ebook 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “formula terbukti berjaya untuk...

40
EBOOK 2 MODUL 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN 70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

Upload: dangtram

Post on 06-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

EBOOK 2 MODUL 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BERKESAN

70 FORMULA REZEKI MELIMPAH RUAH

“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah,

kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di

DUNIA dan di AKHIRAT”

Page 2: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Lesen & Peraturan Keberkatan ilmu daripada E-book ini akan berkurangan, jika E-book ini disebarkan dengan mengaut untung tanpa keizinan penulis. [Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala ILMU yang diajar [Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda [Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri [Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web lelong atau seumpamanya Segala ilmu dalam D-book @ E-book ini hanya halal untuk perkara positif yang membawa kepada saham Akhirat untuk ke syurga sahaja. Ia adalah kerana, segala kandungan E-book ini berada di bawah tanggungjawab penulis iaitu, Nora Yusof p.s: Penulis asal, Nora Yusof, https://www.facebook.com/naora.ayabito

Page 3: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

ALHAMDULLILLAH

“Ya Allah, izinkanlah aku untuk menceritakan tentang keagonganMu,

membongkarkan hikmah syariatMu dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku agar ianya akan

lebih menambahkan rasa kehambaan pada jiwaku. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah serta

dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan yang dengan rela hati terpanggil untuk

membaca coretanku ini. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku

menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu serta berezeki dengan

limpah kurniaanMu. Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.”

Saya sangat berharap agar setiap TULISAN saya ini

dapat memberikan MANFAAT kepada PEMBACA SEKALIAN.

supaya suatu hari nanti ketika kalian di SYURGA,

jika ditakdirkan saya masuk NERAKA,

kalian boleh ingat dan sebut saya

sebagai sahabat yang pernah

memberikan kalian sedikit manfaat ketika hidup di DUNIA.

supaya kita boleh bersama-sama di dalam SYURGA.

InsyaALLAH.

kerana saya tahu

saya tidak layak masuk ke SYURGANYA.

Dengan sedikit ilmu dan perkongsian ini,

Saya doakan kalian KAYA, BERJAYA serta BAHAGIA di DUNIA dan AKHIRAT. Aaamiin.

NORA YUSOF

WRITEtoHEAVEN

Page 4: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

MODUL 2: TEKNIK MENARIK REZEKI YANG BETUL

Formula 23: Solat Taubat Pembuka Pintu Langit 2

Formula 24: Jutawan Akhirat vs Jutawan Dunia 3

Formula 25: Cara Berhadapan Dengan Masalah 4

Formula 26: Cara Berkomunikasi Dengan Betul 5

Formula 27: Di Mana Letaknya Dosa 6

Formula 28: Sedekah Menutup 70 Pintu Bala 8

Formula 29: Suka Bersangka-Sangka 9

Formula 30: Wuduk Zahir Dan Batin 10

Formula 31: Memberi Itu Lebih Baik Daripada Menerima 12

Formula 32: Ucapan Paling Disukai oleh ALLAH 13

Formula 33: Cerita Pokok dan Mancis 14

Formula 34: Bangkit dan Berlari Kembali 15

Formula 35: Belilah Meskipun Tidak Perlu 17

Formula 36: The Power Of SABAR 18

Formula 37: Pembuat Keputusan 20

Formula 38: Tips Ilmu yang Melekat 21

Formula 39: Malu Apabila Melakukan Kesalahan? 22

Formula 40: Diam itu Emas, Berkata Baik Itu Berlian 24

Formula 41: Kehebatan Zikir Al- WAHHAB Jalan Kekayaan 25

Formula 42: Allah Tempat Bergantung 27

Formula 43: Manusia Yang Muflis Di Akhirat 30

Formula 44: Cara membuang Riak 32

Formula 45: Pendengar Yang Baik 34

Formula 46: Bersyukurkah kita? 35

Page 5: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Dalam bab kedua ini, dijelaskan cara-cara menarik rezeki yang betul. Konsep dan

punca rezeki yang sempit dan bocor telah dijelaskan pada bab yang pertama.

Menghidupkan hati yang mati memerlukan masa, ia seperti mengubati hati yang

terluka, ubatnya adalah masa.

Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan

dan kegelapan hati yakni pangkal penderitaan jiwa. (Bediuzzaman Said Nursi,

2014)

Hati yang mati umpama jasad yang bernyawa tetapi jiwanya kosong. Hati adalah

racun dan punca penyakit, Hati juga punca segala bahagia dan kesihatan fizikal

dan rohani. Hati boleh dirawat dan dihidupkan kembali dengan hanya satu cara

iaitu dengan menyerahkan ia kembali kepada yang hak iaitu sang PENCIPTA yang

bernama ALLAH.

Insya Allah hati akan hidup dan sembuh. Apabila hati sudah sembuh, rezeki akan

datang dengan mudah dan melimpah-limpah. Sembuhkan hati kita dengan solat

dan zikrullah yang Ikhlas dan kebajikan-kebajikan lain yang berpahala terlebih

dahulu dengan hanya mengharapkan redha dan pahala ALLAH semata.

“Menghidupkan kembali “Hati” bererti menghidupkan semula “Semangat” yang

bernyawa. Hidupnya Semangat bererti cahaya kehidupan dan cahaya kehidupan

itu ialah rezeki yang diberkati dan melimpah-limpah” (Nora Yusof, 2014)

1

Page 6: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 23: SOLAT TAUBAT PEMBUKA PINTU LANGIT

Firman Allah: "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." Taha 20:132

Manusia yang bertaubat, melakukan solat sunat taubat, akan terbuka segala pintu langit.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Andainya kamu berbuat dosa sehingga dosamu

mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan."

(Riwayat Ibn Majab)

Sebelum tidur, amalkanlah solat sunat taubat dua rakaat.

Manusia yang bersyukur ialah

mereka yang tidak meninggalkan solat 5 waktu.

Manusia yang sangat bersyukur ialah

mereka yang solat 5 waktu dan melakukan solat-solat sunat dua rakat.

Manusia yang sangat-sangat bersyukur ialah

mereka yang solat 5 waktu, melakukan segala amalan sunat dan memberikan manfaat kepada

manusia lain.

