(abk 103) - skpkbpskpkbp.edu.my/documents/41aprmei2013.pdf · “tolong menolong amalan mulia”,...

8
Kenali Guru SKPKBP 2 Dari Meja Pengarang 2 Sidang Redaksi 2 Program 3 dalam 1 3 Guru Pelatih 3 Program Anti Dadah 3 Sambutan hari Lahir 3 Lensa SKPKBP 4 - 5 Prog Luar KKBP & Pra 6 - 7 BERHARGANYA……. 6 Info Speed 7 PERSEMBAHAN TARIAN Tahun 6 Bilangan 41 APRIL/MEI 2013 AHNIAH!. SK Pendidikan Khas Batu Pahat menerima Guru Besar yang baharu iaitu En. K. Thayalan a/l K. Kanagaratnam (gambar). Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur telah mula bertugas di sini bermula 16 Mac 2013. Kehadirannya ke sini mencatat sejarah sebagai Guru Besar SK Pendidikan Khas Batu Pahat yang ke - 6. (abk_103) ADA 24 April yang lalu, seramai 9 orang murid SKPKBP telah mengadakan persembahan tarian sempena Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Negeri Johor. Program jemputan kepada murid-murid berkonsepkan tarian 1 Malaysia aadalah bimbingan Cik Balqish bt Selamat dan Puan Norsahilla be Eshak. Bertempat di SMK Tun Ismail, Parit Raja, persembahan turut disertai oleh wakil murid pendidikan khas dari setiap daerah di Negeri Johor. (MAB) SAMBUTAN HARI LAHIR GURU DAN MURID AMBUTAN Hari Lahir secara beramai-ramai telah diadakan pada 25 April lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran guru dan murid yang lahir pada bulan Januari, FebruarI, Mac dan April. Walaupun sambutan sederhana tetapi ia tetap meriah dengan diserikan acara memotong kek oleh guru dan murid yang terlibat. Selain ucapan ring- kas, majlis juga diisi dengan acara jamuan untuk semua warga SKPK Batu Pahat. (MAB) Guru Besar baharu SKPKBP sedang berucap di hari pertama beliau di perhimpunan mingguan sekolah. LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5 & BELAKANG LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 Kandungan :

Upload: dinhnhan

Post on 13-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kenali Guru SKPKBP 2

Dari Meja Pengarang 2

Sidang Redaksi 2

Program 3 dalam 1 3

Guru Pelatih 3

Program Anti Dadah 3

Sambutan hari Lahir 3

Lensa SKPKBP 4 - 5

Prog Luar KKBP & Pra 6 - 7

BERHARGANYA. 6

Info Speed 7

PERSEMBAHAN TARIAN

Tahun 6 Bilangan 41

APRI

L/MEI 2

013

AHNIAH!. SK Pendidikan Khas Batu Pahat

menerima Guru Besar yang baharu iaitu

En. K. Thayalan a/l K. Kanagaratnam

(gambar). Beliau yang berasal dari Kuala

Lumpur telah mula bertugas di sini bermula 16

Mac 2013. Kehadirannya ke sini mencatat

sejarah sebagai Guru Besar SK Pendidikan

Khas Batu Pahat yang ke - 6. (abk_103)

ADA 24 April yang lalu, seramai 9 orang murid SKPKBP telah mengadakan persembahan

tarian sempena Karnival Kesenian dan Kebudayaan Pendidikan Khas Negeri Johor. Program

jemputan kepada murid-murid berkonsepkan tarian 1 Malaysia aadalah bimbingan Cik Balqish

bt Selamat dan Puan Norsahilla be Eshak. Bertempat di SMK Tun Ismail, Parit Raja, persembahan

turut disertai oleh wakil murid pendidikan khas dari setiap daerah di Negeri Johor. (MAB)

SAMBUTAN HARI LAHIR GURU DAN MURID AMBUTAN Hari Lahir secara beramai-ramai telah diadakan pada

25 April lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran guru dan murid

yang lahir pada bulan Januari, FebruarI, Mac dan April. Walaupun

sambutan sederhana tetapi ia tetap meriah dengan diserikan acara

memotong kek oleh guru dan murid yang terlibat. Selain ucapan ring-

kas, majlis juga diisi dengan acara jamuan untuk semua warga SKPK

Batu Pahat. (MAB)

Guru Besar baharu SKPKBP sedang berucap di hari pertama beliau di perhimpunan mingguan sekolah.

LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5 & BELAKANG

LAGI BERITA & GAMBAR DI

HALAMAN 2

Kandungan :

aya Yang Menurut Perintah! Bukan mudah untuk mengikut arahan dari pihak atasan bagi mengisi jawa-

tan Guru Besar di lokasi jauh dari keluarga dan tempat tinggal. Namun, lumrah Sekolah Pendidikan

Khas yang hanya berjumlah 34 buah sekolah di seluruh negara, memerlukan pengorbanan tinggi se-

setengah pentadbir mengisi perjawatan dan kenaikan pangkat pentadbiran bagi menunaikan amanah yang

dipertanggungjawabkan.

Berasal dari Kuala Lumpur, En. K. Thayalan A/L K. Kanagaratnam telah berpengalaman sebagai pendidik

melebihi 25 tahun, termasuk menjawat GPK Ko-Kurikulum (2001-2003), GPK HEM (2003-2009) dan GPK

Kurikulum (2009-2012) semuanya di SKPK Kampung Baharu. Beliau memulakan perkhidmatan di SK Bukit

Pantai (SK Tmn Lucky),1985 dan SK Kampung Baharu,1985 sebelum berpindah ke SK Kanak-Kanak Cacat

Pendengaran Kampung Baharu (kini dikenali SKPK Kampung Baharu) pada tahun 1987.

Selepas menyambung belajar di Maktab Perguruan Perseku- tuan P Pinang pada tahun

1989, beliau telah bertugas di SKPK Jalan Peel bermula tahun 1991, sebelum kembali

semula bertugas di SKPK Kampung Baharu pada tahun1993 sebagai pertukaran setara

guru biasa dan seterusnya menduduki beberapa jawatan GPK di sana. Sebelum beliau

ditawarkan jawatan Guru Besar di SKPK Batu Pahat, beliau telah berpindah ke SKPK Jalan

Peel dengan jawatan GPK Ko-Kurikulum selama 3 bulan [24 Dis- ember 2012 sehingga

15 Mac 2013].

Berpengalaman luas dalam bidang Pendidikan Khas khususnya

murid bermasalah pendengaran telah membawa be-

liau berkhidmat di sini sebagai Guru Besar SKPK

Batu Pahat yang kosong sejak awal tahun. Hara-

pan beliau ialah SKPK Batu Pahat akan

dapat meningkat-

kan prestasi ke tahap yang cemerlang dan disegani

oleh sekolah-sekolah pendidikan khas dan aliran

perdana. (abk-103)

Page 2 Buletin Speed April/Mei 2013

Salam.

Tamat sudah spekulasi. Jawatan Menteri Besar sudah diisi. Oppsss.tersasul pulak. Maklumlah musim pilihanraya baru berlalu. Jawatan

Guru Besar SKPKBP yang kosong hampir 3 bulan kini telah diisi dengan kehadiran En K. Thayalan a/l K. Kanagaratnam yang naik pangkat

sebagai Guru Besar di sekolah ini pada 16 Mac 2013. Bukan tujuan membanding, setiap pentadbir ten-

tunya mempunyai cara tersendiri. Berperwatakan tegas walaupun agak perlahan tutur bicaranya kepada

khalayak SKPKBP, bagi pendapat penulis beliau mempunyai karisma dan disiplin tinggi yang boleh di-

contohi sejajar tugas dan tanggungjawab beliau sebagai pentadbir baharu di SKPKBP. Selain mudah ber-

bicara, beliau senang bergurau dan bertimbangrasa kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru dan

staf. Namun, bagi yang sudah biasa di zon selesa atau terlalu manja dengan kelebihan yang diberi sebe-

lum ini, tentunya terkejut dengan perubahan yang dilakukan.

Tolong menolong amalan mulia, sudah tentu kata-kata ini boleh memberi perangsang kepada semua,

setelah sebelum ini kita begitu sinonim dengan kata-kata Kerja mesti ikhlas. Mesyuarat pertama ber-

sama GB baharu pada 04 April 2013 tentunya masih belum cukup untuk mengenalinya, namun tanggung-

jawab dan amanah kita kepada bidang kerjaya yang kita pilih ini sama ada sebagai guru atau staf sokon-

gan akan dinilai sebagai bekalan untuk hidup di akhirat nanti tidak kira siapa ketua atau di mana kita

berada. Sesungguhnya segala amalan kita akan dinilai dengan harapan ia mendapat balasan Syurga di

Akhirat kelak.

