adat

7
ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI Assalamualaikum.. Post ni aku nak share mengenai MIB. Di negara kita (BRUNEI) semua orang tau bahawa MIB itu penting dan wajib lulus kalau mahu sambung ke peringkat lebih tinggi(setau aku la :D). Semasa aku belajar di Form 6 . Pensyarah yang mengajar MIB selalu menyuruh membuat presentation mengenai MIB Brunei. Aku tanya lah Tuan google.. tapi tuan google tidak dapat jawap. If kan tahu Tuan google ni tempat favourite aku betanya :D Di pendekkan cerita, waktu aku nak exam mib . Sibuk semua mencari, meminjam, mencopy nota pelajar lain. Last- last pensyarah aku yang baik hati dan tidak kedekut ilmu membagi aku note MIB. Syukur lah ada jua untuk ku jadikan untuk revise. Walaupun nota pensyarah aku ada yang tidak lengkap tapi Alhamdulilah dapat jua aku GRED B (banga nyer :D) . Tanpa membuang masa aku hendak share apa yang pensyarah aku ajar. Nota pertama yang aku nak share ialah mengenai ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI. Sumber: Nota Pensyarah 99% dan myself 1% hehehe ... :D ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI

Upload: mohd-anuar

Post on 16-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

adat resam

TRANSCRIPT

ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEIAssalamualaikum..

Post ni aku nak share mengenai MIB. Di negara kita (BRUNEI) semua orang tau bahawa MIB itu penting dan wajib lulus kalau mahu sambung ke peringkat lebih tinggi(setau aku la :D).

Semasa aku belajar di Form 6 . Pensyarah yang mengajar MIB selalu menyuruh membuat presentation mengenai MIB Brunei. Aku tanya lah Tuan google.. tapi tuan google tidak dapat jawap. If kan tahu Tuan google ni tempat favourite aku betanya :D

Di pendekkan cerita, waktu aku nak exam mib . Sibuk semua mencari, meminjam, mencopy nota pelajar lain. Last- last pensyarah aku yang baik hati dan tidak kedekut ilmu membagi aku note MIB. Syukur lah ada jua untuk ku jadikan untuk revise. Walaupun nota pensyarah aku ada yang tidak lengkap tapi Alhamdulilah dapat jua aku GRED B (banga nyer :D) . Tanpa membuang masa aku hendak share apa yang pensyarah aku ajar. Nota pertama yang aku nak share ialah mengenai ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI.

Sumber: Nota Pensyarah 99% dan myself 1% hehehe ... :D

ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI

PENGERTIAN ISTIADAT

Pengertian istiadat ialah :

Adat kebiasaan, resam atau Upacara.

Dan dari kamus Dewan (M.S 7 : 2002) :Adat Istiadat ialah berbagai-bagai Adat dan kebiasaan yang dituruti.

PENGERTIAN ADAT ISTIADAT :

Menurut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan semasa bersabda dalam Kursus Wazir-wazir, Ceteria-ceteria, dan Manteri-manteri termasuk Menteri Pendalaman pada 22hb.Jun.1968 bahawa Adat atau Adat Istiadat atau Dalam Majlis Beristiadat sebagai indah laila iaitu kata misalan orang tua-tua kita dahulu adalah mengandung adab.

PENGERTIAN ADAT ISTIADAT:Peraturan-peraturan hidup yang lazim dipakai sejak dahulu kala yang mengandungi adab.

FUNGSI ADAT ISTIADAT

Fungsi Adat Istiadat dalam pembangunan budaya bangsa itu adalah perkara yang utama dalam apa jua pergerakan budaya bangsa.

Adat Istiadat itu mempunyai peranan yang penting dan menjadi pengawal budaya bangsa.

FUNGSI ADAT ISTIADAT

Adat Istiadat itu adalah termasuk dalam pengertian cabang kebudayaan bangsa, yang diperkembangkan bagi menuju satu identiti negara. Adat adalah merupakan susunan-susunan bagi mengatur kehidupan sehari-hari termasuklah kesukaan dan kedukaan, yang mana ia hendaklah sentiasa segar dan merupakan keperluan yang benar-benar dihajati dan dirasakan oleh masyarakat. Adat itu bukanlah sesuatu susunan yang terpisah dari masyarakat yang merupakan kongkongan yang perlu dimiliki.