Jadilah manusia yang menyayangi diri sendiri dan orang lain dengan cara menjaga solat 5

waktu dan menyumbang kudratnya untuk mempermudahkan hidup orang lain. in sha ALLAH

dialah AHLI syurga yang bersama-sama Rasullullah di JANNAH nanti.

Rasullullah bersabda: "sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberikan manfaat

kepada manusia dan mahkluk lain."

2

Page 7: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 24: JUTAWAN AKHIRAT vs JUTAWAN DUNIA

Selepas solat subuh, Ambil masa setengah jam duduk di atas sejadah, Istigfar 100x sehari Selawat 1000x sehari Cara hendak rasa aman damai dan mudah ketika istighfar dan selawat sebegitu banyak, gunakan biji tasbih. Beli biji tasbih yang kiraan 100 biji itu. Sekejap sahaja sudah cukup 1000x. Senang dan mudah. Adalah lebih baik setiap selawat atau istighfar itu tidak dikira-kira, (sentiasa berselawat dan beristighfar) (Dengan mengamalkan amalan ini kita akan sentiasa dalam peliharaan ALLAH, (Fathuri Salehuddin). Setelah itu, amalkan SOLAT SUNAT DHUHA 2 RAKAAT, 4 RAKAAT, 6 RAKAAT, 8 RAKAAT (AMALAN NABI MUHAMMAD) dan PALING BAIK adalah 12 RAKAAT. Cara Ringkas Sunat Dhuha Waktu Dhuha adalah antara jam 7 pagi- 1 petang (sebelum waktu zuhur). Manakala waktu tamat Dhuha adalah 10 minit terakhir sebelum azan waktu zuhur berkumandang. “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari kian meninggi dankian panas sinarnnya”. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1.Rakaat pertama “Allahuakbar” &Niat dalam hati -Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH TAALA -Baca Alfatihah hingga akhir -Baca mana-mana surah ayat Al-quran, pendek pun tidak mengapa (paling elok Ad-DHuha & As-Syams) 2. Rakaat Kedua -Baca Al fatihah -Baca mana-mana surah (Ad-Dhuha) - Tahiyyat Akhir dan beri salam. Setelah selesai Dhuha amalkan DOA ini. “Ya ALLAH, sesungguhnya waktu dhuha itu Dhuha MU, kecantikannya adalah kecantikkanMU, keindahannya adalah keindahanMU, kekuasaannya adalah kekuasaanMU, perlindungannya adalah perlindunganMU. Ya ALLAH, jika rezeki kami di langit, turunkanlah, jika dibumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikkanMU, keindahanMU, kekuatanMU, dan kekuasaanMU. Limpahkanlah kepadaku segala telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalirkan air mata kita mengharapkan rezeki daripada ALLAH SWT.

3

Page 8: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 25: CARA BERHADAPAN dengan MASALAH

Setiap MANUSIA mempunyai MASALAH, BESAR atau KECIL, bukan persoalannya, hanya perlu BERSABAR dan BERGEMBIRALAH. Jangan berhenti berfikir mencari

IDEA, CARA, dan BERDOA untuk mencari penyelesaiannya. Jangan berasa TERTEKAN, JIKA saya ada masalah, saya akan duduk diam dan membaca buku, berkurung di dalam bilik untuk memuhasabah mencari kesalahan dan dosa diri sendiri, maka perbanyakkan istighfar, selawat sambil makan aiskrim.

Kemudian, saya akan SENYUM depan cermin lebar-lebar. :D :D :D

comeiii. hehehehe...

Ingat satu perkara, orang yang berjaya ialah orang yang pernah gagal dan melalui banyak

cabaran dan dugaan terlebih dahulu. Proses-proses setiap orang yang akan berjaya adalah

semula jadi sebegitu, bertenang dan teruskan usaha supaya kita dapat belajar sesuatu dan

bertindak. Tidak perlu bersedih dan fikirkan pandangan orang lain. Jika mereka boleh

membantu kita menyelesaikan masalah adalah lebih bagus, jika hanya mahu menambahkan

masalah, abaikan mereka. Jangan biarkan aura negatif menguasai diri. Jauhkan diri daripada

mereka yang sebegini. Pupuk diri dan berkawan dengan mereka yang beraura POSITIF

sahaja.

4

Page 9: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 26: CARA BERKOMUNIKASI YANG BETUL

Apabila kita sedang berkomunikasi atau marah dengan seseorang, Jangan mencari SALAH tapi carilah cara hendak menyelesaikan MASALAH. Maksudnya di sini ialah: Apabila bercakap, jangan kita masukkan unsur-unsur NEGATIF dalam kata atau ayat yang boleh membuatkan orang sakit hati apabila mendengarnya. Sudah elok-elok orang itu tertekan, jangan ditambahnya lagi tekanan itu. Dengarlah sampai habis dahulu apa yang hendak diperkatakan, Kemudian barulah kita menyampuk atau mencelah. Beri laluan kepada mereka untuk menghabiskan bicaranya. (untuk mengelak salah faham) Selepas itu, baru ambil atau beri pengajaran terhadap situasi tersebut, apa yang dapat atau boleh dipelajari? Setiap daripada kita mempunyai masalah, jika tiada masalah, bukanlah kehidupan, FAHAMI MASALAH ITU, CARI PENYELESAIANNYA SECARA BERSAMA. Orang yang tengah bermasalah, (marah sedih, serabut DLL) jangan ditambah masalah dan bebanan dengan bebelan kita. Perumpamaannya ialah: API LAWANNYA AIR, BUKAN API DITAMBAH LAGI DENGAN MINYAK, NANTI LAGI KUAT APINYA. Orang yang tengah marah, Sejukkanlah dia dengan KATA-KATA yang positif. Pujuk, tenangkan mereka atau lebih baik diam sahaja. INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENANGANI MASALAH SECARA PROFESIONAL.

"Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang yang melakukannya"

(HR Muslim).

5

Page 10: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 27: DI MANA LETAKNYA DOSA?

Seorang Supervisor yang telah berkhidmat 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property

developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kepada majikannya. Pengarah

syarikatnya bersetuju tetapi dengan syarat supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi

projek sebuah rumah.

Supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat maka projek

rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.

Setelah siap rumah tersebut, terkejut si supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya

adalah hadiah majikannya kepada nya. Amat menyesal dalam hati supervisor tersebut kerana

tidak di 'Design' rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.

