abs trak

2
ABSTRAK PERSEPSI MURID TERHADAP PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN ( 1M1S ) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH, SERI KEMBANGAN, SELANGOR. Oleh : Fatimah Saeraa Binti Mohamed 12 Disember 2014 Penyelia : Professor Dr. Aminuddin Hj. Yusof Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi murid terhadap pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan ( 1M1S ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Seri Kembangan, Selangor. Kajian ini telah dijalankan ke atas 150 orang responden yang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2 dan tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah. Murid murid ini terdiri daripada 3 ras iaitu melayu, cina, dan india yang dipilih secara rawak mudah. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik .Maklumatmaklumat mengenai responden diperolehi memalui borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Data analisis menggunakan Statistical Package for Social Science ( SPSS ) versi 19.0. Statistik yang digunakan adalah analisis diskriptif yang mengukur bilangan, min, purata min, sisihan piawai dan peratusan. Elemen kajian ini meliputi persepsi murid terhadap pelaksanaan Dasar Satu Murid

Upload: oshenalley

Post on 06-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

trak

TRANSCRIPT

Page 1: Abs Trak

ABSTRAK

PERSEPSI MURID TERHADAP PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU

SUKAN ( 1M1S ) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH,

SERI KEMBANGAN, SELANGOR.

Oleh :

Fatimah Saeraa Binti Mohamed

12 Disember 2014

Penyelia : Professor Dr. Aminuddin Hj. Yusof

Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi murid terhadap pelaksanaan

Dasar Satu Murid Satu Sukan ( 1M1S ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah,

Seri Kembangan, Selangor. Kajian ini telah dijalankan ke atas 150 orang responden

yang terdiri daripada murid tingkatan 1, 2 dan tingkatan 4 di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Indah. Murid –murid ini terdiri daripada 3 ras iaitu melayu, cina, dan

india yang dipilih secara rawak mudah.

Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik .Maklumat–maklumat mengenai

responden diperolehi memalui borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden.

Data analisis menggunakan Statistical Package for Social Science ( SPSS ) versi 19.0.

Statistik yang digunakan adalah analisis diskriptif yang mengukur bilangan, min,

purata min, sisihan piawai dan peratusan. Elemen kajian ini meliputi persepsi murid

Page 2: Abs Trak

terhadap pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan ( 1M1S ) di Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Indah, Seri Kembangan, Selangor.

Selain itu, melalui kajian ini terdapat 7 persoalan yang dijawab. Soalan 1

hingga 3 adalah mengenai persepsi murid mengenai Dasar ( 1M1S ) terhadap tahap

kecercasan, soalan 4 hingga 6 adalah mengenai kesihatan mental, soalan 7 hingga 9

mengenai pencapaian akademik, soalan 10 hingga 12 mengenai peralatan dan

kemudahan, soalan 13 hingga 15 mengenai masa dan tempat, soalan 16 hinggan 18

mengenai unsur paksaan dan soalan 19 hingga 20 adalah mengenai tahap kepuasan

murid terhadap Dasar ( 1M1S ).

Kesimpulannya, kajian ini mendapati semua murid memberikan respon yang

positif terhadap perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan ( 1M1S ) ini kerana

kebanyakan mereka bersetuju terhadap persoalan yang dijawab berdasarkan

pengalaman mereka semasa bersukan dan melakukan aktiviti Dasar ( 1M1S ).

Memalui pencapai sekolah puda dapat dilihat bahawa sekolah tersebut sememangnya

cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Namun terdapat sebilangan kecil murid

yang kurang bersetuju adalah kerana mereka mengalami masalah obesiti dan tidak

berminat didalam bidang sukan. Walaupun guru telah memberi arahan supaya

mengikuti latihan yang disediakan namun tidak berjaya. Selain itu, sesetengah murid

yang mengalami masalah obesiti turut mempunyai masalah dari segi tahap kesihatan

seperti asma atau lelah dan sebagainya.