abdulrazakaa990006d03tt2

Upload: nazuraain

Post on 20-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    1/14

    BAB II

    KONKRIT DAN MORTAR

    2.1 PENGENALAN

    Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur, pasir dan air

    mengikut kadar campuran yang tertentu dan dibiarkan mengeras untuk membentuk

    struktur tertentu. Kadang-kala sejenis bahan tambah dicampurkan untuk menghasilkan

    konkrit yang bersifat tertentu seperti cepat mengeras, lambat mengeras, tahan sulfat dan

    sebagainya.

    Mortar pula ialah bahan yang terdiri daripada satu bahan bersimen (simen, kapur

    atau campuran kedua-duanya), air dan pasir atau batu-baur halus yang lain. Mortar

    dibuat dengan menggaulkan simen, pasir halus dan air secara sebati sama ada secara

    manual atau menggunakan mesin. Umumnya, mortar ditakrifkan mengikut komposisi

    campurannya iaitu satu unit isipadu bahan bersimen dengan tiga unit isipadu pasir (1

    !). "ahan ini (mortar) selalu digunakan sebagai pengikat dalam kerja-kerja batu bata dan

    untuk melepa dinding dan struktur lain seperti tiang, rasuk dan sebagainya. (#)

    $

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    2/14

    %leh sebab itu, teknologi konkrit menentukan baha&a semua bahan yang akan

    digunakan mestilah diuji dan diluluskan berdasarkan pia&aian yang telah ditetapkan,

    sebelum digunakan untuk kerja-kerja kejuruteraan a&am

    2.2 KONKRIT SECARA AM

    Konkrit adalah merupakan salah satu bahan binaan yang paling banyak

    digunakan dan disebabkan itu juga teknik membuat konkrit yang baik perlu untuk

    memastikan kualitinya baik dan kekuatannya dapat dicapai. Kekuatan dan ketahanan

    konkrit adalah bergantung kepada banyaknya air di dalam campuran konkrit itu dan

    darjah pemadatan yang dikenakan. %leh itu, perkara penting yang mesti diperhatikan

    ialah, kekentalan sesuatu campuran konkrit itu mestilah sesuai bagi membolehkan

    konkrit itu digaul dengan baik, boleh diangkut, dituang dan dikerjakan dengan mudah,

    tanpa berlaku pengasingan (segregation) kepada bahan-bahan asal campurannya. Kualiti

    konkrit juga bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut(#)

    i. kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan iaitu simen, batu baur, pasir

    dan air

    ii. kadar campuran

    iii. kuantiti air yang digunakan

    i'. cara menggaul

    '. cara mengangkut

    'i. cara menimbun

    'ii. cara memadat konkrit yang telah digaul

    'iii. kualiti acuan

    i. cara penga&etan

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    3/14

    2.2.1 SIFAT KONKRIT

    Konkrit banyak digunakan dengan meluas kerana sifat-sifatnya yang baik dan

    tersendiri. *ifat-sifatnya adalah seperti berikut

    1. konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. *ifat ini adalah penting

    dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

    #. konkrit tidak berkarat atau reput. +a tidak juga diserang oleh anai-anai atau

    serangga lain

    !. konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut

    acuannya

    . konkrit tahan panas dan tidak mudah terbakar

    $. bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir dan batu

    baur mudah didapati dan murah()

    2.2.2 PENGASINGAN KONKRIT

    Konkrit yang baik dan tinggi kebolehkerjaannya seharusnya bersifat lekit dan

    tidak mudah terasing. engasingan boleh diertikan sebagai permisahan ju/uk-ju/uk

    daripada suatu campuran heterogen (terdiri daripada berbagai-bagai jenis 0ramuan)

    sehingga agihan ju/uk-ju/uk itu tidak lagi seragam iaitu masing-masing berkumpul

    sesama sendiri.()"agi konkrit, ada dua bentuk pengasingan yang boleh terjadi

    i. pengasingan yang berlaku akibat terjadinya pemisahan butir-butir kasar

    daripada campuran konkrit semasa konkrit dituang dan dipadatkan.

    engasingan ini mungkin berlaku jika campuran konkrit itu banyak

    mengandungi batu,

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    4/14

    ii. pengasingan yang berlaku apabila turapan simen terpisah daripada bancuhan

    konkrit. engasingan ini biasanya berlaku untuk bancuhan konkrit yang

    basah.(#)

    "agi mencegah terjadinya pengasingan konkrit, beberapa perkara perlu diberi

    perhatian antaranya ialah bancuhan konkrit mestilah mempunyai kesenangan kerja yang

    sesuai, penggetaran tidak dilakukan berlebihan, cara menuang konkrit ke dalam acuan

    hendaklah betul dan jarak jatuhnya hendaklah tidak terlalu besar (tinggi) dan setelah

    berada didalam acuan, perlu dia&asi supaya konkrit tersebut tidak banyak bergerak.