Pengajarannya:

Sebenarnya, ini lah yang terjadi pada setiap dari kita.

Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak.

Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan

sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yang sangat-sangat

memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' &

membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka

tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dengan baik akan berbaloi lah hasilnya.

6

Page 11: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Renungan Bersama...

TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?

Sabda Rasulullah لى ص هللا يه ل لم ع س Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang : و

sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua

bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat

AtTabarani dengan sanad yang sohih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam

kitabnya لة س ل س ث ادي يحة األح صح .ال

Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud

mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.

7

Page 12: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 28: SEDEKAH MENUTUP 70 PINTU BALA

[Sedekah menolak 70 Pintu BALA] Rasullullah: " Sedekah seseorang yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan" Sedekah yang dibuat oleh seseorang itu akan dibalas oleh ALLAH SWT dengan 4 jenis pembalasan iaitu: 1) Satu sedekah yang akan dibalas 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin 2) satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara. 3) Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. 4) Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan ALLAH. p/s: Yakinlah rezeki itu daripada ALLAH SWT. (Ustaz Fathuri Salehuddin (Mudahnya Menjemput rezeki)

8

Page 13: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 29: SUKA BERSANGKA-SANGKA

~Sifat manusia yang sangat SUKA bersangka-sangka~

~ Orang baik disangka Jahat - mana tahu dia sedang bersangka baik pada kita.

~ Orang beri nasihat disangka mengejek atau menyindir

-mana tahu dia sedang menasihati dirinya sendiri.

~ Orang masam disangka merajuk - mana tahu dia sedang mengenangkan dosa-dosanya.

~ Orang bermuzakarah disangka mengumpat

-mana tahu dia sedang mengatakan yang baik-baik sahaja.

~ Orang diam disangka menyendiri -mana tahu dalam bersendiri dia sedang beristigfar dan mengingati ALLAH.

~ Orang menawan disangka pakai susuk

-mana tahu dia sentiasa berwuduk dan menjaga tingkah laku.

~ Orang nampak ceria disangka membela -mana tahu dia senang hati dan sedang bahagia kerana menjaga SYARIAT ALLAH.

"wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan supaya kau tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya, sebahagian daripada sangkaan itu

adalah dosa" surah al-hujaraat, ayat 12.

Berhenti berbohong. Berkata jujurlah sekalipun yang mendengarnya merasa amat pahit.

kita tidak dapat memaksa orang lain berbaik sangka kepada kita, tetapi kita boleh melatih diri kita berbaik sangka pada orang lain.

9

Page 14: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 30: WUDUK ZAHIR DAN BATIN

WUDUK ZAHIR dan BATIN -------------------

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia

selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat,

* Menyesali dosa yang telah dilakukan, * Tidak tergila-gilakan dunia,

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'), * Tinggalkan sifat berbangga,

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan * Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku

berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah, 2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku, 4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

10

Page 15: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku

faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik

bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

(Dipetik daripada Mohamad Saiful)

11

Page 16: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 31: MEMBERI itu LEBIH BAIK daripada MENERIMA

Kita jangan fikir bahawa orang yang BERNIAGA produk macam-macam itu Sebagai orang KAYA atau banyak DUIT. Sebenarnya dia lebih miskin daripada si pembeli. Di dalam dompet mungkin hanya ada seringgit sahaja, Siapa tahu? Susahnya dia berniaga tiada siapa tahu. Iklan sana, Iklan sini, tapi tiada pelanggan yang tersangkut, Tiada duit masuk pun, adakah orang yang mengambil tahu? Mereka hanya nampak dia jual itu, dia jual ini MAKAnya, dia banyak masyuk dan banyak duit. KITA SILAP SEBENARNYA. Dia mungkin orang yang paling terdesak berbanding kita, Dia mungkin orang yang paling pening memikirkan kaedah untuk mendapatkan rezeki, ada seorang kawan lama yang menegur saya, "wah kaya erk sekarang, berniaga macam-macam... bila boleh belanja" Saya: “Aamiinn mohon diperkenankan doa kamu supaya saya jadi orang kaya... “ kaya harta dan kaya hati…” dan kamu ada buktikah saya sudah kaya raya? Duit saya ada berapa banyak dalam bank kamu tahukah? Saya berniaga macam-macam tidak bermakna saya banyak duit.” jangan nilai kesenangan orang berdasarkan luaran kasar yang kita nampak. Dan kita jangan sesekali meminta orang lain untuk belanja kita, tapi kitalah yang perlu menawarkan diri kita untuk belanja orang. Memberi itu lebih baik daripada menerima.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang

merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

12

Page 17: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 32: UCAPAN PALING DISUKAI OLEH ALLAH

Empat ucapan yang paling disukai Allah Taala dan ganjarannya amat besar! 1) Barangsiapa membaca LA ILAHA ILLALLAH, maka sesungguhnya Allah menuliskan bagi setiap satu perkataan itu 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa). 2) Barangsiapa membaca ALLAHU AKHBAR, maka sesungguhnya ia menunjukkan keagungan Allah dan dituliskan bagi mereka yang membacanya 20 kebaikan, menghapuskan 20 keburukan (dosa). 3) Barangsiapa membaca SUBHAANALLAH, maka Allah menuliskan baginya 20 kebaikan serta menghapuskan 20 keburukan (dosa). 4) Barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka sesungguhnya ia adalah pujian bagi Allah. Allah menulis baginya dengan perkataan tersebut 30 kebaikan dan menghapuskan 30 keburukan (dosa).

13

Page 18: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 33: CERITA POKOK dan MANCIS

Cerita Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. SUBHANALLAH. (Affandey Alias)

14

Page 19: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 34: BANGKIT dan BERLARI KEMBALI

jika kita sedekah duit, maka duitlah kita dapat jika kita sedekah ilmu, maka ilmulah kita dapat

jika kita sedekah emas, maka emaslah kita dapat jika kita sedekah beras, maka beraslah kita dapat

Azizan Osman.

