acik

94
Memulih sahsiah pelajar Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN [email protected] SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-lain.Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam masyarakat kita pada masa kini.Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit mental atau stres?Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada masa kini.Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati pendidikan mengikut transformasi persekitaran.Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru) 1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi nafas baru."Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn baru-baru ini. Kekurangan dana Antara barisan panel yang membincangkan isu tersebut ialah Yang Dipertua Mubarak, Aziz Yassin, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Setiausaha Mubarak, Prof. Datuk

Upload: nurul-farhana

Post on 29-Jun-2015

255 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: ACIK

Memulih sahsiah pelajar

Oleh FARHANA HANIM MOHD. [email protected]

SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-lain.Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam masyarakat kita pada masa kini.Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit mental atau stres?Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada masa kini.Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati pendidikan mengikut transformasi persekitaran.Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru) 1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi nafas baru."Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn baru-baru ini.

Kekurangan dana

Antara barisan panel yang membincangkan isu tersebut ialah Yang Dipertua Mubarak, Aziz Yassin, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Setiausaha Mubarak, Prof. Datuk Seri Ibrahim Saad dan Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom. Merujuk kepada akta tersebut di bawah fasal 5 (1), dinyatakan tujuan-tujuan persatuan ialah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.Untuk tujuan itu kata Mohamad Ali lagi, PIBG perlu meminta sumbangan daripada ibu bapa pelajar yang kadangkala diiringi dengan rungutan yang tidak enak didengar."PIBG berusaha untuk anjurkan aktiviti dan program untuk melibatkan ibu bapa, guru serta pelajar untuk mewujudkan suasana yang sihat dan secara tidak langsung para pelajar khususnya golongan belia dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah."Tetapi PIBG kesal kerana sumbangan dana yang tidak mencukupi menjadi kekangan kepada kami untuk terus melaksanakan tujuan asal pertubuhan ini diwujudkan," katanya.Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut, turut disentuh ialah Bahagian IV, fasal 13 akta tersebut iaitu persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau lain-lain pertubuhan yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengannya."Kita bukan mahu berpolitik di

Page 2: ACIK

sekolah, kita perlukan permuafakatan daripada semua pihak tidak kira daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, dengan kekangan di bawah dasar berkenaan, PIBG umpama 'terhalang' untuk bermuafakat dengan pertubuhan luar."Diharap kerajaan dapat meneliti balik perkara ini kerana ia umpama kerajaan sendiri 'menghalang' PIBG untuk membantu memulihkan sahsiah pelajar sekolah," katanya. Mohamad Ali turut mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Jawatankuasa untuk mewujudkan Majlis Penasihat Pendidikan."Apa yang kita lihat selalunya hanya ada penasihat dan pemerhati dalam bidang ekonomi sahaja, kenapa tidak wujudkan untuk bidang pendidikan pula?"Sekarang ini, kita perlu lihat aspek pendidikan secara keseluruhan iaitu bermula daripada prapendidikan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mencari satu pendekatan baru untuk membentuk remaja melalui pendidikan yang berkesan," ujarnya.

Kaji dasar pendidikan

Tambah Mohamad Ali, dasar dan peraturan yang telah diwujudkan untuk pendidikan negara perlu diteliti serta dikaji dengan lebih telus. Bukannya hanya melontarkan idea secara ad-hoc."Kita bukan mahu wujudkan agenda politik dalam pendidikan, tetapi mereka yang membuat peraturan perlu memikirkan bagaimana orang bawahan mahu melaksanakan dasar berkenaan."Kita ambil contoh Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pelaksanaan dasar itu tidak menyeluruh, implikasinya ia menjadi beban kepada kita semua," katanya.Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mustafa Latif berkata, kerajaan sepatutnya memberi sokongan terhadap PIBG sekolah dalam membentuk sahsiah remaja dan bukannya hanya tertumpu kepada akademik sahaja."Kita lihat dengan pengiktirafan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), ia dilihat seperti memberi pengiktirafan terhadap guru besar dan pengetua sahaja dan ia hanya melibatkan sekolah-sekolah yang pelajarnya memang daripada kategori bijak."Bagi sekolah-sekolah panas yang sentiasa bermasalah, hanya PIBG yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum untuk mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat diluar," katanya.Tambah Mohammad Ali, kerajaan sepatutnya melihat bidang pendidikan sebagai satu bidang yang menyeluruh bukan sahaja melibatkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi tetapi kesemua kementerian secara amnya.Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom yang juga Pegawai Khas Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan Malaysia berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menganjurkan beberapa aktiviti yang melibatkan golongan belia."Bagi pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira parti pemerintah ataupun parti pembangkang, keprihatinan dan respon yang positif amat di perlukan. Janganlah hanya berpolitik sahaja."Sebagai masyarakat majmuk, remaja dan belia-belia kita perlukan keprihatinan daripada kita untuk menghindarkan mereka daripada terjebak ke kancah yang tidak sihat ini," katanya.

Alat penyiram mesra pengguna

Page 3: ACIK

Kegunaan

Alat inovasi ini amat berguna kepada orang ramai. Ia dapat yang kesibukan atau tiada di rumah bagi satu tempoh yang agak lama.Dengan alat ini mereka tidak perlu risau tentang tanaman akan layu atau mati kerana kekurangan air.Ia akan melakukan siraman tanaman secara automatik.Inovasi menarik ini juga boleh digunakan untuk membaja tanaman dengan baja organik (organic enzyame) buatan sendiri. Cecair ini dicampur dengan air dan diisi dalam botol air.

Cara Operasi

1.Alat ini amat mudah dikendalikan. Dengan menggunakan konsep tekanan air mengembang dan mengecut.

2.Pada siang hari, ia menyerap pancaran cahaya matahari, tenaga haba menjadikan tekanan dalam botol air naik dan seterusnya membolehkan air mengalir keluar menerusi paip getah. Pada waktu malam, suhu persekitaran menurun menyebabkan tekanan dalam botol air juga menurun. Disebabkan tekanan air kurang, maka air akan berhenti mengalir keluar.

3.Lilitan dawai yang terikat dipaip getah juga memainkan peranan sebagai 'kunci pintu'. Dengan konsep mengembang dan mengecut , ia boleh mengawal pengaliran air pada waktu siang dan malam.

4.Akhir sekali, masukkan air yang dicampurkan dengan baja organik yang dibuat daripada kulit buah-buahan (bahan buangan).

Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan, malah menjadikannya lebih bernilai dan dapat menjimatkan wang.

Manfaat

Alat ini amat mudah digunakan, menjimatkan masa dan wang. Pengguna tidak perlu menyiram tanaman setiap hari.Ramai mendapat manfaat daripada penggunaan alat ini sebab mudah digunakan dan menjimatkan masa. Alat ini boleh diperbuat dengan bahan buangan, jadi untuk menghasilkan alat ini tidak memakan kos yang tinggi.

klerosis rosakkan saraf otak

Page 4: ACIK

Oleh Zuhayati Yazid

SEJAK beberapa tahun lalu penganalisa data, Zamani Ahmad, mengalami masalah penglihatan yang kabur. Kadang kala objek di depannya dilihat berganda-ganda walaupun telah mengenakan kaca mata.Dia tidak menganggapnya sebagai masalah serius hanya berandaian disebabkan kesan kerja yang sentiasa menghadap komputer.Namun akhir-akhir ini dia berasakan ada kelainan pada tubuhnya terutama di bahagian tangan dan kaki yang sesekali terasa kebas selain mudah berasa letih.Khuatir dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi dengan usianya yang semakin mencecah persaraan, dia membuat temu janji dengan doktor.Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki simptom-simptom yang dialami Zamani menunjukkan kemungkinan dia mengalami apa yang dipanggil sebagai sklerosis berbilang yang lazim menyerang tanpa disedari penghidapnya.Sklerosis berbilang atau Multiple Sklerosis (MS) ialah sejenis serangan saraf terutama pada otak. Ia sememangnya tidak menunjukkan gejala khusus. Simptom-simptom yang ditunjukkan mirip kepada masalah biasa seperti keletihan, pandangan kabur dan rasa kebas pada kaki serta lengan.Keadaan ini menyebabkan ia sukar dikesan dan penghidapnya menderita bertahun-tahun.MS berlaku apabila sistem ketahanan tubuh menyerang myelin, iaitu lapisan selaput yang melindungi sel-sel saraf membabitkan otak, tulang belakang dan mata.Serangan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf mengakibatkan isyarat tidak dapat disampaikan melalui saraf ke bahagian tubuh lain seperti yang sepatutnya dan timbulnya gejala MS.Berdasarkan laporan perubatan, MS merupakan salah satu penyakit saraf yang paling kerap menyerang orang dewasa di seluruh dunia. Kerap kali juga menyerang golongan muda pada usia antara 20-an dan 30-an.Dianggarkan seorang hingga sembilan daripada 100,000 penduduk Asia mengidap penyakit ini. Statistik di Malaysia pula menunjukkan dua atau tiga orang dalam 100,000 kes.Perunding neurologi, Dr. Shanti Viswanathan berkata, gejala-gejala MS sukar diduga malah simptom-simptom yang dialami oleh seseorang juga berbeza antara satu sama lain.‘‘Biasanya simptom ini boleh di kesan melalui penglihatan yang kabur atau pertuturan yang tidak jelas serta mengalami kebas-kebas ringan di bahagian muka serta bahagian atas badan,” katanya. Kata Dr. Shanti lagi, kurang kesedaran mengenai penyakit ini menyebabkan penghidapnya terus menderita.Menurutnya, rawatan awal sangat penting dalam melambatkan perkembangan penyakit itu.Namun, bagi pesakit MS kronik, mereka memerlukan rawatan sepanjang hayat.‘‘Kami percaya di luar sana, ramai yang menghidap MS tetapi belum dirawat atau diketahui.‘‘Biarpun sehingga kini masih tidak ditemui penawar kepada penyakit ini, kaedah rawatan interferon beta mampu mengurangkan jumlah kes MS sehingga ke 40 peratus.“Rawatan ini juga juga dapat memperlahankan kemampuan MS merebak,” katanya.Sementara itu syarikat framasutikal antarabangsa, Bayer Schering Pharma melancarkan program bantuan kepada pesakit yang menghidap MS melalui kaedah rawatan interfon beta.Melalui kaedah ini membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih berkualiti jika pesakit mendapatkan rawatan awal dan secara berterusan.Program telah diperkenalkan sempena Hari Multiple Sklerosis (MS) Sedunia 2010. Program bantuan kepada pesakit MS ini yang dijalankan dengan kerjasama jabatan-jabatan kebajikan serta hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Bayer Bayer Schering Pharma, Dr. Shunitra Devi memberitahu, dalam kajian yang telah dilakukan jangka hayat pesakit mampu bertahan

Page 5: ACIK

lebih lama jika mendapat rawatan awal.‘‘Kami sedar kos yang mahal menjadi halangan kepada seseorang penghidap MS mendapatkan rawatan.“Ini antara sebab utama kami memulakan program bantuan kepada pesakit. Ia bertujuan membantu lebih ramai penghidap MS mendapatkan rawatan terbaik dari awal serta meneruskannya dalam jangka waktu lama sehingga keadaan mereka bertambah baik,” katanya.

Kawal iklan luar demi syarikat iklan tempatan

Page 6: ACIK

DI MANA silapnya apabila syarikat-syarikat produksi iklan tempatan berdepan dengan situasi kelangsungan hidup yang tenat, sedangkan perkara berkenaan tidak sepatutnya menjadi satu masalah.Laporan khas akhbar ini semalam mendedahkan bahawa syarikat produksi tempatan dilaporkan berdepan dengan situasi tenat apabila industri iklan televisyen menguncup ketara daripada mencatatkan nilai pasaran RM200 juta setahun, turun sehingga RM19 juta.Penurunan yang besar itu tentulah mencemaskan pelbagai pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pengiklanan tempatan. Umum mengetahui bahawa negara yang dicintai ini tidak pernah kurang dengan segala macam bentuk peraturan dan prosedur kawalan tetapi malangnya penguatkuasaan cukup ketara lemahnya.Masalah sebegini tidak berlaku sekiranya kebebasan yang diberikan kepada industri dan syarat iklan buatan Malaysia dikuatkuasa sepenuhnya dan bukan sekadar memejam sebelah mata.Kegagalan menguatkuasakan apa yang sepatutnya dalam industri tempatan kini menyaksikan kerja-kerja pembuatan iklan dilakukan di luar negara dengan melibatkan golongan profesional yang dahulunya ada dalam pasaran tetapi telah berhijrah keluar.Jadi, tidak menghairankan apabila Malaysia tidak lagi menjadi pengeluar iklan utama, sebaliknya berada di tempat kedua terendah dalam kalangan 13 buah negara-negara Asia.Persoalannya, kenapa kita terlalu mengutamakan bahan luar sekali gus menyaksikan industri pengiklanan sendiri terus dihimpit dan tertekan, sedangkan kemampuan yang kita ada tidak kurang hebatnya dengan apa yang dihasilkan di luar negara.Kita tidak seharusnya membiarkan syarikat- syarikat asing yang beroperasi di negara ini menggunakan iklan yang sudah dibuat oleh ibu pejabat mereka di luar negara dengan hanya meletakkan garis sempadan bahawa selagi iklan itu tidak menjejaskan nilai moral rakyat dan mengancam keselamatan negara.Langkah membiarkan keadaan seumpama itu berleluasa hanya akan merugikan negara daripada pengaliran keluar profesional dan juga wang. Pada masa yang sama, kita juga mencantas perkembangan bakat-bakat yang ada di dalam industri tempatan.Kenapa perlunya keadaan 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan' dibiarkan. Pihak yang berkenaan seharusnya membantu industri pengiklanan tempatan untuk terus berkembang pesat.Sebenarnya Malaysia tidak pernah kekurangan sumber dan bakat untuk memajukan industri berkenaan kecualilah pihak berkuasa sendiri meragui keupayaan anak tempatan, yang sebaliknya dihargai dan disanjung tinggi kehebatannya oleh pihak luar.Kerajaan tidak seharusnya membiarkan iklan-iklan yang disiarkan di dalam apa juga bentuk media di negara ini membawa wajah-wajah luar yang ternyata sama sekali tidak sesuai dan gagal membayangkan kepelbagaian bangsa dan masyarakat yang ada di dalam negara.Persoalan pihak berkuasa atau kementerian manakah yang seharusnya dipertanggungjawabkan tidak seharusnya timbul kerana kita perlu mengiktiraf keupayaan sendiri, kerana jika tidak siapa lagi.

MEMACU EKONOMI NEGARA

Page 7: ACIK

Oleh Rohami Shafie

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini. Tumpuan rakyat kini terarah kepada intipati RMK-10 yang merupakan rancangan lima tahun pertama dari tahun 2011- 2015 bagi menjayakan agenda Model Baru Ekonomi (MBE). Oleh itu, rakyat ingin mengetahui sejauh manakah ia bakal memberi manfaat kepada mereka. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat pada tahap terbaik. Ekonomi rakyat perlu diperkasakan seiring dengan hal-hal kebajikan rakyat. Keperluan- keperluan semasa rakyat pula mestilah diurus dengan baik. Dari kaca mata rakyat, mengurus ekonomi negara dengan baik bermakna mengurus kesejahteraan rakyat. Oleh itu, apabila ada pemimpin yang menyatakan rakyat mestilah menerima hakikat bahawa bantuan kerajaan seperti subsidi patut dimansuhkan, pemimpin ini mungkin tidak mengetahui hakikat sebenar kesusahan rakyat menjalani kehidupan harian. Turunlah ke padang melihat realiti sebenar kepayahan rakyat. Bukannya sekadar berada di kerusi empuk dan membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah rakyat hanya berdasarkan nasihat daripada penasihat-penasihat masing-masing. Amalan turun ke padang mampu memantau secara dekat setiap program yang bakal dilaksanakan dalam RMK-10.Justeru itu, RMK-10 tidak boleh lari daripada menjadikan rakyat sebagai pelanggan utama kerajaan. Penumpuan ekonomi rakyat mestilah konklusif dan holistik. Ekonomi-ekonomi strategik rakyat sewajarnya diberi keutamaan tertinggi. Jika dahulu, tumpuan lebih ke arah memajukan ekonomi-ekonomi berskala besar berasaskan kos buruh rendah yang mana sebahagian besarnya telah berjaya, maka RMK-10 seharusnya memberi tumpuan kepada ekonomi majoriti rakyat yang tidak berada dalam golongan berpendapatan tinggi. Penglibatan lebih ramai lagi rakyat seharusnya menjadi teras utama RMK-10.Tanpa meminggirkan pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi bernilai tinggi seperti petrokimia dan kewangan Islam, bantuan seharusnya disalurkan kepada ekonomi domestik yang banyak melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Majoriti peniaga di Malaysia adalah PKS, manakala selebihnya melibatkan syarikat-syarikat mega. Perbanyakkan dana, bantuan dan insentif-insentif untuk PKS. Jika PKS dapat dimajukan dengan pelbagai strategi baru yang inovatif, manfaatnya akan lebih meluas lagi berbanding dengan hanya tertumpu kepada segelintir syarikat-syarikat besar. Apa yang penting, ekonomi berasaskan pengetahuan tinggi yang menitikberatkan teknologi terkini diterapkan dalam budaya kerja PKS. Budaya kerja sebegini bakal menggandakan prestasi PKS, seterusnya melonjakkan ekonomi rakyat secara menyeluruh.Ekonomi-ekonomi strategik rakyat seperti pelancongan dan pertanian pula jangan sesekali diketepikan. Jika kerajaan ingin mengurangkan defisit, dua sektor ini amat dekat sekali dengan rakyat. Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan yang boleh diintegrasikan. Jaringan pelancongan sewajarnya dibina dengan lebih kukuh lagi. Setiap negeri mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Keunikan inilah harus digemblengkan dan diintegrasikan bersama-sama dengan suasana persekitaran yang lebih menarik. Membangunkan pelancongan secara terancang mampu memberi limpahan ekonomi yang berskala besar kepada rakyat. Melaluinya, pelbagai industri yang berkaitan seperti industri makanan halal, perhotelan dan juga pengangkutan dapat dibangunkan.

