KBC3023 D20121058364
1
1.0 Pendahuluan
Pintar cerdas adalah merupakan golongan sama ada kanak-kanak, pelajar mahupun golongan
dewasa yang mempunyai kelebihan yang lebih berbanding dengan orang lain.
Kebanyakannya mereka dilihat pintar di dalam bahagian akademik sahaja. Namun begitu,
masih terdapat beberapa aspek yang di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat. Howard
Gardner seorang ahli psikologi telah mengemukakan satu teori kecerdasan pelbagai di mana,
pintar cerdas terbahagi kepada 8 kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, muzik, visual,
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Delisle & Galbraith, 2002). Ciri-ciri
pintar cerdas boleh dilihat di dalam diri seseorang sedari mereka masih kecil lagi. Di antara
ciri-ciri pintar cerdas adalah mempelajari sesuatu yang baru di dalam masa yang singkat jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusia dengan mereka dan tidak memerlukan ulang
kaji ke atas apa yang telah mereka pelajari kerana mereka boleh mengingat sesuatu dalam
jangka masa yang sangat panjang ataupun kekal. Mereka juga boleh menyelesaikan suatu
permasalahan yang kompleks dan suka kepada aktiviti atau soalan yang sangat mencabar
kepintaran mereka. Selain daripada itu, mereka juga gemar untuk mempelajari sesuatu secara
sendiri pada subjek yang mereka minati sedaya mampu mereka. Kanak-kanak pintar cerdas
adalah sangat sensitif. Mereka cenderung untuk membina sifat empati awal daripada kanak-
kanak lain. Mereka risau mengenai dunia, persekitaran, peperangan dan persengketaan,
kebuluran dan pelarian. Pelajar pintar cerdas dianggap sebagai sempurna dari segi luaran
mereka, namun adakah mereka tidak mungkin mempunyai masalah lain?. Kebanyakan
mereka mempunyai masalah dalam pengendalian emosi dan sosial mereka. Pelajar pintar
cerdas cenderung untuk diketepikan ataupun dipulaukan oleh rakan-rakan mereka di sekolah
kerana mereka dianggap terlalu pandai atau menunjukkan kepandaian mereka. Dek kerana
itu, mereka jarang untuk mempunyai kawan rapat. Di sebabkan itu, kadangkala mereka
gemar untuk menyorokkan kelebihan mereka di dalam akademik dengan menjadi seorang
yang lucu atau seorang yang kelakar terutamanya pelajar lelaki. Ibu bapa kanak-kanak pintar
cerdas juga sedar bahawa anak-anak mereka tidak mempunyai rakan ataupun tidak
mempunyai rakan sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga satu isu yang dikaitkan
dengan pintar cerdas iaitu perfectionism atau sifat perfectionism. Apakah yang dimaksudkan
dengan perfectionism?. Menurut Kamus Dewan Bahas dan Pustaka, perfectionism bermaksud
inginkan kesempurnaan atau dalam erti kata lain, satu kecenderungan untuk merasa tidak
senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yang diinginkan.
Di dalam penulisan ini kita akan melihat kepada adakah sifat perfectionism membunuh masa
KBC3023 D20121058364
2
hadapan pelajar pintar cerdas. Kita juga akan dapat melihat apakah perfectionism ini hanya
tertakluk kepada perspektif negatif sahaja ataupun sebaliknya. Melalui penulisan ini juga kita
akan cuba membincangkan mengenai implikasi perfectionism serta cuba merungkai solusi
untuk menyelesaikan masalah berkaitan perfectionism di kalangan pelajar pintar cerdas.
