adrine kajian tindakan(action research)

19
PENGHARGAAN Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. dapatlah saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Walaupun sibuk dengan urusan disekolah dan urusan harian saya amat berterima kasih pada suami dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan pada saya. Tidak lupa juga pada Guru Besar , rakan-rakan di sekolah serta anak-anak murid-muridku sekalian, kalian juga telah banyak membantu saya menyiapkan kajian tindakan ini. Pengalaman pahit manis menyiapkan kajian tindakan ini sungguh bermakna buat diri saya, saya dapat meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya didalam kelas dengan sesuatu yang luar biasa yang saya sendiri tidak sangka dapat melakukannya.Tidak lupa juga terima kasih saya pada AJK kajian tindakan peringkat Daerah Kuantan yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk menghasilkan kajian tindakan. Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan jikalau terdapat kesilapan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini mencapai objektif yang dikehendaki. Sekian, terima kasih. (SUHAILA BINTI MOHD) 1

Upload: adrine-sapari

Post on 24-Apr-2015

73 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. dapatlah saya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Walaupun sibuk dengan urusan disekolah dan urusan harian saya amat berterima kasih pada suami dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan pada saya. Tidak lupa juga pada Guru Besar , rakan-rakan di sekolah serta anak-anak murid-muridku sekalian, kalian juga telah banyak membantu saya menyiapkan kajian tindakan ini. Pengalaman pahit manis menyiapkan kajian tindakan ini sungguh bermakna buat diri saya, saya dapat meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya didalam kelas dengan sesuatu yang luar biasa yang saya sendiri tidak sangka dapat melakukannya.Tidak lupa juga terima kasih saya pada AJK kajian tindakan peringkat Daerah Kuantan yang banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk menghasilkan kajian tindakan.Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan jikalau terdapat kesilapan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini mencapai objektif yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih.

(SUHAILA BINTI MOHD)

1

Page 2: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. 2

2.0 Fokus Kajian 2

3.0 Objektif 3

4.0Kumpulan sasaran 3

5.0Perlaksanaan Kajian 4 - 75.1Langkah-langkah perlaksanaan5.2Dapatan Kajian

6.0 Rumusan8

7.0 Bibliografi 9 10 - 16

8.0 Lampiran

2

Page 3: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR SEBARANG NOMBOR BAGI

MURID-MURID 6TAKWA MENGGUNAKAN KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT

Oleh

Puan Suhaila binti Mohd

Sekolah Kebangsaan Pelabuhan

26100 Kuantan

Pahang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang

dihadapi oleh murid-murid tahun 6 Takwa semasa membundarkan sebarang

nombor 7 digit kepada puluh ribu yang terdekat. Seramai 32 orang murid tahun 6

Takwa dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan

difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membundar sebarang nombor tujuh

digit kepada puluh ribu yang terdekat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui

semakan kerja rumah murid, ujian bulanan, peperiksaan penggal dan ujian pra.

Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir dalam membundar sebarang

nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang terdekat. Tiga sesi pengajaran dan

pembelajarant (30-90 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 8 minggu

iaitu murid belajar kemahiran yang tersebut di atas melalui kaedah Kata Kunci

BOLA SEPAK LIGAT dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan

ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Murid lebih berminat

belajar kemahiran membundar dengan menggunakan kaedah BOLA SEPAK

3

Page 4: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

LIGAT. Modul latihan berpandu telah membantu murid untuk mengatasi masalah

mereka. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas untuk membundar

sebarang nombor pada nilai tempat yang terdekat perlu diperkukuh semasa

mereka berada di tahun empat lagi. Penggunaan kata kunci BOLA SEPAK

LIGAT ini boleh membantu pelajar memahami konsep matematik ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Murid- murid kelas saya terdiri daripada murid- murid sederhana dan juga

lemah.

Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui ujian bulanan, PKSR 1 dan PKSR

2 serta latihan-latihan yang saya beri dan cara mereka menjawab secara lisan

saya dapati mereka mengalami masalah dalam matapelajaran matematik iaitu

membundar sebarang nombor tujuh digit kepada

puluh ribu yang terdekat. Kegagalan ini disebabkan mereka tidak dapat

mengenalpasti digit dibundar serta konsep sebenar membundar. Apabila di beri

soalan tajuk bundar pasti pelbagai pertanyaan pasti dajukan oleh murid-murid

saya walaupun setelah penerangan di buat beberapa kali, antara pertanyaan

yang sering ditanya “cikgu digit dibundar ni nak kekal atau tambah satu “. Bukan

setakat seorang dua murid malah separuh daripada murid-murid 6 Takwa masih

tidak boleh membundar dengan baik walaupun kemahiran ini, telah diajar

sewaktu mereka di tahun 4 dan 5. Bagi membantu murid-murid saya menguasai

kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk

membundar.

Daripada refleksi diatas saya membuat kesimpulan bahawa kelemahan

murid-murid saya dalam membundar adalah disebabkan mereka tidak dapat

menyimpan lama isi-isi pelajaran yang telah diajar terutama berkaitan dengan

formula matematik. Kaedah pengajaran yang dijalankan juga kurang menarik

minat murid yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga

jarang disiapkan kerana mereka tidak memahami konsep matematik itu sendiri.

4

Page 5: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

2.0 ISU/ KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

Walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya dalam

membundar nombor , saya akan hanya fokus pada kemahiran membundar

sebarang nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang tedekat. Dengan ini dapat

membantu menarik minat mereka pada matapelajaran matematik serta lulus

dengan baik dalam UPSR pada tahun 2010 ini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif umum

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid membundar

sebarang nombor tujuh digit kepada puluh ribu yang terdekat.

Objektif khusus

- meningkatkan kemahiran membundar sebarang nombor dengan

konsep yang betul.

- Meningkatkan peratus markah matematik.

5

Page 6: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 32 orang murid tahun 6 Takwa yang terdiri daripada 21

orang

murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

Langkah-langkah perlaksanaan kajian

1) Tinjauan masalah

Saya telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca

kelemahan murid untuk membundar sebarang nombor 7 digit. (55%) Murid-murid

tersebut tidak dapat membundar dengan baik kerana tidak tahu satu kaedah

6

Page 7: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

yang mudah untuk mengenalpasti digit yang perlu dibundar .(45%) Murid-murid

ini tidak pasti digit yang dibundar menghasilkan jawapan yang paling tepat.

2) Analisis tinjauan masalah

Setelah pulang dari sekolah kebanyakan murid (75%) memberi respon

bahawa menonton TV atau bermain dan mereka jarang sekali menyiapkan kerja

rumah yang diberikan oleh guru matematik. Sebilangan besar( 80%)juga

melaporkan mereka tidak mendapat bimbingan daripada ibubapa kerana majoriti

(80%) ibubapa murid-murid ini mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

3) Rancangan tindakan

i) Tinjau masalah

a) Ujian khas membundar sebarang nombor tujuh digit kepada puluh

ribu yang terdekat.

b) Latihtubi dalam kumpulan kelas

ii) Kaedah KEY WORD “ BOLA SEPAK LIGAT” ( Ingat bundar ingat bola

sepak ligat)

BOLA ------ bulat digit dibundar

SE ------- satu

7

Page 8: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

PA ------ empat

K ------ kekal digit dibundar

L I ------- lima

GA ------- keatas

T -------- tambah satu digit dibundar

CONTOH

1) 2 8 7 6 4 5 6 ------ 2 8 8 0 0 0 0

Digit kanan lebih daripada lima tambah satu digit dibundar. (keyword LIGAT)

2) 9 6 5 4 7 6 5 ---------- 9 6 5 0 0 0 0

Digit kanan kurang daripada lima kekal digit dibundar. (keyword SEPAK)

▫ Guru menerangkan pada murid maksud BOLA SEPAK LIGAT dan cara

membundar yang betul.

DAPATAN KAJIAN

Ujian Pra dan Pos membundar sebarang nombor 7 digit pada puluhribu yang

terdekat.

