abdb

10
STRATEGI “AKU DAH BOLEH DARAB” MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEFAHAMAN PELAJAR MEMBUAT PENGIRAAN PENDARABAN PECAHAN OLEH MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN LP111096 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM DR. ZALEHA ABDULLAH FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA [email protected]

Upload: muhammad-atan

Post on 06-Jul-2015

180 views

Category:

Education

2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABDB

STRATEGI “AKU DAH BOLEH DARAB” MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEFAHAMAN

PELAJAR MEMBUAT PENGIRAAN PENDARABAN PECAHAN

OLEH

MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN

LP111096FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

DR. ZALEHA ABDULLAHFAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI [email protected]

Page 2: ABDB

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

STRATEGI “AKU DAH BOLEH DARAB” MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEFAHAMAN

PELAJAR MEMBUAT PENGIRAAN PENDARABAN PECAHAN

OLEH

MUHAMMAD AMEEN BIN ATAN

LP111096FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman pelajar berkaitan pendaraban pecahan. Sampel diambil daripada pelajar-pelajar di kelas sederhana iaitu tingkatan 1Elit. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan latihan dalam kelas. Hasil daripada tinjauan menunjukkan bahawa penguasaan pelajar mengenai pendaraban pecahan sangat lemah. Para pelajar tidak dapat membuat pengiraan asas pendaraban terhadap pecahan. Kajian ini juga mengambil kira latar belakang pelbagai kaum kerana pelajar bukan Melayu didapati sangat lemah dalam mengingati sesuatu kosep terutamanya apabila pengajaran dijalankan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Keputusan daripada ujian pos menunjukkan peningkatan penguasaan pelajar. Berdasarkan maklum balas pelajar juga menyatakan teknik ini lebih memudahkan pelajar untuk memahami dan

2

Page 3: ABDB

menguasai seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman pendaraban dalam mata pelajaran Matematik khususnya bagi topik pendaraban pecahan.1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Selepas mengadakan aktiviti latihan dan soal jawab bersama pelajar. Hampir

keseluruhan pelajar tingkatan 1 Elit tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan

dengan baik. Ketika disoal didapati kefahaman para pelajar tentang pendaraban pecahan

agak lemah dan hampir tidak menguasai walaupun topik yang diajar hanyalah ulangan

daripada topik semasa berada di sekolah rendah. Ramai di antara mereka yang sukar

mengingat konsep pendaraban pecahan. Masalah pelajar yang dapat dirumuskan ialah

mereka sukar membezakan antara konsep pendaraban pecahan dan

penambahan/penolakan pecahan.

Contoh Soalan dan Kaedah Penyelesaian

43

x 65

= 2415

252

x 153

=

512

x 58

= 2596

Kebiasaannya, pelajar yang lupa dan tidak faham konsep pendaraban pecahan akan

menyelesaikan masalah pendaraban pecahan mengikut konsep seperti di bawah:

43

x 65

=

2418

+ 2420

=4838

3

3 x 5 = 154 x 6 = 24

12 x 8 = 965 x 5 = 25

5 x 1 + 3 = 8 5 5

5 x 2 + 2 =12 5 5

5 x 4 = 206 x 4 = 24

3 x 6 = 184 x 6 = 24

Page 4: ABDB

252

x 153

=

512

x 58

= 2596

2560

+ 2540

= 25

100

25100

= 4

Jika pelajar dapat mengingat perbezaan konsep keduanya ini mudahlah pelajar untuk

memahami arahan soalan seterusnya dapat menjawab dengan betul.

Menyedari hakikat kelemahan pelajar dalam pemahaman konsep ini, saya telah

memuhasabah diri dan memikirkan kaedah yang sesuai dan mudah untuk pelajar

mengingat perbezaan konsep pendaraban dan penambahan/penolakan pecahan. Strategi

yang saya fikirkan sesuai dengan subjek dan mudah faham bahasa yang digunakan ialah

BDAD

Aku Dah Boleh Darab => Atas Darab Bawah Darab

2.0 Objektif Kajian

4

8 x 5 = 405 x 5 = 25

5 x 1 + 3 = 8 5 5

5 x 2 + 2 =12 5 5

12 x 5 = 965 x 5 = 25

Page 5: ABDB

2.1 Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kefahaman pelajar

untuk menyelesaikan masalah pecahan melibatkan operasi pendaraban.