KBC3023 D20121058364
3
2.0 Di sebalik tabir Perfectionism
Perfectionism sering dikaitkan dengan satu tanggapan negatif di mana ia mendatangkan
kesan lain seperti kekecewaan yang melampau. Sifat perfectionism yang di punyai oleh setiap
individu adalah berlainan daripada individu yang lain. Ia bergantung kepada bagaimana
pelajar tersebut mengawal atau mengendalikan sifat itu. Yang perlu dibimbangkan oleh kita
adalah bagaimana remaja menguruskan perfectionism ini. Seperti yang kita tahu, remaja
adalah merupakan satu peringkat umur yang perlu diberi perhatian yang lebih kerana mereka
baru mula untuk belajar mengenali diri mereka. Jika dilihat dari skop pelajar pula,
perfectionism ini tidak merbahaya dan tidak mampu untuk membunuh masa depan mereka.
Oleh itu, berbalik kepada persoalan adalah perfectionism ini membunuh masa depan pelajar
pintar cerdas, saya tidak bersetuju dengan persoalan ini.
Mendaglio (2007) menyatakan bahawa secara amnya, perfectionism ini adalah
merupakan salah satu daripada ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Berkaitan dengan perfectionism
ini juga Schuler (2002) juga menyatakan bahawa jika dibandingkan dengan pelajar bukan
pintar cerdas, mereka lebih cenderung untuk mempunyai ciri perfectionism. Kedua penulis
tersebut bersependapat bahawa perfectionism adalah merupakan salah satu ciri perfectionism
tetapi beliau tidak menyatakan bahawa ia menyekat masa hadapan pelajar pintar cerdas.
Di sebalik itu, sama ada kita sedar ataupun tidak, perfectionism masih lagi
dikategorikan sebagai sihat. Menurut Roedell (1984), perfectionism memberikan satu tenaga
untuk mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia berkaitan dengan
perincian, komitmen dan ketabahan seseorang dalam mencapai sesuatu matlamat.
Meletakkan sesuatu harapan atau standard adalah salah satu bahagian daripada perfectionism
tetapi ia bukanlah satu kesalahan yang besar.
Seorang yang mengamalkan perfectionism yang sihat mempunyai satu keperluan yang
tinggi untuk mengarah dan mengorganisasi., menerima kesalahan, menerima hakikat bahawa
keluarga mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap mereka, memandang
perfectionism sebagai suatu yang positif, menjadikan seseorang dewasa sebagai model
mereka dan melihat usaha mereka penting dalam sebahagian daripada perfectionism. Namun
begitu, mereka yang mengamalkan perfectionism yang melampau sering risau jika mereka
melakukan kesalahan yang sama, meletakkan standard yang terlalu tinggi serta menganggap
orang lain turut mahukan sedemikian daripadanya, menanyakan mengenai pertimbangan
mereka sendiri serta kurang dalam menyusun strategi.
KBC3023 D20121058364
4
Bagi Hamachek (1978), perfectionism merujuk kepada kedua-dua sifat dan pemikiran
seseorang individu itu. Beliau turut membahagikan perfectionism kepada dua iaitu
perfectionism normal atau perfectionism melampau. Perfectionism melampau ini bermaksud
mereka tidak pernah berpuas hati dengan keputusan yang telah mereka capai dan
menyebabkan mereka tidak merasakan kepuasan daripada usaha yang telah mereka lakukan.
Perfectionism normal pula merujuk kepada mereka merasakan kepuasan yang lebih daripada
pencapaian mereka kerana mereka menghargai segala usaha yang telah mereka lakukan untuk
melunaskan apa yang telah mereka tetapkan. Hamachek juga menyatakan bahawa
perfectionism normal ini lebih fokus kepada kebolehan dan kekuatan mereka tetapi
perfectionism melampau pula tertumpu kepada kekurangan mereka.
