adat

6
ADAT PERKAHWINAN Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat banyak adat-adat dan tatasusila yang masih di ikuti sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang ini.Sudah menjadi kebiasaan Adat permintaan wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita adalah sangat tinggi mengikut golongan-golongan status yang menunjukkan status mereka sebagai golongan yang dihormati. Permintaan hantaran Sukat Ungsud daripada pihak wanita seperti Mas Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka Kumpul Bulawan, Sapi / Kerbau Sapi Mandangan / kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai ( Mahligai ialah sebuah Rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih- muih, biasanya diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Tamat Qatam Al-Quran ) bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Terdapat empat peringkat dalam Adat perkawinan suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum dan selepas perkawinan seperti Pag-Pasihil, Pag-Pangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali Pag-Tiaun.

Upload: danielle-baker

Post on 10-Jul-2016

286 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

suluk

TRANSCRIPT

Page 1: adat

ADAT PERKAHWINAN

Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat banyak adat-adat dan tatasusila

yang masih di ikuti sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang ini.Sudah menjadi

kebiasaan Adat permintaan wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita adalah

sangat tinggi mengikut golongan-golongan status yang menunjukkan status mereka

sebagai golongan yang dihormati. Permintaan hantaran Sukat Ungsud daripada pihak

wanita seperti Mas Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka Kumpul Bulawan,

Sapi / Kerbau Sapi Mandangan / kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai ( Mahligai

ialah sebuah Rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya

diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Tamat Qatam Al-Quran )

bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Terdapat empat peringkat

dalam Adat perkawinan suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum dan selepas

perkawinan seperti Pag-Pasihil, Pag-Pangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali

Pag-Tiaun.

Page 2: adat

PAKAIAN TRADISI

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai

melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri

pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai.

Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi

sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi

pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini

masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di

majlis-majlis keramaian.

Baju Lapi/ kuput Berino Badju Lapi

Baju Lapi/ kuput Berino Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum

Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada

hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi

dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan

Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini

dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang

berbentuk longgar) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian

betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan

Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia

mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian

pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh

si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas

kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput

Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput, atau Baju sempit Badju

Masigpit baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku

kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya

berlengan panjang dan jika berlengan pendek ¾ dinamakan Baju

Batawi Pukul Tandu. Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi

dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun

Page 3: adat

Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya

mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju

Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk

besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai

dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah

menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana

memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Baju Sablay

Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai

potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan

kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan

dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian.

Baju Samrah

Baju samrah dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju

samrah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis

yang jarang dan lembut. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau

pelikat Tadjung.

Page 4: adat

TARIAN TRADISI

Tarian Pangalay

Salah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay / Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan, pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.

Pangalay Linggisan

Pangalay Ha Agong

Pangalay Tarian Bolah-bolah

Page 5: adat