“Tahun lepas, saya pun down. Dunia dirasakan gelap gelita. Bukannya sebelum ini saya tidak

pernah down dalam membuat bisnes. Tapi kali ni, rasa impaknya sangat besar. Saya disabotaj

oleh business cina. Perniagaan lingkup. Tiada pelanggan. Duit sudah banyak habis. Emas yang

ada sudah digadai. Hari-hari saya hanya berkurung di dalam bilik. Tidur,tidur dan tidur. Tidak

mahu berjumpa dengan orang. Beberapa bulan saya berkelakuan sebegitu. Jika rajin dan ingat

Allah saya akan buat solat hajat dan Solat dhuha.saya minta sungguh-sungguh. Menangis

teresak, habis keluar air mata, air hidung sampaikan tiada suara usah cakaplah. Selepas

beberapa bulan kemudian, ada suara kecil yang membisikkan kepada saya,

" smpai bila ko nak hidup macam ni?" " macam mana ko nak capai impian-impian ko kalau ko

terus give up? " Dan macam-macam semangat lagi datang dari hati kecil saya.

Perlahan-lahan saya bangkit. Saya bangun awal. Mandi. Solat subuh. Mulakan dengan perbaiki

keadaan sekeliling. Perlahan-lahan keluar rumah dan bergaul dengan orang yang positif.

Tiap kali saya bangun pagi, saya akan senaraikan apa yang perlu saya syukuri. Nikmat Allah.

Kemudian, barulah hidup saya mula berubah. Apabila kita bersyukur, Insyallah Allah akan

tambahkan nikmatNya dan bantu kita keluar dari kebuntuan.

Dan sekarang, hidup saya 360 darjah berubah. Apa yang saya impikan dah banyak saya capai.

Perniagaan lalu banyak mengajar saya erti ikhlas dan kebergantungan pada Allah. Apa itu

konsep memberi dulu baru menerima. Konsep kongsi rezeki. Konsep berniaga untuk

menambah nilai hidup org lain. Konsep menyelesaikan masalah org lain.

Masa suci Allah. Andai saya tidak jatuh tahun lepas, Mana mungkin saya kuat untuk hadapi

semua ini Untuk berdiri teguh pada hari ini.

Kalau kena tipu, itu biasa dalam perniagaan. Sedangkan dalam kehidupan biasa pun ada juga

kita ditipu.

15

Page 20: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Rugi? Saya pernah rugi ratusan ribu ringgit. Dengan ramai orang. Dengan kawan baik sendiri

pun ada. Tapi, saya anggap itu balasan adalah daripada Allah. Mungkin ada yang kita buat tidak

diredai, tidak diberkati, contohnya : zakat kita tidak bayar. Oleh itu, Allah tarik rezeki kita

secara perlahan-lahan atau tiba-tiba.

Bersyukurlah wahai teman masih ramai yang memberimu sokongan ketika tersungkur dan

rebah.

Bersyukurlah wahai sahabat Allah masih menyayangimu keran itu diberikan UJIAN. Orang yang

HEBAT terhasil daripada USAHA yang BERAT.

Bersyukurlah.

Bangkitlah.

Nescaya, kamu pasti mengenang saat ini indah sekali selepas kamu bangkit dan berlari

kembali!

Oleh Nur Hidayah (Cahaya Petunjuk (https://www.facebook.com/hubbulillahiyah).

16

Page 21: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 35: BELILAH MESKIPUN TIDAK PERLU

Jika anda jumpa mana-mana

Pakcik Makcik

Yang menjual

Kerepek Keropok

Alquran/buku Tisu Buah

Dll

Dijalanan, dari kereta ke kereta,

Belilah meskipun kita tidak perlu Mereka bukan pengemis yang meminta-minta

Mereka berdagang dengan usaha Meskipun usia tidak lagi muda.

Jangan sesekali menolak. Bantulah dengan niat sedekah.

Jika benar-benar tidak mampu membeli, gantikan dengan sedekah ikut kemampuan, RM1, RM2 dll sebagai upah penat lelah mereka berniaga.

Dengan membantu insan-insan ini,

InsyaALLAH ALLAH berikan ganjaran sedekah pada bila-bila masa tanpa disangka-sangka.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sayangilah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan disayangi oleh makhluk yang berada di langit”

(Riwayat Tabrani)

17

Page 22: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 36: THE POWER OF SABAR

Sebelum kalian membaca kisah Mohd Afeandi dan isterinya ini, beliau, mahu menanyakan

sesuatu soalan kepada anda semua. Apakah perasaan anda apabila anda membuat pesanan

(order) barang di online dan barang tersebut sangkut selama beberapa minggu lamanya?

Stress, bengang, marah, tidak puas hati ATAU relaks , tenang dan sabar?

Baca kisah selanjutnya di bawah oleh saudara Mohd Afeandi:

Berdasarkan soalan di atas, yang mana satukah perasaan yang sedang anda rasakan? Marah

atau bertenang? Saya masih ingat, sewaktu ketika dahulu, kami suami isteri menjadi stokis

untuk salah satu produk yang sedang meletup pada tahun 2012. Dengan permintaan yang

begitu deras dan laju telah menyebabkan kami terpaksa huru-hara pada kali pertama yang

mana telah menyebabkan ramai ejen kami pada waktu itu ‘bank in’ duit dengan begitu cepat,

laju, semata-mata untuk mendapatkan stok paling awal.

“Wahhh.. pada masa itu dirasakan dunia sememangnya semua indah-indah belaka. Duit

berkepok-kepok dapat! Dengan jumlahkan semua duit ejen dan kami terus membuat

tempahan pesanan barang yang agak banyak iaitu sebanyak lebih kurang berjumlah RM

12,000.

Setelah lama kami menunggu kemas kini ‘update’ daripada owner produk berkaitan “bilakah

stok produk yang dipesan boleh kami ambil” Kami menunggu, tunggu dan tunggu sehingga satu

tahap, kami menunggu hampir satu bulan lamanya, sebarang ‘updated’ tidak pun di dengari

daripada pihak pembekal. Hal ini telah menimbulkan rasa marah, rasa kecewa dalam diri kami

kerana kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Blurr, tiada khabar berita.

Ejen-ejen sudah mula meminta ‘refund’ wang mereka masing-masing. Kami dengan berat hati,

rasa kecewa terpaksa memulangkan semula duit mereka semua. Hal ini menyebabkan kami

terus menerus membuat desakan kepada pengeluar produk tersebut dengan bertegas bahawa

“jika tidak memulangkan wang kami, satu laporan polis akan di buat.”