Perfectionism menurut Silverman (2007) pula ialah seseorang yang menetapkan satu
standard yang tinggi kepada diri mereka sendiri dan mengalami satu kekecewaan yang sangat
teruk apabila mereka tidak mencapai standard yang telah ditetapkan. Mereka akan merasa
bersalah dan malu. Walaupun orang sekeliling mereka masih memberikan pujian kepada
mereka tetapi mereka masih merasakan malu dan mereka berasa mereka telah menipu diri
sendiri dan orang di sekeliling mereka kerana gagal untuk menggunakan kebolehan mereka
semaksimum mungkin. Sedangkan kita sendiri sebagai seorang yang bukan pintar cerdas
sering merasakan hal itu, apatah lagi mereka yang pintar cerdas dan bersaing dengan rakan
pintar cerdas yang lain. Menemui satu pencapaian luar target seumpama satu bencana kepada
mereka dan ini menyebabkan mereka mempunyai masalah emosi dan kadangkala berpotensi
untuk membuat suatu perkara luar jangkaan seperti membunuh diri.
Disebabkan tekanan pelajar pintar cerdas juga cenderung untuk membunuh diri,
terdapat satu kes di mana seorang pelajar pintar cerdas telah dilaporkan membunuh diri
dengan menembak kepalanya sendiri dengan pistol di dalam rumahnya sendiri di Ohio.
Remaja yang bernama Dallas Egbert berumur 16 tahun merupakan seorang yang pintar
komputer sebelum itu dilaporkan hilang sebelum ditemui mati bunuh diri (R.Delisle, 1986).
Menurut Silverman (2007) juga, perfectionism ini merupakan satu tenaga yang boleh
digunkan samakan secara positif mahupun negatif bergantung kepada kesedaran seseorang. Ia
boleh menyebabkan ‘underachievement’ jika mereka gagal untuk mencapai target itu. Sekali
lahi penulis ini menyokong beberapa pengkaji yang lain yang turut menyatakan bahawa
perfectionism sebenarnya tidak secara keseluruhan menyebabkan kesan negatif.
KBC3023 D20121058364
5
Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan
perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses
mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong
kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka
menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.
Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan
mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum
ia menjadi satu masalah yang kritikal.
Roberts dan Lovett (1994), melaporkan bahawa lebih ramai pelajar remaja pintar
cerdas yang perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar yang bukan pintar cerdas.
Kramer (1998) pula mengatakan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung untuk bersifat
perfectionism jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan di atas, jika kita berbalik kepada persekitaran asal, perempuan di dapati lebih teliti
dalam melakukan sesuatu perkara. Setiap perkara yang dilakukan diperincikan untuk
mendapat hasil yang memuaskan. Oleh itu, tidaklah mustahil jika hasil kajian itu mendapati
perempuan lebih cenderung menjadi perfectionism. Bellamy (1993), Baker (1996), dan Kline
& Short (1991) juga mendapati bahawa hasil kajian mereka mendapati bahawa remaja pintar
cerdas perempuan adalah perfectionism.
Terdapat enam sebab mengapa pelajar pintar cerdas mengamalkan perfectionism iaitu
perfectionism adalah merupakan (1) sesuatu yang abstrak yang membolehkan seseorang
memberikan maksud mereka yang terrsendiri, (2) perfectionism ini adalah merupakan satu
perkembangan yang tidak sekata, (3) kebanyakkan pelajar pintar cerdas mempunyai rakan
yang berumur lebih besar daripada mereka menyebabkan mereka meletakkan matlamat yang
tinggi juga, (4) pelajar pintar cerdas juga menganggap bahawa mereka mampu mencapai
kejayaan pada percubaan kali pertama, (5) pelajar pintar cerdas juga gemar untuk mencabar
diri mereka sendiri dan (6) pelajar pintar cerdas cenderung untuk meletakkan diri sebagai
seorang yang sempurna serba-serbi.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam aspek perfectionism ini kerana
kadangkala ibu bapa yang mendorong mereka untuk menjadi seorang perfectionism. Anak-
anak pintar cerdas ini terpaksa dan mengambil ia dengan cara yang serius. Jika pada
permulaan ibu bapa memberikan dorongan dan model kepada mereka ia boleh menjuruskan
kepada perfectionism yang normal dan membantu pelajar pintar cerdas ini untuk berjaya pada
KBC3023 D20121058364
6
masa hadapan mereka kelak. Hal ini sering berlaku kepada pelajar yang merupakan anak
sulung mahupun anak tunggal. Ibu bapa sering mahukan yang terbaik daripada mereka
sehingga kadangkala mereka lupa mengenai beratnya amanah yang perlu digalas oleh anak-
anak mereka.
