adakah perfectionism membunuh masa hadapan pelajar pintar cerdas?

14
KBC3023 D20121058364 1 1.0 Pendahuluan Pintar cerdas adalah merupakan golongan sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun golongan dewasa yang mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan orang lain. Kebanyakannya mereka dilihat pintar di dalam bahagian akademik sahaja. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek yang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Howard Gardner seorang ahli psikologi telah mengemukakan satu teori kecerdasan pelbagai di mana, pintar cerdas terbahagi kepada 8 kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, muzik, visual, kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Delisle & Galbraith, 2002). Ciri-ciri pintar cerdas boleh dilihat di dalam diri seseorang sedari mereka masih kecil lagi. Di antara ciri-ciri pintar cerdas adalah mempelajari sesuatu yang baru di dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka dan tidak memerlukan ulang kaji ke atas apa yang telah mereka pelajari kerana mereka boleh mengingat sesuatu dalam jangka masa yang sangat panjang ataupun kekal. Mereka juga boleh menyelesaikan suatu permasalahan yang kompleks dan suka kepada aktiviti atau soalan yang sangat mencabar kepintaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga gemar untuk mempelajari sesuatu secara sendiri pada subjek yang mereka minati sedaya mampu mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah sangat sensitif. Mereka cenderung untuk membina sifat empati awal daripada kanak- kanak lain. Mereka risau mengenai dunia, persekitaran, peperangan dan persengketaan, kebuluran dan pelarian. Pelajar pintar cerdas dianggap sebagai sempurna dari segi luaran mereka, namun adakah mereka tidak mungkin mempunyai masalah lain?. Kebanyakan mereka mempunyai masalah dalam pengendalian emosi dan sosial mereka. Pelajar pintar cerdas cenderung untuk diketepikan ataupun dipulaukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah kerana mereka dianggap terlalu pandai atau menunjukkan kepandaian mereka. Dek kerana itu, mereka jarang untuk mempunyai kawan rapat. Di sebabkan itu, kadangkala mereka gemar untuk menyorokkan kelebihan mereka di dalam akademik dengan menjadi seorang yang lucu atau seorang yang kelakar terutamanya pelajar lelaki. Ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas juga sedar bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai rakan ataupun tidak mempunyai rakan sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga satu isu yang dikaitkan dengan pintar cerdas iaitu perfectionism atau sifat perfectionism. Apakah yang dimaksudkan dengan perfectionism?. Menurut Kamus Dewan Bahas dan Pustaka, perfectionism bermaksud inginkan kesempurnaan atau dalam erti kata lain, satu kecenderungan untuk merasa tidak senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yang diinginkan. Di dalam penulisan ini kita akan melihat kepada adakah sifat perfectionism membunuh masa

Upload: nur-kareena

Post on 22-Jun-2015

454 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Artikel ini adalah merupakan hasil tugasan individu Kursus Perkembangan Fizikal, Emosi dan Sosial Kanak-Kanak Pintar Cerdas

TRANSCRIPT

Page 1: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

1

1.0 Pendahuluan

Pintar cerdas adalah merupakan golongan sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun golongan

dewasa yang mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan orang lain.

Kebanyakannya mereka dilihat pintar di dalam bahagian akademik sahaja. Namun begitu,

masih terdapat beberapa aspek yang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Howard

Gardner seorang ahli psikologi telah mengemukakan satu teori kecerdasan pelbagai di mana,

pintar cerdas terbahagi kepada 8 kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, muzik, visual,

kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Delisle & Galbraith, 2002). Ciri-ciri

pintar cerdas boleh dilihat di dalam diri seseorang sedari mereka masih kecil lagi. Di antara

ciri-ciri pintar cerdas adalah mempelajari sesuatu yang baru di dalam masa yang singkat jika

dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka dan tidak memerlukan ulang

kaji ke atas apa yang telah mereka pelajari kerana mereka boleh mengingat sesuatu dalam

jangka masa yang sangat panjang ataupun kekal. Mereka juga boleh menyelesaikan suatu

permasalahan yang kompleks dan suka kepada aktiviti atau soalan yang sangat mencabar

kepintaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga gemar untuk mempelajari sesuatu secara

sendiri pada subjek yang mereka minati sedaya mampu mereka. Kanak-kanak pintar cerdas

adalah sangat sensitif. Mereka cenderung untuk membina sifat empati awal daripada kanak-

kanak lain. Mereka risau mengenai dunia, persekitaran, peperangan dan persengketaan,

kebuluran dan pelarian. Pelajar pintar cerdas dianggap sebagai sempurna dari segi luaran

mereka, namun adakah mereka tidak mungkin mempunyai masalah lain?. Kebanyakan

mereka mempunyai masalah dalam pengendalian emosi dan sosial mereka. Pelajar pintar

cerdas cenderung untuk diketepikan ataupun dipulaukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah

kerana mereka dianggap terlalu pandai atau menunjukkan kepandaian mereka. Dek kerana

itu, mereka jarang untuk mempunyai kawan rapat. Di sebabkan itu, kadangkala mereka

gemar untuk menyorokkan kelebihan mereka di dalam akademik dengan menjadi seorang

yang lucu atau seorang yang kelakar terutamanya pelajar lelaki. Ibu bapa kanak-kanak pintar

cerdas juga sedar bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai rakan ataupun tidak

mempunyai rakan sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga satu isu yang dikaitkan

dengan pintar cerdas iaitu perfectionism atau sifat perfectionism. Apakah yang dimaksudkan

dengan perfectionism?. Menurut Kamus Dewan Bahas dan Pustaka, perfectionism bermaksud

inginkan kesempurnaan atau dalam erti kata lain, satu kecenderungan untuk merasa tidak

senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yang diinginkan.

Di dalam penulisan ini kita akan melihat kepada adakah sifat perfectionism membunuh masa

Page 2: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

2

hadapan pelajar pintar cerdas. Kita juga akan dapat melihat apakah perfectionism ini hanya

tertakluk kepada perspektif negatif sahaja ataupun sebaliknya. Melalui penulisan ini juga kita

akan cuba membincangkan mengenai implikasi perfectionism serta cuba merungkai solusi

untuk menyelesaikan masalah berkaitan perfectionism di kalangan pelajar pintar cerdas.

Page 3: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

3

2.0 Di sebalik tabir Perfectionism

Perfectionism sering dikaitkan dengan satu tanggapan negatif di mana ia mendatangkan

kesan lain seperti kekecewaan yang melampau. Sifat perfectionism yang di punyai oleh setiap

individu adalah berlainan daripada individu yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana

pelajar tersebut mengawal atau mengendalikan sifat itu. Yang perlu dibimbangkan oleh kita

adalah bagaimana remaja menguruskan perfectionism ini. Seperti yang kita tahu, remaja

adalah merupakan satu peringkat umur yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka

baru mula untuk belajar mengenali diri mereka. Jika dilihat dari skop pelajar pula,

perfectionism ini tidak merbahaya dan tidak mampu untuk membunuh masa depan mereka.

Oleh itu, berbalik kepada persoalan adalah perfectionism ini membunuh masa depan pelajar

pintar cerdas, saya tidak bersetuju dengan persoalan ini.

Mendaglio (2007) menyatakan bahawa secara amnya, perfectionism ini adalah

merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Berkaitan dengan perfectionism

ini juga Schuler (2002) juga menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan pelajar bukan

pintar cerdas, mereka lebih cenderung untuk mempunyai ciri perfectionism. Kedua penulis

tersebut bersependapat bahawa perfectionism adalah merupakan salah satu ciri perfectionism

tetapi beliau tidak menyatakan bahawa ia menyekat masa hadapan pelajar pintar cerdas.

Di sebalik itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, perfectionism masih lagi

dikategorikan sebagai sihat. Menurut Roedell (1984), perfectionism memberikan satu tenaga

untuk mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia berkaitan dengan

perincian, komitmen dan ketabahan seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat.

Meletakkan sesuatu harapan atau standard adalah salah satu bahagian daripada perfectionism

tetapi ia bukanlah satu kesalahan yang besar.

