abstrak

1
ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Responden terdiri daripada 16 orang murid tahun lima, di sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal, iaitu di kawasan Seberang Prai Selatan Pulau Pinang yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan ialah temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen manakala Ujian kecerdasan pelbagai untuk mengenal pasti kecerdasan murid. Analisis data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dilakukan setelah strategi berasaskan teori kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran rentak zapin. Hasil analisis data instrumen menunjukkan peningkatan kemahiran murid melalui permainan rentak zapin dengan betul. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat meningkatkan kemahiran murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul dengan menggunakan alat perkusi serta dapat mengiringi lagu. Cadangan kajian seterusnya ialah menjalankan stesen kecerdasan di dalam bilik darjah dan juga di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Upload: syahir-shuhaimi

Post on 26-Sep-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abstrak

TRANSCRIPT

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Responden terdiri daripada 16 orang murid tahun lima, di sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal, iaitu di kawasan Seberang Prai Selatan Pulau Pinang yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan ialah temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen manakala Ujian kecerdasan pelbagai untuk mengenal pasti kecerdasan murid. Analisis data temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dilakukan setelah strategi berasaskan teori kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran rentak zapin. Hasil analisis data instrumen menunjukkan peningkatan kemahiran murid melalui permainan rentak zapin dengan betul. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat meningkatkan kemahiran murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul dengan menggunakan alat perkusi serta dapat mengiringi lagu. Cadangan kajian seterusnya ialah menjalankan stesen kecerdasan di dalam bilik darjah dan juga di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.