Page 8: ACIK

Manakala, pertanian pula amat dekat dengan golongan petani dan penduduk luar bandar. Pertanian berskala besar mampu mengurangkan import makanan, bahkan boleh meningkatkan lagi eksport negara. Umum mengetahui, dalam membangunkan infrastruktur-infrastruktur yang canggih berorientasikan industri hartanah, industri pertanian tidak boleh sesekali dipinggirkan. Ini kerana krisis makanan pernah melanda dunia sebelum ini. Tidak mustahil ia berpotensi untuk berlaku sekali lagi dengan keadaan yang lebih teruk lagi jika keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini dijadikan sandaran. Maka, mahu tidak mahu, industri pertanian patut diberi tumpuan. Malaysia tidak boleh lagi hanya bergantung kepada produk-produk pertanian import. Pertanian tidak sepatutnya dilabelkan sebagai industri desa sahaja. Banyak negara di dunia ini telah berjaya membangunkan produk-produk pertanian mereka sehingga berupaya mengeksport dalam skala besar ke seluruh dunia, seterusnya memacu ekonomi rakyatnya. Inilah yang sepatutnya diketengahkan dalam RMK-10.Namun begitu, dalam usaha menjayakan RMK-10 bagi memacu ekonomi rakyat, kerajaan seharusnya mempelajari kesilapan-kesilapan yang lepas. Salah satu daripadanya adalah dengan menjadikan laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada setiap tahun sebagai panduan utama untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan kerajaan. Banyak lagi ruang penambahbaikan bagi memastikan tiada lagi pembaziran dan ketirisan dalam membelanjakan wang rakyat. Pemantauan setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan haruslah dibuat secara berterusan agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Begitu juga, sebarang penyelewengan dan rasuah mestilah diperangi secara habis-habisan. Kesemua ini memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi negara dan rakyat. Jika risiko-risiko ini tidak diurus dengan baik, maka tidak mustahil objektif dan matlamat RMK-10 tidak dapat dicapai dengan jayanya. Seterusnya, ia meningkatkan lagi risiko kegagalan MBE.

Page 9: ACIK

MENANGANI ISU NUKLEAROleh ROHANI [email protected]

Akta Perdagangan Strategik 2010 yang diluluskan Malaysia pada April baru-baru ini merupakan komitmen Malaysia dalam memastikan dunia bebas daripada senjata nuklear serta mencegah negara dari menjadi sarang senjata pemusnah besar-besaran. Akta itu membolehkan kerajaan mengawasi sebarang program pembangunan senjata nuklear serta senjata pemusnah lain. Melalui akta berkenaan juga, Malaysia yang kini merupakan Pengerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berupaya mengawasi kemasukan dan perbincangan perdagangan senjata di negara ini. Akta berkenaan diluluskan selepas penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Amerika Syarikat (AS) pertengahan April lalu.Pengarah Eksekutif Pusat Kawalan Senjata dan Senjata Nuklear Washington DC, John Isaacs berkata, biarpun Malaysia bukan sebuah negara kuasa nuklear, namun komitmen Malaysia mewujudkan dunia bebas daripada nuklear tetap penting. ''Ini kerana pada tahun 2003 dan 2004 terdapat laporan yang mendapati bahan berkaitan senjata nuklear dibawa melalui perairan Malaysia. Biarpun tidak ada bukti penglibatan kerajaan Malaysia, nama sebuah syarikat Malaysia tercatat pada bungkusan berkenaan," katanya. Isaacs berkata demikian dalam sesi perbincangan mengenai kawalan senjata nuklear anjuran Kedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelas beliau, apabila berlaku serangan nuklear di AS atau Eropah atau mana- mana lokasi di dunia, sebahagian besar daripada negara akan mengehadkan pergerakan keluar masuk bagi mengawal senjata tersebut daripada masuk ke negara masing- masing. ''Pasaran kewangan akan jatuh merudum dan penganalisis pernah meramalkan jumlah kerugian boleh mencecah trilion dolar AS. Aktiviti dagangan dunia juga akan menghadapi masalah. Ini merupakan satu situasi yang digeruni oleh ramai orang. ''Justeru, AS sentiasa mencari pendekatan baru untuk mewujudkan suasana nuklear sifar termasuklah mewujudkan zon bebas nuklear di Asia Barat," katanya. Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear April lalu, menegaskan pendirian Malaysia bahawa program nuklear hanya perlu ditumpukan kepada kepentingan pembangunan dan keamanan semata-mata.Malaysia yang dijangka memiliki loji jana kuasa nuklear pertamanya pada 2021 kini sedang melaksanakan kajian kebolehsanaan penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik pada masa akan datang. Loji jana kuasa nuklear negara ini akan menjadi loji yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara bertujuan menampung peningkatan penggunaan bekalan tenaga pada masa depan. Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, dalam menimbang semua sumber tenaga, sedikit sebanyak kerajaan memberikan tumpuan kepada tenaga nuklear kerana kelebihannya dari segi efisien dan kos yang tidak boleh tidak dipertikaikan. Ditanya mengenai perkembangan di Malaysia yang sedang mendapatkan pelbagai pandangan mengenai loji nuklear, Isaacs menjelaskan, perdebatan mengenai isu nuklear turut menimbulkan kontroversi di AS. ''Antara perkara yang dibangkitkan adalah bagaimana memastikan loji berkenaan tidak digunakan untuk membangunkan senjata serta pengurusan sisa nuklear. ''Di AS, isu ini masih belum selesai manakala program pengurusan sisa nuklear di Nevada terbengkalai lebih setahun dulu. Saya tidak pasti bagaimana Malaysia boleh menyelesaikan masalah ini dan saya juga tidak tahu jika adanegara yang berjaya menyelesaikan masalah ini," katanya.

Page 10: ACIK

Perpecahan punca Islam terus ditindas

BEBAS beragama dalam erti kata melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, adalah antara nikmat terbesar bagi umat Islam di Malaysia. Hakikatnya, kita di Malaysia tidak perlu rasa bimbang atau curiga untuk beribadat di masjid atau surau pada bila-bila masa. Malangnya, dalam keterbukaan itu, berlaku cubaan-cubaan untuk menjadikan masjid dan surau sebagai ‘gelanggang berpolitik’. Natijahnya, berlakunya label melabel dan berpuak-puak yang akhirnya menyebabkan masjid yang antara fungsinya untuk menyatukan umat bertukar kepada tempat bermasam muka dan perpecahan. Sedangkan Allah menegaskan supaya umat Islam bersatu-padu dan jangan berpecah-belah.

Ia sebagaimana firman Allah yang maksud-Nya: Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (ali-‘Imran: 103)Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB menemu bual Pengerusi Rancangan Pengajian Islam, Fakulti Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd. Farid Mohd. Sharif bagi mengupas isu ini.Mega: Dalam al-Quran di atas Allah menjelaskan kepentingan jangan berpecah-belah. Malangnya, akhir-akhir ini, umat Islam dilihat sudah berpecah akibat perbezaan ideologi politik. Apakah natijahnya jika hal ini berlarutan?DR. FARID: Kepentingan perpaduan umat Islam jelas dapat dilihat menerusi firman Allah dalam surah ali-‘Imran tadi.‘Nikmat’ yang dimaksudkan oleh Allah menerusi ayat tersebut ialah Islam. Allah menyebut Islam itu sebagai nikmat yang membuatkan manusia itu bersaudara dan bersatu padu. Oleh itu, menolak atau merosakkan perpaduan boleh dianggap seperti menolak rahmat Allah. Allah telah menjanjikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan persengketaan.Sejarah perpecahan umat Islam bermula sejak awal lagi, iaitu pada tahun 37 Hijrah, dalam Perang Siffin, perang saudara yang pertama dalam sejarah umat Islam, antara kumpulan Ali dengan kumpulan Muawiyah. Konflik ini timbul bukan berpunca daripada soal agama tetapi disebabkan kepentingan politik, rebutan kuasa dan perkauman. Oleh itu, saya berpendapat selagi umat Islam berbeza daripada sudut pemikiran dan ideologi, selagi itulah akan ada konflik antara mereka.Lagi satu saya ingin jelaskan bahawa dalam masyarakat itu sendiri ramai antara mereka terdiri daripada orang yang kecewa. Antaranya ada dalam kalangan mereka yang kecewa dalam politik, kecewa kerana tidak naik pangkat, kecewa kerana tidak berkahwin atau tidak bertemu jodoh yang sesuai dan sebagainya. Mereka ini kemudiannya akan mewujudkan kumpulan, persatuan atau parti politik dan melahirkan kekecewaan terhadap realiti yang mereka lalui. Kita semua sudah sedia maklum bahawa antara kesan yang akan timbul daripada perpecahan ini ialah umat Islam akan hilang jati diri dan maruah. Ramai pemikir Islam telah melahirkan kebimbangan ini, antaranya ialah Malik ben Nabi.

Page 11: ACIK

Beliau berkata umat Islam mestilah menjadi seperti air yang bertakung di atas tanah tinggi dan mampu mengalirkannya ke tanah rendah. Kerana air yang berada di bawah tidak akan sesekali mengalir ke atas.Kebimbangan yang sama juga telah dinyatakan oleh Shakib Arsalan dan Sheikh Ali al-Nadwi. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik menjadi salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan umat Islam.Lebih menyedihkan, masjid yang sepatutnya menjadi lokasi penyatuan ummah turut terkena tempias perpecahan ini. Menyebabkan ada pihak yang tidak lagi mahu berjemaah di masjid. Apa pandangan Islam tentang hal ini?DR. FARID: Apabila orang bukan Islam bertanya kepada saya, “Apakah maksud orang Islam”, jawapan saya yang mudah, orang Islam itu ialah orang yang percaya kepada Allah yang satu, al-Quran yang satu, nabi yang seorang iaitu Muhammad SAW. Perpaduan umat Islam lahir daripada kepercayaan yang sama ini berasaskan kepada tauhid. Walau di mana mereka berada sekalipun, tidak semestinya hanya di masjid, bahkan di tempat kerja, atau di padang rekreasi, orang Islam tetap dikatakan bersaudara. Memang benar masjid itu menjadi tempat terbaik untuk umat Islam menyemai konsep tauhid ini. Masjid adalah milik umat Islam secara berjemaah, tidak sepatutnya menjadi harta milik individu atau puak tertentu. Orang yang pergi ke masjid niatnya mahu mencari ketenangan dan kekhusyukan, tetapi jika ketenangan yang dicari-cari itu tidak ditemui di masjid, kerana wujudnya gangguan atau tindakan yang tidak sewajarnya, maka orang itu akan berpendapat apa perlu lagi dia ke masjid.Hal inilah kadangkala yang menjadi faktor kenapa sesetengah masjid tidak begitu digemari oleh orang ramai. Satu perkara lagi yang ingin saya jelaskan ialah kita perlu membezakan antara maksud ‘berbincang tentang politik’ dengan ‘berpolitik’ dalam masjid. Jika berbincang tentang politik di masjid, saya fikir hal itu tiada salahnya. Memang benar inilah antara aktiviti yang dijalankan di masjid pada zaman nabi. Sebagai contoh, berbincang atau berdebat tentang isu pendidikan negara, isu kenaikan cukai, isu kenaikan harga barang, isu pendatang asing dan lain-lain. Semua isu ini memang berkaitan dengan politik dan boleh diperdebatkan di dalam masjid.Tujuannya untuk memberi kefahaman kepada anggota masjid yang lain dan menyalurkan maklumat penting berkaitan negara. Hal yang menjadi masalah jika mereka ‘berpolitik’ dalam masjid. Maksud ‘berpolitik’ di sini adalah berkempen politik iaitu berkempen untuk menaikkan imej sesuatu pihak dan menjatuhkan imej satu pihak yang lain. Tentulah dalam berkempen politik ini ada pihak yang akan menggunakan cara atau kaedah yang kurang wajar seperti membuka aib atau keburukan pihak lain, melakukan fitnah dan mengumpat.Saya berpendapat bahawa cara ‘berpolitik’ dalam masjid seperti inilah jika tidak dibendung akan mendorong berlakunya perpecahan dalam masyarakat.

Page 12: ACIK

Mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan FDI - Rasuah dari sudut ekonomi

Penulis Tamu Oleh Dr. Mohd. Haflah PieiSALAH satu daripada iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara ialah untuk mencegah dan seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun penyakit rasuah di Malaysia tidaklah seteruk yang terdapat di kebanyakan negara membangun seperti di Filipina, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara dalam peralihan, tetapi ia perlu disekat sebelum merebak. Pada tahun 2003, mengikut Transparency International, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah - satu kedudukan kurang selesa sementara negara Finland menduduki tempat pertama dan terbaik.Namun, tidak banyak yang membincangkan tentang ekonomi atau lebih tepat lagi disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian tentang ekonomi rasuah ini termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas individu dan masyarakat.Di sebaliknya kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut moral dan etika amalan tersebut. Oleh sebab itu, rencana ini akan membincangkan amalan rasuah dari perspektif ekonomi secara ringkas.Sebenarnya, konsep rasuah ini bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan dipenuhi.Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan. Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan' beberapa institusi negara (state capture).Rasuah pentadbiran merujuk kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah rasuah yang perlu dibayar. Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu kontrak kerajaan.Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.Di antara institusi yang kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat, perundangan dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan; parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan kewangan untuk membiayai aktiviti parti berkenaan.

Page 13: ACIK

Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan perkhidmatan dan sebagainya.Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah agihan kemahiran dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih inferior dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan berkebolehan.Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governence) ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan.Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi.Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah.Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama, rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.Kedua, projek-projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan. Ini disebabkan skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini sudah tentu mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk luar bandar dan golongan miskin.Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru.Keempat, amalan rasuah lebih cenderung untuk mengurangkan hasil kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang diberikan sebagai insentif pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan merasuah pegawai-pegawai berkenaan.Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah

Page 14: ACIK

dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan.Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960-85, Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dalam tempoh tersebut, kadar pertumbuhan per kapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras rasuah!Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan ekonomi atau kos akibat berlakunya rasuah dalam ekonomi. Memadai dengan perbincangan di atas. Walaupun ia kurang merujuk kepada keadaan rasuah di Malaysia, ia sudah cukup untuk menjadi renungan kita berhubung dengan beberapa jenis rasuah yang sedikit sebanyak terdapat di Malaysia dan betapa buruknya kesan rasuah tersebut kepada ekonomi negara.Persoalannya sekarang bagaimana hendak mengurangkan dan jika boleh membasmi gejala rasuah ini?Dalam ruang yang terhad ini, digariskan secara kasar strategi-strategi yang perlu diambil untuk menggarap masalah rasuah ini. Beberapa strategi tersebut telah dan sedang dilaksanakan di Malaysia, seperti pengisytiharan aset oleh pegawai-pegawai kerajaan dari semasa ke semasa; memperbaiki urus tadbir kerajaan supaya lebih telus, sistematik, cekap dan profesional; mewujudkan beberapa sistem check and balance; membina sistem pentadbiran awam yang berorientasikan perkhidmatan dan meritokrasi; kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan awam; kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpin politik; pegangan teguh kepada rule of law dan sebagainya.Namun, strategi-strategi tersebut bukan setakat adanya sahaja tetapi lebih penting ia dilaksanakan sepenuhnya serta kelihatan oleh masyarakat dilaksanakan dengan cekap dan adil. Sebagai contoh kita ada peraturan pengisytiharan harta oleh pegawai kerajaan tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan untuk membasmi amalan rasuah? Kita mempunyai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi sejauh mana ia benar-benar bebas berfungsi tanpa mengira bulu?Jika kita renung-renung dengan teliti, kita akan dapat lihat banyak perkara yang berunsurkan rasuah tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan maka ia tidak lagi dianggap rasuah malah digalakkan. Disebabkan biasa tegal bisa.Sukar ditentukan di mana urusan rasmi berakhir dan rasuah bermula dan di mana sumbangan dan bantuan ikhlas berakhir dan rasuah bermula. Pendek kata, amalan rasuah dalam berbagai-bagai manifestasi, sebab dan akibat perlu diuraikan (unbundle) ditakrifkan dan difahami dari segi konsep dan empiris dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah ini. Dalam konteks ini, penubuhan Akademi Anti Rasuah amat bertepatan pada waktu dan ketikanya, dan ia amat dialu-alukan.