Seorang yang mengamalkan perfectionism yang sihat mempunyai satu keperluan yang

tinggi untuk mengarah dan mengorganisasi., menerima kesalahan, menerima hakikat bahawa

keluarga mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka, memandang

perfectionism sebagai suatu yang positif, menjadikan seseorang dewasa sebagai model

mereka dan melihat usaha mereka penting dalam sebahagian daripada perfectionism. Namun

begitu, mereka yang mengamalkan perfectionism yang melampau sering risau jika mereka

melakukan kesalahan yang sama, meletakkan standard yang terlalu tinggi serta menganggap

orang lain turut mahukan sedemikian daripadanya, menanyakan mengenai pertimbangan

mereka sendiri serta kurang dalam menyusun strategi.

Page 4: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

4

Bagi Hamachek (1978), perfectionism merujuk kepada kedua-dua sifat dan pemikiran

seseorang individu itu. Beliau turut membahagikan perfectionism kepada dua iaitu

perfectionism normal atau perfectionism melampau. Perfectionism melampau ini bermaksud

mereka tidak pernah berpuas hati dengan keputusan yang telah mereka capai dan

menyebabkan mereka tidak merasakan kepuasan daripada usaha yang telah mereka lakukan.

Perfectionism normal pula merujuk kepada mereka merasakan kepuasan yang lebih daripada

pencapaian mereka kerana mereka menghargai segala usaha yang telah mereka lakukan untuk

melunaskan apa yang telah mereka tetapkan. Hamachek juga menyatakan bahawa

perfectionism normal ini lebih fokus kepada kebolehan dan kekuatan mereka tetapi

perfectionism melampau pula tertumpu kepada kekurangan mereka.

Perfectionism menurut Silverman (2007) pula ialah seseorang yang menetapkan satu

standard yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mengalami satu kekecewaan yang sangat

teruk apabila mereka tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Mereka akan merasa

bersalah dan malu. Walaupun orang sekeliling mereka masih memberikan pujian kepada

mereka tetapi mereka masih merasakan malu dan mereka berasa mereka telah menipu diri

sendiri dan orang di sekeliling mereka kerana gagal untuk menggunakan kebolehan mereka

semaksimum mungkin. Sedangkan kita sendiri sebagai seorang yang bukan pintar cerdas

sering merasakan hal itu, apatah lagi mereka yang pintar cerdas dan bersaing dengan rakan

pintar cerdas yang lain. Menemui satu pencapaian luar target seumpama satu bencana kepada

mereka dan ini menyebabkan mereka mempunyai masalah emosi dan kadangkala berpotensi

untuk membuat suatu perkara luar jangkaan seperti membunuh diri.

Disebabkan tekanan pelajar pintar cerdas juga cenderung untuk membunuh diri,

terdapat satu kes di mana seorang pelajar pintar cerdas telah dilaporkan membunuh diri

dengan menembak kepalanya sendiri dengan pistol di dalam rumahnya sendiri di Ohio.

Remaja yang bernama Dallas Egbert berumur 16 tahun merupakan seorang yang pintar

komputer sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui mati bunuh diri (R.Delisle, 1986).

Menurut Silverman (2007) juga, perfectionism ini merupakan satu tenaga yang boleh

digunkan samakan secara positif mahupun negatif bergantung kepada kesedaran seseorang. Ia

boleh menyebabkan ‘underachievement’ jika mereka gagal untuk mencapai target itu. Sekali

lahi penulis ini menyokong beberapa pengkaji yang lain yang turut menyatakan bahawa

perfectionism sebenarnya tidak secara keseluruhan menyebabkan kesan negatif.

Page 5: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

5

Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan

perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses

mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong

kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka

menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.

Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan

mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum

ia menjadi satu masalah yang kritikal.

Roberts dan Lovett (1994), melaporkan bahawa lebih ramai pelajar remaja pintar

cerdas yang perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar yang bukan pintar cerdas.

