ahli ibadah dan pelacur

5
  Tajuk: Sila buat pilihan anda... Gabenor Yang Hodoh Anjing Musafir Sejenak Bers ama Juha Rintihan Roh Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia Kisah Imam Yang  Empat Kisah Nabi Sulaiman Dan Jin Insan Di Bawah Cahaya Ilahi Taubat Sahabat Na bi Kisah Cinta Adam Dan Hawa Iblis Dan Manusia Golongan Ahli Syurga Penyesalan Y ang Terlewat Juha - 'Mr Bean' Zaman Abbasiyah Rasulullah Di Hari Kebangkitan Tig a Watak Di Akhir Zaman Pernikahan Rasulullah & Khadijah Wasiat Dari Perkuburan S halahuddin Al-Ayyubi Dua Orang Yahudi Dihukum Mati Menempuh Jalan Kesesatan Bayi  Yang Berkata-kata Selingkar Kisah Juha Kisah Nabi Khidir Perjalanan Para Nabi P erjuangan Para Sahabat Yang Aneh dan Lucu Balasan Bagi Si Dermawan Kisah-kisah M ereka Yang Bertaqwa Keajaiban Yang Mengiringi Kelahiran Kehancuran Kaum Thamud K isah Nabi Dawud as Peristiwa Perang Hunain Terbakarnya Berhala Di Tha'if Aminah Bonda Rasulullah SAW Hanyalah Pilihan Allah Balasan bagi Penghuni Syurga Kederha kaan Iblis Menggoda Manusia Kisah Perlayaran Simbaz Kisah Pedagang dan Dayang Kh alifah Halangan yang Merintangi Lamaran Mencari Jejak 'Ali Baba Pahit Getirnya P ercintaan Mereka yang Disimbahi Nur Hidayah Zulaiha, Isteri Al-Aziz Kepiluan Hat i Seorang Gadis Para Pembela Agama Allah Al-Quran, Solat & Jihad Pendakwah,Pejua ng & Ulama Cucu Kesayangan Insan Mulia Taqwa, Cinta& Zuhudnya Para Sahabat Airma ta Keinsafan Kecintaan kepada Syahid Tipu Daya Kaum yang Sesat Kezaliman & Keses atan Insan yang Zalim & Angkuh Selingkar Kisah Taubat Cabaran & Doa Demi Kebenar an Aib Kematian & Penggali Kubur Para Mujahid Pejuang Kebenaran Keangkuhan Raja Namrud Nabi Palsu Memurtadkan Ummah >>Insan Di Bawah Cahaya Ilahi<< | Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita | Sebuku Roti Penebus Dosa | | Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa | . Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita ...l-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik je lita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak se ratus dinar. Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani  oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, mak a lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wan g sebanyak itu. Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui  pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku be nar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mend apatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu. Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku. Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. D i dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur ya ng dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata:  Marilah segera mendekatiku. Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu  itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. K

Upload: fahmi2010

Post on 14-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

7/18/2019 Ahli Ibadah Dan Pelacur

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-ibadah-dan-pelacur 1/5

 

Tajuk: Sila buat pilihan anda... Gabenor Yang Hodoh Anjing Musafir Sejenak Bers

ama Juha Rintihan Roh Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia Kisah Imam Yang Empat Kisah Nabi Sulaiman Dan Jin Insan Di Bawah Cahaya Ilahi Taubat Sahabat Nabi Kisah Cinta Adam Dan Hawa Iblis Dan Manusia Golongan Ahli Syurga Penyesalan Yang Terlewat Juha - 'Mr Bean' Zaman Abbasiyah Rasulullah Di Hari Kebangkitan Tiga Watak Di Akhir Zaman Pernikahan Rasulullah & Khadijah Wasiat Dari Perkuburan Shalahuddin Al-Ayyubi Dua Orang Yahudi Dihukum Mati Menempuh Jalan Kesesatan Bayi Yang Berkata-kata Selingkar Kisah Juha Kisah Nabi Khidir Perjalanan Para Nabi Perjuangan Para Sahabat Yang Aneh dan Lucu Balasan Bagi Si Dermawan Kisah-kisah Mereka Yang Bertaqwa Keajaiban Yang Mengiringi Kelahiran Kehancuran Kaum Thamud Kisah Nabi Dawud as Peristiwa Perang Hunain Terbakarnya Berhala Di Tha'if AminahBonda Rasulullah SAW Hanyalah Pilihan Allah Balasan bagi Penghuni Syurga Kederhakaan Iblis Menggoda Manusia Kisah Perlayaran Simbaz Kisah Pedagang dan Dayang Kh