- Dr. Mohd. Haflah Piei ialah Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Beliau boleh dihubungi di alamat e-mel [email protected]

Page 15: ACIK

HUBUNGAN Diet dan Diabetes

Sangat sedikit orang yang menyadari efek berat badan terhadap diabetes. Pada diabetes gestational jauh lebih besar pada pasien yang kelebihan berat badan dibandingkan pada mereka yang tidak. Diabetes Tipe 2, atau diabetes dewasa lebih sering ditemukan pada orang yang kelebihan berat daripada orang yang dengan berat badan ideal. Bahkan, hampir 90% dari mereka dengan diabetes tipe 2 kelebihan dalam berat badan. Jika Anda menderita diabetes tipe 2, hadiah terbaik yang bisa Anda berikan kepada diri Anda sendiri adalah dengan mengendalikan berat badan Anda.Di antara orang-orang yang menderita diabetes tipe 2, hampir 40% mereka menderita tekanan darah tinggi, kondisi lain yang dipercaya akan diperburuk dengan kelebihan berat badan. Kelebihan berat badan mungkin juga menyebabkan kondisi yang dikenal sebagai resistensi insulin dimana tubuh tidak lagi merespon insulin yang dibutuhkan untuk membantu tubuh dalam menguraikan glukosa sebagai bahan bakar pada tingkat sel.Ada beberapa hal yang dapat Anda lakukan untuk membantu diri Anda sendiri apakah anda telah didiagnosa dengan diabetes tipe 2. Pertama-tama, kurangi beberapa kilo berat badan Anda. Saya tahu ini jauh lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Diet tidak pernah mudah dan jarang menyenangkan bagi kebanyakan orang. Namun, jika Anda tidak memulai mengambil langkah-langkah drastis terhadap kesehatan, Anda mungkin tidak dapat menikmati kualitas hidup yang telah Anda rencanakan untuk tahun-tahun keemasan Anda.Melawan sambil berdiri. Jangan duduk dan membiarkan Diabetes mengendalikan Anda. Berdiri dan kontrol tubuh Anda kembali. Anda harus berjuang sampai akhir dan jika Anda membiarkannya, diabetes akan menjadi akhir dari segalanya. Lakukan aktivitas seperti olahraga dan mendengarkan perintah dokter. Menemukan kekuatan dalam diri Anda untuk melawan penyakit ini. Anda akan kagum dengan apa yang terjadi ketika Anda memutuskan untuk berdiri dan berjuang untuk kesehatan Anda.Cari berbagai kegiatan yang Anda sukai dan lakukan. Jangan membuat kegiatan-kegiatan dalam benuk pasif. Menikmati waktu Anda di bawah sinar matahari. Melakukan apa pun untuk bangkit dan bergerak setiap hari untuk mengingat mengapa Anda ingin hidup selamanya di dunia ini.Perhatikan apa yang anda makan. Anda perlu kebutuhan makanan dengan diet yang ketat setelah Anda didiagnosis dengan diabetes. Ini berarti bahwa Anda benar-benar harus mengikuti pantangan Anda. Belajar untuk hidup dalam batas-batas tersebut agar dapat menikmati hidup sepenuhnya. Hal yang menakjubkan adalah bahwa ada berbagai macam makanan yang tersedia bagi penderita diabetes. Hal ini sangat mungkin untuk hidup dan makan dengan cukup baik. Yang paling penting tentang diet diabetes adalah bahwa Anda tidak pernah melupakan betapa pentingnya hal-hal yang sudah dipaparkan dalam artikel kesehatan di atas untuk dilakukan.

Page 16: ACIK

RENCANA:MARDI BERUSAHA HASILKAN DAGING BERMUTU

Page 17: ACIK

Oleh Hatipah Ahmad

SEMAKIN ramai rakyat negara ini mengubah tabiat pemakanan mereka daripada mengambil ikan kepada daging. Aliran itu menjadikan permintaan terhadap daging bertambah dan dijangka terus meningkat dalam tempoh 40 tahun lagi.Ini berikutan jumlah penduduk dunia yang diunjurkan naik sekali ganda iaitu kira-kira enam bilion. Perubahan tabiat pemakanan itu turut berlaku kepada penduduk Asia Tenggara lain dan di beberapa negara kurang membangun. Justeru, permintaan terhadap daging dijangka meningkat di rantau ini. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (Mardi), Datuk Saharan Anang, berkata oleh kerana permintaan terhadap daging dijangka meningkat, industri penternakan lembu di negara ini perlu dimajukan secara intensif bagi menampung pasaran. Permintaan terhadap daging lembu di negara ini dijangka meningkat kepada lebih 171,972 tan menjelang 2010, berbanding hanya 18,222 tan sekarang. Katanya, negara dijangka dapat menampung permintaan daging berdasarkan kepada kaedah penternakan yang diamalkan sekarang. Antaranya menerusi penggunaan teknologi moden dan pemberian makanan ternak yang bermutu kepada lembu. “Bagi menampung permintaan daging berkualiti dan setanding import, Mardi sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik dalam menghasilkan daging bermutu iaitu daging gred terbaik iaitu kurang urat dan lemak tetapi mempunyai isi yang lembut, tidak liat dan kaya dengan protin. “Antara cara mendapatkan daging yang baik ialah dengan mengawal dan meningkatkan diet pemakanan lembu. Justeru, Mardi memperkenalkan banyak makanan ternak yang khusus untuk lembu bagi mendapatkan daging bermutu,” katanya. Saharan berkata, kebanyakan makanan ternak untuk lembu dihasilkan Mardi dikeluarkan di dalam negara. Industri ternakan lembu memerlukan bekalan makanan yang mencukupi supaya dapat menghasilkan daging yang bermutu untuk pasaran tempatan dan luar negara.Katanya, makanan ternakan yang bermutu adalah komponen utama yang diperlukan dalam penternakan atau pembiakan lembu atau binatang lain kerana ia memberi sumber protein boleh menggemukkan.

Beliau berkata demikian pada satu bengkel yang dianjurkan Mardi dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bengkel itu bertajuk ‘foraj (sumber makanan ternakan daripada daun-daunan hijau) dalam sistem pengeluaran ternakan komersial.’ Ia turut disertai Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Universiti Putra Malaysia dan 30 peserta dari Laos, Thailand, Vietnam dan Filipina. Timbalan Pengarah Program Sistem Pengeluaran, Pusat Kajian Ternakan Strategik Mardi, Dr Azizan Abd Rashid, berkata Mardi memperkenalkan beberapa kaedah untuk meningkatkan pengeluaran makanan ternakan binatang. Katanya, antaranya dengan memproses sisa atau bahan sampingan kelapa sawit seperti pelepah kelapa, hampas isirung, enap cemar kelapa sawit, distilat asid lemak sawit dan minyak sawit mentah. Pelepah kelapa sawit boleh dijadikan makanan ternakan daripada jenis serabut dan diproses dengan menggunakan teknologi moden sehingga berbentuk pelet dan kiub. Ia sangat berkhasiat untuk diet binatang yang meragut seperti lembu, kambing dan kerbau.

Page 18: ACIK

“Selain dapat menghasilkan makanan ternakan yang bermutu, teknologi pemprosesan yang digunakan Mardi juga mampu mempercepatkan penuaian, pemungutan dan pengurusan sisa bahan sampingan kelapa sawit,” katanya. Dr Azizan berkata, bagi meningkatkan pengeluaran daging lembu di negara ini, Mardi turut memajukan teknologi penghasilan baka lembu yang bermutu dan memantapkan sistem pengurusannya untuk merangsangkan pengeluarannya. Hasilnya, beliau berkata, Mardi berjaya menghasilkan dua baka lembu bermutu iaitu jenis Charoke KK, kacukan lembu Charolais dari Perancis dengan baka KedahKelantan (KK) dan Brakmas KK, kacukan Brahman dari Texas, Amerika Syarikat dengan KK. Berat badan Brakmas KK ialah kira-kira 380 kilogram (kg) dengan pertambahan 0.75 kg sehari berbanding 0.47 kg baka tempatan manakala berat Charoke KK pula ialah 400 kg dengan pertambahan 0.82 kg sehari berbanding tempatan. "Kedua-dua baka kacukan itu mudah diselenggara kerana mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan parasit, senang menyesuaikan diri dengan cuaca tempatan dan menunjukkan prestasi menggalakkan terhadap tumbesaran di padang rumput terbuka. "Baka ini ada kelebihan daripada segi kadar kelahiran, umur ketika beranak kali pertama dan peratusan daging serta tulang yang tinggi apabila disembelih," katanya. Dr Azizan berkata, kaedah lain untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu bermutu ialah menerusi sistem penternakan bersepadu (Pintar). Pintar dijalankan di kawasan kelapa sawit dan getah. Katanya, Brahmas KK sesuai diternak secara bersepadu di ladang kelapa sawit dan getah manakala Charoke KK pula secara sistem fidlot (kandang) dan separuh insentif. Program Pintar dimulakan pada 1987 dan ia termasuk dalam Sistem TAC (Tumpuan Kawasan Sasaran). Ketika ini, ada 16 kawasan TAC dalam program Pintar meliputi keluasan 146,527 hektar di seluruh negara dengan 174,000 ekor lembu. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8), sebanyak 23 kawasan TAC baru dijangka ditubuhkan meliputi keluasan 1.2 juta hektar. Selain sesuai untuk penternakan lembu, Dr Azizan berkata, kawasan TAC juga boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan sumber seperti tanah dan buruh.

Page 19: ACIK

PERTANIAN

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif (misalnya, pertanian perindustrian).Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam) juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.[2]Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

biobahan api , bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4]

makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging; gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks; bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh; perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis; biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel; keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan

dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan bahan lain yang berguna, misalnya damar.

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang

Page 20: ACIK

menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[6]

Pertanian selepas banjir

Oleh FATIMAH MOHAMED ARSHADBARU-baru ini sekumpulan ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM)telah melawat kawasan banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Segamat untuk melihatsendiri kesan banjir kepada sektor pertanian di kawasan tersebut di samping cubauntuk menganggar jumlah kerugian ekonomi.Pasukan UPM juga meninjau beberapa pembaharuan yang perlu dilaksanakan untukmemulihkan semula pertanian di kawasan tersebut.Kemusnahan yang melanda memang serius, terutama kepada tanaman sayur-sayuran,buah-buahan, malahan pokok getah juga mengalami ‘wintering’ walaupun belum tibamasanya. Kelapa sawit sahaja yang nampaknya dapat bertahan dengan takungan air.Tanaman makanan boleh dikatakan 100 peratus musnah, yang juga bermakna petaniyang terlibat dengan tanaman ini akan kehilangan pendapatan dalam jangka masapendek – iaitu antara enam bulan hingga setahun.Untuk pekebun kelapa sawit, produktiviti mungkin menurun apabila musim menuai,tetapi harga dijangka meningkat kesan daripada kekurangan penawaran.Pengusaha pertanian seperti penternak ikan hiasan, sejumlah 70 peratus daripada 300penternak telah mengalami kerosakan yang serius. Penternak ini akan mengambilmasa lebih daripada enam bulan untuk pulih beroperasi seperti biasa.Pendek kata banjir kali ini memusnahkan tanaman, maka memusnahkan sumberpendapatan dan pekerjaan di samping kerosakan infrastruktur. Pengeluar akankehilangan sumber pendapatan dalam jangka masa dua-tiga bulan ini sehinggatanaman mereka dipulihkan. Dan ini mengambil masa.Sebagai langkah bantuan, kerajaan telah menyediakan pelbagai bayaran pampasankepada mangsa banjir, termasuk petani. Wang tunai sebanyak RM200 sekeluargaselepas banjir pertama melanda, RM200 selepas banjir kedua dan tambahan RM500Utusan Malaysia Online - Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0212&p...2 of 4 2/12/2007 11:54 AMapabila mereka pulang ke rumah.KerugianPampasan kepada petani-petani padi adalah (RM573 sehektar), sayur-sayuran,(RM2,000 sehektar), buah-buahan (RM1,000 sehektar), lembu (RM700 seekor) danpembiak akuakultur (RM1,500 sehektar).Jika dimasukkan kos pembersihan kawasan dan kemusnahan peralatan, mungkinpampasan ini tidak mencukupi.Menganggar kerugian ekonomi terutama untuk sektor pertanian, tidak semudah yangdijangkakan. Ini kerana ketiadaan pangkalan data yang lengkap di agensi kerajaanyang berkenaan. Jika jabatan berkenaan telah membina pangkalan data yangkomprehensif mengenai kawasan masing-masing, anggaran mudah dibuat, sekali gusmemudahkan pengiraan pampasan yang perlu diberikan.Pangkalan data yang komprehensif adalah gudang data yang dikemas kini dari tahun

Page 21: ACIK

ke tahun tentang pelbagai maklumat pertanian sesuatu kawasan daripada profil petanisehingga hasil pertanian mereka, input yang digunakan dan juga sumber input yangdigunakan.Maka, jika berlaku perubahan, beberapa anggaran boleh dibuat tentang kesanperubahan kepada sektor tersebut. Sebagai contoh, selain banjir, kita bolehmenganggar kesan kenaikan harga petrol – katakan 10 peratus kepada kospengeluaran pertanian lantas ke atas pendapatan petani dan juga harga kepadapengguna. Begitu juga, kita boleh meramal apakah kerugian ekonomi apabila banjirberlaku kepada sektor pertanian sesuatu kawasan.Anggaran yang baik membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat dan kerugiandapat dielakkan. Sebagai contoh, anggaran kerugian yang tepat, memungkinkankerajaan menganggar nilai pampasan yang ‘sewajarnya’ untuk petani memulakanpertaniannya. Juga, membantu kerajaan merancang rancangan pemulihan kawasandan juga industri pertanian.Antara gejala yang diperhatikan kesan daripada ketiadaan pangkalan data yanglengkap adalah ketirisan dalam wang bantuan yang diberikan. Temu bual denganorang kampung dan mangsa banjir, menunjukkan ketirisan wang tunai berlaku dimana wang tersebut tidak sampai ke golongan sasaran. Selain ketiadaan pangkalandata yang lengkap, ia juga berlaku kerana ketiadaan koordinasi di antara agensi yangmemberi bantuan. Pada masa yang sama, terdapat kes di mana penerima menerimawang bantuan lebih daripada satu sumber.Agensi kerajaan memang murah hati dengan bantuan. Sikap ini sungguhmembanggakan. Namun dari segi penyampaian bantuan, mekanisme sedia ada tidakdapat menjamin bantuan sampai ke golongan sasaran. Lawatan UPM menunjukkanbahawa semua agensi kerajaan yang terlibat seperti RISDA, MPOB, JabatanPertanian, Kemas, Pertubuhan Peladang, masing-masing menjanjikan bantuan kepadapetani. Gabungan jumlah yang dijanjikan memang mencukupi untuk memulihkankeseluruhan sektor pertanian. Namun banyak mana yang sampai ke tangan petaniatau pengusaha - masih boleh dipertikaikan.Mungkin skala banjir kali ini agak di luar dugaan sehinggakan kerajaan tidakbersedia dengan mekanisme yang cekap untuk menangani krisis sebegini. Walaubagaimanapun krisis banjir ini boleh digunakan sebagai satu titik permulaan baruuntuk membina satu mekanisme penyediaan pampasan ketika berlaku krisis. Semuaagensi perlu bersemuka untuk menyelaraskan sistem agihan untuk meminimumkanpertindihan dan menggunakan sumber dengan cekap.Dalam tempoh sebulan dua ini, kebanyakan petani mungkin tidak mampu memulakanpertanian masing-masing tanpa sebarang bantuan. Malah, tanpa bantuan, mungkinpetani ini akan beralih kepada pekerjaan lain setelah mengalami kerugian yang besarke atas tanaman.Pengalaman kemusnahan yang besar mungkin mendorong mereka untukmeninggalkan pertanian dan memilih pekerjaan yang memiliki risiko yang lebihrendah seperti bekerja di kilang atau di bandar. Maka, kerajaan melalui agensinyaperlu menyediakan satu pakej bantuan yang komprehensif kepada petani.Pakej ini sepatutnya merangkumi pelbagai aspek termasuk perparitan, input pertaniandan racun serangga, khidmat memulihkan tanah, benih tanaman dan yang berkaitan.Tanpa bantuan ini, sektor pertanian mungkin mengambil masa yang lebih lama untukpulih.Pada masa yang sama kemudahan infrastruktur seperti kemudahan air, elektrik,

Page 22: ACIK

komunikasi, jalan raya, sekolah dan pusat kesihatan perlu dipulihkan semula untukmembolehkan petani dan penduduk kampung meneruskan kegiatan ekonomi merekadengan licin. Dalam jangka waktu pemulihan ini, kerajaan mungkin perlu memberiperuntukan dan subsidi yang besar untuk membantu petani dan pengusaha tanimembangun semula perusahaan masing-masing. Setelah pengusaha ini mampuberdikari, bantuan boleh ditarik balik secara berperingkat.PampasanTahniah kepada kerajaan kerana membayar pampasan kepada petani untuk pemulihan perusahaannya. Namun, bagaimanakah petani harus bersedia untuk mendepanisebarang ketidakpastian di masa hadapan yang mungkin akan menjejaskanpengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka? Insurans tanaman merupakanopsyen yang mampu meminimumkan risiko pendapatan yang tidak stabil.Walaupun idea insurans tanaman telah lama diperkenalkan, namun ia tidak begitupopular di Malaysia kerana industri pertanian di Malaysia tidak dianggap lumayan.Maka syarikat insurans tidak berminat untuk menyediakan khidmat tersebut.Syarikat perladangan besar (seperti kelapa sawit) boleh meminimumkan risikomelalui strategi lindung-nilai atau hedging dalam pasaran serahan hadapan. Pekebunkecil walau bagaimanapun tidak mampu dan tidak berkemahiran untuk mengambilkedudukan dalam pasaran sebegini.Maka, insurans tanaman boleh menyediakan pampasan di masa hadapan apabilaberlaku gejala atau malapetaka. Untuk membangunkan industri insurans pertanianini, kerajaan perlu memberi insentif fiskal yang lumayan untuk mendorong syarikatinsurans menceburi bidang ini.Begitu juga, petani perlu diberi insentif untuk menyertai skim ini.Banjir memusnahkan, tetapi ia juga membawa kesedaran dan peluang baru. Krisisbanjir seharusnya membuka mata kita untuk meneliti semula apakah faktor yangmenyebabkan banjir ini berlaku dalam skala yang besar - selain faktor alam semulajadi.Sejauh manakah faktor ‘manusia’ seperti pembangunan, penebangan hutan danpembukaan tanah baru telah menjejaskan sistem eko dan saliran? Begitu juga denganpengurusan kawasan pantai dan persisiran, perparitan dan sungai. Mengapakahberlaku situasi ‘banjir termenung’? Kesemua ini perlu didiagnosis dengan teliti danterperinci untuk mendapat jawapan pasti dan untuk mengelakkan krisis yang lebihserius berlaku di masa hadapan.Pada masa yang sama, krisis ini membuka peluang kepada kerajaan untuk membinasistem infrastruktur, perparitan yang lebih canggih kerana banjir telah secara tidaklangsung memudahkan kerajaan membina sistem yang baru. Maka perancangan yangteliti perlu dibuat untuk mewujudkan sistem yang lebih cekap dan dapat bertahandengan bencana seperti ini di masa hadapan.Di sebalik kemusnahan, gejala banjir ini perlu dilihat sebagai titik permulaan baruuntuk membina sistem yang lebih bertahan untuk mengurangkan kerugian. Initermasuk sistem pampasan, pembinaan pangkalan data, pembangunan infrastrukturdan pengurusan sumber dan air yang mapan. Hanya dengan pendekatan sebegini,sektor pertanian dapat dipulihkan dan bertumbuh dengan lebih pesat.