Seterusnya kita juga boleh melihat kepada Jadual 1 yang menyatakan beberapa fakta
yang juga boleh kita jadikan sebagai panduan ataupun sebagai senarai semak dan juga
membezakan sama ada ia adalah perfectionism normal ataupun perfectionism melampau
(Delisle & Galbraith, 2002).
Perkara Ciri-ciri
Bagaimana seorang perfectionism
berkelakuan
1. Melakukan semuanya sendiri.
2. Jarang untuk bekerjasama dengan orang
lain.
3. Selalu mahukan ia berada di bawah
kawalan.
4. Bersaing secara sengit
5. Selalu sampai lewat kerana menyiapkan
sesuatu kerja
6. Selalu menyibukkan diri sendiri
7. Selalu mengkritik orang lain
8. Melengahkan membuat suatu pekerjaan
9. Tidak mahu mendengar kritikan terhadap
diri sendiri
10. Tidak berpuas hati dengan hasil kerja
sendiri
Bagaimana seorang perfectionism
berfikir
1. Jika saya mampu membuatnya dengan
sempurna, apa gunanya?
2. Saya patut berjaya dengan apa sahaja
yang saya lakukan.
3. Saya perlu jauhkan diri saya dengan orang
lain.
4. Setiap perkara dalam suatu pekerjaan
harus sempurna!
KBC3023 D20121058364
7
5. Hanya ada satu jalan yang betul untuk
melakukan sesuatu.
6. Saya adalah orang yang paling menarik
jika saya berjaya tetapi saya adalah orang
yang paling teruk jika saya gagal.
7. Saya tidak akan selamanya cukup
sempurna
8. Saya bodoh.
9. Saya tidak disukai oleh orang
10. Orang tidak sepatutnya untuk mengkritik
saya.
Bagaimana perasaan seorang
perfectionism
1. Sangat-sangat malu jika melakukan
kesalahan.
2. Marah jika ada orang yang mengkritik
mereka.
3. Resah apabila cuba menegakkan pendapat
mereka.
4. Marah jika rutin harian mereka diganggu.
5. Sering merasa takut dan resah.
6. Takut jika dianggap sebagai bodoh.
7. Takut jika dianggap sebagai bukan
seorang pesaing
8. Berasa bersalah jika menghampakan
perasaan orang lain.
9. Malu kerana merasa takut.
10. Letih dan tidak ada masa untuk berehat.
Jadual 1.0 : Menunjukkan beberapa kelakuan, perasaan dan pemikiran pelajar pintar cerdas
yang mengamalkan perfectionism.
KBC3023 D20121058364
8
3.0 Implikasi Perfectionism
Kata pepatah ada menyebut ‘tidak semua manusia sempurna’ boleh dikaitkan dengan
perfectionism ini. tidak semua yang kita mahukan akan tercapai dengan mudah. Setiap proses
mencapai kejayaan perlu melalui beberapa kegagalan. Kegagalan yang akan mendorong
kejayaan seseorang. Namun tidak bagi yang mengamalkan perfectionism melampau. Mereka
menganggap bahawa kejayaan dapat diperolehi dengan sekali usaha yang paling maksimum.
Tambahan lagi jika mereka bersaing dengan rakan yang mempunyai IQ setara dengan
mereka, pastinya perfectionism amat penting bagi mereka. Tetapi ia perlu dibendung sebelum
ia menjadi satu masalah yang kritikal.