    Konkrit yang mengalami pengasingan akan menghasilkan rupa yang buruk, kekuatannya

    juga rendah dan kejadian begini tidak boleh sama sekali dibenarkan berlaku dalam

    sebarang kerja struktur

    2.2.3 UJIAN KEKUATAN KONKRIT

    "agi ujian kekuatan konkrit, sekurang-kurangnya empat contoh konkrit

    hendaklah diambil dalam masa satu hari kerja pengkonkritan, bagi satu kadar bancuhan

    yang sama. 2aripada tiap-tiap contoh ini, dibuatkan tiga buah kiub konkrit berukuran

    1$3mm dengan menggunakan acuan pia&ai. Kiub-kiub ini kemudiannya dia&et dan

    seterusnya diba&a ke makmal untuk diuji dengan mesin mampatan. Ujian kekuatan ini

    hendaklah dibuat terhadap konkrit yang berumur hari, 1 hari dan #4 hari. 5ilai-nilai

    kekuatan tiap-tiap kiub hendaklah dicatatkan dan dibandingkan dengan nilai kekuatan

    yang dikehendaki. 6ujuan dilakukan ujian untuk konkrit hari dan 1 hari ialah untuk

    meramalkan sama ada kekuatan yang dikehendaki pada #4 hari boleh dicapai atau tidak.

    *ecara umumnya, kekuatan konkrit hari ialah dua pertiga daripada kekuatan konkrit #4

    hari.()

    4

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    5/14

    2.2.4 KESENANGAN KERJA KONKRIT BASAH

    7aktor utama yang mempengaruhi sifat kesenangan kerja konkrit ialah

    kandungan airnya. 7aktor-faktor lain ialah sifat-sifat batu baur yang digunakan iaitu sai/

    maksimum, jenisnya (sama ada yang dikisar atau tak dikisar), gred dan sebagainya.

    8ika kandungan airnya bertambah, &alaupun sedikit, kesenangan kerja meningkat, tetapi

    sebaliknya kekuatan konkrit pula akan berkurang. "egitu juga dengan kesan-kesan

    kandungan pasir terhadap kesenangan kerja konkrit. Kandungan butiran halus (pasir 9

    simen ) mestilah dikurangkan jika pasir yang digunakan mengandungi lebih butir-butir

    halus. :al ini perlulah diberi perhatian, oleh kerana sesuatu campuran yang kandungan

    butirannya tinggi memerlukan lebih air untuk mencapai kesenangan kerja yang sama

    dengan campuran(#).

    2.2.5 KAEDAH PENGAWETAN KONKRIT

    *emasa air dibancuh kepada simen, tindakbalas berlaku dan menyebabkan simen

    itu membeku dan mengeras. ;ir ini hanya cukup untuk tindakbalas kimia pada peringkat

    permulaan sahaja. 8ika air kurang semasa simen itu menjalani proses mengeras, konkrit

    tidak dapat mencapai kekuatan maksimumnya. Kekuatan konkrit bertambah dengan

    kehadiran air melalui jangka masa yang panjang. Konkrit mencapai kekuatan

    maksimumnya dalam jangkamasa sekurang-kurangnya satu tahun.

    ;pabila bancuhan konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan

    cepat melalui proses penyejatan, kalau tindakan segera tidak diambil. 6indakan

    mencegah kehilangan air dari konkrit ini adalah dinamakan penga&etan konkrit. Konkrit

    mestilah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan lembap selama sekurang-

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    6/14

    kurangnya 1 hari selepas ia mengeras. "erikut diberikan anggaran peratus kekuatan

    yang dicapai dalam jangkamasa yang tertentu()

    ! hari - #3=

    hari - $=

    #4 hari - 3=

    ! bulan > 4$=

    bulan > 133=

    Keadaan iklim, cuaca dan ha&a mempengaruhi cara dan keperluan penga&etan

    konkrit. enga&etan mestilah dimulakan secepat mungkin sebaik-baik sahaja konkrit itu

    beku dan cukup keras. ?ara-caranya adalah seperti berikut

    1. konkrit boleh ditutup dengan beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan lain-lain

    bahan yang telah dibasahkan. "ahan-bahan yang mungkin merosakkan &arna

    konkrit tidak boleh digunakan,

    #. membanjirkan permukaan konkrit dengan air. ?ara ini sesuai digunakan pada

    lantai,

    !. menyiram konkrit itu dengan air,

    . menyapu bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan

    air melalui sejatan,

    $. menggunakan &ap air (stim). ?ara ini digunakan dalam kilang untuk

    mempercepatkan proses penga&etan terutama bagi konkrit tegas-dulu.()