Kramer (1998) pula mengatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk bersifat

perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Berdasarkan kajian yang telah

dilakukan di atas, jika kita berbalik kepada persekitaran asal, perempuan di dapati lebih teliti

dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara yang dilakukan diperincikan untuk

mendapat hasil yang memuaskan. Oleh itu, tidaklah mustahil jika hasil kajian itu mendapati

perempuan lebih cenderung menjadi perfectionism. Bellamy (1993), Baker (1996), dan Kline

& Short (1991) juga mendapati bahawa hasil kajian mereka mendapati bahawa remaja pintar

cerdas perempuan adalah perfectionism.

Terdapat enam sebab mengapa pelajar pintar cerdas mengamalkan perfectionism iaitu

perfectionism adalah merupakan (1) sesuatu yang abstrak yang membolehkan seseorang

memberikan maksud mereka yang terrsendiri, (2) perfectionism ini adalah merupakan satu

perkembangan yang tidak sekata, (3) kebanyakkan pelajar pintar cerdas mempunyai rakan

yang berumur lebih besar daripada mereka menyebabkan mereka meletakkan matlamat yang

tinggi juga, (4) pelajar pintar cerdas juga menganggap bahawa mereka mampu mencapai

kejayaan pada percubaan kali pertama, (5) pelajar pintar cerdas juga gemar untuk mencabar

diri mereka sendiri dan (6) pelajar pintar cerdas cenderung untuk meletakkan diri sebagai

seorang yang sempurna serba-serbi.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam aspek perfectionism ini kerana

kadangkala ibu bapa yang mendorong mereka untuk menjadi seorang perfectionism. Anak-

anak pintar cerdas ini terpaksa dan mengambil ia dengan cara yang serius. Jika pada

permulaan ibu bapa memberikan dorongan dan model kepada mereka ia boleh menjuruskan

kepada perfectionism yang normal dan membantu pelajar pintar cerdas ini untuk berjaya pada

Page 6: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

6

masa hadapan mereka kelak. Hal ini sering berlaku kepada pelajar yang merupakan anak

sulung mahupun anak tunggal. Ibu bapa sering mahukan yang terbaik daripada mereka

sehingga kadangkala mereka lupa mengenai beratnya amanah yang perlu digalas oleh anak-

anak mereka.

Seterusnya kita juga boleh melihat kepada Jadual 1 yang menyatakan beberapa fakta

yang juga boleh kita jadikan sebagai panduan ataupun sebagai senarai semak dan juga

membezakan sama ada ia adalah perfectionism normal ataupun perfectionism melampau

(Delisle & Galbraith, 2002).

Perkara Ciri-ciri

Bagaimana seorang perfectionism

berkelakuan

1. Melakukan semuanya sendiri.

2. Jarang untuk bekerjasama dengan orang

lain.

3. Selalu mahukan ia berada di bawah

kawalan.

4. Bersaing secara sengit

5. Selalu sampai lewat kerana menyiapkan

sesuatu kerja

6. Selalu menyibukkan diri sendiri

7. Selalu mengkritik orang lain

8. Melengahkan membuat suatu pekerjaan

9. Tidak mahu mendengar kritikan terhadap

diri sendiri

10. Tidak berpuas hati dengan hasil kerja

sendiri

Bagaimana seorang perfectionism

berfikir

1. Jika saya mampu membuatnya dengan

sempurna, apa gunanya?

2. Saya patut berjaya dengan apa sahaja

yang saya lakukan.

3. Saya perlu jauhkan diri saya dengan orang

lain.

4. Setiap perkara dalam suatu pekerjaan

harus sempurna!

Page 7: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

7

5. Hanya ada satu jalan yang betul untuk

melakukan sesuatu.

6. Saya adalah orang yang paling menarik

jika saya berjaya tetapi saya adalah orang

yang paling teruk jika saya gagal.

7. Saya tidak akan selamanya cukup

sempurna

8. Saya bodoh.

9. Saya tidak disukai oleh orang

10. Orang tidak sepatutnya untuk mengkritik

saya.

Bagaimana perasaan seorang

perfectionism

1. Sangat-sangat malu jika melakukan

kesalahan.

2. Marah jika ada orang yang mengkritik

mereka.

3. Resah apabila cuba menegakkan pendapat

mereka.