Buletin Speed edisi April-Mei kali ini juga memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan di SKPKBP ter-

masuk program 3 dalam 1 meliputi Majlis Maulidur Rasul, Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Cemer-

lang 2012 serta terkini Program Sambutan Hari Lahir untuk guru, staf dan murid yang lahir pada bulan 1-4.

Pogram lain yang turut diselitkan adalah seperti program anti dadah, program pendidikan luar KKBP dan

prasekolah serta penyertaan murid dalam aktiviti sukan

dan permainan.

Semoga paparan buletin ini dapat dimanfaatkan oleh

semua WARGA SKPK BATU PAHAT.

Sekian.

Selamat Membaca.

SIDANG REDAKSI : Buletin Speed April-Mei 2013

PENGERUSI

En. K. Thayalan a/l K. Kanagaratnam Guru Besar SKPK Batu Pahat

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor GPK HEM SKPK Batu Pahat

EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron ( [email protected] )

PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin Pn Maznah bt Abu Bakar Pn Radziah bt Sulaiman

JURUFOTO En Kevin Mak Wai KiM En Mohammad Saffri bin Hamali

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

PENERBIT Pusat Sumber SK PKBP, Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Tazim. Tel: 07 4341139 Fax: 07 4342139 E-mel : [email protected]

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh

dialamatkan ke alamat di atas.

EN. K. THAYALAN A/L K.

KANAGARATNAM

GURU BESAR SKPKBP KE-6

Faman zuhziha aninnari wa udkhilal jannata faqod faaza...

Tahun 6 Bilangan 41

5 GURU PELATIH DI SKPK BATU PAHAT ERAMAI 5 orang guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur telah

menjalani latihan mengajar di SKPKBP bermula 1 April hingga 26 April yang lalu.

Mereka terdiri daripada 3 orang guru pelatih lelaki dan 2 orang guru pelatih perempuan.

Pihak sekolah telah melantik Pn Zuraidah, Pn Radziah dan En Suhaimi sebagai pembimbing

mereka sepanjang latihan di SKPKBP. (MAB)

ALAH satu aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan oleh Panitia Matematik

ialah kuiz. Pertandingan yang disertai oleh murid Tahap 1 dan 2 itu diadakan pada 30

April 2013 dan ianya dikelolakan oleh guru-guru Panitia Matematik. Pemenang untuk

Tahap 1 ialah Edmund Teo, Mohd Nabil Rashid dan Mohd Erwan Shah, manakala tempat

kedua disandang oleh Mohd Afiq, Ong Gene dan Nur Hidayah, sementara tempat ketiga

pula dimenangi oleh Syed Mohd Jawad, Mohd Eman Iskandar dan Tan Miao Hui. Bagi

murid Tahap 2, pemenang pertama ialah Khair Zuhri dan Solihin, manakala saguhati

diberikan kepada Quak Sze Li, Mohd Shamirul dan Nur Hazlina. (MAB)

PERTANDINGAN KUIZ PANITIA MATEMATIK

SUMBANGAN IKHLAS WARGA SKPKBP UNTUK RAKAN SEKERJA ALAM Takziah buat Pn Rosyatimah bt Mohidin dan Pn

Hasimah bt Sabtu di atas kehilangan ahli keluarga

yang disayangi. Sehubungan itu, satu kutipan dalaman

antara warga SKPKBP telah diadakan bagi tujuan

tersebut. Semoga sumbangan yang sedikit ini daripada

rakan-rakan setugas dapat mengurangkan kesedihan di

atas dugaan yang dihadapi. (abk_103)

PROGRAM ANTI DADAH ADA 22 Mac 2013, Unit Bimbingan bersama Unit Anti Dadah SKPK Batu Pahat telah

mengadakan program anti dadah dibawah bimbingan Pn Radziah dan Pn Norsahilla.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan tentang penyalahgunaan dadah serta

pertandingan melukis dan mewarna di kalangan murid. Hadiah telah diberi kepada setiap

pemenang. (MAB)

PROGRAM 3 DALAM 1 6 MAC 2013 tercatat sejarah di SKPKBP, di mana pada hari tersebut telah berlangsung-

nya tiga acara yang diadakan dalam masa sehari. Majlis tersebut ialah Sambutan

Maulidur Rasul 1434H, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23, serta Hari Anugerah Cemerlang

2012.