Setelah itu, kami berjaya mendapatkan kembali wang dalam masa yang telah di janjikan. Apa

yang telah terjadi dengan duit yang kami dapat tersebut?

18

Page 23: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Makanya dengan wang tersebut, kami telah:

1- Buat dan hasilkan produk sendiri, kena tipu.

2- Kena tipu sebanyak lebih dari RM 10,000.

3- Macam-macam perniagaan dan produk kami buat, semua akhirnya tak menjadi.

Dengan perjalanan cerita di atas, apa yang saya nak kongsikan adalah jika ada sesuatu yang kita

tidak tahu apa yang sedang berlaku, haruslah dan lebih baik kita bertanya kepada tuan punya

atau pihak berkaitan daripada kita terus meluahkan perasaan marah dan tak puas hati kita

tanpa bertanyakan hal sebenar. Jika tidak, dengan rasa marah, rasa sakit hati itu kelak akan

membuatkan kolam jiwa kita keruh, makin keruh dan keruh menyebabkan takungan positifnya

melimpah keluar. Dikuasai kebencian.

Kini, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH, walaupun situasi atau keadaan yang hampir sama

berlaku kepada kami berdua, namun kami tidak lagi melatah, cepat marah, sekarang kami lebih

pandai mengawal keadaan dan berjaya mengawal emosi sendiri hasil pengalaman lepas. Pada

kami, suami isteri cabaran kali ini adalah lebih hebat berbanding pada tahun 2012 dahulu

kerana pada masa itu, kami:-

1- Tidak ada ilmu yang betul.

2- Tidak tahu siapa mentor yang boleh mengajar kami tentang perniagaan yang betul.

3- Ego, rasa bangga dan berlagak sendiri menguasai diri.

Sekarang ini, sangat-sangat bersyukur, dengan berkat kesabaran dan fokus, pelbagai

penghargaan telah kami terima dan yang sangat menyentuh hati kami adalah penghargaan

yang diberikan oleh Pengasas Precious Sara iaitu hadiah berupa pakej bagi mengerjakan umrah

dalam masa terdekat ini.

Berdasarkan pengalaman perniagaan ini, apa yang ingin saya kongsikan ialah, Jika kita berada

di dalam situasi yang mencabar mental dan emosi, hanya dengan SABAR dan solat sahaja yang

akan dan boleh membuatkan hati kita semakin tenang. Oleh itu, kesimpulannya, kepada yang

di luar sana, banyakan sangka baik kepada orang lain, bertenang dan banyakan SABAR. THE

POWER OF SABAR perlu dipegang setiap masa. ALHAMDULLILLAH.

Oleh Mohd Afeandi Haron (https://www.facebook.com/fendi2104?fref=ts)

19

Page 24: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 37: PEMBUAT KEPUTUSAN

Hendak menjadi seorang pembuat keputusan bukanlah satu tugas yang mudah.

mereka memerlukan...

1)Ilmu

2)Pengalaman

3)Pandangan orang lain

4)Berfikiran terbuka

5)Tegas

Walaupun begitu, janganlah kita menjadi seperti lalang,

Orang cakap macam itu, kita ikut situ.

Orang cakap macam ini, kita ikut sini.

Jadilah seorang yang tegas apabila membuat keputusan dengan kebijaksanaan yang ada.

hanya dengan demikian sahaja mereka-mereka tidak akan berani memperlekehkan kita.

kita hendaklah YAKIN dengan kebolehan diri sendiri dan

keputusan yang dibuat hendaklah dengan sebab dan ilmu yang kukuh!!

Sebaik-baik keputusan ialah keputusan yang mendatangkan manfaat kepada semua

dan yang paling utama setiap kali setelah atau sebelum membuat sesuatu keputusan

hendaklah kamu beristiqarah kepada ALLAH terlebih dahulu.

20

Page 25: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 38: TIPS ILMU YANG MELEKAT

1) Perbetulkan niat terlebih dahulu. Pergi menuntut ilmu kerana ALLAH.

“Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerananya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk”- Imam An Nabawi 2) Lapangkan HATI. bersihkan hati dari segala sifat mazmumah. 3) Buka minda dan fikiran luas-luas. Kosongkan daripada pemikiran negatif. Inilah amalan yang selalu saya amalkan dan InsyaAllah setiap apa yang saya dengar dan tulis saya dapat hadam sepenuhnya dan ILMU itu akan melekat, meresap ke dalam hati dengan baik.

Dalam kamus hidup saya, tak pernah ada istilah TERLAMBAT atau TERCEPAT.

kerana

setiap yang berlaku pasti ada HIKMAHnya...

hendak BERJAYA tidak semestinya menjadi yang TERAWAL... menjadi yang TERLAST minit pun boleh berjaya (p/s: jangan amalkan pula)

ORANG yang berjaya ialah MEREKA yang bijak mengambil PELUANG bilamana ada

kemahuan. JIKA ada KEMAHUAN di situ ada PELUANG dan RUANG.

21

Page 26: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 39: MALU APABILA MELAKUKAN KESALAHAN?

Andai kita sudah tersasar jauh melakukan kesalahan,

tersalah dalam membuat pilihan,

janganlah berputus asa mencari pulang

ke jalan yang diredhai ALLAH SWT.

Sesungguhnya USAHA yang dilakukan untuk berubah

ke arah kebaikan akan dibayar

dengan ganjaran yang berganda oleh Allah SWT.

(petikan daripada buku benar tapi pelik :104)

kepada yang membaca,

Janganlah kita sesekali memandang rendah,

mengejek kepada seseorang yang ingin berubah

ke arah kebaikan sedangkan dia lebih mulia daripada kita

sekalipun dia pelaku maksiat sebelumnya.

Baiki diri kita sendiri sebelum menuding jari mencari salah orang lain.

Kenapa hendak malu jika kita pernah melakukan kesilapan atau kesalahan?

Belajarlah daripada kesilapan tersebut. Lumrah dan tabii manusia itu sendiri

1) tidak sempurna,

2) pelupa,

3) tidak sabar,

4) tidak berhati-hati dan sebagainya.