Page 23: ACIK

Rencana: Industri Pertanian

Memperkasa Industri Pertanian Selepas Merdeka

Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju sebenarnya, bukan mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak pertumbuhan, malangnya ia dilihat dari sudut itu.Dan krisis makanan dunia serta kemelut bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika baru-baru ini membuatkan kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.Kerajaan begitu komited dan telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen “Bumi Hijau” bagi menggalakkan rakyat bercucuk-tanam termasuk sayur, ulam-ulaman dan herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.

DUA SUB SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian terbahagi kepada dua sub-sektor iaitu tanaman industri seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi, sayuran, buah-buahan, perikanan dan akuakultur serta ternakan.Menurut Dr Amin Mahir, Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan sub-sektor tanaman makanan tidaklah sepantas tanaman industri.Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60-an hingga 70-an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan perparitan dan saliran bagi penanaman padi.Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.

KEPERLUAN MENINGKAT

Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk, tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang tanpa izin.Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara diri.Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara yang mencecah RM23 bilion (2007).“Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak,” tegasnya.

DASAR YANG KONSISTEN

Page 24: ACIK

Usaha memperkasa semula sektor pertanian terutama sub-sektor makanan memerlukan dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan kerana kekurangan sumber.“Keperluan sosial-politik-ekonomi dari aspek sumber terutama dana perlu diseimbangkan,” katanya.Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk pengeluaran makanan.

PERANAN GLC

Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang lebih besar.“Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu 690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau kambing. Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi ini.“Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus diperluaskan,” jelasnya.Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan.Katanya Penunjuk Pencapaian Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan mereka terhadap dasar jaminan makanan negara.“Saya kira ini dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import, berkemungkinan kita mengeksport,” katanya.

TAK PERLU BANDING

Dr Amin berkata mana-mana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand.Kata beliau, dalam pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat ditandingi negara lain.“Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia. Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat menjadi ‘kitchen to the world’, kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal.“Jadi saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah memperkukuhkan lagi sub-sektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada import,” tegasnya.Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh dicontohi.Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan nilai.“Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai

Page 25: ACIK

contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum mencapai suatu tahap yang diharapkan,” kata Dr Amin.

NILAI SEMULA

Krisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan pengeluaran makanan terutama beras.Dunia pernah mengalami krisis makanan pada tahun 1970-an tetapi krisis makanan kini berbeza puncanya, kata Dr Amin.Sekarang, jelasnya, tanaman makanan bukan lagi berfungsi sebagai makanan manusia tetapi juga digunakan untuk makanan ternakan dan yang terbaru untuk menghasilkan bahan bakar bio.“Persaingan ini mengakibatkan penghasilan makanan manusia terhad dan melonjakkan harga barang makanan. Amerika Syarikat, pengeluar utama jagung dan gandum memberi insentif penanaman jagung untuk penghasilan ethanol (bahan baker bio) mengakibatkan pengurangan kawasan untuk tanaman gandum.“Kesannya, kenaikan harga gandum dan harga beras. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan nilai dolar Amerika memburukkan lagi keadaan. Kita perlu berhati-hati dengan bio-diesel kita kerana ia berkemungkinan menaikkan harga minyak masak,” tambah Dr Amin.

CABARAN MENANTI

Ketika kerajaan mengorak langkah memperkasa sektor pertanian negara, Dr Amin berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian.Beliau menyebut persaingan sumber antara sektor pertanian dan sektor lain sebagai satu daripada kekangan itu.“Tanah adalah sumber penting dalam pertanian. Begitu juga bagi sektor lain seperti perumahan dan pembuatan. Dalam persaingan ini, sektor pertanian yang tewas. Bukan sahaja pembukaan kawasan baru, kawasan pertanian sedia ada pun telah banyak ditukar kepada kawasan perumahan atau perkilangan.“Tanah juga hak kerajaan negeri. Jika pun terdapat kerjasama dengan kerajaan pusat, masalah seperti ketiadaan prasarana yang mencukupi di kawasan tanah yang diperuntukkan atau tanah yang diperuntukkan adalah tanah bermasalah seperti tanah masam, berbatu atau tanah yang boleh ditenggelami air laut apabila air laut pasang,” jelasnya.Bidang pertanian juga kurang diminati terutama golongan muda tempatan dan ada yang menganggap pekerjaan tani menawarkan pendapatan rendah, kotor, kerja berat dan tradisional.“Walaupun ramai di antara mereka anak petani, peneroka atau nelayan, melihatkan keadaan ibu bapa mereka, ditambah dengan tiada galakan ibu bapa, mereka ini lebih cenderung bekerja makan gaji,” katanya.Pertanian juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Justeru, rakyat negara ini perlu mengubah minda selaras dengan yang diuar-uarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ‘Pertanian Adalah Perniagaan.’Dalam hal ini, Dr Amin turut menekankan bahawa pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan sektor perindustrian menuntut peruntukan kewangan serta pelaksanaan dasar yang sama rata.Yang pasti, semua ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk memperkasa pembangunan pertanian dan menjadikan sektor pertanian pengeksport utama negara menjelang 2010!

Page 26: ACIK

MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN

Cabaran Besar Menanti Majlis Harga Negara

Penubuhan Majlis Harga Negara (MHN) dilihat sebagai satu lagi kesungguhan kerajaan untuk melindungi kepentingan masyarakat pengguna daripada terus-menerus menjadi mangsa manipulasi harga dan bekalan barangan.Di bawah MHN, tiga inisiatif bakal diwujudkan iaitu Stok Penimbal Kebangsaan, Pusat Panggilan Kebangsaan dan Kumpulan Pakar.Memandangkan Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Perdana MenteriRakyat secara keseluruhannya mengharapkan ia dapat memberikan impak seperti yang diuar-uarkan ketika penubuhannya diumumkan pada 9 Januari lepas.

PERLU SOKONGAN UNDANG-UNDANG

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Hamdan Adnan berpendapat MHN perlu disokong undang-undang untuk memastikan keberkesanannya.Ketika diminta mengulas mengenai penubuhan MHN, beliau berpendapat, tanpa undang-undang, MHN tidak ada taring.“Sekarang pun kita sebenarnya mempunyai banyak undang-undang (Akta Kawalan Harga 1946, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Kawalan Bekalan 1961) untuk melindungi kepentingan pengguna tetapi banyak juga kelemahannya selain tidak dikemaskinikan, ada yang sudah ketinggalan zaman,” katanya.Beliau yang sudah terbabit dalam bidang kepenggunaan hampir 30 tahun turut menyarankan supaya undang-undang yang sedia ada itu dikaji semula.“Kita tidak mahu rakyat menganggap penubuhan MHN ini sebagai gimik pilihan raya atau hanya sekadar penghias untuk pilihan raya. Rakyat kini menanggung keperitan kenaikan harga barangan. Kita tidak mahu ada pihak yang mempersendakan penubuhan Majlis ini,” jelas beliau.Dr Hamdan turut menyarankan supaya mekanisme yang sedia wujud di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan digunakan sepenuhnya.“Jika pun ada kelemahan, ia boleh diperbaiki atau diperbetulkan,” tambah beliau.

PENENTUAN HARGA

Harga barangan yang melonjak setiap kali musim perayaan atau apabila berlaku kekurangan bekalan sama ada tidak dapat dielakkan atau disengajakan merupakan antara krisis genting yang perlu ditangani segera.“Justeru, cabaran paling besar bagi MHN ialah bagaimana hendak menetapkan harga. Bagaimana hendak meramalkan perilaku pengguna di masa akan datang, maknanya MHN perlu tahu berapa jumlah produk yang akan menjadi permintaan.“Bagaimana hendak meramal keadaan pasaran dunia dan bila hendak menaikkan harga,” ini adalah di antara soalan yang dilontar Dr Gairuzazmi M

Page 27: ACIK

Ghani, penolong profesor, Jabatan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Secara peribadi, beliau berpendapat kerajaan tidak perlu mengawal harga.“Mengawal harga adalah satu bentuk subsidi. Banyak lagi cara untuk memberi subsidi dengan sasaran terus kepada pengguna yang memerlukan.

“Secara amnya, langkah mengawal harga memberi subsidi kepada semua orang sama ada orang itu memerlukan atau tidak. Kupon atau baucer boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan subsidi. Bukannya setiap orang perlu membayar dengan harga yang murah,” jelas Dr Gairuzazmi.

MENJADI LANGKAH AWAL

Fomca pula berharap penubuhan MHN boleh menjadi langkah awal kepada penubuhan sebuah Suruhanjaya Harga.“Kenaikan perbelanjaan sara hidup akibat peningkatan harga keperluan harian seperti makanan, pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan memberi impak ke atas kehidupan rakyat.“Untuk mengatasi kesan buruk daripada kenaikan harga, Fomca merasa amat kritikal untuk diwujudkan Suruhanjaya Harga di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai agensi pusat menyelaras, memantau dan mengawal harga barangan serta perkhidmatan di negara ini,” kata Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu.Suruhanjaya Harga itu, katanya boleh ditubuhkan di bawah undang-undang yang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan atau Akta Perlindungan Pengguna.Bagaimanapun, tegasnya, Suruhanjaya tersebut mestilah tidak tertakluk kepada kuasa mutlak mana-mana Kementerian bagi memastikan ia dapat melaksanakan tujuan penubuhannya secara rasional, objektif dan keputusannya tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

BADAN MENGAWAL HARGA

Menurut beliau, badan mengawal harga seperti Suruhanjaya Harga yang dicadangkan itu sudah wujud di banyak negara.Tambahnya, negara maju seperti United Kingdom dan Australia mempunyai badan regulatori harga, Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Bebas untuk Harga dan Regulatori.“Di negara membangun seperti Kenya dan Jamaica, ada badan kawal selia harga seperti Suruhanjaya Monopoli dan Harga serta Suruhanjaya Perniagaan Adil yang telah wujud lebih sedekad untuk memastikan perkhidmatan utiliti awam berada pada tahap yang berpatutan.“Di Singapura, wujud Suruhanjaya Persaingan dan Akta Amalan Perniagaan Adil untuk memastikan harga dan mutu barangan serta perkhidmatan pengguna berpatutan,” jelas Marimuthu.Beliau menekankan bahawa Suruhanjaya Harga akan menggalakkan kecekapan ekonomi Malaysia serta melindungi kepentingan pengguna negara ini melalui kawalan ke atas amalan anti-saingan serta tindakan dominasi pasaran.

STOK PENIMBAL KEBANGSAAN

Inisiatif menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan pula dilihat sebagai jalan keluar kepada krisis kekurangan bekalan barangan keperluan pengguna.Petrol dan minyak masak adalah antara barangan yang dikatakan akan dimasukkan dalam senarai Stok Penimbal

Page 28: ACIK

Kebangsaan ini.Secara umumnya, bekalan barangan keperluan harian bergantung kepada pengeluar atau pengimport. Bagi barangan yang diimport seperti tepung, sebahagian daripada sayur-sayuran dan hasil tangkapan laut, bekalan tempatan sudah pasti terjejas apabila berlaku masalah di negara sumber.“Dengan adanya stok penimbal ini, apabila berlaku kekurangan, kerajaan dapat mengeluarkan bekalan daripada stok penimbal bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Ini dapat menstabilkan harga,” demikian pandangan Marimuthu.Beliau turut menyenaraikan barangan yang perlu dimasukkan ke dalam stok penimbal adalah barang keperluan asas dan kegunaan harian antaranya tepung, gula, minyak masak, beras, garam, ayam dan daging.

PERLU MAKLUMAT

Bagi barang yang tidak tahan lama, kata Marimuthu, bekalan stok penimbal perlu berdasarkan maklumat bekalan daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan.“Sekiranya didapati pada masa-masa tertentu akan wujud kekurangan bekalan, kerajaan telah membuat persiapan untuk memastikan bekalan ayam dan daging telah ada dalam stok penimbal,” jelasnya.Dalam hal ini, sudah tentunya kerjasama pelbagai agensi diperlukan bagi membekalkan maklumat bekalan barang keperluan asas dengan kadar yang konsisten dan tepat.Badan yang menyelenggarakan Stok Penimbal Kebangsaan ini juga perlu sentiasa peka tentang keadaan semasa dan akan datang bagi memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi.

LAGI CADANGAN UNTUK STOK PENIMBAL

Marimuthu berpendapat, kerajaan juga perlu mewujudkan sistem amaran tentang bekalan barang keperluan pengguna.“Sekiranya didapati bekalan barang keperluan harian tertentu akan mengalami kekurangan kerana faktor cuaca, peperangan, peningkatan harga bahan mentah di peringkat antarabangsa, maka amaran awal perlu dimaklumkan kepada badan yang menyelenggara stok penimbal.“Ini adalah penting supada badan berkenaan dapat menyimpan barang keperluan dengan jumlah yang mencukupi sehingga masalah tersebut selesai,” kata Marimuthu.Bagi Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, beliau berharap pihak yang mengendalikan Stok Penimbal Kebangsaan ini akan mengambilkira isu kehalalan sumber dan tempat penyimpanan produk.Beliau yang turut menyokong penubuhan Suruhanjaya Harga berkata Dasar Stok Penimbal Kebangsaan juga perlu memberi keutamaan kepada golongan rakyat yang susah.“Sebahagian daripada stok penimbal ini juga perlu disalurkan kepada rakyat bukan sahaja apabila berlaku bencana alam tetapi diagihkan kepada mereka yang susah,” tambahnya.

SEJAUH MANA BERKESAN STOK PENIMBAL

Persoalannya sekarang ialah apakah stok penimbal dapat menyelesaikan isu kenaikan harga barangan?Menurut Dr Gairuzazmi, stok penimbal mungkin dapat mengurangkan harga untuk jangka masa pendek tetapi mungkin tidak untuk jangka masa panjang.“Sebagai contoh, kerajaan mempunyai stok minyak masak. Apabila berlaku kekurangan, kerajaan boleh menambah bekalan. Jika harga dijangka meningkat secara tak

Page 29: ACIK

menentu, stok penimbal tidak akan membantu.“Sekiranya MHN dapat meramalkan permintaan dengan baik, pada pandangan saya tidak perlu ada stok penimbal. Tambahan jika kerajaan boleh memaksa pengeluar menambah pengeluaran serta merta, tidak perlu juga timbul keperluan mengadakan stok penimbal. Sekiranya pengeluar tidak mampu berbuat demikian, maka perlulah diwujudkan stok penimbal ini,” jelasnya.Walau apa pun cabaran yang bakal dihadapi MHN, komitmen serta kerjasama semua pihak sudah tentu diperlukan bagi memastikan MHN dapat lebih bertindak seperti yang diharap-harapkan.

Mungkin juga terlalu awal untuk membuat penilaian sejauh mana keberkesanannya Majlis ini namun yang pasti masyarakat pengguna negara ini menaruh harapan besar supaya MHN akhirnya dapat melindungi kepentingan mereka!