4. Marah jika rutin harian mereka diganggu.

5. Sering merasa takut dan resah.

6. Takut jika dianggap sebagai bodoh.

7. Takut jika dianggap sebagai bukan

seorang pesaing

8. Berasa bersalah jika menghampakan

perasaan orang lain.

9. Malu kerana merasa takut.

10. Letih dan tidak ada masa untuk berehat.

Jadual 1.0 : Menunjukkan beberapa kelakuan, perasaan dan pemikiran pelajar pintar cerdas

yang mengamalkan perfectionism.

Page 8: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

8

3.0 Implikasi Perfectionism

Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan

perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses

mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong

kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka

menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.

Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan

mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum

ia menjadi satu masalah yang kritikal.

Menurut Rimm (2007), terdapat pelbagai kesan yang disebabkan oleh amalan

perfectionism. Di antaranya ialah pelajar pintar cerdas akan terarah menjadi seorang pelajar

yang merosot. Hal ini kerana mereka sering gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik

kerana gagal menguruskan sifat perfectionism mereka yang melampau itu. Selain daripada

itu, mereka juga sering berlengah-lengah atau merasa gelisah dan takut jika mereka tidak

mencapai target yang telah mereka tetapkan.

Pelajar pintar cerdas ini juga boleh mengalami sakit perut, sakit kepala,dan tekanan

apabila mereka risaukan kesalahan yang telah mereka buat ataupun tidak menunjukkan

prestasi yang baik. Disebabkan gagal untuk memberikan prestasi yang baik sepanjang sesi

pembelajaran juga menyebabkan mereka boleh dibuang daripada program pintar cerdas,

walhal sebelum ini mereka telah dikesan sebagai pelajar pintar cerdas. Ini akan memberikan

tekanan yang sangat kuat kepada mereka. Melalui kajian yang dilakukan juga mendapati

mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti masalah tekanan, kurang selera

makan, migrain dan fobia.

Kadangkala, mereka juga sering mengelak untuk melakukan atau membuat kerja-

kerja mudah dan sering memberi alasan dan menyalahkan orang lain terhadap masalah yang

mereka alami. Selain daripada itu, mereka juga sering memberontak untuk menyembunyikan

perasaan kegagalan mereka. Kesemua kesan ini adalah disebabkan mereka menemui

kegagalan kerana meletakkan satu target atau standard yang terlalu tinggi untuk mereka

capai. Kebolehan mereka tidak seiring dengan apa yang mahu dicapai. Jika kita bandingkan

dengan pelajar yang mengamalkan perfectionism yang sihat, mereka dapat menerima

kegagalan kerana mereka lebih menghargai usaha keras mereka.

Page 9: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

9

Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, sifat perfectionism ini juga menyebabkan

implikasi kepada orang lain. Di dalam dunia mereka mengejar perfectionism diri mereka,

mereka tidak sedar bahawa orang di sekeliling mereka juga terkena tempias negatif daripada

mereka. Adik- beradik, keluarga ataupun rakan-rakan merasa tertekan kerana sifat pelajar

pintar cerdas ini yang terlalu inginkan perfectionism sehingga mengabaikan beberapa perkara

seperti kurang tidur, kurang makan dan kurang bersosial.

Pelajar pintar cerdas yang mengamalkan perfectionism ini tidak mempunyai rakan

yang ramai kerana mereka cenderung untuk menyendiri. Ini adalah disebabkan mereka tidak

pandai untuk bersosial. Rakan-rakan mereka yang juga mungkin mengamalkan perfectionism

tetapi tidaklah secara melampau berbanding dengan mereka. Namun ini juga memberikan

satu perbezaan yang ketara.

Page 10: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

10

4.0 Solusi permasalahan Perfectionism

Setiap permasalahan yang berlaku kepada pelajar pintar cerdas berkenaan dengan

perfectionism ini dapat dibantu atau dielak dengan kerjasama daripada semua pihak sama ada

guru, rakan, keluarga mahupun pelajar itu sendiri. Bagi memastikan masa depan pelajar

pintar cerdas tidak dibunuh oleh sifat perfectionism itu, maka beberapa solusi boleh diambil.

Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan yang membincangkan mengenai solusi

teori dan praktikal telah mendapat beberapa solusi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru

dan kaunselor. Nugent (2000) berpendapat bahawa suasana kelas perlulah dapat memberi

ruang kepada pelajar untuk belajar menghargai kesilapan dan kegagalan. Di dalam keadaan

ini, kesalahan akan menjadi sesuatu panduan kepada mereka kelak, empati pula akan menjadi

suatu proses dan perkembangan atau pertumbuhan positif akan menjadi produk terakhir.

Guru seharusnya menjadi model kepada pelajar pintar cerdas supaya mereka dapat

belajar daripada guru. Contohnya, guru menceritakan pengalaman sepanjang kehidupan

mereka kepada pelajar terutamanya kegagalan supaya pelajar boleh menjadikan ia sebagai

satu panduan dan membayangkan perkara tersebut jika terjadi kepada mereka.

Selain daripada itu, guru juga boleh membuat satu aktiviti kumpulan di mana pelajar

di suruh untuk membuat satu bibliografi mengenai perjalanan hidup mereka, apa yang telah

mereka alami sebelum ini, kegagalan yang pernah mereka alami sebelum ini supaya pelajar

dapat melihat sejauh mana perfectionism itu terlalu penting kepada mereka dan apa implikasi

yang telah berlaku terhadap diri mereka dan orang di sekeliling mereka.

Beralih pula kepada apa yang sekolah mampu lakukan untuk mengelak daripada

berlakunya perfectionism melampau ini. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pelajar

pintar cerdas cenderung untuk bersifat perfectionism sekiranya mereka diberikan tugasan

yang mudah sahaja. Oleh itu, sekolah perlu menetapkan satu silibus yang berbeza kepada

mereka di mana tugasan mahupun latihan dan peperiksaan yang mereka hadapi adalah lebih

mencabar sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Jika pihak sekolah dapat mengaplikasikan

cadangan ini, maka tidak akan ada lagi perfectionism melampau ini dan jika ada ianya

hanyalah perfectionism yang sihat.

Ibu bapa juga perlulah peka akan kebolehan dan keupayaan anak-anak mereka supaya

mereka tidak terbeban dengan harapan yang sangat tinggi yang mendorong mereka untuk

bersifat perfectionism. Ibu bapa juga perlu menetapkan tanggapan kepada pelajar pintar

Page 11: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

11

cerdas supaya mereka mempunyai satu model yang dijadikan idol mereka dalam

perfectionism. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memuji usaha dan kesungguhan anak

mereka berbanding daripada memuji kebolehan mereka sahaja.

Menurut Pyryt (2004), sebahagian daripada pelajar pintar cerdas beranggapan bahawa

setiap mereka lakukan perlulah sempurna daripada setiap aspek. Anggapan mereka yang

tidak realistik ini menyebabkan mereka kecewa dan ini perlu dibendung. Oleh itu, pelajar ini

perlu mencari sesuatu yang mereka suka untuk dilakukan untuk mengelakkan mereka tidak

terus tertekan dengan apa yang mereka alami. Contohnya, mereka boleh mencari hobi seperti

berjoging, bermain permainan yang mencabar minda seperti catur atau sudoku yang

memberikan satu rasa puas hati kepada mereka.

Terdapat juga satu solusi kreatif yang telah dikemukan oleh Rule & Montgomey

(2013) di mana beliau telah menyatakan bahawa menggunakan kartun mampu untuk

mengajar mengenai perfectionism. Rekaan kartun melibatkan pelajar pintar cerdas untuk

mengunakan pemikiran aras tinggi untuk mensintesiskan idea, membuat perkaitan kreatif dan

bermain dengan perkataan, analogi dan simbol seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 1.0.

Penghasilan kartun-kartun yang lucu membolehkan pelajar untuk belajar sendiri dan refleksi

diri terhadap sifat perfectionism.

Rajah 1.0 : Menunjukkan salah satu kartun untuk mengajar mengenai perfectionism kepada

pelajar pintar cerdas.