“Belajar dari Kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana”

22

Page 27: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

~Jika ada antara mereka yang tidak faham kita TERANGkanlah bukannya ketawakan dia ~Jika ada antara mereka yang tidak betul kita NASIHATkanlah bukannya umpatkan dia ~Jika ada antara mereka yang tidak tahu kita TUNJUKkanlah bukannnya dimarahkan dia ~Jika ada antara mereka yang tidak jelas, kita JELASkanlah bukannya dirumitkan dipeningkan lagi dia ~Jika ada antara mereka tidak mampu, belajar BERUSAHA semampu mungkin bukannnya dimanjakan diri dia ~Jika tak percaya? renungkan kata-kata ini.

“Orang yang Ilmunya cetek, akan merasa hebat atas segala ibadatnya”-

Habib Ali Zainal Abidin.

Dari Muaz bin Jabal r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa yang memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya (orang yang memalukan orang itu) sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut (dosa yang sama yang dia buat

pada orang).

23

Page 28: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 40: DIAM itu EMAS, BERKATA BAIK itu BERLIAN

Jagalah lisan, diam lebih selamat daripada banyak bicara.

Banyak bicara mengeraskan hati, kurang wibawa, banyak salah dan dusta.

Orang yang takut Allah, sangat bagus tutur katanya (QS 33;70).

Rasulullah bersabda, "Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata baik, benar, jujur, sopan, santun, mulia,

kalau tidak, lebih baik diam".

Diam itu emas tetapi bicara baik itu berlian. Sungguh banyak yang kuat berpuasa menahan lapar haus saat puasa,

tetapi sangat sedikit yang kuat puasa menahan banyak bicara.

24

Page 29: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 41: KEHEBATAN ZIKIR AL-WAHHAB

Kehebatan zikir ini sangat menakjubkan Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar. Di usia saya yang sentiasa bertambah, saya mahu menggali infos-infos yang saya pernah tahu tapi tak berapa nak ambil tahu. Perjalanan hidup kita tidak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira, ada masa rasa murung, tapi kena setkan otak –

“tidak mahu melayan cas –Ve” – Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.

Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini. Maksudnya: AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t. mencurahkan rahmatNya ke

atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan

kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan

datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah

ke langit, doa anda akan dimakbulkan.

3->Mencari pekerjaan Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan

mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan, jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam

setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah

dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

25

Page 30: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

5->Menjauhi kelaparan Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan

anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan, insya Allah.

7->Membebaskan diri Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di

tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama

inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

Dipetik daripada Badrun Amin “Sharing”.

26

Page 31: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 42: ALLAH TEMPAT BERGANTUNG

Semasa semester akhir universiti... (zaman ambil Master) setiap pelajar masing-masing sedang bergelut menyiapkan TESIS. Tapi saya? Bergelut dengan PENYELIA. Tesis satu muka surat pun tak tulis-tulis lagi. Masa tamat pengajian tinggal 3 bulan sahaja lagi. BERPERANG sehingga hendak dibuang UNIVERSITI. Boleh kamu bayangkan tak? NAK DIBUANG UNIVERSITI?? Kerana melawan cakap LECTURER. Saya tidak mahu burukkan bekas penyelia saya. Biar tuhan sahaja tahu apa yang saya LALUI dengannya. SANGAT PERIT, SANGAT PAHIT. rasa nak BOM kereta dia pun ada masa itu. (Huhuhuhu jahatnya saya) Pada masa itu, saya baru lepas berpisah dengan kawan baik saya, BFF lah konon. Kami berkawan selama 5 tahun. Tak pernah berpisah. Ke mana-mana pasti berdua. kalau ada saya, adalah dia. Begitulah ibaratnya hubungan kami. TAPI, disebabkan satu salah faham, hancur semuanya. Tinggallah saya seorang diri, meneruskan perjuangan akhir tanpa dia di sisi. SANGAT PEDIH, SANGAT PILU, NAK GILA PUN ADA. Tapi saya dah maafkan dia. Saya sangat sayangkan dia. walaupun LUKA itu masih ada. Dengan kesempitan WANG, dengan masalah KESIHATAN, saya cari KEKUATAN dengan DOA. Memohon kepada ALLAH permudahkan segalanya. Saat saya buntu, Saya renung penuh sayu, penuh kasih sayang, wajah kedua IBU BAPA saya yang banyak berkorban. KAMI orang MISKIN. Tak sanggup saya nak HANCURKAN harapan MEREKA. Walaupun badan saya pada masa itu dah tak KUAT lagi, Masuk hospital ditahan WAD tak tahu kali ke berapa, dah tak boleh nak dikira. Saya sendiri sudah lupa. JARUM masuk KULIT saya sehingga kebiru-biruan dah tak terasa sakitnya suntikan ubat.

27

Page 32: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Berkat DOA pagi, petang, siang dan malam, ALLAH hantarkan PENYELIA baru buat saya. INSAN-INSAN tersayang yang memberi kekuatan dan semangat. Sang PENYELIA yang saya tak kenal hati budinya. Dia hanya pernah mengajar saya satu SUBJEK sahaja sepanjang 5 tahun saya di UKM. Sangat seksa dan sangat kekok pada mulanya. Tapi saya tahu, saya masih ada masa nak kejar siapkan TESIS, walaupun masa cuma tinggal lagi 3 bulan. Saya pegang pada kata-kata, "TIDAK ADA BENDA MUSTAHIL DI DALAM DUNIA INI JIKA ALLAH MENGHENDAKINYA TERJADI". Dari situ, saya kuatkan SEMANGAT, kuatkan HATI, kuatkan IMAN, YA AKU BOLEH!!! ALLAH ada.” Suatu hari, PENYELIA memberitahu saya, "Nora...awak ada masa 3 bulan sahaja lagi... jangan putus asa..." Dia senyum...dan sambung lagi kata-kata "saya bantu awak ok". Bercucuran air mata saya depan beliau. TERHARUNYA... T_T tapi... awak kena fahamlah..” Dia menyambung lagi katanya, "disebabkan ini semester awak yang terakhir, saya tidak boleh beri GRED A walaupun sebagus mana pun TESIS awak, sebab dah lebih LIMIT masa”. Saya cakap pada dia "tak mengapalah doktor, saya cuba sedaya upaya saya, supaya saya tak DAPAT GRED "E" dan saya boleh KONVO...” “saya bukan buat untuk diri saya tapi, untuk ma ayah saya.”Itu pun saya dah syukur sangat.”