– BERNAMA

Page 30: ACIK

Lahirkan belia kreatif, berinovasi

Oleh ROHANA [email protected]

KEHIDUPAN belia yang diharungi hari ini begitu mencabar. Ia berbeza dengan apa yang ditempuhi belia beberapa dekad lalu. Seiring dengan perkembangan zaman, kriteria yang harus dimiliki oleh belia iaitu kumpulan usia antara 15 hingga 40 tahun juga perlu berubah. Belia berinovasi, kreatif, berdaya saing dan bertenaga menjadi tuntutan masa kini terhadap kualiti diri yang mesti dimiliki oleh setiap mereka. Jika tidak, mereka pasti ketinggalan.Menyedari sumbangan kumpulan belia begitu besar kepada pembangunan negara, maka tidak hairanlah tema Hari Belia Negara 2010 yang dipilih adalah ‘Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara’.Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Fathul Razi Bakri berkata, memandangkan 41.5 peratus penduduk negara terdiri daripada golongan belia, maka kerajaan begitu fokus dalam menyusun program dan latihan yang boleh membantu melahirkan belia kreatif dan berinovasi. Menurutnya, jumlah penduduk Malaysia kini pada keseluruhannya adalah 28.9 juta dan daripada bilangan itu, sebanyak 11.9 juta (41.5 peratus) adalah belia.Justeru, katanya, jumlah yang besar ini begitu bermakna buat kerajaan dan kerana itu, peluang dan pengiktirafan harus diberi untuk mereka menerobos alaf baru dengan penuh jaya. “Setiap tahun, kerajaan mengadakan sambutan hari belia bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam pelbagai bidang. Peluang juga dibuka untuk mereka menceburi dan mengasah kemahiran dalam bidang-bidang yang diminati.“Pengiktirafan yang diberi dalam bentuk anugerah dan lain-lain itu bertujuan menyemarakkan lagi semangat anak muda untuk berubah ke arah kecemerlangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya.Sambutan Hari Belia Negara 2010 akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 14 hingga 16 Mei di Putrajaya.Sebanyak 88 acara meliputi kesenian, sukan, ekspo dan pameran, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan, kemajuan dan pengiktirafan belia serta kreatif dan inovatif akan diadakan sepanjang karnival tersebut berlangsung.Acara-acara itu akan diadakan di sekitar Putrajaya seperti di Dataran Putra, Persiaran Perdana, Taman Cabaran, Pusat Ekuestrian, Pusat Sukan Air, Taman Pancarona, PICC, Masjid Putra, Taman Wetland dan Jambatan Putra.Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 pula akan diadakan pada 15 Mei dan dijangka kira-kira 250,000 belia dari seluruh negara akan menghadirinya.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berucap pada petang hari tersebut,

BERATUS ribu golongan belia dijangka berkampung di Putrajaya hujung minggu ini.

Page 31: ACIK

manakala bacaan ikrar belia turut diadakanMengulas lanjut, Fathul berkata, terdapat kira-kira 7,000 pertubuhan belia dari seluruh negara telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, pihaknya mengalu-alukan sebarang penganjuran aktiviti belia dengan memberi sokongan sama ada dalam bentuk latihan atau kewangan.“Pertubuhan belia kini meliputi di peringkat kampung, daerah, bandar dan negeri. KBS juga mempunyai jalinan kerjasama erat dengan Majlis Belia Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menganjurkan program untuk belia,” katanya.Beliau menekankan bahawa potensi belia perlu digilap menerusi latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pihak kementerian.“Misalnya, jika seseorang itu meminati kesenian, maka kami mahu belia tersebut turut mencipta perkara-perkara baru yang boleh diketengahkan dalam bidang kesenian.“Begitu juga, jika beliau mahu menggilap kemahiran dalam bidang teknikal atau vokasional, maka kami akan mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan atau sektor swasta berkaitan bagi menyediakan latihan untuk mereka,” ujarnya.Menurutnya, jika belia tidak dapat mencari pekerjaan untuk ‘makan gaji’, itu bukan penamat buat hidupnya kerana banyak peluang dalam pelbagai sektor boleh diteroka seperti pertanian, penternakan, industri, kemahiran bengkel dan lain-lain. Katanya, jika belia tidak meminati bidang-bidang tersebut kerana beranggapan ‘tidak glamor’, maka mereka boleh menceburi kerjaya lain, misalnya sebagai pramugara atau pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.“KBS telah menjalin kerjasama dengan AirAsia untuk melatih belia yang layak dan berminat bekerja di awam biru,” katanya lagi.Beliau berkata, iklan-iklan mengenai peluang tersebut diwar-warkan di dalam media dari semasa ke semasa.Malah, katanya, belia di kampung atau daerah boleh merujuk kepada wakil rakyat masing-masing untuk mengetahui tentang peluang-peluang latihan dan kemahiran yang ditawarkan itu.“Ini bermaksud, wakil rakyat perlu menyampaikan apa sahaja mesej dan maklumat yang disalurkan oleh kerajaan agar ia sampai ke peringkat akar umbi,” katanya lagi.Sementara itu, mengulas mengenai Anugerah Belia Negara, katanya, nama-nama pemenang akan diumumkan menjelang sambutan hari belia tahun ini.Katanya, salah satu kategori anugerah iaitu Anugerah Cabaran Malaysia Boleh diwujudkan khusus untuk memberi pengiktirafan kepada belia-belia yang berjaya mencipta rekod yang luar biasa seperti berenang merentasi Selat Inggeris, menawan tujuh puncak tertinggi dunia dan lain-lain.“Anugerah ini adalah untuk belia yang berjaya menyahut cabaran Malaysia Boleh menerusi apa sahaja bidang yang diceburi dan pencapaiannya pula mestilah luar biasa,” tambahnya.

Page 32: ACIK

Bola dan produktiviti

Biasanya keadaan lalu lintas di ibu negara sekitar pukul 10 hingga 12 malam pada malam Sabtu, agak sibuk. Kelmarin, keadaan berbeza. Semuanya kerana satu perkara - perlawanan pertama bola sepak Piala Dunia antara tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico. Ramai yang berada di depan televisyen sama ada di rumah mahu pun di restoran serta lobi hotel yang menyediakan layar raksasa.Begitulah penangan bola sepak Piala Dunia, sukan paling popular. Malam tadi, suasananya juga sama pada perlawanan yang menyaksikan Korea Selatan menewaskan Juara Eropah 2004 Greece 2-0. Terlalu banyak perkara yang boleh diperkatakan apabila menyentuh Piala Dunia. Ramalan, kejutan, drama, aksi bintang, daya juang dan analisis perlawanan. Berjayakah Maradona membawa Argentina menjulang Piala Dunia, apakah Amerika Syarikat akan melakukan kejutan dan mampukah Samuel Eto'o serta Wayne Rooney menyinar adalah antara persoalan menarik. Itu belum bercakap tentang gejala judi haram, isteri dan anak-anak yang asyik ditinggalkan di rumah kerana trend menonton di luar dan golongan wanita yang makin menggilai bola sepak. Ternyata Piala Dunia mencuri banyak perhatian. Perdana Menteri dalam ucapan RMK-10 turut menggunakan analogi kerjasama dalam pasukan bola sepak bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Tidak kurang juga akan menenggelamkan banyak program dan aktiviti yang telah diatur termasuk Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung sekarang. Awang tidak faham mengapa temasya sukan itu diadakan pada musim Piala Dunia. Tiadakah pilihan waktu lain supaya kesan penganjurannya turut meresap kuat di sanubari rakyat? Sebahagian perwakilan dalam Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Kota Bharu, khabarnya juga tidak bermaya kerana mengantuk menonton perlawanan awal pagi. Awang berharap agar demam Piala Dunia tidak akan menjejaskan produktiviti dan kualiti kerja kita semua. Awang juga peminat bola sepak tetapi janganlah kita keterlaluan sehingga menjadi leka dan hilang tumpuan kepada tugas serta tanggungjawab.Ada satu hal lagi yang Awang teruja apabila tiba musim Piala Dunia iaitu ia menjadi masa terbaik untuk kita mengurangkan, kalau tidak pun melupakan isu politik yang selalunya merimaskan. Terlalu banyak hal dan kemelut politik, memang tidak baik. Piala Dunia boleh menjadi penawar buat sementara.

Page 33: ACIK

Zionis akan kalah

Sebagai manusia, Tuhan menghiasi diri kita dengan dua sikap dan sifat yang saling bertentangan. Sifat yang mulia akan menjadikan manusia makhluk yang disayangi dan dihormati oleh seluruh kehidupan. Mereka yang mengambil keputusan bertindak dengan cara yang berbeza kelaziman, akan terus dikutuk dan dipersenda oleh sesama makhluk, walaupun dirinya itu sebenarnya adalah manusia yang terbaik.Dalam kehidupan bermasyarakat, ada peribahasa mengatakan, dalam masyarakat manusia ada binatang. Ini jelas menggambarkan bahawa manusia yang dilengkapi akal fikiran, peraturan dan norma kehidupan akan terus melakukan sesuatu yang bertentangan, iaitu menyamai tingkahlaku binatang.Dalam al-Qur'an sifat manusia yang mengamalkan tabiat kebinatangan ini banyak terkandung dalam kisah-kisah yang memerihalkan tentang masyarakat Yahudi dan Nasrani. Sejak manusia hidup dan bermasyarakat, ada pendapat mengatakan bahawa manusia adalah "haiwan bermasyarakat". Apakah maksudnya 'haiwan bermasyarakat", kenapa tidak dinyatakan sahaja sebagai "individu atau manusia bermasyarakat"?Petunjuk ini menjadi lebih jelas apabila kita memerhatikan kandungan al-Qur'an yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). (al-Baqarah, ayat 120)Kenapa orang-orang Yahudi dan Nasrani? Jawabnya mungkin boleh kita menyelusuri sejarah. Sejak berzaman lagi dua bangsa itu merupakan yang paling banyak melakukan kejahatan di muka bumi ini sehingga menjadikannya sebagai bangsa yang merempat di seluruh pelosok dunia. Bangsa Yahudi, bangsa yang banyak melahirkan bijak pandai dan pemikir tersohor, hingga sekarang tidak dapat diterima sebagai bangsa yang bermoral dan boleh dipercayai, kerana sentiasa mengkhianati janjinya.Yahudi yang merempat di seluruh dunia, mendapat semangat baru apabila Theodor Herzl mengeluarkan doktrin bahawa bangsa itu merupakan bangsa yang mulia, manakala bangsa-bangsa lain adalah berjiwa binatang. Doktrin ini kemudiannya dikembangkan oleh para pendeta mereka, sehinggalah kematian seorang rabbi pada 7 Jun lalu kita mendapat gambaran bahawa, Elayanhu yang berumur 79 tahun berkata: "Jika kita membunuh 1,000 orang mereka (Palestin) tidak berhenti, maka kita bunuhlah 10,000. Jika mereka juga tidak berhenti, maka bunuhlah 100,000 orang. Jika tidak juga berhenti, bunuhlah semuanya." Doktrin yang dikeluarkan pada tahun 2007 itulah menyemarakkan semangat Zionis untuk terus menghukum bangsa Palestin, apabila menyerang Gaza, menyekat pelbagai bentuk bantuan, mengenakan tekanan dan seterusnya menyiksa kanak-kanak dan wanita sebagai dorongan pembersihan etnik.Berdasarkan pegangan dan ideologi Zionisme, penganutnya beranggapan bahawa membunuh bangsa yang bukan berketurunan Yahudi adalah satu tindakan yang mulia serta disuruh oleh Tuhan, kerana bangsa lain selain Yahudi menjadikan dunia berada dalam ketidaktentuan dan bersengketa. Bangsa Yahudilah yang mampu mengamankan dunia, dan kerana itulah mereka terus berslogan "sebagai bangsa pilihan", orang Yahudi boleh melakukan apa sahaja kerana "tujuan menghalalkan cara."Perlu dicungkilkan kembali sejarah, orang Yahudilah merupakan bangsa yang bertindak membunuh nabi-nabi. Mereka tidak pernah

Page 34: ACIK

puas dengan segala tindakan yang telah dibuat. Mereka sering mengkhianati janji.Mereka menentang para Nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita kejahatan dan keburukan mereka dan mendedahkan segala rahsia mereka kepada Rasulullah saw.

Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabadikan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat- malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir. (Al-Baqarah: 97-98).Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (Jibril), maka sesungguh dia itu mengisytiharkan perang terhadap-Ku.

Adakalanya tindakan pelampau Yahudi turut mencabar kuasa Tuhan. Apabila Tuhan menurunkan seorang nabi bagi membetulkan akidah mereka, mereka tidak mengendahkan malah mencabar agar Tuhan memberikan mereka seorang nabi yang boleh mengabdikan diri dengan kehendak mereka. Mereka memerlukan nabi yang khusus, yang mematuhi secara mutlak keinginan mereka walaupun melanggari norma- norma yang ditetapkan oleh Tuhan.Menganalisis sindiran, ungkapan dan petunjuk al-Quran, hampir semua yang kita temui adalah menggambarkan sisi negatif bangsa Yahudi. Mereka juga digambarkan paling banyak melakukan perubahan prinsip dan menyimpang akidah, kerana mereka amat meyakini kerasionalan pemikiran tanpa perlu merujuk kepada kuasa lain yang lebih besar dan kuat.Mereka menjadi sombong dan bongkak kerana sebahagian besar nabi-nabi yang diutuskan memimpin manusia adalah dari kalangan bani Israel. Terbit dari rasa bangga itulah mereka akhirnya menanggap Yahudi itu adalah bangsa pilihan, bangsa istimewa yang diberikan kedudukan oleh Tuhan. Tuhan amat menyayangi bangsa Israel, kerana itulah penubuhan negara Israel terus dilihat sebagai penubuhan sebuah negara yang pernah dijanjikan. Tanah Palestin adalah "tanah yang dijanjikan" dan tindakan ganas mereka adalah satu tindakan yang tidak pernah tertakluk kepada mana-mana peraturan. Namun janji Allah swt tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam, Yahudi itu. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya. (At-Taubah: 33).Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis, daripada Abu Hurairah, di mana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.' Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah apabila umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah. Mereka bersatu di bawah naungan

Page 35: ACIK

kehambaan kepada Allah swt sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, asabiah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Hakikat sebuah perpaduan

SEJARAH bukan ditulis oleh para sejarawan atau sarjana sahaja tetapi juga oleh tokoh-tokoh politik yang mengisahkan pelbagai peristiwa gembira atau sedih yang mereka alami. Seperti Memoir Politik Asri Meniti Arus (UKM 1993).Lalu dicatat antara lainnya betapa seorang semasa muda pernah menjadi penoreh getah dan kemudian menjadi Menteri Besar diundang berkongsi kuasa oleh seorang yang berkaki ayam ke sekolah ketika mula belajar di sekolah rendah dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.Segalanya berlaku dalam arena politik yang tidak terperi luasnya dalam Malaysia merdeka dan selepas tragedi 13 Mei. Kerana, pelbagai kaum, agama dan budaya terlibat.Dengan persetujuan yang dicapai antara Perikatan dengan Pas pada 28 Disember 1972, maka Datuk Asri Haji Muda menjadi Menteri Tanah dan Galian dan tugas-tugas khas dalam Kabinet Tun Razak.Lain hal berlaku kemudiannya dalam muktamar Pas ke-28 di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1982 yang membawa kepada saat akhir Asri dalam Pas. Ucapan dasar beliau sebagai Yang Dipetua Pas tidak diterima oleh muktamar.Lalu disebut mengenai suasana muktamar dipenuhi dengan gambar-gambar tokoh Revolusi Iran serta pekikan dan laungan. Kisah beliau bersambung: “Malah pekikan Marakbar Asri berselang-seli dengan kalimah suci Allahhuakbar. Ketika itu banyak orang yang tahu makna “marakbar Asri” yang bererti “mampuslah Asri” dan saya mencatatkan peristiwa ini hanyalah sekadar untuk kenangan sejarah bagi generasi akan datang”.Kata pengantar bagi memoir Asri ditulis oleh Wan Hashim Wan Teh, dahulu pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM. Antara lain dicatat: “Semasa berada di Padang Rengas buat kali ketiganya pada 1950, iaitu setelah mendirikan rumahtangga dengan Sakinah Haji Junid, Mohd Asri berkesempatan menyumbangkan bakatnya dalam bidang persuratan terutama menulis cerita pendek.“Semasa tinggal di Padang Rengas, Mohd. Asri hidup cara orang kampung membuat pelbagai pekerjaan seperti menoreh getah, membuat kain batik, bersawah serta menjual ikan”.Dalam penglibatan awal politiknya Asri berdamping dengan Dr. Burhanuddin, ketua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Ahmad Boestaman, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) dan beliau kemudian menyertai Pas hingga menjadi penolong kepada Setiausaha Agung Pas.“Namun, kerjanya adalah pelbagai termasuk menyapu sampah, membersihkan pejabat, menulis surat serta minit mesyuarat dan sebagainya”.Selanjutnya beliau kembali ke Kelantan untuk bergiat di kawasan Pantai Timur hingga Pas mencapai kemajuan pesat.Asri menyebut mengenai kerjasama Pas dengan UMNO (Perikatan) mulai 1 Januari 1973 “ untuk menukar ragam politik yang penuh dengan onak dan duri, namun demikian masih ada lowongan yang boleh ditembusi”.Usaha ke arah perpaduan bermula daripada pertemuan dengan Tun Razak di bangunan Parlimen selepas Peristiwa 13 Mei. Darurat telah diisytiharkan, Perlembagaan Negara digantung dan Dewan Parlimen serta Dewan Negeri dibekukan. Negara diperintah oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara).Asri menambah, “Dalam suasana yang sedemikianlah saya tiba-tiba dijemput oleh Perdana

Page 36: ACIK

Menteri Tun Abdul Razak untuk bertemu di Kuala Lumpur, saya datang ke Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang tentera, kira-kira tiga hari selepas berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969”.