FUNGSI ADAT ISTIADAT

Keseluruhan yang bercorak susunan-susunan yang berkait-kaitan dengan ilmu pengetahuan, kebudayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan lain-lain kebiasaan yang diamalkan, yang mana dilingkungi oleh kesanggupan dan keupayaan atau peraturan-peraturan yang mengawal kebaikan dan keburukan masyarakatnya yang tidak terkeluar dari dua unsur yang besar iaitu kemelayuan dan keagamaan.

KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT :

Adat adalah sebagai satu cara hidup yang lengkap, baik apa jua tindak-tanduk kita lakukan hendaklah berlandaskan adat.Sebagai contoh, Adat Istiadat Diraja berperanan penting sebagai adat negara sebagai mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.

DASAR-DASAR PENENTUAN ADAT

Adat-adat ini hendaklah yang asli, yang turun-temurun. Adat-adat itu hendaklah bersendikan agama. Adat-adat itu hendaklah disesuaikan dengan peredaran zaman dan kemajuan dari satu masa ke satu masa.

Hendaklah disesuaikan dengan kemampuan dan keadaan ekonomi.Tiap-tiap majlis atau keramaian yang dianjurkan oleh kerajaan hendaklah disusun menurut Adat dengan bersendikan agama.

ADAT YANG KITA WARISI

Setiap puak di negara kita ini mempunyai adat mereka masing-masing. Setiap puak memegang dan menghormati adat yang mereka warisi dari keturunan-keturunan mereka.Misalnya terdapat adat Dusun, adat Belait, adat Melayu, adat Murut dan sebagainya.

Adat-adat yang terdapat dari berbagai-bagai puak itu pula mengandungi beraneka ragam seperti adat kahwin, adat beranak(bersalin), adat menyambut hari keramaian perayaan, adat kematian dan lain-lain lagi.

Amalan adat yang puak-puak pakai dan hormati ternyata diwarisi dari asal usul puak itu sendiri sama ada original ataupun yang telah dicampuradukkan dan juga dari kepercayaan (Agama) yang mereka anuti.

Tetapi yang lebih menarik perhatian bahawa adat-adat yang dipakai, diamal dan dihormati oleh berbagai-bagai puak itu banyak mirip kepada apa yang mereka percayai atau dengan jelas kita katakan pengaruh agama adalah memainkan peranan yang paling utama dalam mengolah dan menyusun adat.

Dalam adat orang Melayu peranan agama atau pengaruh keimanan amat jelas mempengaruhi dengan mendalam proses peruntukan dan penyusunan serta pelaksanaannya.

ADAT PUAK JATI BRUNEI

PUAK MELAYU BRUNEI

Adat berambil-ambilan diamalkan oleh puak Melayu Brunei.

Credit : Tuan Google

PUAK KEDAYAN

Adat Makan Tahun ialah salah satu adat puak Kedayan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan masih lagi diamalkan hingga ke masa ini.

Credit : Encik Google

PUAK TUTONG

Adat pecah buluh dilakukan oleh pengantin lelaki sebelum majlis persandingan.

Dalam adat perkahwinan puak Tutong, adat Basuh Batis ini diadakan selepas acara bersanding.

Credit : Abang Google

PUAK BELAIT

Adat berjarum-jarum atau adat Membuka mulut bagi puak Belait akan membawa sebuah celapa (khusus bagi puak Belait di Bukit Sawat) atau dua tiga gantang beras (khusus bagi puak Belait di Kuala Balai).

PUAK DUSUN

Sewaktu majlis Persandingan mempelai akan duduk bersanding di atas gong.

PUAK BISAYA

PUAK MURUT

Adat perkahwinan puak Murut ada adat yang dikenali sebagai adat Makan Malam.

Credit : Adik Google

Okey hope nota ani dapat nulung pelajar-pelajar yang sedang mencari topik mengenai MIB. Nota ani insyallah dapat nulung. Topik sterusnya yang akan ku share ialah mengenai "ADAT MELAYU" . *sakit jari taip long-long :(