abs trak

1
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGHAFAL SIFIR 4 HINGGA 6 DIKALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DINAMIK DENGAN KAEDAH DARwin MAZUWIN BINTI HASHIM ABSTRAK Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah DARwin dalam mempelajari sifir 4 sehingga 6 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab. Saya juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa pengaplikasian kaedah ini dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Tiga peserta dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian 1, Ujian 2, Ujian 3, temubual, pemerhatian, dan dokumen. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah DARwin mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 4 sehingga sifir 6 terhadap kemahiran mendarab, dan sikap pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat masalah yang wujud berikutan dengan pengaplikasian kaedah DARwin dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah DARwin, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina jam DARwin, (3) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis nombor dengan betul, dan (4) kesilapan dalam proses mengumpul semula.

Upload: puanyana

Post on 10-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Abs Trak

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGHAFAL SIFIR 4 HINGGA 6

DIKALANGAN MURID-MURID TAHUN 4 DINAMIK DENGAN KAEDAH DARwin

MAZUWIN BINTI HASHIM

ABSTRAK

Ramai murid menghadapi masalah dalam mempelajari kemahiran mendarab dalam

Matematik. Punca masalah ini wujud disebabkan murid-murid bermasalah dalam sifir. Maka,

kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesan kaedah DARwin dalam mempelajari sifir 4

sehingga 6 dan seterusnya mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kemahiran mendarab.

Saya juga mengkaji masalah-masalah yang wujud semasa pengaplikasian kaedah ini dalam

menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban. Tiga peserta dilibatkan dalam kajian

ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian 1, Ujian 2, Ujian 3, temubual,

pemerhatian, dan dokumen. Data yang dikumpul kemudian dianalisis secara diskriptif.

Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah DARwin mendatangkan kesan yang positif

terhadap pencapaian pelajar dalam sifir 4 sehingga sifir 6 terhadap kemahiran mendarab,

dan sikap pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat empat masalah yang wujud

berikutan dengan pengaplikasian kaedah DARwin dalam pendaraban iaitu (1) peserta keliru

tentang arah menghitung petak kecil dalam mencari jawapan menggunakan kaedah

DARwin, (2) peserta keliru di mana hendak mula menulis nombor di dalam membina jam

DARwin, (3) peserta cuai dalam proses penambahan dua nombor dan cuai dalam menulis

nombor dengan betul, dan (4) kesilapan dalam proses mengumpul semula.