Menurut beliau kerajaan campuran Pas-Perikatan (UMNO) memberi sumbangan “amat tinggi nilainya dari segi hakikat perpaduan dan keharmonian umat. Simpang-siur pertarungan politik di kalangan bangsa Melayu telah reda”.Keadaan berubah dalam Pilihan Raya Umum 1974 yang “menyaksikan suatu pertarungan yang hebat dan luar biasa apabila banyak anggota Pas yang tidak senang dengan kerjasama dalam Barisan Nasional”.Bagi Asri selanjutnya “cuaca tidak selamanya kekal, ada kalanya panas terik dan ada kalanya hujan lebat hingga banjir”.Beliau juga menulis mengenai isu kafir-mengkafir dan Revolusi Iran. “Di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan khususnya, telah muncul beraneka kejadian yang dimulai dengan kafir-mengkafir sesama sendiri yang mengakibatkan perpecahan masyarakat, bahkan perpaduan keluarga.“Anak berpecah dengan bapa, suami isteri berkelahi dan jadilah masyarakat yang dibahagi-bahagikan oleh perbezaan politik yang menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan lahirnya dua masjid semukim dan kubur yang berasingan”.Asri akhirnya meletakkan jawatan Yang Dipetua Agung Pas dengan kandungan surat, antara lain berbunyi: “Maka saya telah mengambil keputusan menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan muktamar Pas ke-27 yang lalu yang telah memilih saya menjadi Yang Dipertua Agung Pas bagi tempoh 1981-1983”.Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992. Semoga Tuhan mencucuri rahmat baginya. Al-Fatihah.

Page 37: ACIK

Pentingnya kesukarelaan dalam pertubuhan belia

BELIA didefinisikan menurut Akta Belia Dan Pembangunan Belia 2007 merupakan mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Definisi itu sekali gus mengelaskan seramai 11.9 juta penduduk Malaysia dalam kumpulan belia. Namun begitu, jumlah yang menyertai pertubuhan belia kurang tiga juta orang. Ke mana perginya belia kita terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang majoritinya adalah belia. Persoalan itu seterusnya menjadi penyebab mengapa pertubuhan belia di negara ini ketandusan pemimpin berpendidikan tinggi. Pendidikan dan kelulusan pengajian bukanlah satu-satunya kayu pengukur sebenar bagi menilai kualiti kepimpinan sesebuah persatuan, tetapi masyarakat yang dipimpin rata-ratanya menganggap keintelektualan merupakan elemen utama seseorang pemimpin, apatah lagi jika memimpin golongan belia yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti.Jika hari ini pelajar-pelajar IPT ditanya mengenai pertubuhan belia, kebanyakan mereka tidak peka mengenai peranan pertubuhan itu, malah ada yang langsung tidak tahu mengenai kewujudan pertubuhan belia. Jadi, untuk siapakah pertubuhan belia jika ia bukan sebagai platform kepada belia? Di bawah Majlis Belia Malaysia sahaja terdapat 40 persatuan belia yang aktif digerakkan oleh golongan belia di pelbagai peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Itu belum termasuk ratusan pertubuhan pelajar yang merangkumi pelbagai teras ilmu yang dinaungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan golongan pelajar tidak berminat melibatkan diri dalam persatuan belia. Antaranya adalah ketaksuban pelajar mengejar keputusan peperiksaan cemerlang sehingga mengabaikan pendidikan dari sudut lain. Kesilapan utama adalah akibat tanggapan masyarakat yang salah mengenai pendidikan itu sendiri. Pendidikan sentiasa disamakan dengan kelulusan pelajaran seperti markah peperiksaan, purata nilai gred dan pelbagai jenis penilaian pendidikan formal yang lain. Pendidikan dari segi moral, pergaulan, khidmat sosial dan kemasyarakatan semakin diabaikan, kesan ketaksuban terhadap pendidikan formal. Salah tanggapan itu bukannya baru, tetapi dididik sejak dari sekolah rendah lagi. Sikap memandang remeh terhadap pendidikan tidak formal ini akhirnya menanamkan salah anggap dalam diri pelajar sehingga meningkat dewasa.Faktor seterusnya adalah kurangnya sikap kesukarelaan dalam diri pelajar IPT. Kegiatan di dalam persatuan belia banyak melibatkan semangat sukarela sesuai dengan peranannya sebagai salah satu cabang badan bukan kerajaan (NGO). Penulis selalu terdengar jenaka pemimpin-pemimpin belia yang menyebut perkataan NGO sebagai ‘Non-Gaji Organization’. Tidak dinafikan wang, upah, ganjaran dan seumpamanya menjadi satu kemestian, namun jika itulah yang menjadi buruan, sampai bilakah pertubuhan belia mampu menjadi NGO yang sebenar? Kesukarelaan merupakan elemen yang paling penting dalam menjayakan sesebuah pergerakan pertubuhan belia. Ia melibatkan pengorbanan yang tidak ternilai dari segi tenaga dan juga masa yang tak

Page 38: ACIK

mungkin mampu disamakan dengan nilai wang. Hanya itulah pengorbanan yang amat diharapkan daripada golongan terpelajar di IPT. Selain itu, pandangan masyarakat terhadap golongan belia di IPT juga memainkan peranan dalam meletakkan golongan itu di satu kedudukan yang menjadikan mereka sekurang-kurangnya pemimpin orang muda. Kebanyakan masyarakat masih lagi menganggap pelajar IPT sebagai ‘budak’, lantas tidak memberikan keyakinan kepada mereka untuk memimpin.

Sikap inilah yang melemahkan semangat pelajar IPT untuk menyertai kepimpinan belia di peringkat persatuan. Masalah inilah juga yang mengundang situasi kucar-kacir di dalam beberapa persatuan belia pada 2007 apabila kerajaan mengehadkan umur pemimpin persatuan belia kepada bawah 40 tahun menerusi Akta Belia dan Pembangunan Belia 2007. Itulah yang berlaku apabila golongan yang dianggap sebagai ‘budak’ selama ini diberi amanah yang besar oleh kerajaan. Persoalannya, sampai bilakah pelajar IPT ingin terus dianggap tidak matang sehingga tidak diberi peluang memimpin masyarakat?Kerajaan cukup peka terhadap hal ini dan amat menghargai peranan persatuan belia sebagai sebuah platform yang mendidik pemimpin muda. Hal ini dibuktikan dengan pengumuman bajet RM10 juta bagi tujuan aktiviti persatuan belia di negara ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari Belia peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Mei lalu.Amat rugi jika kepercayaan yang dilemparkan oleh pihak kerajaan kepada persatuan belia tidak disambut dengan kesungguhan dan tanggungjawab melalui penglibatan belia terutama pelajar IPT di dalam persatuan belia. Jika lebih 50 tahun lalu, belia di IPT memainkan peranan yang besar bagi mencapai kemerdekaan, tidak mustahil hari ini golongan inilah yang akan sekali lagi melakar sejarah dan menjadi peneraju kepada kemajuan dan kemakmuran Malaysia.

Page 39: ACIK

Medan raikan belia Malaysia

Oleh EZARUDDIN ABD. RAHMAN

MULAI hari ini hingga Ahad, Putrajaya akan dihuni oleh generasi muda daripada seluruh negara. Sambutan hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010 berlangsung di Putrajaya merupakan program terbesar untuk belia Malaysia. Pelbagai sambutan telah diatur dan disusun untuk menanti kehadiran belia di seluruh negara. Sambutan ini akan menjadi perkampungan terbesar belia negara di Malaysia disebabkan hampir seluruh Putrajaya akan digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti program belia.Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanat beliau kepada belia pada 15 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC). Golongan muda pada hari ini sudah terpesona dengan gaya kepimpinan Perdana Menteri yang dekat dengan hati mereka kerana sikap turun padang beliau. Perdana Menteri boleh bersantai bersama anak muda di kedai-kedai kopi. Fenomena kelesuan belia telah berlalu. Belia semakin rancak setelah Akta Belia dikuatkuasakan. Gerakan belia semakin hebat dan menunjukkan penyertaan daripada golongan muda. Jika dahulu golongan belia tidak mahu berpersatuan kerana bosan dengan pemimpin pertubuhan belia liat untuk melepaskan jawatan mereka. Malah ada yang memegang jawatan pertubuhan belia dalam usia lebih daripada 50 tahun. Dahulu golongan muda diberikan jawatan sebagai ketua kompang dan pemegang bunga manggar malah hanya diberikan jawatan sebagai pengerusi AJK jamuan. Peranan golongan belia dalam pertubuhan belia dipinggirkan malah dianaktirikan kerana mereka masih ditakrifkan sebagai pemimpin belum matang . Banyak pertubuhan belia ketika dahulu berhadapan dengan masalah kekurangan pemimpin pelapis berwibawa apabila mereka melepaskan jawatan kerana sikap pemimpin lama yang menyekat generasi baru dalam kepimpinan mereka. Pada waktu ini, kita masih mencari ikon belia yang hebat yang mempunyai idealis yang boleh menarik minat golongan belia. Kita masih ketandusan pemimpin belia yang lantang berhujah dan berpidato dalam memimpin gerakan belia di negara ini. Pada hari ini, masih ramai lagi generasi muda tidak mengetahui kewujudan Majlis Belia Malaysia (MBM). Gabungan pertubuhan belia ini perlu diperkasakan lagi dalam memastikan golongan belia menghargai kewujudan MBM. Mungkin sikap pemimpin MBM tidak mahu menonjolkan diri ataupun MBM tidak mempunyai taring lagi dalam gerakan belia di negara ini. Bagaimana kita ingin meletakkan MBM sebagai organisasi penting kepada belia? MBM perlu memikirkan kaedah untuk turun padang bertemu anak muda.Tidak menghairankan jika ramai belia tidak menyertai persatuan belia kerana belum ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan golongan berusia 15 hingga 40 tahun menyertai pertubuhan belia. Sebaliknya kita akan hairan jika ramai generasi muda tidak mengetahui kewujudan MBM.Pada hari ini orang muda dulu dan sekarang berbeza, mereka mempunyai pelbagai cita rasa dan kehendak. Ramai pemimpin belia hari ini mengadakan program untuk

Page 40: ACIK

melonjakkan nama mereka dahulu sehingga banyak program yang diadakan sangat membosankan dan tidak langsung menarik minat orang muda. Pemimpin belia pada hari ini perlu mengikis sikap ego mereka dan sentiasa mendampingi anak muda. Program perlu mengikut kehendak orang muda pada masa kini.

Kini program-program seperti aktiviti lasak mula mendapat tempat di hati masyarakat. Orang muda pada ketika ini sudah malas dan muak mengikuti program seminar dan konvensyen kerana ia tidak secocok dengan jiwa mereka. Oleh itu banyak program seminar dan konvensyen yang dianjurkan oleh pertubuhan belia dipenuhi oleh mahasiswa universiti sahaja. Golongan muda kini lebih suka mengikuti program lasak seperti mendaki gunung, pertunjukan kereta, meneroka gunung dan hutan, futsal, berakit dan pelbagai program lain. Inilah hakikat yang harus pertubuhan belia terima kerana aktiviti di dalam dewan tidak lagi menarik minat orang muda dan mereka lebih suka aktiviti luar. Golongan belia harus diberikan kebebasan yang luas kepada orang muda untuk mengadakan program mengikut kehendak mereka. Mereka mempunyai kreativiti dan jiwa mereka sangat berbeza dengan cita rasa pemimpin belia. Kehendak pemimpin belia kita hanya ingin mengadakan program seminar, konvensyen, mesyuarat dan bengkel. Sambutan Hari Belia Negara 2010 diharapkan Kementerian Belia dan Sukan dan MBM telah mendengar suara kehendak generasi muda pada hari ini. Pelbagai program seperti Jambori Pengakap, pertandingan Futsal, Karnival jualan belia, persembahan band, pertandingan cheer leading, pameran kereta dan motor, cabaran Sukan Lasak, aktiviti sukan dan pelbagai program lain telah disusun membuktikan suara anak muda didengar oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sambutan Hari Belia Negara 2010 adalah satu permulaan untuk meraikan kehendak belia, bukan meraikan kehendak pegawai Kementerian Belia dan Sukan. Semoga sambutan Belia Negara 2010 akan dipenuhi oleh generasi muda dan menarik anak muda yang selalu lepak di Bukit Bintang untuk datang ke Putrajaya pada minggu ini. Menteri Belia dan Sukan, Pegawai dan pemimpin belia perlu kurangkan protokol dalam sambutan pada kali ini untuk mendekatkan mereka dengan anak muda. Hari Belia Negara perlu mewujudkan mood untuk anak muda Malaysia kerana ini adalah medan mereka untuk bersuara dan meluahkan perasaan. Program Kementerian Belia dan Sukan dan MBM perlu menggunakan pendekatan sentuhan program dengan hati anak muda. Ini kerana selama ini hubungan kementerian dan anak muda sangat jauh dan terlalu banyak protokol.

Penulis ialah Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia

Page 41: ACIK

Belia Jaguh Negara

SAMBUTAN Hari Belia Negara 2010 selama dua hari yang bermula hari ini adalah satu pengiktirafan kepada belia di negara ini.Meskipun ia adalah satu era penuh cabaran kepada belia hari ini, dengan ramai yang terdedah kepada gejala negatif, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Datuk Fathul Razi Haji Bakri berpendapat di sebaliknya."Meskipun ramai belia hari ini sering dikaitkan dengan masalah sosial, namun bagi JBS masih ramai belia yang menempa kejayaan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan adalah penjana kepada nilai dan ekonomi negara," katanya."Mungkin ianya tidak melibatkan pencapaian yang boleh diukur mengikut semasa menyebabkan kurangnya tumpuan pihak media. Jika ada berita-berita mengenai anak muda, ia lebih kepada gejala sosial seperti buang bayi, rempit dan dadah."Seolah-olah yang negatif sahaja. Sedangkan pencapaian mereka dalam sesuatu bidang tidak ditonjolkan. Saya fikir, kita perlu ada perubahan minda supaya kecemerlangan anak muda dapat ditonjolkan," ulas beliau.

MENDEKATI BELIA

Mengambil pendekatan memahami golongan anak muda, JBS kini menumpukan kegiatannya kepada golongan muda yang berada dalam organisasi seni kreatif, NGO belia, agensi kerajaan dan swasta.JBS menyedari bahawa gerakan belia hari ini penuh dengan kreativiti dan inovasi dalam apa jua aktiviti mereka, yang menurut beliau adalah selaras dengan pemilihan tema pada tahun ini 'Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara'.Malahan, kata Fathul Razi, belia hari ini masih perlu terus diberi bimbingan dan pimpinan, ruang dan peluang untuk menjana inovasi dan kreativiti mereka.Belia mengikut garis panduan Dasar Belia Negara adalah mereka yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun hendaklah juga diberi sokongan dari segi potensi dan sekaligus menjadikan mereka model ataupun idola kepada anak muda yang lain.Bagaimanapun, menurut Fathul Razi, cabaran untuk menjadikan mereka sebagai modal insan adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian dan kecemerlangan golongan ini.Di sinilah Fathul Razi percaya bahawa 'model ikutan' boleh banyak membantu selain daripada menjalani proses latihan, pendedahan dan galakan. TIDAK TERBATAS

KEPADA SUKAN

Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sukan dan juga belia, Fathul Razi turut berharap agar persepsi yang mengatakan kementerian dan JBS melebihkan pembangunan sukan daripada pembangunan belia. Beliau berpendapat, kurangnya hebahan atau maklumat mengenai kejayaan belia selain di bidang sukan adalah antara faktor yang menunjukkan seolah-olah pihaknya melebihkan pembangunan sukan. Menurutnya, gerak kerja KBS adalah seimbang dan berterusan berasaskan kepada peruntukan yang diperoleh dan tidak ada perbezaan dengan peruntukan pembangunan

Page 42: ACIK

sukan. "Pembangunan belia digerakkan di setiap peringkat di daerah dan negeri. Ruang-ruang pembangunan belia bertumpu kepada keusahawanan dan kemahiran selain program Rakan Muda berasaskan keperluan dan kehendak anak muda. BELIA ELITPihak kementerian kini dalam usaha melahirkan golongan belia elit iaitu menerusi sistem memberikan bintang (star rating) kepada persatuan-persatuan yang dianggap cemerlang. Selain itu, latihan berterusan akan diberikan kepada kelompok yang berpotensi dijadikan 'model ikutan'. Menerusi kesedaran berterusan, barulah para belia akan melihat peri pentingnya mereka menyediakan diri, dan menyumbang secara positif kepada negara, kepada masa depan mereka sendiri dan generasi seterusnya. Selain itu, JBS sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam merangka dan mengurus program pembangunan belia telah mengambil inisiatif mewujudkan program "Generasi Bebas Jenayah" dengan memberi sasaran kepada golongan belia dan remaja yang berumur dari 13 hingga 40 tahun, khususnya belia-belia tidak berpersatuan dan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk terlibat dengan perlakuan jenayah. Menurut Fathul Razi,pendekatan program ini adalah satu langkah yang proaktif oleh pihak kementerian bagi memastikan anak muda negara mempunyai kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah dan sebagai satu tindakan pencegahan jenayah oleh belia di peringkat komuniti. Program "Generasi Bebas Jenayah" diharap dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tanggungjawab sosial bagi membanteras jenayah dalam masyarakat dan membantu merealisasikan generasi muda yang bebas daripada jenayah. Malah pihak kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak RELA untuk melatih 3,000 belia sebagai RELA Muda yang akan mempunyai pengetahuan dalam kerja-kerja sukarela dan boleh menyumbang sekiranya berlaku bencana alam.Beliau berkata, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda. SAMBUTAN HARI BELIAHari Belia Negara tahun ini dijangka dihadiri kira-kira 250,000 belia dari seluruh negara. Acara kemuncak sambutan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya dengan perhimpunan Hari Belia Negara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebanyak 88 acara dan aktiviti dirancang sehingga 16 Mei yang termasuk kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan, kreatif dan inovatif serta kemajuan dan pengiktirafan belia. - BERNAMA