    13

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    7/14

    2.2.6 KELIANGAN KONKRIT

    Keliangan konkrit dapat ditakrifkan sebagai satu bukaan rongga yang terjadi ke

    atas konkrit. "ukaan ini terjadi sama ada ke atas permukaan konkrit atau di dalam

    konkrit. Keliangan konkrit ialah salah satu sifat konkrit yang mempengaruhi mutu

    kualiti konkrit.()

    Kekeliruan sering berlaku di antara keliangan dengan lompang, kedua-dua sifat

    atau keadaan ini tidak boleh disamakan kerana kedua-duanya adalah berbe/a dari segi

    penyebab dan sai/ bukaan. @ompang adalah disebabkan oleh kerja-kerja pemadatan

    yang tidak sempurna dengan sai/ bukaan yang lebih besar berbanding dengan keliangan

    yang mempunyai sai/ bukaan yang lebih kecil.

    Keadaan konkrit yang berkeliangan tinggi dalam konkrit memberikan kesan

    buruk terhadap kekuatan konkrit dalam jangka masa panjang. Konkrit yang mempunyai

    sifat keliangan yang tinggi biasanya memberikan tahap kekuatan yang memuaskan pada

    a&al usianya, tetapi setelah lama-kelamaan tahap kekuatan konkrit tersebut akan

    menurun. +ni adalah disebabkan bahan-bahan kimia dalam bentuk cecair akan memasuki

    ke dalam struktur konkrit melalui liang-liang yang terdapat dalam konkrit. 2engan ini

    berlaku tindakbalas yang seterusnya memudaratkan konkrit.()

    2.3 JENIS-JENIS MORTAR

    Mortar amat mustahak dalam kerja batu-bata kerana bahan ini memberikan

    kekuatan kekalisan air, pemeroian dan kelasakan. Mortar yang disediakan juga

    hendaklah mempunyai kesenangan kerja yang baik. enggunaan mortar sebagai bahan

    pengikat akan membolehkan bata yang tidak sama sai/ dan bentuknya disusun

    11

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    8/14

    dan diikat kuat dan padu supaya tegasan daripada beban-beban yang dikenakan teragih

    sama rata serta liang-liang yang mungkin menyerap air atau lembapan adalah minimum.

    (#)8ika konkrit mempunyai pelbagai jenis campuran begitu jugalah yang terdapat pada

    mortar. 6erdapat beberapa jenis mortar yang biasa digunakan di negara kita iaitu seperti

    di ba&ah ini

    2.3.1 Mo!" #$%&'

    2alam kerja-kerja bata biasa, mortar simen dengan campuran 1 ! (nisbah simen

    pasir) banyak digunakan. asirnya hendaklah diayak supaya tidak terdapat butir-butir

    kasar atau terus menggunakan pasir halus yang dibeli terus dari kilang. *emasa

    menyediakan mortar ini, pasir dan simen dicampur dan digaul dalam keadaan kering

    kemudian air dicampurkan bagi mendapatkan kekentalan yang dikehendaki. Mortar

    yang dihasilkan ini hendaklah digunakan dalam masa dua jam.(#)

    2.3.2 Mo!" (")*

    Mortar kapur disediakan dengan mencampurkan kapur hidraul yang dimatikan,

    pasir dan air. Mortar ini hendaklah digunakan dalam tempoh empat jam. 5isbah

    campuran kapur dan pasir yang biasa digunakan ialah 1 ! .(#)

    1#

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    9/14

    2.3.3 Mo!" (")*-#$%&'

    Mortar kapur disediakan dengan mencampurkan kapur, simen, pasir dan air

    mengikut kadar yang tertentu. "iasanya kapur dan pasir dicampurkan terlebih dahulu,

    dan simen hanya dicampurkan apabila mortar itu hendak digunakan.(#)

    2.3.4 Mo!" !"+"' ")$

    Mortar jenis ini digunakan untuk mengikat bata dalam relau pembakar bata,

    membuat simen dan sebagainya. Kapur dan simen biasa tidak sesuai untuk tujuan ini

    kerana ia mengecut semasa dibakar. Mortar tahan api yang baik mengandungi bancuhan

