadap perkhidmatan Kerajaan. “Sektor awam perlu menanam azam, menimba ilmu dan meningkatkan kompetensi untuk menzahirkan idea-idea baharu dalam penghasilan produk dan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada rakyat”, ujar beliau lagi.

    Inovasi sosial yang berorientasikan kepada kesejahteraan hidup rakyat kini menjadi tumpuan utama negara-negara maju dalam usaha pencarian penyelesaian dan pencapaian outcome yang lebih baik. Menerusi konsep ini, perkhidmatan awam harus lebih menumpukan kepada perkhidmatan baharu yang dikenalpasti sebagai keperluan mendesak dalam kalangan masyarakat. Antara keperluan khusus yang boleh dikenalpasti ialah penyediaan keperluan warga tua seperti isu penjagaan dan kemudahan rawatan, program khusus untuk membimbing golongan remaja dalam bidang keusahawanan, serta program khusus bagi menangani peningkatan mendadak insiden penyakit kronik seperti penyakit kanser dan diabetis.

    Selaras dengan pendekatan ini, YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014 telah menyarankan supaya sektor awam menumpukan kepada pelaksanaan inovasi sosial sebagai satu cabang baharu inovasi yang mana kesannya dapat dirasai oleh rakyat

    YAB Perdana Menteri turut menekankan dua ciri penting dalam inovasi sosial iaitu pertamanya, pelaksanaan inovasi sosial melalui pendekatan eksperimen dan keduanya untuk memperluaskan saluran dan akses rakyat dalam menyampaikan hasrat dan kehendak kepada Kerajaan.

    Menurut beliau lagi, melalui pendekatan eksperimen, penciptaan idea-idea baharu dibahaskan, dieksperimentasi, dicipta prototaip dan projek perintis dilaksanakan tanpa perlu takut kepada percubaan yang berulang dan kegagalan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. YAB Perdana Menteri turut menyarankan agar sektor awam mewujudkan Makmal Inovasi yang dianggap sebagai “Safe Space” di setiap agensi dengan mengamalkan pendekatan eksperimen sebelum sesuatu inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya.

    Manakala langkah untuk memperluaskan saluran dan akses rakyat sebagai pengguna perkhidmatan dijangka dapat menentukan penyampaian perkhidmatan sektor awam bukan sahaja lebih efisien tetapi juga memberi kepuasan yang lebih tinggi kepada rakyat. Bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri, sektor awam telah memperkenalkan penggunaan media baharu dalam usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan membolehkan pelanggan menyalurkan maklumbalas. Antaranya ialah penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter, pewujudan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan aplikasi mobile seperti ‘MyGov Mobile’.

    Datuk Wira Omar bin Kaseh ketika ditanya lanjut mengulas, “Bidang yang melibatkan inovasi sosial ini mencakupi semua aspek keperluan sosial masyarakat. Maka wajarlah momentum pelaksanaan inovasi sosial ini diperhebatkan lagi dan didokong melalui gerakan inovasi yang berterusan, lantas menjadikannya satu amalan dalam budaya kerja semua penjawat awam di negara ini.”

    GERAKAN INOVASI SEKTOR AWAMMengimbau kembali gerakan inovasi sektor awam, tahun 2010 kekal diingati sebagai Tahun Inovasi Negara dan tahun-tahun berikutnya dikenali sebagai tempoh pelestarian inovasi negara. Bermulanya dengan pengisytiharan YAB Perdana Menteri pada tahun 2010, kesinambungan usaha memupuk budaya inovasi dalam sektor awam tidak pernah putus. Seterusnya, tahun 2012 merupakan Tahun Gerakan Inovasi Nasional yang mana gerakan besar-besaran mengiktiraf usaha inovasi di peringkat nasional menerusi pelbagai bentuk pengiktirafan dan insentif di pihak kerajaan. Manakala tahun 2013, kerajaan kekal gigih meneruskan matlamat menyemarak inovasi secara inklusif dengan menerapkan budaya produktiviti, kreativiti dan inovasi serta mengamalkan budaya kerja cepat, tepat dan berintegriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