Bekerja dengan BELIAU sangat-sangat DISIPLIN. PARAH rasanya, tapi saya suka, sebab dia sangat prihatin. Banyak bagi semangat pada saya, tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati saya.

28

Page 33: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Saya bekerja keras, pergi LIBRARY sehingga larut malam. Pukul 11 malam, berjalan kaki seorang diri balik ke kolej kediaman. Jalan yang gelap gelita itu hanya bertemankan ALLAH. Tiada kawan baik disisi. Saya rasa hati saya sangat damai pada waktu itu. tenangnya, SETENANG alam MALAM.

HARI terakhir PULUN tesis, saya jatuh sakit. Demam teruk. Batuk berbulan-bulan. PENYELIA saya pun dah risau. “Nora awak boleh teruskan ke tidak ni?” Saya cakap saya boleh. Saya tahu saya boleh. Pada hari perbentangan (VIVA). Hari yang paling digeruni MANUSIA bergelar mahasiswa mahasiswi UNIVERSITI. Saya dah nak pitam pada waktu perbentangan, sebab batuk saya tak berhenti-henti.

PENSYARAH yang ada di dalam bilik itu menyuruh saya meneruskan sesi perbentangan dalam keadaan duduk sahaja. Jangan bergerak sangat. Kerana mereka risaukan keadaan saya. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, Saya tamat dengan JAYANYA, Di hadapan penyelia dan pembaca kedua yang saya KASIHI, dengan bangganya menganugerahkan tesis saya GRED A. ALHAMDULLILAH. saya sendiri tidak percaya... T_T (Nora Yusof)

29

Page 34: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 43: MANUSIA YANG MUFLIS DI AKHIRAT

SIAPAKAH? iaitu, KAMU yang: 1) MENGUMPAT, 2) MENGATA, 3) BERBURUK SANGKA, kerana, setiap kali KAMU mengumpat, mengata yang tidak baik tentang saudaranya di belakang, yang apabila saudara itu mendengarnya boleh mendatangkan marah, sakit hati dan sebagainya. MAKA semua PAHALA AMAL jariah yang dikerjakan kamu selama hayat diberikan kepada orang yang diumpatkan itu. di akhirat sana pula, katakanlah kamu mengumpat terhadap ramai orang, orang itu, orang ini, habis semua pahala kamu disedekahkan kepada mereka, bila dah habis pahala, kamu nak bagi apa lagi pada mereka? JADI, kamu kena pikul pula dosa mereka.. Buatnya dosa mereka itu dosa seperti membunuh, tinggal solat dan sebagainya, ALLAHURABBI, kamu bayangkanlah sendiri berapa lama kamu nak tinggal di dalam NERAKA?

“Ada sebuah kisah di mana..seorang hamba Allah S.W.T datang menghadap Allah

S.W.T..apabila tiba waktu menghisab amalan..lalu dia terkejut...Ya Allah dari mana

datangnya pahala yang begitu banyak..sedangkan aku tidak pernah beramal...lalu Allah

S.W.T..berkata ini adalah pahala dari orang yang mengumpat akan keburukkan mu".

30

Page 35: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab:

"Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku

ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat

dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti,

memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat,

orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis

(diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak

berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu

kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam

neraka.”(Riwayat Muslim).

Kalau orang menuduh kita dalam sesuatu perkara yang kita tidak terlibat, janganlah membalas

tuduhannya, (walaupun kita mengetahui yang dia yang sebetulnya terlibat) kerana dia yang

akan menanggung dosa.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Kamu harus bertaqwa kepada Allah, jika seseorang mencelamu

dengan sesuatu yang diketahuinya ada pada diri maka janganlah kamu membalas

mencelanya dengan sesuatu yang ada pada dirinya, nescaya dosanya kembali kepadanya dan

pahalanya untuk kamu, dan janganlah kamu mencela sesuatu.” (HR Ahmad dan Thabrani)

Jikalau telah melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini

agar tidak muflis di sana.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung

sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan

kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta

orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum

datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;

bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu

sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula

tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan

kesalahan itu ke atasnya."

31

Page 36: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 44: CARA MEMBUANG RIAK

“DOSA dapat DIHAPUSKAN dengan TAUBAT

PAHALA dapat DIHAPUSKAN dengan RIAK!”

Cara membuang RIAK dari hati kita ialah:

membuang kata "AKU" dalam diri kita.

Kenapa dengan AKU?

Buanglah kata-kata

"AKU lah buat itu buat ini"

"kerana AKULAH benda ini jadi begini begitu"

"tanpa AKU kau tidak akan menjadi begini begitu"

dan banyak lagi "AKU" dalam diri kita bukan?

makanya mulai hari ini, buanglah "AKU" itu

dan gantikan dengan "ALLAH".

kerana " ALLAH lah menjadikan begini begitu"

kerana "ALLAH lah aku pandai begini begitu"

kerana "ALLAH lah aku menjadi begini begitu"

dan banyak lagi.

32

Page 37: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

[Perbanyakan baik sangka]

Menilai, Menghukum, Menentukan DOSA PAHALA seseorang BUKAN TUGAS manusia.

Katakanlah kita nampak, kita rasa, kita lihat, kita dengar, seorang hamba Allah itu sedang

>menunjuk-nunjuk ilmunya, >menunjuk-nunjuk keretanya, >menunjuk-nunjuk rumahnya, >menunjuk-nunjuk kejayaannya, >menunjuk-nunjuk kebahagiaannya,

Kita rasalah seolah-olah dia sedang riak kan? “Apa dia ni menunjuk-nunjuk ini kan?”(dalam hati) Sukahati kita sahaja kan cakap orang riak, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. -_-

Sedangkan sebenarnya si dia tidak langsung berniat untuk menunjuk-nunjuk. Berkongsi kegembiraan mungkin. Melainkan dia ada unsur merendah-rendah dan menghina orang yang lebih bawah daripadanya dalam percakapan dan perbuatannya. (Jika ada, memang betul dipanggil riak). Jika TIADA? Kenapa tidak kita tukar sangka baik dan minda kita menjadi positif seperti ini:

Ya Allah aku senang melihatnya senang (Tanda orang beriman) Mungkin dia mahu aku terinspirasi dengan kejayaannya. Yeah! Aku mesti berjaya sepertinya. Mungkin dia mahu mengajak aku melakukan ibadat bersama-sama. (kita nampak dia sedang solat Dhuha di hadapan kita, tapi kita sangka dia sebagai hendak menunjuk-nunjuk, daripada bersangkaan begitu, (menambah dosa), kenapa tidak kita sertai sahaja dia berDhuha bersama-sama?) Bukankah itu lebih baik? Fikir-fikirkanlah.