Menurut Rimm (2007), terdapat pelbagai kesan yang disebabkan oleh amalan
perfectionism. Di antaranya ialah pelajar pintar cerdas akan terarah menjadi seorang pelajar
yang merosot. Hal ini kerana mereka sering gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik
kerana gagal menguruskan sifat perfectionism mereka yang melampau itu. Selain daripada
itu, mereka juga sering berlengah-lengah atau merasa gelisah dan takut jika mereka tidak
mencapai target yang telah mereka tetapkan.
Pelajar pintar cerdas ini juga boleh mengalami sakit perut, sakit kepala,dan tekanan
apabila mereka risaukan kesalahan yang telah mereka buat ataupun tidak menunjukkan
prestasi yang baik. Disebabkan gagal untuk memberikan prestasi yang baik sepanjang sesi
pembelajaran juga menyebabkan mereka boleh dibuang daripada program pintar cerdas,
walhal sebelum ini mereka telah dikesan sebagai pelajar pintar cerdas. Ini akan memberikan
tekanan yang sangat kuat kepada mereka. Melalui kajian yang dilakukan juga mendapati
mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti masalah tekanan, kurang selera
makan, migrain dan fobia.
Kadangkala, mereka juga sering mengelak untuk melakukan atau membuat kerja-
kerja mudah dan sering memberi alasan dan menyalahkan orang lain terhadap masalah yang
mereka alami. Selain daripada itu, mereka juga sering memberontak untuk menyembunyikan
perasaan kegagalan mereka. Kesemua kesan ini adalah disebabkan mereka menemui
kegagalan kerana meletakkan satu target atau standard yang terlalu tinggi untuk mereka
capai. Kebolehan mereka tidak seiring dengan apa yang mahu dicapai. Jika kita bandingkan
dengan pelajar yang mengamalkan perfectionism yang sihat, mereka dapat menerima
kegagalan kerana mereka lebih menghargai usaha keras mereka.
KBC3023 D20121058364
9
Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, sifat perfectionism ini juga menyebabkan
implikasi kepada orang lain. Di dalam dunia mereka mengejar perfectionism diri mereka,
mereka tidak sedar bahawa orang di sekeliling mereka juga terkena tempias negatif daripada
mereka. Adik- beradik, keluarga ataupun rakan-rakan merasa tertekan kerana sifat pelajar
pintar cerdas ini yang terlalu inginkan perfectionism sehingga mengabaikan beberapa perkara
seperti kurang tidur, kurang makan dan kurang bersosial.
Pelajar pintar cerdas yang mengamalkan perfectionism ini tidak mempunyai rakan
yang ramai kerana mereka cenderung untuk menyendiri. Ini adalah disebabkan mereka tidak
pandai untuk bersosial. Rakan-rakan mereka yang juga mungkin mengamalkan perfectionism
tetapi tidaklah secara melampau berbanding dengan mereka. Namun ini juga memberikan
satu perbezaan yang ketara.
KBC3023 D20121058364
10
4.0 Solusi permasalahan Perfectionism
Setiap permasalahan yang berlaku kepada pelajar pintar cerdas berkenaan dengan
perfectionism ini dapat dibantu atau dielak dengan kerjasama daripada semua pihak sama ada
guru, rakan, keluarga mahupun pelajar itu sendiri. Bagi memastikan masa depan pelajar
pintar cerdas tidak dibunuh oleh sifat perfectionism itu, maka beberapa solusi boleh diambil.
Berdasarkan hasil kajian yang telah dilakukan yang membincangkan mengenai solusi
teori dan praktikal telah mendapat beberapa solusi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa, guru
dan kaunselor. Nugent (2000) berpendapat bahawa suasana kelas perlulah dapat memberi
ruang kepada pelajar untuk belajar menghargai kesilapan dan kegagalan. Di dalam keadaan
ini, kesalahan akan menjadi sesuatu panduan kepada mereka kelak, empati pula akan menjadi
suatu proses dan perkembangan atau pertumbuhan positif akan menjadi produk terakhir.
