abstracts

3
iv Abstrak Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan penggunaan modul modifikasi tingkahlaku dalam kalangan kanak kanak tadika. Kajian ini menggunakan peneguhan positif bersama token ekonomi dan star rules untuk menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini memberi fokus kepada kanak-kanak 4 tahun ke atas seramai 76 orang kanak-kanak yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 38 orang adalah dari kumpulan eksperimen dan 38 orang daripada kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah diberikan peneguhan positif iaitu token ekonomi dan star rules manakala kumpulan kawalan menggunakan teknik konvensional dalam melihat perubahan tingkahlaku responden. Rekabentuk kuasi eksperimen dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. Antara dapatan kajian ini adalah berjaya membina alat ujian dalam menilai modifikasi tingkah laku kanak-kanak. Dapatan kajian juga menunjukkan skor min pra ujian kumpulan rawatan ialah 180.03 manakala skor min pasca ujian pula ialah 248.74 iaitu peningkatan skor min kumpulan rawatan ialah 68.71. Namun, skor min kumpulan kawalan bagi pra ujian ialah 181.89 dan skor min pasca ujian pula ialah 220.08 iaitu peningkatan skor min kawalan ialah 38.19. Perbezaan skor min antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah 30.52. Dapatan menunjukkan perbezaan tingkah laku kanak-kanak berdasarkan aktiviti-aktiviti Permainan Lego, Bahasa dan Awal Matematik. Perbezaan peningkatan skor min Permainan Lego (21.26), Bahasa (28.29) dan Awal Matematik (18.71) berbanding Kumpulan Kawalan Permainan Lego (4.27), Bahasa (1.97) dan Awal Matematik (13.26). Ujian-t perbezaan antara kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan terdapat perubahan pada tingkah laku kanak- kanak antara kumpulan rawatan yang mendapat modifikasi token ekonomi dan penggunaan star rules berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak terlibat dengan modifikasi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku kanak-kanak dalam Aktiviti Lego, Bahasa dan Awal Matematik dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Secara kesimpulannya, penggunaan modul modifikasi ini didapati berkesan dalam meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berbanding teknik konvensional.

Upload: maira-akbal

Post on 28-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

iv

Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan penggunaan modul modifikasi tingkahlaku dalam kalangan kanak kanak tadika. Kajian ini menggunakan peneguhan positif bersama token ekonomi dan star rules untuk menerapkan tingkah laku positif dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini memberi fokus kepada kanak-kanak 4 tahun ke atas seramai 76 orang kanak-kanak yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 38 orang adalah dari kumpulan eksperimen dan 38 orang daripada kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen telah diberikan peneguhan positif iaitu token ekonomi dan star rules manakala kumpulan kawalan menggunakan teknik konvensional dalam melihat perubahan tingkahlaku responden. Rekabentuk kuasi eksperimen dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. Antara dapatan kajian ini adalah berjaya membina alat ujian dalam menilai modifikasi tingkah laku kanak-kanak. Dapatan kajian juga menunjukkan skor min pra ujian kumpulan rawatan ialah 180.03 manakala skor min pasca ujian pula ialah 248.74 iaitu peningkatan skor min kumpulan rawatan ialah 68.71. Namun, skor min kumpulan kawalan bagi pra ujian ialah 181.89 dan skor min pasca ujian pula ialah 220.08 iaitu peningkatan skor min kawalan ialah 38.19. Perbezaan skor min antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan adalah 30.52. Dapatan menunjukkan perbezaan tingkah laku kanak-kanak berdasarkan aktiviti-aktiviti Permainan Lego, Bahasa dan Awal Matematik. Perbezaan peningkatan skor min Permainan Lego (21.26), Bahasa (28.29) dan Awal Matematik (18.71) berbanding Kumpulan Kawalan Permainan Lego (4.27), Bahasa (1.97) dan Awal Matematik (13.26). Ujian-t perbezaan antara kumpulan kawalan dan rawatan menunjukkan terdapat perubahan pada tingkah laku kanak-kanak antara kumpulan rawatan yang mendapat modifikasi token ekonomi dan penggunaan star rules berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak terlibat dengan modifikasi. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku kanak-kanak dalam Aktiviti Lego, Bahasa dan Awal Matematik dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Secara kesimpulannya, penggunaan modul modifikasi ini didapati berkesan dalam meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berbanding teknik konvensional.

Abstract

The aims of this research are to investigate the effective use of behavior modification module among preschool children. This study used positive reinforcement with token economy and star rules to implement positive behavior in children. This study focuses on 76 children of 4 years old and above. The 76 children divided into two groups, 38 were from the experimental group and 38 from the control group. The experimental group was given positive reinforcement which stimulated from token economy and star rules and the control group using conventional techniques to see behavioral change of respondents. Design of quasi-experiments and observations were used in this study. Among the findings of this study are able to build test tools in evaluating behavior modification in children. The results also showed the mean pre-test score was 180.03, while the treatment group post-test mean score was the mean score of 248.74, an increase of the treatment group was 68.71. However, mean scores for the control group pre-test is 181.89 and the post-test mean score was the mean score of 220.08, an increase of control was 38.19. The mean score differences between treatment groups with the control group was 30.52. The results shown differences in behavior of children on the activities of the Lego games, Language and Early Math. The difference increased mean score Lego game (21:26), English (28.29) and Early Math (18.71) compared to the control group Lego game (4.27) in (1.97) and Early Math (13:26). Mean while T-test the difference between the control and treatment groups showed a change in the behavior of children between the treatment groups gained modified from the token economy and the use of star rules compared with the control group that was not involved with the modification. The results also showed that there were significant differences between the behavior of children in Lego Activity, Language, and Early Math in the treatment group compared with the control group. In conclusion, this modification modules was effective in increasing positive behaviors of children compared to conventional techniques.