    Bagi memastikan perkhidmatan awam terus komited mendukung agenda transformasi yang telah disuarakan oleh pucuk pimpinan negara, ‘Melestarikan Inovasi, Memartabatkan Transformasi’ telah dipilih sebagai tema Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam tahun 2014. Menurut Datuk Wira Omar bin Kaseh, pemilihan tema ini amat secocok dengan ikhtiar berterusan Kerajaan membudayakan kreativiti dan inovasi dalam tadbir urus perkhidmatan awam dan bagi memastikan momentum transformasi akan terus meluncur laju untuk memastikan perkhidmatan awam kekal gagah menempuh arus globalisasi demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

    MELESTARIKAN INOVASI,MEMARTABATKAN TRANSFORMASI Menurut beliau lagi, usaha-usaha melestarikan inovasi dalam sektor awam seharusnya dilaksanakan menerusi kaedah terancang dan berstruktur, khususnya dalam usaha menerapkan budaya inovasi secara berterusan. Langkah menginstitusikan budaya inovasi termasuklah memastikan penglibatan langsung Ketua Jabatan dan Agensi penetapan struktur pengurusan inovasi melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu Inovasi dan Unit Inovasi meraikan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam setiap tahun pada 31 Oktober, mengadakan Pelan Tindakan Inovasi agensi yang mengandungi aktiviti pembudayaan inovasi terancang serta melaporkan hasil inovasi berimpak tinggi melalui Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) MAMPU sebagai rujukan dan penandaarasan agensi sektor awam.

    “Bagi melestarikan budaya inovasi dan memartabatkan agenda transformasi perkhidmatan awam, MAMPU akan terus melipatgandakan usaha dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program-program inovasi yang memenuhi tuntutan pelanggan dan menyelami denyut nadi rakyat. Penekanan juga diberikan kepada pendekatan Kerajaan Keseluruhan yang bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan awam yang bersepadu merentas agensi dan Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam melalui inisiatif turun padang dan jejak mesra yang mampu menyediakan platform untuk mendekat rakyat agar keutamaan dan isu yang dihadapi dapat dikenal pasti sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya lagi

    MAJLIS ANUGERAH INOVASISEKTOR AWAM 2014AISA diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai anugerah peringkat kedua tertinggi dalam sektor awam menggantikan Anugerah Kualiti Sektor Awam. Anugerah ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan agensi sektor awam di samping menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik.

    “Program pengiktirafan sektor awam juga telah menjalani proses transformasi daripada pengiktirafan bagi inisiatif penambahbaikan secara berdikit-dikit (incremental) kepada inisiatif inovasi yang berbentuk radikal dan berimpak signifikan,” ujar beliau. Sebelum ini hampir 11 anugerah diberikan secara berasingan bagi pelbagai kategori inisiatif penambahbaikan kualiti, manakala kini hanya dua bentuk pengiktirafan tertinggi diperkenalkan dalam sektor awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dengan ganjaran RM1 Juta dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) yang menyediakan hadiah berupa wang tunai RM300,000 bagi empat (4) kategori inovasi dalam pengurusan sektor awam yang terdiri daripada Pengurusan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan.

    “Penganjuran Majlis AISA tahun ini seperti juga tahun sebelumnya, akan menggunakan pendekatan kolaborasi strategik antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan MAMPU selaras dengan pendekatan turun padang Kerajaan pada masa kini,” kata beliau. Majlis AISA 2014 akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 9 Oktober 2014 (Khamis) jam 2.30 hingga 4.30 petang di The Place @ One City, Subang Jaya, Selangor.

    Gagasan transformasi merupakan agenda besar negara untuk membawa perubahan kepada perkhidmatan awam bagi meletakkannya di landasan kegemilangan. “Kejayaan agenda transformasi sektor awam memerlukan adaptasi ke arah pemerkasaan budaya kreativiti dan inovasi bagi memberikan perkhidmatan terbaik menjangkaui ekspektasi dan memenuhi keperluan utama rakyat. Pengiktirafan melalui Anugerah Inovasi Sektor Awam dapat merancakkan lagi amalan inovasi dan menyuntik semangat baharu sektor awam agar terus mendukung dan memartabatkan agenda transformasi negara seterusnya memastikan matlamat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 tercapai,” ujar beliau sebagai penutup bicara.