abu raihan al biruni

3
Abu Raihan Al- Biruni . Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al- Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan. Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Upload: muslimah-musfirah

Post on 16-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tokoh dalam sejarah islam

TRANSCRIPT

Abu Raihan Al-Biruni.

Abu Raihan Al-Biruni (15 September 973 - 13 Disember 1048) merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Kenali Tokoh Kami! ABU RAIHAN AL-BIRUNI

Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.