Page 43: ACIK

Pengguna era kapitalisme baru

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN (Wartawan Utusan)

Cabaran pengguna era kapitalisme baru bersesuaian dengan tema Hari Pengguna tahun ini; Pengguna Bijak, Peniaga Beretika, Negara Sejahtera. Isu pengguna dan kepenggunaan bukan sekadar kenaikan harga barang keperluan harian seperti yang selalu dibangkitkan menjelang sesuatu perayaan. Dalam konteks jendela globalisasi, budaya kepenggunaan melampaui hal-hal yang disebutkan tadi.Cabaran menjadi pengguna era kapitalisme baru tentunya lebih besar apabila doktrin dalam budaya kepenggunaan menghakiskan kuasa pengguna untuk membuat pilihan. Pilihan semacam telah dibuat oleh korporat ke atas budaya kepenggunaan apa yang wajar dimiliki oleh pengguna.Misalnya tidak semua barangan pengguna yang berada di pasaran satu keperluan. Tetapi dengan mengeksploitasi fahaman kepenggunaan, barangan tersebut menjadi satu keperluan misalnya untuk tujuan memperlihatkan status sosial.Memanglah kenaikan harga barang memberikan kesan yang nyata kepada pengguna. Tetapi apabila memperkatakan cabaran pengguna pada era kapitalisme baru, tentu saja susuk bicara bukan lagi kenaikan harga barang keperluan harian. Malah budaya kepenggunaan di Barat perlu dilihat kesannya ke atas pengguna di negara ini.Sebagai pengguna mereka boleh bergantung kepada kerajaan atau KPDNHEP untuk mengawal harga barang. Tetapi KPDNHEP tentunya tidak dapat menolong pengguna daripada diancam dan dipengaruhi oleh ledakan yang tidak terkawal budaya kepenggunaan pada era kapitalisme baru di Barat. Inilah masalah pengguna sebenarnya.Antara faktor yang menjadi pemangkin kapitalisme baru dalam budaya kepenggunaan adalah revolusi dalam ledakan sektor pengiklanan. Iklan membuatkan pengguna kehilangan kuasa memilih kerana terpengaruh dengan kehidupan artifisial dalam iklan.Memang benar, sebagai pengguna kita wajar sensitif kepada isu yang melingkari rutin harian; tambang bas, petrol, diesel hinggalah susu tepung untuk generasi kita yang baru hendak mengenal dunia. Tidak mengapa malah sangat wajar bersikap demikian.Tetapi pada masa yang sama kita juga wajar melihat budaya kepenggunaan yang diledakkan di Barat turut memberi kesan kepada kita. Nilai-nilai tradisional dalam masyarakat Barat misalnya telah berubah dengan drastik dengan pengaruh politik korporat, budaya komersial serta media massa. Kapitalisme baru menyuburkan berbelanja untuk gaya hidup bukan keperluan hidup.Menurut Worldwatch Institute dalam laporan tahunan State of the World 2004, dianggarkan tidak kurang 1.7 bilion orang di seluruh dunia berada dalam ``kelas pengguna''. Tentu saja mereka dalam kelas ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan menjadi sasaran kapitalisme baru.Separuh daripada mereka yang berkelas pengguna ini datangnya dari negara membangun. China umpamanya dianggarkan mempunyai 240 juta pengguna di mana 120 juta daripadanya berpotensi berbelanja mewah. Di China, pada tahun 2000 hanya lima juta kereta saja di jalan raya tetapi meningkat dengan drastik dan dijangka hingga akhir

Page 44: ACIK

tahun ini 24 juta kereta berselerak di seluruh China.Pengguna di Amerika Syarikat (AS) membelanjakan AS$18 bilion untuk barangan kosmetik berbanding AS$16.3 bilion kos untuk menyediakan air bersih. Tentu saja publisiti untuk barangan kosmetik jauh lebih hebat daripada keperluan mendapatkan air yang bersih.

Di negara kita, pengguna kad kredit meningkat 25 peratus kepada 6.4 juta tahun lalu. Kad kredit menjana cara berbelanja yang kurang cerewet kepada harga, mengikut selera. Pada tahun lalu saja pengguna kad kredit membelanjakan RM34.2 bilion iaitu jumlah yang paling besar pernah dicatatkan oleh pengguna kad kredit setakat ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad tidak lama dulu pernah menyatakan kebimbangan apabila separuh daripada kes kebankrapan di negara ini kerana gagal melunaskan bayaran kad kredit. Tahun lalu 16,251 orang diisytiharkan bankrap berbanding 12,351 tahun sebelumnya.Siapa yang mengubah kedudukan statistik ini kalau bukan pengguna? Maka kuasa yang ada kepada pengguna sangat besar malah besar jugalah risiko kalau mereka pula dieksploitasikan oleh budaya komersial dalam kapitalisme baru.Pemilihan tema Pengguna Bijak, Peniaga Beretika, Negara Sejahtera mempunyai saranan ke arah menyedarkan pengguna dengan cabaran-cabaran yang disebutkan di atas tadi. Tema ini memperlihatkan matlamat mengembalikan kuasa memilih ke tangan pengguna dengan frasa ``Pengguna Bijak.''

Page 45: ACIK

Tindakan berkesan legakan pengguna

Oleh MOHD. KHUZAIRI [email protected]

DARI sudut kepenggunaan, 2009 barangkali adalah tahun yang paling banyak menyaksikan pembabitan orang ramai selaku pengguna dalam beberapa isu dan dasar kerajaan. Penyertaan orang ramai secara lebih terbuka dan telus itu sebenarnya selaras dengan pendekatan pemerintahan baru yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Antara komponen utama yang ditekankan oleh Najib ialah mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan pada Julai lalu. Tumpuan NKRA itu adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. NKRA lain termasuk meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Pertengahan Disember ini juga, beberapa inisiatif bagi mencapai matlamat NKRA itu diumumkan kepada orang ramai pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program sehari itu membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat perincian program secara spesifik, agensi dan kumpulan sasaran, rangka masa pelaksanaan serta kos yang terlibat dalam NKRA itu. Menerusi hari terbuka itu, orang ramai dapat menilai tindakan atau rancangan bagi melaksanakan setiap NKRA berkenaan dan mengemukakan cadangan untuk menambah baik perkara itu. Pengumuman NKRA itu merupakan sebahagian daripada fasa pertama inisiatif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu satu lagi pendekatan berani yang diperkenalkan Najib bagi membolehkan rakyat menilai prestasi kerajaan. KPI itu turut merangkumi penilaian barisan menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan perkhidmatan awam yang akan diserahkan kepada Najib. Tempoh 100 hari Najib sebagai Perdana Menteri pada 11 Julai lalu turut membawa bersama khabar gembira kepada orang ramai. Najib pada hari tersebut mengumumkan 11 insentif yang kebanyakannya memberi manfaat kepada rakyat dari sudut pengguna. Antaranya penawaran diskaun sehingga 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch 'n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009. Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan pula dibenarkan membeli rumah yang disewa pada harga RM35,000 dengan rebat RM2,500 untuk kerja pembaikan rumah. Insentif itu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 45,000 orang penyewa sedia ada untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Penduduk di Wilayah Persekutuan khususnya peniaga kecil sekali lagi mendapat manfaat apabila diberikan potongan sehingga 50 peratus bagi memohon dan membaharui lesen perniagaan. Najib turut mengumumkan tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu selain mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September. Peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta

Page 46: ACIK

juga diberikan kepada TEKUN manakala RM15 juta lagi kepada program pembangunan usahawan muda kaum India.

Najib turut komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan. Dalam masa yang sama, usaha memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera. Komitmen lain termasuk usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan. Najib turut mengumumkan peruntukan sehingga 10 billion unit saham di bawah Amanah Saham 1Malaysia yang dibuka kepada rakyat berumur 18 tahun. Bagaimanapun di sebalik berita gembira itu, sektor kepenggunaan negara sepanjang tahun ini juga masih bergelut dengan isu basi dan lapuk. Krisis kekurangan gula yang berlaku pada Ogos lalu misalnya, adalah isu yang berulang sejak bertahun-tahun lamanya. Percayalah, jika tiada tindakan serius daripada kementerian berwajib, kita akan berdepan dengan isu kekurangan gula ini sekali lagi pada 2010. Seperti tahun-tahun sebelumnya, krisis gula tahun ini juga berlaku ketika menjelang musim perayaan. Di pihak pengguna, kumpulan peniaga, pemborong dan pembekal disalahkan kerana dikatakan cuba mengambil kesempatan daripada permintaan yang mendadak.Di pihak mereka pula, pengguna yang menyebabkan bekalan gula berkurangan apabila membuat pembelian dalam jumlah yang besar kerana bimbang kehabisan bekalan. Tidak cukup dengan itu, persatuan-persatuan pengguna pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang didakwa turut menyumbang kepada krisis kekurangan gula. Pengumuman kebarangkalian harga bekalan itu dinaikkan selepas Tahun Baru Cina misalnya, mendorong pembelian panik di kalangan pengguna. Kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan juga menjadi sasaran rasa tidak puas hati di kalangan pengguna dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kemelut harga barang dan pemantauan yang tidak berkesudahan menyebabkan NGO tersebut mendesak kerajaan mengasingkan Hal Ehwal Pengguna daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hal Ehwal Pengguna sebaliknya diminta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan hak-hak pengguna dilindungi sepenuhnya. Seperti gula, harga ayam juga mengalami kejutan bermusim tahun ini apabila ia melonjak sekitar 40 hingga 60 sen sekilogram pada April lalu. Wabak pandemik influenza A dikatakan punca yang mendorong lonjakan permintaan ayam di pasaran secara mendadak. Ironinya harga ayam itu meningkat selang seminggu selepas kerajaan mengumumkan harga bekalan itu diturunkan sebanyak 10 sekilogram. Keadaan itu mendesak pelbagai pihak menyeru supaya kerajaan campur tangan dengan menentukan harga akhir bekalan itu bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pembekal yang memonopoli pasaran itu. Selain turun naik harga bekalan makanan, tambang baru bagi pengangkutan awam di seluruh negara yang diperkenalkan kerajaan turut memberi kesan kepada pengguna. Kadar baru meliputi semua jenis kategori perkhidmatan iaitu bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini, bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu berkuat kuasa 1 Ogos lalu. Dengan kenaikan itu, kadar baru bagi tambang teksi di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka dinaikkan dari RM2 untuk satu kilometer pertama kepada RM3. Kadar tambang bas ekspres untuk setiap kilometer pula dinaikkan dari 6.5 sen menjadi 8.05 sen setiap kilometer. Kenaikan itu bagi kebanyakan pengguna dianggap membebankan jika diambil kira dari sudut perkhidmatan awam yang ditawarkan ketika

Page 47: ACIK

ini. Namun bagi kerajaan, kenaikan itu juga akan mendorong kepada transformasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kerana sektor itu kini tidak lagi mempunyai alasan kerana menikmati kadar tambang baru.

Apa pun, kita juga patut mengucapkan terima kasih kepada Menteri dan warga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana berusaha mengawal harga dan kadar inflasi sepanjang tahun 2009.Indeks Harga Pengguna berada pada kedudukan stabil dan bekalan barang makanan juga mencukupi. Pertama kali dalam sejarah Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak timbul masalah kenaikan harga barang dan bekalan tidak mencukupi. Semua ini adalah kesan daripada tindakan pantas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang rajin turun padang dan hands on dalam menyelesaikan isu-isu barangan keperluan rakyat.

Page 48: ACIK

Fomca Lancarkan Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan”

KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah melancarkan kempen ”Perpaduan Teras Kepenggunaan” pada 1 Ogos 2009 di Kompleks Sukan Tenaga Nasional Berhad. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan oleh YB Dato’ Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia yang dipelopori oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini.Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” dibuat dengan orang ramai meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3 meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur.  Selain itu, bersempena dengan kempen ini juga, FOMCA mengadakan program menulis mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia”. Sehingga kini sebanyak 1,500 mesej telah dikumpulkan semenjak ia diadakan semasa sambutan Hari Pengguna Malaysia 2009 pada 24 Ogos hingga 26 Ogos 2009 di Kuantan, Pahang. Rakyat Malaysia yang ingin turut serta menulis mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia” boleh berbuat sedemikian menerusi laman web: www.kkk.org.my.Perlaksanaan kempen ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) yang dilaksanakan oleh FOMCA dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan PETRONAS. Pada hari tersebut juga, FOMCA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut mengadakan Majlis penyampaian Hadiah bagi meraikan para pemenang pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2009. Seramai 73 orang pemenang bagi lapan jenis pertandingan telah menerima hadiah wang tunai yang jumlah keseluruhannya bernilai RM180,000. Seramai 2,000 orang hadir semasa majlis penyampaian hadiah tersebut. Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna peringkat akhir yang disertai oleh 550 orang kanak-kanak, gerai pameran dan demonstrasi anjing K9 serta pertolongan cemas dari Persatuan Bulan Sabit Merah.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA, Tuan Haji Ismail Abdul Rahman, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad, Tuan Haji Ahmad bin Othman, Timbalan Presiden FOMCA dan Dr. Mohd Mokhtar Tahar, Pengarah Bahagian Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Dalam pada itu, FOMCA menerima sebanyak 21,351 penyertaan daripada lapan pertandingan kepenggunaan yang diadakan selama tiga bulan,

Page 49: ACIK

iaitu bermula pada bulan Mei sehingga Julai 2009.

Sementara itu, FOMCA telah mengadakan aktiviti jangkauan (outreach program) y bagi mempromosi pertandingan kepenggunaan ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna di 19 lokasi iaitu 17 pasar raya Giant serta dua kawasan komuniti, iaitu di Batu Muda, Jln Ipoh dan Taman Bt 3, Shah Alam. Selain itu, sebanyak 38 buah sekolah telah diadakan sesi penerangan pertandingan, yang melibatkan seramai 12,322 orang pelajar. Program Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia ini turut mendapat kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, ERA Consumer Malaysia, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Pesarsatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dan Angkatan Seni Foto Nasional Wilayah Persekutuan. Penaja program ini ialah Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia (TM), GCH Retail (M) Sdn Bhd (Pasar Raya Giant), ASTRO. Sementara itu penaja bersama ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SIRIM Berhad, Konsortium ABASS, Proton Bhd, Sime Darby Berhad, Kumpulan Maybank, Hong Leong Bank dan Tropicana Twister (Permanis Sdn. Bhd.)

Graf BarKlu soalan bagi setiap graf sebenarnya terdapat di dalam arahan soalanBil Jenis Graf Klu dalam soalan1 Graf Bar Komponen Jika anda perhatikan dalam arahan soalan ada perkataani. Jumlahii. Diterapkaniii. Komposisiiv. Komponen2 Graf Bar Kompaun Dalam arahan soalan ada perkataani. Graf paling sesuai (ingat PALING sesuai dan bukannya graf yang sesuai)ii. Bilangan3 Graf Bar Memesong Dalam arahan soalan ada perkataan:i. Peratus perubahan4 Graf Bar Piramid Dalam arahan soalan ada 3 tugasan (pemboleh ubah) yang perlu pelajar tunjukkan

Carta PaiBil Jenis Carta Klu dalam soalan1 Pai Berbanding Dalam arahan soalan ada diminta calon sediakan carta. Klunya:i. Membandingkan/perbandinganii. Membezakan2 Bertingkat Klunya:i. Bukan klu carta pai perbandingan

Graf GarisBil Jenis Graf Klu dalam soalan1 Graf Garis Komponen Jika anda perhatikan dalam arahan soalan ada perkataani. Jumlah

Page 50: ACIK

ii. Diterapkaniii. Komposisiiv. Komponen2 Graf Kompaun/Segaris Dalam arahan soalan ada perkataani. Turun naikii. Kadar perubahaniii. Trendiv. Polav. Kadar pertumbuhan

Difailkan dalam: PENGAJIAN AM

Wanita sasaran syarikat rokok

Oleh MAZLINA ABDUL [email protected]

BAYI pramatang antara risiko dan kemungkinan yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil yang merokok.

RAUT wajah penuh resah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai jelas terpancar ketika beliau ditemui sejurus selepas Perasmian Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan kali ini membawa tema Wanita dan Tembakau - Waspada.

Rupa-rupanya beliau tidak senang duduk apabila mendengar perkhabaran bahawa wanita di negara ini kini telah menjadi sasaran syarikat-syarikat rokok dalam strategi pemasaran mereka.