Guru seharusnya menjadi model kepada pelajar pintar cerdas supaya mereka dapat
belajar daripada guru. Contohnya, guru menceritakan pengalaman sepanjang kehidupan
mereka kepada pelajar terutamanya kegagalan supaya pelajar boleh menjadikan ia sebagai
satu panduan dan membayangkan perkara tersebut jika terjadi kepada mereka.
Selain daripada itu, guru juga boleh membuat satu aktiviti kumpulan di mana pelajar
di suruh untuk membuat satu bibliografi mengenai perjalanan hidup mereka, apa yang telah
mereka alami sebelum ini, kegagalan yang pernah mereka alami sebelum ini supaya pelajar
dapat melihat sejauh mana perfectionism itu terlalu penting kepada mereka dan apa implikasi
yang telah berlaku terhadap diri mereka dan orang di sekeliling mereka.
Beralih pula kepada apa yang sekolah mampu lakukan untuk mengelak daripada
berlakunya perfectionism melampau ini. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, pelajar
pintar cerdas cenderung untuk bersifat perfectionism sekiranya mereka diberikan tugasan
yang mudah sahaja. Oleh itu, sekolah perlu menetapkan satu silibus yang berbeza kepada
mereka di mana tugasan mahupun latihan dan peperiksaan yang mereka hadapi adalah lebih
mencabar sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Jika pihak sekolah dapat mengaplikasikan
cadangan ini, maka tidak akan ada lagi perfectionism melampau ini dan jika ada ianya
hanyalah perfectionism yang sihat.
Ibu bapa juga perlulah peka akan kebolehan dan keupayaan anak-anak mereka supaya
mereka tidak terbeban dengan harapan yang sangat tinggi yang mendorong mereka untuk
bersifat perfectionism. Ibu bapa juga perlu menetapkan tanggapan kepada pelajar pintar
KBC3023 D20121058364
11
cerdas supaya mereka mempunyai satu model yang dijadikan idol mereka dalam
perfectionism. Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu memuji usaha dan kesungguhan anak
mereka berbanding daripada memuji kebolehan mereka sahaja.
Menurut Pyryt (2004), sebahagian daripada pelajar pintar cerdas beranggapan bahawa
setiap mereka lakukan perlulah sempurna daripada setiap aspek. Anggapan mereka yang
tidak realistik ini menyebabkan mereka kecewa dan ini perlu dibendung. Oleh itu, pelajar ini
perlu mencari sesuatu yang mereka suka untuk dilakukan untuk mengelakkan mereka tidak
terus tertekan dengan apa yang mereka alami. Contohnya, mereka boleh mencari hobi seperti
berjoging, bermain permainan yang mencabar minda seperti catur atau sudoku yang
memberikan satu rasa puas hati kepada mereka.
Terdapat juga satu solusi kreatif yang telah dikemukan oleh Rule & Montgomey
(2013) di mana beliau telah menyatakan bahawa menggunakan kartun mampu untuk
mengajar mengenai perfectionism. Rekaan kartun melibatkan pelajar pintar cerdas untuk
mengunakan pemikiran aras tinggi untuk mensintesiskan idea, membuat perkaitan kreatif dan
bermain dengan perkataan, analogi dan simbol seperti yang dapat di lihat di dalam Rajah 1.0.
Penghasilan kartun-kartun yang lucu membolehkan pelajar untuk belajar sendiri dan refleksi
diri terhadap sifat perfectionism.
Rajah 1.0 : Menunjukkan salah satu kartun untuk mengajar mengenai perfectionism kepada
pelajar pintar cerdas.
KBC3023 D20121058364
12
5.0 Penutup
Setelah membincangkan pelbagai aspek dari segi sebab, punca, akibat dan juga cara untuk
menyelesaikan masalah perfectionism ini, saya menyimpulkan bahawa perfectionism ini
tidak akan membunuh masa hadapan pelajar pintar cerdas sekiranya mereka bijak mengawal
perasaan dan tingkah laku mereka mengenai perfectionism. Tetapi jika ia hanya bergantung
kepada pelajar itu sendiri dan kita juga tidak memecahkan anggapan bahawa pelajar pintar
cerdas mampu melakukan apa sahaja mungkin mereka akan gagal dalam kehidupan mereka.
