abs trakasda

Upload: akhim-mullah

Post on 01-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wewewe

TRANSCRIPT

ABSTRAKKajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid yang lemah dalam kemahiran pendaraban. Kemahiran mendarab sangat penting untuk dikuasai sebelum murid-murid menguasai kemahiran yang lain. Tambahan pula, mendarab adalah satu kemahiran yang agak sukar untuk difahami oleh murid-murid sekolah rendah. Justeru itu, objektif kajian saya ini adalah untuk membantu murid Tahun 5 meningkatkan kemahiran mendarab dua nombor dua digit dan satu digit dengan pengumpulan semula. Bilangan subjek kajian yang terlibat dalam kajian saya ini adalah seorang sahaja. Bagi membantu murid yang mengalami masalah pendaraban ini, saya telah menggunakan satu kaedah yang dinamakan sebagai Kit Kutak Kaler. Kaedah ini secara khususnya membantu murid yang mengalami masalah dan miskonsepsi yang melibatkan nilai tempat dan pengumpulan semula dalam lingkungan nombor sehingga tiga digit. Antara kaedah pengumpulan data yang telah saya gunakan dalam kajian ini adalah analisis dokumen, temubual, pemerhatian dan mentadbir ujian sebelum dan selepas intervensi. Berdasarkan kepada keempat-empat keadah itu, saya telah membuat perbandingan antara hasil pencapaian subjek kajian sebelum dan selepas intervensi. Hasil daripada aktiviti intervensi yang dijalankan, subjek kajian berjaya mengubah miskonsepsi yang dialaminya dalam kemahiran mendarab. Beliau juga dapat meningkatkan keyakinan serta motivasi dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban.

abstrak ringkasan kpd kajian sebenar maklumat penting objektif kajian reka bentuk kajian sampel kajian alat kajian cara pengumpulan data analisis dataKajian tindakan ini dilaksanakan..