    1 bahagian simen (simen alumina adalah kebih sesuai) dengan # bahagian bata tahan api

    yang dihancurkan dengan halus.()

    2.3.5 Mo!" (",$# "$

    "eberapa jenis bahan yang dinamakan pengalis-air sekarang boleh didapati dari

    kedai. Mortar yang dibancuh dengan bahan ini mempunyai sifat kalis air, yakni air tidak

    dapat melaluinya. Kebanyakan bahan ini seperti cementone, sika, adalah sesuai untuk

    mortar simen. Aunanya bahan ini ialah untuk memenuhi atau mengisi semua lompang

    kecil dalam mortar atau memberi satu lapisan nipis melindungi mortar itu supaya tidak

    diresapi air. 6angki air, tembok kolam, tembok tingkat ba&ah tanah adalah sebahagian

    daripada pembinaan-pembinaan yang mungkin memerlukan mortar ini untuk mencegah

    air daripada masuk ke dalam ataupun keluar.()

    1!

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    10/14

    2.4 CAMPURAN MORTAR DAN KONKRIT

    6erdapat pelbagai nisbah yang ditentukan untuk menghasilkan mortar. ;da yang

    menggunakan nisbah 1 ! (simen pasir), ada yang menggunakan nisbah 1 dan

    macam-macam lagi. "agi kajian ini telah ditetapkan nisbah 1 ! iaitu nisbah yang biasa

    digunakan untuk campuran bagi mortar dan juga air yang secukupnya.

    2.4.1 S$%&'

    *imen ialah sejenis bahan yang mempunyai sifat lekitan dan lekatan, yang

    membolehkannya mengikat ketul-ketul batu menjadi suatu jasad yang padu. 6erdapat

    banyak jenis simen yang dibuat di kilang untuk kegunaan tertentu dan bagi memenuhi

    kehendak-kehendak yang khusus. 8enis-jenis simen yang utama ialah

    i) simen ortland biasa

    ii) simen diubahsuai

    iii) simen mengeras cepat

    i') simen haba rendah

    ') simen penahan sulfat

    *imen perlulah mempunyai kehalusan yang baik dan ianya merupakan sifat yang

    penting untuk simen dan memerlukan ka&alan yang berhati-hati. *imen yang lebih halus

    mengandungi lebih banyak trikalsium aluminat (?!;) untuk penghidratan a&al dan akan

    meningkatkan kebolehkerjaan bancuhan mortar atau konkrit. 2engan itu pia&aian "*

    $$3 "ahagian ! seksyen !.! 1

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    11/14

    permukaan tentu simen yang dikira sebagai jumlah keluasan pemukaan dalam semeter

    persegi bagi setiap kilogram.(#)*imen yang digunakan untuk mortar terdapat sedikit

    kelainan daripada segi tugas yang dikhaskan berlainan daripada simen untuk konkrit.

    *imen yang akan digunakan untuk mortar ialah simen penampal yang mana ianya

    digunakan untuk kerja-kerja melepa.

    2.4.2 A&"! ("#"

    *ai/ aggregat yang digunakan untuk konkrit adalah berbe/a-be/a, daripada

    beberapa millimeter besarnya sehinggalah kepada butir-butir yang paling halus.

    ;ggregat kasar atau batu baur kasar sai/nya lebih besar daripada $mm. (#)"atu baur ini

    diperolehi daripada batu-batu sungai, lombong ataupun kuari. ;gregat kasar yang

    digunakan dalam kajian ini adalah bersai/ 13mm dan keba&ah dan aggregat kasar yang

    digunakan ini adalah yang telah disediakan di makmal. ;gregat ini dipastikan bersih dan

    bebas daripada sebarang kekotoran atau bendasing seperti daun-daun pokok, beg plastik

    dan lain-lain bagi mengelakkan percampuran semasa menghasilkan konkrit.

    2.4.3 A&"! +",*#

    6erdapat dua jenis pasir yang biasa digunakan bagi industri pembinaan di

    Malaysia iaitu pasir halus dan pasir kasar. asir halus berbe/a dengan pasir kasar (pasir

    sungai) dari segi sai/, kegunaan dan campurannya. asir kasar selalunya terdapat

    pelbagai campuran seperti pasir halus, batu-batu kecil dan pasir kasar di dalamnya dan

    sudah tentulah pasir kasar mempunyai sai/ yang lebih besar. "atu baur halus (lebih

    1$

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    12/14

    dikenali sebagai pasir) iaitu yang sai/nya tidak lebih daripada $ mm.(!)erbe/aan dari

    segi kegunaan pula, pasir halus digunakan dalam campuran mortar untuk kerja-kerja

    seperti melepa dinding, render lantai dan kemasan lain, manakala pasir kasar digunakan

    dalam campuran konkrit dan akan digunakan untuk kerja-kerja seperti mengikat bata,

    konkrit struktur (lantai, tiang dll).