Page 12: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

12

5.0 Penutup

Setelah membincangkan pelbagai aspek dari segi sebab, punca, akibat dan juga cara untuk

menyelesaikan masalah perfectionism ini, saya menyimpulkan bahawa perfectionism ini

tidak akan membunuh masa hadapan pelajar pintar cerdas sekiranya mereka bijak mengawal

perasaan dan tingkah laku mereka mengenai perfectionism. Tetapi jika ia hanya bergantung

kepada pelajar itu sendiri dan kita juga tidak memecahkan anggapan bahawa pelajar pintar

cerdas mampu melakukan apa sahaja mungkin mereka akan gagal dalam kehidupan mereka.

Menurut Neumeister (2007), dalam memahami perfectionism dalam kalangan pelajar pintar

cerdas adalah sangat luas. Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan golongan pendidik lebih

memahami perfectionism dan bijak untuk memperkembangkan atau menghasilkan pelbagai

psikologikal yang terhasil akibat daripada perfectionism. Ini bermaksud guru lebih

berperanan untuk mengawal atau membendung masalah perfectionism. Perfectionism juga

boleh dikaitkan dengan kecemerlangan dan juga pencapaian terbaik dan juga kemerosotan. Ia

lebih teruk jika perfectionism sihat bertukar kepada perfectionism melampau. Oleh itu, semua

harus peka mengenai masalah perfectionism ini. Setelah selesai perbincangan ini, diharap ia

dapat menjadi satu rujukan kepada semua pihak dan ia dapat disampaikan kepada orang lain.

Page 13: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

13

Rujukan

Baker, J. A. (1996). Everyday stressors of academically gifted adolescents. Journal of

Secondary Gifted Education, 356-368.

Bellamy, J. (1993). Perfectionism in adolescents: A comparison of private and public school

students.

Delisle., J. & Galbraith, J. (2002). When Gifted Kids Don't Have All The Answer : How to

meet their sosial and emotional needs. United State: Free Spirit Publishing.

Greenspon, T. S. (2000). "Healthy perfectionism"is an oxymoron! Reflections on the

psychology of perfectionism and the sociology of science. Journal of Secondary

Gifted Education, 197-208.

Hamachek, D. E. (1978). Psychodynamics of normal and neurotic perfectionism. Psychology,

27-33.

Kline, B. E., & Short, E. B. (1991 ). Changes in emotional resilience: Gifted adolescent

females. Roeper Review, 118-121.

Kramer, H. J. (1988). Anxiety, perfectionism and attributions for failure in gifted and non-

gifted junior high school students. Dissertation Abstracts International.

Mendaglio, S. (2007). Should Perfectionism Be A Characteristic of Giftedness. Gifted

Education International, vol 23, 89-100.

Neumeister, K. S. (2007). Perfectionism in gifted students: an overview of current research.

Gifted Education International, 122-131.

Nugent, S. A. (2000). Perfectionism : Its manifestation and classroom-based intervention.

Journal of of Secondary Gifted Education, 215-222.

Pyryt, M. C. (2004). Helping gifted students cope with perfectionism. Parenting for High

Potential, 10-14.

R.Delisle, J. (1986). Death with honours : Suicide among gifted adolesents. Journol of

Counsellinmg and Development, 558-560.

Rimm, S. (1995). Why bright kids get poor grades and what you can do about it. New York:

Crown.

Rimm, S. (2007). what’s wrong with perfect? clinical perspectives on perfectionism and

underachievement. Gifted Education International, 114-121.

Roberts, S. M., & Lovett, S. B. (1994). Examining the “F” in gifted: Academically gifted

adolescents’ physiological and affective responses to scholastic failure. Journal for

the Education of the Gifted, 241-259.

Page 14: Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?

KBC3023 D20121058364

14

Roedell, W. C. (1984). Vulnerabilities of highly gifted children. Roeper Review, 127-130.

Rule, A. C. & Montgomery, S. E. (2013). Using cartoon to teach about perfectionism :

Supporting gifted students' social-emotional development. Gifted Child Today, 255-

262.

Schuler, P.A. (2000). perfectionism in the gifted. Journal of Secondary Gifted Education,

183-196.

Silverman, L. K. (2007). perfectionism: the crucible of giftedness. Gifted Education

International, 101-113.