Majlis Maulidur Rasul 1434H dimulakan dengan bacaan

selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

secara beramai-ramai, diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ikhmal b

Shamsudin. Selepas itu, acara diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23. Pada

mesyuarat kali ini telah diadakan pemilihan AJK PIBG yang

baharu bagi sesi 2013/2014 dimana En Arun b Samani telah

dilantik sebagai YDP PIBG yang baharu menggantikan En

Amin b Samiran.

Selesai mesyuarat, acara berhenti sebentar bagi memberi peluang semua hadirin menik-

mati hidangan Nasi Beriani. Kemudian, majlis disambung dengan program Hari Anugerah

Cemerlang 2012. Kesemua murid telah menerima hadiah &

anugerah di atas kecemerlangan masing-masing. (MAB)

Page 3

LAGI GAMBAR DI HALAMAN 4

LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5

LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5

Page 4 Buletin Speed April/Mei 2013

Tahun 6 Bilangan 40 Page 5

Page 6 Buletin Speed April/Mei 2013

ROGRAM Terapi Air untuk murid KKBP dan Prasekolah

telah diadakan di Kolam Air Panas Gersik, Muar pada 24 April

yang lalu. Murid-murid dibimbing dan dikawal sepanjang aktiviti di dalam air

seperti latihan berenang, mandi, dan lain-lain. (abk-103)

Berendam di Kolam Air Panas Sg Gersik

Program Sambutan Hari Lahir Guru,

PPM dan Murid-Murid KKBP dan

Prasekolah untuk Penggal 1/2013

ERENTAK dengan Program Terapi Air

di Kolam Air Panas Gersik, Muar itu

juga telah diadakan sambutan hari

ulang tahun kelahiran untuk guru, PPM

dan murid prasekolah serta KKBP. Acara

dimulai

dengan

bacaan

doa,

memo-

tong kek

dan

jamuan. (abk-103)

Tetiba, hati ini terdesir sesuatu pada kenangan lalu apabila terdengar seorang sahabat berhubung melalui telefon dengan bapanya dengan panggilan mesra Bapak!

Hmmm.berharganya panggilan itu. Alangkah seronoknya jika aku masih ada seseorang yang kupanggil seperti itu

Hati ini mengimbau kenangan seronoknya masa itu. Sejak lahir sehingga usia ku menjejak awal 30 an aku dapat merasai kasih seorang ayah yang sudah sinonim

kupanggil Bapak!.

Bapak bersusah payah mendewasakan diri ini sehingga aku berjaya sekarang. Aku bersyukur kepadaMu Ya ALLAH kerana dikurniakan seorang ayah yang ber-jiwa besar, cekal, tegas dan sabar. Banyak pengorbanan yang dilaluinya. Tapi usianya hanya diberikan Allah sehingga 75 tahun 03 hari semasa dia meninggalkan

alam fana ini menghadap Ilahi pada 11 Jun 2008 jam 7.30 pagi.

Di pagi Rabu itu, Bapak meninggalkan emak dalam keadaan yang penuh hiba berdua di rumah setelah abang keluar bekerja. Sepanjang malam diberitakan badannya memang tidak sihat, namun dia tidak menelefonku meminta untuk pulang ke kampung. Walhal tika itu, aku tidur berseorangan di rumah sewa. Mungkin

bapak tidak tahu aku berada di daerah ini pada malam itu. Kebiasaannya bapak akan menghubungiku kalau dia tidak sihat.

Bapak akan minta diurutkan badannya yang sakit-sakit jika aku balik kampung. Tapi malam itu, bapak tidak menelefon seperti kebiasaannya. Kenapa yer bapak??. Mungkin dia tak mahu mengganggu aku kerana aku sedang sibuk dengan kerjaya dan keluarga asas yang kubina hampir 2 tahun pada masa itu. Tetapi itu aku tak

pernah jadikan alasan. Bapak sentiasa di hati ini

Bapak banyak menangis di hujung hayatnya. Masa aku balik kampung, sentiasa aku cium dan peluk Bapak selain emak tika aku datang menjenguk dan meninggal-kannya. Bapak juga banyak diam, tiada banyak bicara melainkan perkara-perkara yang perlu sahaja dia akan membutirkan tutur katanya. Namun, bibir bapak sentiasa

basah dengan zikir dan bacaan surah yaasin dan beberapa potongan ayat Quran lain yang di hafaznya.

