aduan tentang masalah banjir di kampung …files.indranathan.webnode.com/200000027-81b5382b73... ·...

2
Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu anda ingin membuat aduan kepada pihak berkenaan tentang punca-punca dan ingin mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Model Jawapan Ketua Kampung, Kampung Pulasan, 89609 Papar, Sabah. _____________________________________________________________________ Pegawai Daerah, Pejabar Daerah Papar, 89609 Papar, Sabah. 21 JULAI 2011. Tuan, ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG PULASAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya selaku ketua Kampung Pulasan, Papar ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah banjir yang kerap kali berlaku terutamanya menjelang musim tengkujuh. Kami menghadapi banyak kehilangan harta benda, kemusnahan tanaman, binatang ternakan mati sehingga menyebabkan kerugian yang amat besar kepada penduduk. Situasi ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk kerana kami menjalankan aktiviti ekonomi pertanian dan perladangan. 02. Masalah yang kami hadapi berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang baik. Sisa buangan daripada penduduk kampung disalurkan ke dalam parit dan ia menyebabkan parit tersumbat. Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, parit yang tersumbat melimpahkan airnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Air yang melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa bahan buangan dan mengganggu ketenteraman penduduk. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat menyelenggara sistem perparitan,membesarkan dan parit-parit di kampung kami dengan segera. 03. Air parit disalurkan ke dalam Sungai Pulasan yang sempit. Keadaan ini menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan daripada pendudukkampung. Tambahan pula, sikap penduduk kampung tidak cakna akan kebersihan alam sekitar telah membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang- wenangnya.Peningkatan beban bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan tahap tampungsungai berkurangan dan ini menyebabkan paras air sungai meningkat pada musim tengkujuh. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat menganjurkan kempen mengenai kesedaran menjaga sungai agar penduduk kampung dapat membuka mata meluaskan pandangan mereka demi mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan alam sekitar kerana pendedahan awal adalah langkah terbaik umpama melentur buluh biarlah dari

Upload: phamnhan

Post on 26-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG …files.indranathan.webnode.com/200000027-81b5382b73... · pertanian dan perladangan. ... melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa

Kawasan kediaman anda sering mengalami banjir. Oleh itu anda ingin membuat aduan kepada pihak berkenaan tentang punca-punca dan ingin mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya. Model Jawapan

Ketua Kampung, Kampung Pulasan, 89609 Papar, Sabah. _____________________________________________________________________ Pegawai Daerah, Pejabar Daerah Papar, 89609 Papar, Sabah. 21 JULAI 2011. Tuan, ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG PULASAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya selaku ketua Kampung Pulasan, Papar ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah banjir yang kerap kali berlaku terutamanya menjelang musim tengkujuh. Kami menghadapi banyak kehilangan harta benda, kemusnahan tanaman, binatang ternakan mati sehingga menyebabkan kerugian yang amat besar kepada penduduk. Situasi ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk kerana kami menjalankan aktiviti ekonomi pertanian dan perladangan. 02. Masalah yang kami hadapi berpunca daripada ketiadaan sistem perparitan yang baik. Sisa buangan daripada penduduk kampung disalurkan ke dalam parit dan ia menyebabkan parit tersumbat. Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, parit yang tersumbat melimpahkan airnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Air yang melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa bahan buangan dan mengganggu ketenteraman penduduk. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat menyelenggara sistem perparitan,membesarkan dan parit-parit di kampung kami dengan segera. 03. Air parit disalurkan ke dalam Sungai Pulasan yang sempit. Keadaan ini menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan daripada pendudukkampung. Tambahan pula, sikap penduduk kampung tidak cakna akan kebersihan alam sekitar telah membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya.Peningkatan beban bahan buangan ke dalam sungai menyebabkan tahap tampungsungai berkurangan dan ini menyebabkan paras air sungai meningkat pada musim tengkujuh. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat menganjurkan kempen mengenai kesedaran menjaga sungai agar penduduk kampung dapat membuka mata meluaskan pandangan mereka demi mendidik anak-anak agar menjaga kebersihan alam sekitar kerana pendedahan awal adalah langkah terbaik umpama ’melentur buluh biarlah dari

Page 2: ADUAN TENTANG MASALAH BANJIR DI KAMPUNG …files.indranathan.webnode.com/200000027-81b5382b73... · pertanian dan perladangan. ... melimpah menimbulkan bau busuk kesan daripada sisa

rebungnya’. 04. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti pembalakan tidak terkawal di kampung yang berhampiran dengan Kampung Pulasan. Tanah terhakis dan pecah serta mengalami kerosakan pada struktur akibat daripada kekerapan pendedahan kepada suhu panas dan sejuk yang tinggi serta hujan yang lebat. Hujan yang sangat lebat menyebabkan banjir teruk di kampung tersebut dan kami turut terkena tempiasnya. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan untuk menguatkuasakan undang-undang serta mengehadkan pembalakan di kawasan Papar. 05. Konklusinya, kami amat mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah yang dikemukakan sebelum nasi menjadi bubur. Kami amat berbesar hati dan mengambil sikap positif bahawa masalah ini dapat ditangani secara lebih proaktif. Oleh yang demikian, kami berharap dengan tindakan pihak tuan yang berterusan dalam menangani masalah banjir di kampung kami dapat mengatasi kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kampung ini sejak bertahun-tahun lamanya. dan tidaklah seperti ’hangat-hangat tahi ayam’. Kami penduduk Kampung Pulasan sedia memberikan bantuan kepada pihak tuan pada bila-bila sahaja ibarat kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Tindakan dan keperihatinan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, (BACO MOHD AIDIL BIN SALEH)