8

Page 9: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

GRED UJIAN PRA UJIAN 1 UJIAN 2

BIL % BIL % BIL %

A 0 0 0 0 8

28

B 0 0 10 31 20

62

C 16 50 20 62 4

20

D 16 50 2 7 0

0

JUMLAH 16 50 30 93 32

100

Analisis ujian Pra, ujian 1 dan Ujian 2

1) Ujian PRA – 16 lulus 16 gagal

2) Ujian 1- 2 gagal 30 lulus

3) Ujian 2 – 8 dapat A, 20 dapat B dan 2 dapat C

9

Page 10: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

ANALISIS SOAL SELIDIK

▪ Ingatan masih lemah

• Gangguan persekitaran

• Tiada bantuan di rumah

• Mengatakan soalan susah

• Kemahiran yang diperlukan tiada

• Kurang bertanya pada guru

PENDAPAT MURID TENTANG KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT

- Bersemangat terhadap pembelajaran matematik

- Memberi keyakinan kepada murid

- Tegas dalam memberikan jawapan setiap persoalan

- Memberikan panduan yang jelas kepada murid

PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI

- Murid berminat menggunakan sesuatu yang berlainan untuk

rujukan.

10

Page 11: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

- Kaedah BOLA SEPAK LIGAT memudahkan murid membundar

nombor.

- Menambahkan ingatan murid

- Memberi peluang murid yang lemah mengingati kekunci dengan

berkesan.

RUMUSAN

- Kurang pendedahan dalam masalah membundar digit pada nilai tempat

tertentu

- Kurang bahan rujukan

- Tiada bimbingan di rumah

- KAEDAH BOLA SEPAK LIGAT meningkatkan kemahiran menjawab soalan

Membundar

- Perlukan sesuatu bahan yang baru untuk panduan

- Tiada kerjasama semasa sesi P&P

-Lebih suka menghafal dari berfikir

11

Page 12: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

6.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA

Memandangkan kaedah ini amat berkesan saya bercadang untuk menggunakan

kaedah ini untuk tahun depan bagi murid-murid yang lemah dalam tajuk

membundar . Seterusnya kaedah ini akan dapat mepertingkatkan peratus

matematik UPSR sekolah saya.

BIBLIOGRAFI

Albrecht, RR. Dan Feltz, D.L., 1987. Generality and specificity of

attention related to competitive anxiety and sport performance.

Journal of Sport Psychology, 9,hlm.241-248.

Hairunnaja Najmuddin. 2003. Psikologi Ketenangan Hati Edisi

Kedua. Kuala Lumpur: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hairunnaja Najmuddin. 2002. Psikologi Ketenangan Hati. Kuala

Lumpur: Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12

Page 13: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

LAMPIRAN

Borang soal selidik

Nama : ______________ Kelas : ( ) Tarikh: ____________

Arahan: Tandakan ( √ ) pada tempat yang berkenaan.

13

Page 14: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

Soalan-soalan Ya Tidak

1. Adakah anda suka Matematik?

2. Adakah Matematik penting bagi anda?

3. Adakah anda sudah pandai membundar sa, puluh, ratus, ribu yang hampir?

4. Adakah anda rasa seronok semasa belajar Matematik?

5. Adakah anda menggunakan kemahiran Matematik dalam aktiviti harian anda?

6. Adakah ibu bapa/adik-beradik anda mengajar anda Matematik di rumah?

7. Adakah anda faham semasa guru Matematik mengajar?

8. Adakah anda membuat kerja Matematik di rumah?

9. Apakah yang harus anda buat bila tidak tahu membuat soalan Matematik?

( ) berputus asa dan tidak mahu buat lagi. ( ) salin jawapan kawan yang pandai. ( ) meminta bantuan daripada orang lain.

10. Di rumah, anda biasa membuat latihan yang mana satu?

( ) Bahasa Arab ( ) Matematik ( ) Bahasa Melayu ( ) Bahasa Inggeris

11. Anda lebih suka aktiviti yang mana satu?

( ) membuat latihan Matematik

14

Page 15: Adrine Kajian Tindakan(Action Research)

( ) menonton televisyen ( ) membaca buku teks

12. Anda biasanya

( ) menonton televisyen dahulu, kemudian barulah membuat kerja rumah. ( ) membuat kerja rumah dahulu, kemudian barulah menonton televisyen.

15