Jika aku tidur di kampung, awal-awal pagi lagi sebelum azan subuh, dengan aku masih kesejukan tidur, tapi Bapak dah bangun solat malam, menghafaz dan berzikir sampai ke subuh. Ohhaku rindu suasana itu, Ya Allah

Aku dah tak ada lagi insan istimewa yang seistimewa itu yang boleh kupanggil Bapak.

Rindunya aku Ya Allah.tiada lagi pengganti untuk itu. Berharganya nasihat dan perjuangan Bapak untuk aku. Moga Roh Bapakku sentiasa tenang di alam barzakh sana dan digolongkan bersama orang-orang yang soleh. Amin ALFATIHAH

Dedikasi istimewa untuk sahabat.abk_103

menerima maklumat auditori (pendengaran) dan

menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai

CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak) tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat

menterjemah maklumat audotori yang diterima

daripada telinga dengan baik.

MASALAH KOMUNIKASI

Masalah gangguan bahasa dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis yang merupakan punca masalah

bahasa.

1. Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa leat

daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak

akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak

yang tidak menunjukkan perubahan dan

memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

2. Aphasia

Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat

kerosakan otak. Bagi kanak-kanak, kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau

ketumbuhan (tumor) otak. Aphasia termasuklah

kesukaran menggunakan bahasa samada reseptif atau ekspresif.

3. Gangguan Proses Auditori Pusat (Cetral Audi-tory Procesing Disorder/ CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan

Page 7

...(bersambung)

ELETIHAN. Berbekalkan semangat untuk memberi pendedahan kepada

murid-murid disamping cabaran fizikal dan mental, program mendaki

Gunung Soga telah berjaya dilaksanakan oleh Unit KKBP dan Prasekolah

pada 03 April 2013 yang lalu. (abk_103)

MENDAKI HUTAN LIPUR GUNUNG SOGA

Tahun 6 Bilangan 40

Info SpeEd (Bah. 41)

RUJUKAN

Abdul Rahim Talib (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah

Pembelajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Jamila K. A. Mohamed (2006), Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa, PTS

Profesional Publishing Sdn Bhd, Batu caves.

Rohani Abdullah (2001), Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio,

Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Buletin Speed April/Mei 2013

Buletin Speed ini adalah terbitan terhad tidak berkala yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Pusat Sumber Sekolah, SK Pendidikan Khas Batu Pahat sejak Januari 2008. Terima kasih kerana menghargai penerbitan ini.

PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT

ERTEMPAT di Padang Majlis Perbandaran Batu Pahat telah berlangsungnya Pertandin-

gan Petanque Pendidikan Khas Batu Pahat yang diadakan pada 3 dan 4 April 2013. 4

orang peserta dari SKPKBP telah menyertai pertandingan berkenaan iaitu Mohd Asrul-

nizam (pertama), Nur Anisyah Anis bt Nordin (kedua) , Nurul Aishah bt Isa (ketiga) dan

Mohd Aizuddin. (MAB)

PERTANDINGAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT

EJOHANAN Bowling Pendidikan Khas Batu Pahat telah diadakan di Pusat Bowling BP

Mall pada 17 April 2013. SKPKBP telah menyertai pertandingan tersebut yang diwakili

oleh 4 orang murid. Tahniah kepada para pemenang. (MAB)

ADA 20 hingga 21 Mac 2013 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan

Khas Daerah Batu Pahat. SKPKBP telah menghantar 8 orang peserta ke pertandingan

tersebut yang diadakan di Institut Perguruan tun Hussien Onn Batu Pahat. Dua orang

murid iaitu Mohd Asrulnizam B Supardi [200m-emas & 100m-perak] dan Nur Anisyah Anis Bt

Nordin [lontar peluru-perak] telah berjaya memenangi acara yang disertainya. Tahniah

kepada murid dan guru yang terlibat. (MAB)

PERTANDINGAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS BATU PAHAT

BERITA DI HALAMAN HADAPAN

& LAGI GAMBAR DI HALAMAN 5