Fakta itu dibuktikan menerusi laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Wanita dan Kesihatan menyatakan bahawa pemasaran dan pengiklanan rokok yang menjurus ke arah wanita telah meningkat.

Page 51: ACIK

"Data dari 151 buah negara menunjukkan bahawa tujuh peratus daripada remaja perempuan merokok dan angka itu tidak jauh daripada peratus remaja lelaki iaitu 12 peratus," katanya.

Di sesetengah negara yang tidak dinyatakan beliau, terdapat ramai perokok gadis yang melebihi lelaki.

WHO dalam laporannya menyatakan, syarikat rokok telah menghabiskan kira-kira sepuluh juta dolar setahun untuk mendapatkan perokok baru dan menggalakkan perokok sedia ada supaya tidak berhenti merokok.

"Pihak industri dilihat mengambil pendekatan terutama kepada remaja perempuan agar menjadi perokok.

"Ia bertujuan untuk memenuhi matlamat masing-masing bagi menambah perokok baru di kalangan wanita bagi menggantikan hampir separuh perokok-perokok yang akan mati akibat penyakit yang berkaitan dengan amalan yang tidak sihat itu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Apakah faktor yang mendorong wanita terjebak dengan gejala merokok yang jelas bertentangan dengan budaya ketimuran itu?

Tiong Lai menjelaskan, hasil informasi WHO, untuk merealisasikan matlamat pihak industri telah menggunakan pelbagai helah untuk menjerat kaum Hawa.

"Antaranya ialah dengan memberi gambaran bahawa dengan merokok, seseorang wanita kelihatan langsing.

"Namun percayalah, ini semua tipu kerana merokok boleh meningkatkan berat badan," ujarnya.

Bukan itu saja, syarikat rokok juga kreatif dalam hal-hal pembungkusan rokok. Umpamanya, beritahu orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, saiz kotak rokok telah disamakan dengan kotak menyimpan lipstik yang dibaluti dengan warna-warna kegemaran wanita seperti ungu dan biru.

Strategi pengiklan

Lebih mengecewakan Tiong Lai, strategi pengiklan juga dianggap keterlaluan apabila imej wanita merokok digambarkan akan kelihatan lebih matang,

AMARAN kesan merokok yang tertera pada kotak rokok sedikit pun tidak menakutkan wanita.

Page 52: ACIK

anggun, glamor, bebas, penuh daya tarikan seks berbanding dengan mereka yang tidak memilih jalan itu.

"Saya ingin mengingatkan semua terutama wanita bahawa sama ada anda merokok secara aktif atau pasif, anda akan berhadapan dengan risiko penyakit tidak berjangkit," katanya.

Kepada wanita, beliau ingin memaklumkan bahawa golongan itu berisiko untuk putus haid awal, mengalami kelewatan hamil, berpotensi untuk mandul, melahirkan bayi pramatang, boleh mengakibatkan kematian janin dalam kandungan, keguguran termasuk tumbesaran janin akan terencat, saluran pernafasan kronik dan penyakit jantung.

Selain itu, perokok wanita juga barangkali akan mendapat kanser paru-paru, tekak, pundi kencing, payu dara serta kanser serviks.

"Justeru, nasihat saya khususnya para gadis, jangan mudah terpedaya dengan taktik dan tipu helah syarikat rokok dan jangan biarkan diri mudah diekploitasi," nasihatnya.

Namun fakta itu lebih keras dan harus direnung oleh semua perokok supaya tidak mengira jantina, WHO mengisytiharkan bahawa tembakau adalah pembunuh nombor satu masa kini.

Pada abad ke-21, sebanyak satu bilion manusia dijangka akan maut akibat tembakau!

"Kerajaan juga akan terus memastikan harga rokok kekal tinggi demi mengehadkan kebolehpercayaan rokok oleh golongan sasaran," tegas Tiong Lai.

Ada satu lagi kebimbangan beliau iaitu trend wanita yang berpendidikan dan bekerjaya kian meningkat.

Ya, memang benar kerana di kalangan rakan-rakan penulis sendiri tidak kira yang bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta memang merokok.

Alasannya ialah merokok membantu menghilangkan stres di samping ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa dengan merokok, mereka memiliki pesona tersendiri.

Rokok: Wanita sasaran baruOleh NORLAILA HAMIMA [email protected]/05/30

DI MANA cantiknya wanita merokok? Adakah mereka lebih bergaya atau dipandang tinggi? Setiap kali diajukan soalan begini, penulis tidak dapat memberikan jawapan kerana sememangnya tidak tahu apa yang mereka cari atau inginkan. Pada mata penulis, lelaki yang merokok pun nampak cukup merimaskan, inikan pula wanita.

Page 53: ACIK

Isu wanita yang menjadi mangsa asap rokok (perokok sekunder atau pasif) bukanlah isu baru dan sudah kerap sangat dibincangkan tetapi ia masih belum dapat menimbulkan kesedaran atau rasa belas di kalangan perokok terhadap kesihatan orang lain - termasuklah isteri dan anak-anak mereka.

Budak kecil pun tahu bahaya asap rokok tetapi mengapa masih ada yang mahu mencuba dan meneruskan tabiat ini? Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terperangkap dalam jerat rokok, antaranya faktor sosial dan budaya contohnya teladan daripada ibu atau bapa perokok; pengaruh dan tekanan rakan sebaya; pengaruh filem khususnya dari Barat, kesan iklan (semua bentuk media).

Faktor peribadi juga turut berperanan dalam soal ini. Kurang pengetahuan mengenai risiko dan kesan asap rokok terhadap kesihatan; rendah jati diri (merokok dianggap dapat meningkatkan kemampuan, keyakinan dan untuk menarik perhatian) menjadikan seseorang mudah mendekati rokok. Dari segi faktor sosio ekonomi; dulu rokok hanyalah untuk golongan atasan tetapi kini dengan perkembangan ekonomi, rokok sudah mampu dimiliki semua golongan. Jadi tidak hairanlah jika di negara kita misalnya ada yang sudah merokok sejak darjah dua! Selain itu, syarikat rokok memang tidak kedekut membelanjakan wang untuk iklan dan promosi khususnya bagi menarik perhatian golongan muda. Walaupun kebanyakannya menafikan perkara ini tetapi kajian menunjukkan syarikat rokok memang bekerja keras untuk menggalakkan orang muda merokok. Malah mereka juga memastikan supaya wanita turut menjadi pengguna untuk mengekal dan mengembangkan perniagaan, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Mohd Zain.

“Apa yang menyedihkan ialah apabila seseorang merokok kerana kurang keyakinan dan mahu membentuk imej diri terutama di kalangan remaja kerana rokok akan membuat mereka nampak lebih matang. “Mereka mahu menarik perhatian dengan melakukan sesuatu di luar kebiasaan dan tindak balas negatif seperti ini biasanya memang berjaya membuat kehadiran mereka disedari. “Namun ia pendekatan yang silap kerana merokok bukan jalan terbaik untuk membina sahsiah dan imej diri. Individu yang tidak merokok sebenarnya mempunyai keyakinan dan jati diri yang lebih tinggi. Bagi menarik perhatian pengguna perempuan pula, rokok digembar-gemburkan boleh menguruskan badan dan membuatkan seseorang wanita tampak lebih cantik. “Memang rokok boleh mengurangkan selera makan sekali gus membuatkan berat badan susut tetapi perlu ingat, ada ramai perokok tegar yang gemuk. Malah tanpa sedar mereka sebenarnya sengaja mengundang kedatangan pelbagai penyakit berkaitan rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 dengan tema Wanita dan Rokok - Wanita Sasaran Pemasaran Industri Rokok. Hari Tanpa Tembakau disambut setiap 31 Mei di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran bahaya asap rokok.

Page 54: ACIK

Sebenarnya, ramai perokok di dunia ini ingin berhenti merokok. Dianggarkan 70 peratus mempunyai keinginan untuk berhenti tetapi gagal berbuat demikian selepas beberapa cubaan. Perkara ini disebabkan mereka sebenarnya ketagih nikotin - iaitu antara bahan utama dalam asap rokok. Namun ia bukanlah perkara mustahil untuk dilakukan tetapi ia memerlukan tekad, kesungguhan dan semangat kuat.

“Pada bulan Ramadan contohnya, ramai perokok boleh menahan keinginan sepanjang siang kerana mereka ada tekad kuat iaitu mahu berpuasa. Bagi perokok wanita, rata-rata boleh berhenti merokok selama sembilan bulan apabila mengandung dan semua ini dilakukan demi anak. “Mereka ada tekad dan keazaman kuat untuk mengelakkan perkembangan bayi dalam kandungan terjejas akibat asap rokok tetapi sedihnya kembali merokok selepas bersalin.

“Sepatutnya ia diteruskan sehinggalah anda benar-benar bebas daripada keinginan untuk merokok. Mungkin ramai perokok wanita tidak tahu bahawa racun dari asap rokok sebenarnya akan memasuki susu badan yang anda berikan kepada bayi. Jadi setiap kali anda memberikan bayi anda susu badan, anda secara tidak sedar turut memberinya racun asap rokok yang meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS),” katanya.

Kajian menunjukkan bayi yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap sakit dan mendapat bronkitis atau pneumonia. Paru-paru bayi lebih kecil berbanding bayi yang dibesarkan dalam persekitaran bebas asap rokok. Kanak-kanak ini juga lebih mudah mendapat asma dan jika anak anda menghidap asma, asap rokok akan menjadikan asma mereka semakin teruk dan lebih sukar dikawal.

Perokok wanita berhadapan dengan penyakit yang sama dengan perokok lelaki, tetapi kajian menunjukkan perokok wanita mendapat penyakit berkenaan lebih cepat. Maknanya tempoh mereka merokok adalah lebih pendek untuk mendapat penyakit berbanding perokok lelaki. Malah tahap penyakit akibat rokok atau berkaitan rokok juga lebih teruk pada wanita.

Rokok punca penyakit paling utama yang boleh dielakkan. Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC), di Amerika Syarikat saja penyakit berkaitan rokok membunuh kira-kira 178,000 wanita setiap tahun. Secara purata, wanita berkenaan meninggal 14.5 tahun lebih awal kerana rokok. Antara penyakit yang dikaitkan dengan rokok ialah kanser (mulut, peti suara, tekak, hidung, paru-paru, salur makanan atau esofagus, buah pinggang, perut); penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kerosakan buah pinggang dan penyakit salur darah periferal (aliran darah ke tangan dan kaki menjadi lemah). Rokok juga boleh menjejaskan kesuburan baik pada lelaki mahu pun wanita. Wanita yang mula

Page 55: ACIK

merokok sejak belasan tahun dikatakan bakal melalui gejala menopaus yang lebih teruk, mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah dan berisiko tinggi untuk patah tulang berbanding wanita tidak merokok. Malah mereka juga lebih berkemungkinan untuk mengalami artritis reumatoid dan katarak serta kemerosotan makular pada mata yang boleh menyebabkan kebutaan.

“Dapatkan bantuan doktor supaya tabiat buruk ini dapat dihentikan segera untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga. Namun yang lebih baik ialah jangan mulakan langsung. “Jika ada keinginan untuk merokok, cuba tangguhkan dulu kerana kajian menunjukkan kebarangkalian untuk mula merokok pada individu dewasa adalah jauh lebih rendah berbanding ketika remaja,” katanya.

Manfaat makan perlahanOleh NORLAILA HAMIMA [email protected]/07/04

“MAKAN cepat!” Ini mungkin antara arahan yang paling kerap diberikan ibu bapa kepada anak-anak ketika berada di meja makan, tidak kira sama ada di rumah atau di restoran kerana tidak sabar menunggu si kecil menghabiskan makanan mereka.

Mungkin anda tidak tahu bahawa makan perlahan-lahan sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat berkenaan ialah:

Mengunyah makanan perlahan-lahan boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air liur. Air liur kita mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan menghadamkan makanan. Makan perlahan- lahan boleh membantu memperbaiki proses penghadaman di dalam usus kecil, maka penyerapan zat daripada makanan akan menjadi lebih baik. Ia juga akan mengelakkan berlakunya masalah ketidakhadaman seperti sakit perut.

Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan. Dalam kata lain, kuranglah kalori yang anda ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengesan isyarat ‘kenyang’.

Bagi orang yang makan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk berasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.

Page 56: ACIK

Makan perlahan-lahan membolehkan kita menikmati keenakan, keharuman dan tekstur makanan dengan lebih baik. Makanan yang dinikmati dalam keadaan tenang akan terasa lebih enak.

Mengelakkan masalah pedih hulu hati atau asid refluks. Tabiat makan cepat antara punca pedih hulu hati. Ada yang menggelarnya masalah ketidakhadaman makanan. Jadi, mengapa mahu mempertaruhkan kesihatan perut hanya semata-mata kita mahu cepat beredar dari meja makan?

Makan perlahan-lahan adalah antara langkah bijak ke arah kesihatan yang lebih baik. Individu yang makan cepat lebih terdorong untuk makan makanan ringan (snek) yang kurang berkhasiat.

Mengurangkan tekanan. Ada pakar pemakanan menyarankan apabila kita makan, kita perlu memberi tumpuan kepada makanan. Ini adalah latihan untuk kita melakukan sesuatu dengan tenang. Ia juga boleh menjadi latihan untuk menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukan.

Individu yang makan cepat lebih cenderung untuk berfikir mengenai kerja atau apa yang perlu dilakukan selepas makan. Ia akan membuatkan individu berkenaan berasa tertekan kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Itu antara faedah makan perlahan-lahan. Tetapi bagaimana kita boleh memperlahankan rentak makan yang sudah menjadi amalan sejak kecil? Ada beberapa langkah yang boleh diamalkan seperti:

Luangkan masa khusus untuk makan. Tidak kira berapa sibuk pun anda, apabila tiba masa makan, bangun dari meja dan bawalah bekal anda ke ruang yang dikhaskan untuk makan. Otak dan mata anda perlu rehat. Jadi, inilah masa yang baik untuk berehat.

Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat. Berapa kali hendak kunyah? Terpulang kepada anda tetapi ada doktor menyarankan, kunyahlah makanan mengikut umur anda. Jika anda berumur 30 tahun, maka anda perlu kunyah 30 kali. Semakin kita berusia, kita memerlukan makanan yang lebih lembut.

Ini kerana semua organ termasuk usus mengalami proses penuaan, selaras dengan peningkatan umur kita. Makanan yang dikunyah hingga benar-benar lumat adalah lebih lembut kerana mengandungi banyak air liur dan lebih mudah dihadamkan.

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab menentukan corak dan tabiat pemakanan anak. Beritahu mereka untuk makan perlahan-lahan dan manfaatnya. Pastikan tiada gangguan ketika makan. Matikan televisyen kerana ia boleh mengganggu tumpuan terhadap makanan.

Page 57: ACIK

Letak sudu dan garpu di antara suapan. Ini akan memperlahankan rentak makan anda. Kalau mahu lebih perlahan, cuba makan menggunakan copstik. Jika anda makan dengan tangan, pastikan makanan anda mengunyah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali sebelum menelan.

Makan bersama keluarga atau kawan. Makan bersendirian akan menyebabkan anda makan cepat kerana mahu segera beredar dari restoran atau meja makan. Berbual juga boleh memperlahankan rentak makan. Bahkan ia juga cara yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam menu harian anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan lebih masa untuk dihancurkan.

Buat catatan dan rekodkan masa yang anda ambil untuk makan. Ini adalah langkah yang baik untuk melihat perkembangan anda. Ia secara tidak langsung akan mengajar anda untuk makan perlahan-lahan demi kebaikan diri sendiri.

KEK KARAMEL

experiment kaler...

kek caramel...resepi dri munira"kongsi resepi"

bahan2...

2 @ 4 sudu besar gula...jadikan gulakan gula hangus.ratekan pde keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

bahagian atas

1/2 tin susu cair70 gm gula castor1/2 sudu teh vanilla3 kuning telurkacau sebati..lembut je

lapisan kek (A)

140 gm tepung gandum70 gm gula castor3 kuning telur135 gm air1 sudu teh baking powder45 ml minyak

Page 58: ACIK

pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang..masukkan gula..pukul kembang lgi hingge naik skali gande.masukkan tepung yng dicampur b.powder.ketepikan

meringue (B)6 telur putih70 gm gula castor1 sudu teh krim tar2pukul hingge kembang dan tak menitis..

campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..sehale

****masukkan karamel dalam loyang...masukkan adunan kek yng telah diwarnekan.

1 jam yang pertame letak loyang dibhgian bawah oven..1/2 jam yng akhir alih loyang ke atas.masak care double boi ler untuk mengelakkan karamel hangus

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

 

Gunakan seluruh pancaindera

Page 59: ACIK

 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

 

1.Bersahaja

 

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

 

2.Senang bersama

 

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

 

3.Terima kita seadanya

 

Page 60: ACIK

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 

4.Sentiasa jujur

 

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

 

Page 61: ACIK

 

5.Percaya Mempercayai

 

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

 

6.Senang Bekerjasama

Page 62: ACIK

 

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

 

7.Memahami diri kita

 

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

 

8.Tampilkan kelemahan

 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 

Page 63: ACIK

9.Kata hati

 

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

 

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

 

Lagi artikel menarik di :

http://www.facebook.com/murahjual2

 

 

 

Page 64: ACIK

 

ler untuk mengelakkan karamel hangus..