Tidak cemburukah kita terhadap amalnya yang lebih banyak daripada kita? Mereka berlumba-lumba memperbanyakkan amal, tetapi kita sibuk menilai amal orang. Amal kita sendiri ntah ke mana-mana.

Pilihlah untuk lebih melihat kebaikan yang dibuat orang berbanding kita menaruh sangkaan buruk bahawa mereka sedang menunjuk-nunjuk. Tipu daya syaitan memang ada di mana-mana. Jangan jadikan hidup kita rugi. Bergembiralah dengan kesenangan orang walaupun kita tidak senang. (Ciri-ciri orang beriman).

Tanyalah hati. Kita siapa nak pandai-pandai cakap orang berlagak dan sebagainya? Nilaian hati itu hanya milik ALLAH sahaja. Jangan menghukum, Jangan mengutuk. Ingat mengingati itu lebih baik.

Cukuplah bagi si fulan itu ALLAH sahaja menilainya- (HR MUSLIM)

Nora Yusof.

33

Page 38: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 45: PENDENGAR YANG BAIK

Jika tidak mampu menyelesaikan masalah orang lain, Jadi pendengar yang baik yang menenangkan jiwa pun sudah memadai, Jangan ditambahkan lagi kerisauan, beban orang yang didengarkan masalahnya itu, Sama halnya dengan budak-budak atau kanak-kanak, remaja, dewasa, perempuan atau lelaki. Apabila mereka melakukan kesalahan, jangan dimarahkan mereka, tapi tanyakan ‘kenapa’ dia melakukan kesalahan itu, dengarkan dahulu cerita dia. Dengar dengan teliti, Beri fokus kepadanya. Perhatikan riak wajah dan nada dia bercakap, Dia keresahan ke? Dia kerisauan ke? Dia rasa bersalah ke? Ini tidak, Sebaliknya, apabila sesuatu itu berlaku, kita terus serbu marah-marah mereka seperti ucapan lazim di bawah: "ha padan muka kau buat lagi" "sape suruh kau buat macam itu macam ini, tanggunglah sendiri" "kan dah cakap jangan buat ini itu (dalam keadaan marah dan menekan) "masalah kau, selesailah sendiri, sape suruh cari penyakit" sape suruh bodoh sangat bagi kat orang wat pe" dan banyak lagilah.”

Apabila kita bertindak begitu, orang yang hendak bercerita masalah mereka pun tidak jadi bercerita terus. Lain kali pun mesti pendamkan cerita itu seorang diri. Sudah malas hendak bercerita lagi. Kadang-kadang, seseorang bertindak begitu sekadar memerlukan perhatian daripada seseorang, supaya mengambil berat, mengambil tahu perihal dirinya. Mereka bukan mahukan sesuatu atau apa-apa, cuma memerlukan orang lain mendengar masalah, mendengar dia bercerita, memberikan ketenangan, bersama-sama mencari jalan selesai dan sebagainya. Nora Yusof.

34

Page 39: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

FORMULA 46: BERSYUKURKAH KITA?

Sedang enak menghirup udara segar di taman permainan,

Datangnya seorang pemungut sampah,

ku perhatikan tindak tanduknya,

menyelongkar bakul-bakul sampah,

mencari tin-tin kosong, botol-botol kosong,

sang tua itu senyum padaku,

aku senyum kembali

setiap sudut bakul sampah diintainya,

penuh debu, penuh kotoran di tangan dan bajunya,

belum termasuk lagi bau yang sangat kurang menyenangkan,

melihatnya...merenungnya... kuatnya dia...

tatkala itu pekerjaannya demi mencari rezeki yang halal,

dia masih lagi mampu tersenyum...

bersyukurkah aku? SUBHANALLAH~!!

KEMUDIAN... masuk pula lori sampah...

ku renung lagi pekerja-pekerja itu...

Ada lima orang semuanya...

semuanya hitam-hitam,

kelihatan gigi dan matanya sahaja ku lihat..

mataku yang sedia sepet,

menjadi makin sepet melihat mereka

tekunnya mereka ALLAHUAKBAR..

masih mampu bergelak ketawa bersama rakan,

ntah apa yang dibualkan pun tidak tahu,

kuatnya mereka sedaya mampu menahan

bau-bau WANGI sampah yang pelbagai aroma,

melihat buruh-buruh ini...

bersyukur aku? ASTARFIRULLALLAH~!!

tanpa jasa mereka apa adanya dengan kita??

pekerjaan mereka lebih mulia dari segala yang mulia...

Apabila melihat mereka ini, makanya marilah kita sama-sama bersyukur.

sesungguhnya sangat sikit sekali rasa syukur yang ada dalam dada manusia.

Bersyukur bukan sekadar lafaz semata-mata, tetapi perlu diiringi amal makruf nahi mungkar.

ALHAMDULLILLAH - segala puji hanya bagi ALLAH

NoraYusof

35

Page 40: EBOOK 2 - takaful4life.comtakaful4life.com/ebook/ebook2.pdf · “Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, ... kekayaan harta dan jiwa, ... Segala ilmu dalam

BEST KAN??? Semakin tenang dan

senang hati pembaca insya-Allah.

SANGAT MENYENTUH JIWA.

Alhamdullillah, Semoga anda beroleh

manfaat yang banyak daripadanya.

NAK BACA LAGI? Teruskan sambungan

yang lebih menarik di MODUL 3 iaitu siri

REZEKI TERUS MELIMPAH RUAH yang

dimasukkan kisah-kisah jutawan yang

berjaya yang sangat membuka jalan

kepada rezeki semakin luas. TIPS-TIPS

pantas rezeki yang mampu menyentap

setiap hati yang membaca dan

pendorong untuk terus bertindak

pantas. InsyaALLAH.