Menurut Neumeister (2007), dalam memahami perfectionism dalam kalangan pelajar pintar
cerdas adalah sangat luas. Berdasarkan kajian terkini yang dilakukan golongan pendidik lebih
memahami perfectionism dan bijak untuk memperkembangkan atau menghasilkan pelbagai
psikologikal yang terhasil akibat daripada perfectionism. Ini bermaksud guru lebih
berperanan untuk mengawal atau membendung masalah perfectionism. Perfectionism juga
boleh dikaitkan dengan kecemerlangan dan juga pencapaian terbaik dan juga kemerosotan. Ia
lebih teruk jika perfectionism sihat bertukar kepada perfectionism melampau. Oleh itu, semua
harus peka mengenai masalah perfectionism ini. Setelah selesai perbincangan ini, diharap ia
dapat menjadi satu rujukan kepada semua pihak dan ia dapat disampaikan kepada orang lain.
KBC3023 D20121058364
13
Rujukan
Baker, J. A. (1996). Everyday stressors of academically gifted adolescents. Journal of
Secondary Gifted Education, 356-368.
Bellamy, J. (1993). Perfectionism in adolescents: A comparison of private and public school
students.
Delisle., J. & Galbraith, J. (2002). When Gifted Kids Don't Have All The Answer : How to
meet their sosial and emotional needs. United State: Free Spirit Publishing.
Greenspon, T. S. (2000). "Healthy perfectionism"is an oxymoron! Reflections on the
psychology of perfectionism and the sociology of science. Journal of Secondary
Gifted Education, 197-208.
Hamachek, D. E. (1978). Psychodynamics of normal and neurotic perfectionism. Psychology,
27-33.
Kline, B. E., & Short, E. B. (1991 ). Changes in emotional resilience: Gifted adolescent
females. Roeper Review, 118-121.
Kramer, H. J. (1988). Anxiety, perfectionism and attributions for failure in gifted and non-
gifted junior high school students. Dissertation Abstracts International.
Mendaglio, S. (2007). Should Perfectionism Be A Characteristic of Giftedness. Gifted
Education International, vol 23, 89-100.
Neumeister, K. S. (2007). Perfectionism in gifted students: an overview of current research.
Gifted Education International, 122-131.
Nugent, S. A. (2000). Perfectionism : Its manifestation and classroom-based intervention.
Journal of of Secondary Gifted Education, 215-222.
Pyryt, M. C. (2004). Helping gifted students cope with perfectionism. Parenting for High
Potential, 10-14.
R.Delisle, J. (1986). Death with honours : Suicide among gifted adolesents. Journol of
Counsellinmg and Development, 558-560.
Rimm, S. (1995). Why bright kids get poor grades and what you can do about it. New York:
Crown.
Rimm, S. (2007). what’s wrong with perfect? clinical perspectives on perfectionism and
underachievement. Gifted Education International, 114-121.
Roberts, S. M., & Lovett, S. B. (1994). Examining the “F” in gifted: Academically gifted
adolescents’ physiological and affective responses to scholastic failure. Journal for
the Education of the Gifted, 241-259.
KBC3023 D20121058364
14
Roedell, W. C. (1984). Vulnerabilities of highly gifted children. Roeper Review, 127-130.
Rule, A. C. & Montgomery, S. E. (2013). Using cartoon to teach about perfectionism :
Supporting gifted students' social-emotional development. Gifted Child Today, 255-
262.
Schuler, P.A. (2000). perfectionism in the gifted. Journal of Secondary Gifted Education,
183-196.
Silverman, L. K. (2007). perfectionism: the crucible of giftedness. Gifted Education
International, 101-113.