    2.4.4 K")*

    Kapur boleh didapati dengan membakar batu kapur yang diperolehi dari bukit

    batu kapur ataupun cengkerang dari laut. "ahan-bahan mentah ini mengandungi kalsium

    karbonat (?;?%!). ;pabila dibakar ia mengeluarkan gas karbon dioksida (?%#) dan

    menjadi kalsium oksida (?a%). Kalsium oksida ini kemudiannya ditambah sedikit air, ia

    akan menghasilkan haba, mengembang dan menjadi serbuk kapur, kalsium hidroksida.

    roses ini dinamakan tindak air (slaking) dan serbuk kapur dinamakan kapur terhidrat.

    *erbuk kapur akan menjadi cair dan dinamakan dempul kapur jika campuran airnya

    lebih. *erbuk ini jika dibiarkan akan bertindakbalas dengan karbon dioksida dari udara

    dan menjadi kalsium karbonat semula. +nilah sifat utama yang membolehkan kapur

    digunakan dalam bancuhan mortar untuk mengikat batu-bata, melepa dan mengecat.

    ;da tiga jenis kapur yang boleh digunakan dalam perusahaan pembinaan iaitu kapur

    hidraulik, kapur bukan hidraulik dan kapur putih.()

    i. Kapur hidraulik

    Kapur jenis ini mengalami tindak air dengan lambat dan perlahan. +a boleh

    mengeras dalam air tanpa kehadiran karbon dioksida. *ifat ini disebabkan oleh

    kehadiran tanah liat (#3= - !3=) dalam kandungannya. Kapur ini sesuai digunakan

    dalam kerja batu atau asas bata yang tebal, tetapi ia tidak sesuai dicampur dengan simen.

    1

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    13/14

    ii. Kapur bukan hidraulik

    Kapur ini tidak mengandungi ( atau mengandungi sedikit sahaja) tanah liat. +a

    mengeras dalam udara dan sesuai digunakan bersama dengan simen dalam bancuhan

    mortar kompo untuk kerja melepa dan mengikat batu bagi tembok.

    iii. Kapur putih

    Kapur ini digunakan untuk mengecat dan juga lapisan kemasan kerja lepa. +a

    tidak mengandungi tanah liat dan mengeras dengan karbon dioksida dari udara.

    2.5 KUALITI AIR

    ada umumnya kebanyakkan air yang sesuai dijadikan air minuman sesuai

    digunakan dalam bancuhan konkrit atau mortar dan tidak mempengaruhi kekuatan

    mampatan konkrit dan mortar asalkan semua saranan dalam kod amalan dipatuhi dan

    bancuhan direkabentuk dengan betul. ;ir yang mengandungi banyak keladak atau bahan

    terampai atau mengandungi bahan kimia seperti sebatian klorida, sulfat dan bahan

    penghakis jenis organik atau tak organik boleh mengurangkan kekuatan konkrit atau

    mortar. "ahan tak organik seperti sebatian sulfat dan klorida boleh menyebabkan

    tindakbalas kimia seperti tindakbalas sulfat dan kakisan klorida atau kesan peroi di

    permukaan konkrit.(4)

    1

  • 7/24/2019 ABDULRAZAKAA990006D03TT2

    14/14

    2.6 KEGUNAAN MORTAR

    ada umumnya mortar digunakan dalam proses melepa untuk meratakan

    (melicinkan) dan mencantikkan permukaan bagi struktur bangunan. 8ika diperhatikan

    hampir semua pembinaan struktur (bangunan) perlu dilepa. 5amun begitu terdapat juga

    hal lain yang penting didalam proses melepa ini. *ecara logiknya apabila sesuatu

    struktur itu dilepa, ikatan diantara permukaan sesuatu struktur akan lebih kukuh kerana

    melepa ini bolehlah dianggap sebagai balutan yang menyepadukan sesuatu struktur.

    *elain itu, melepa juga digunakan untuk menyeragamkan sesuatu permukaan sebagai

    contoh untuk memperbaiki keretakan yang tidak terlalu dalam. 2inding bata sebagai

    contoh selalunya ikatan di antara bata pada dinding tidak seragam dan ini dapat

    dikemaskan dengan melepa pada permukaan luar dan dalam dinding.

    14