alifah Halangan yang Merintangi Lamaran Mencari Jejak 'Ali Baba Pahit Getirnya Percintaan Mereka yang Disimbahi Nur Hidayah Zulaiha, Isteri Al-Aziz Kepiluan Hati Seorang Gadis Para Pembela Agama Allah Al-Quran, Solat & Jihad Pendakwah,Pejuang & Ulama Cucu Kesayangan Insan Mulia Taqwa, Cinta& Zuhudnya Para Sahabat Airmata Keinsafan Kecintaan kepada Syahid Tipu Daya Kaum yang Sesat Kezaliman & Kesesatan Insan yang Zalim & Angkuh Selingkar Kisah Taubat Cabaran & Doa Demi Kebenaran Aib Kematian & Penggali Kubur Para Mujahid Pejuang Kebenaran Keangkuhan RajaNamrud Nabi Palsu Memurtadkan Ummah

>>Insan Di Bawah Cahaya Ilahi<<| Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita | Sebuku Roti Penebus Dosa || Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa | .

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita

...l-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.

Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajahpelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cintakepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wan

g sebanyak itu.

Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu. 

Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku. 

Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: Marilah segera mendekatiku. 

Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. K

7/18/2019 Ahli Ibadah Dan Pelacur

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-ibadah-dan-pelacur 2/5

epada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu! 

Wanita pelacur itu kembali bertanya: Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu,bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan m

eninggalkan aku? 

Lelaki ahli ibadah itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan jugaatas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.

Wanita pelacur itu berkata: Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu. 

Lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku keluar! 

Wanita pelacur itu menjawab:Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.

 

Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini! kata lelaki itu.

Wanita itu kembali bertanya: Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku? 

Lelaki itu menjawab: Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah. 

Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan y

ang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.

Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu. 

Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara? 

Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan. 

Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini, kata wanita itu.

Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan darihasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.

^ Kembali ke atas ^

Sebuku Roti Penebus Dosa

7/18/2019 Ahli Ibadah Dan Pelacur

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-ibadah-dan-pelacur 3/5

...bu Burdah bin Musa Al-Asyari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti. 

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wan

ita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertaidengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap dipondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yangberada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku. 

Orang yang membagikan roti itu menjawab: Kamu dapat melihat sendiri, roti yang ak

u bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti. 

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepadafakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu! 

^ Kembali ke atas ^

Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa

...alam riwayat yang lain pula dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaumbani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemuiNabi Musa as dan berkata: Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu

7/18/2019 Ahli Ibadah Dan Pelacur

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-ibadah-dan-pelacur 4/5

supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami! Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama ber

angkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, tabur

kanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecilyang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: Aku tidak pernahmerendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-

terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya. 

Nabi Musa kembali berkata: Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang? Allah berfirman: Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!. 

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamudari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepad

a kami semuanya! 

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdirisambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah akulakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT. 

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadakudan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini. 

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya? Allah berfirman: Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang

 yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu. 

Nabi Musa berkata: Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang t

7/18/2019 Ahli Ibadah Dan Pelacur

http://slidepdf.com/reader/full/ahli-ibadah-dan-pelacur 5/5

aat itu? 

Allah berfirman: Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernahmembuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu? 

^ Kembali ke atas ^

--------------------------------------------------------------------------------

Dipetik Dari Buku: 1001 Keinsafan " Kisah-kisah Insan Bertaubat".Pengarang: Kasmuri Selamat MA.

--------------------------------------------------------------------------------

 

All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991