2.2 Pelajar dapat menguasai kemahiran pendaraban pecahan dengan

cepat dan betul.

3.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 1 Elit. Daripada 10 orang pelajar

tersebut 4 orang ialah pelajar Melayu, 3 orang pelaja India dan selebihnya ialah 3 orang

pelajar Cina.

4.0 Pelaksanaan Kajian

4.1 Tinjauan masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan latihan di dalam kelas.

Ujian pra dan ujian pos juga turut diberikan.

4.1.1 Pemerhatian dan Pemeriksaan Buku Latihan

Berdasarkan aktiviti soal jawab dengan pelajar selepas sesi P&P,

didapati ramai pelajar masih sukar dan keliru membezakan antara

konsep penambahan/penolakan pecahan dan pendaraban. Keadaan

ini diperkukuhkan dengan semakan latihan pelajar.

4.1.2 Ujian Pra

Ujian ini dilakukan untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan

kefahaman pelajar berkenaan konsep pendaraban pecahan sebelum

Strategi ‘Aku Dah Boleh Darab’ dibuat.

4.1.3 Ujian Pos

5

Page 6: ABDB

Ujian ini dilakukan untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan

kefahaman pelajar berkenaan operasi pendaraban pecahan selepas

Strategi ‘Aku Dah Boleh Darab’’ dibuat.

5.0 Analisis Dapatan Kajian

5.1 Analisis Dapatan Melalui Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian kepada murid dengan

memberikan beberapa soalanb kepada pelajar untuk dicuba mengikut

pengetahuan sedia ada mereka. Apa yang dapat diperhatikan, pelajar

terkial-kial dan cuba untuk mengingati semula konsep pendaraban.

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan

sasaran didapati:-

i) Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan.

ii) Murid dapat mengesan perkataan kata kerja yang sepatutnya

ditukarkan mengikut kehendak soalan.

iii) Suasana pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih aktif kerana

pelajar berlumba-lumba untuk cuba menjawab soalan yang

diajukan oleh guru.

5.2 Ujian Pra

Berdasarkan analisis Ujian Pra seramai 10 orang pelajar daripada

kelas 1Elit tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan baik.

Markah yang diperolehi adalah sangat rendah. Jumlah soalan yang

diberikan kepada setiap pelajar adalah sebanyak 4 soalan.

Jadual 1: Prestasi Murid dalam Ujian Pra

6

Page 7: ABDB

BIL. PELAJAR PRESTASI PELAJAR

1 M1 02 M2 03 M3 04 M4 05 M5 06 M6 07 M7 18 M8 19 M9 210 M10 2

Fokus soalan adalah seperti berikut :-

1. Memahami kehendak arahan soalan

2. Menjawab soalan mengikut arahan soalan (pengetahuan sedia ada)

5.3 Analisis Ujian Pos

Berdasarkan analisis Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas 10 orang

pelajar daripada kelas 1Elit, didapati terdapat peningkatan prestasi dalam

kalangan 10 orang pelajar yang terlibat. Mereka telah dapat menjawab

mengikut kehendak soalan dengan baik. Jumlah soalan yang diberikan

kepada setiap pelajar adalah sebanyak 4 soalan. Daripada 4 soalan

tersebut, 80% pelajar telah berjaya mendapat markah 4/4.

Jadual 2: Prestasi Murid dalam Ujian Pos

7

Page 8: ABDB

BIL. PELAJAR PRESTASI PELAJAR

1 M1 32 M2 33 M3 44 M4 45 M5 46 M6 47 M7 48 M8 49 M9 410 M10 4

Fokus soalan adalah seperti berikut :-

1. Memahami kehendak arahan soalan

2. Menjawab soalan mengikut arahan soalan (selepas Strategi ‘ADBD’

diperkenalkan).

6.0 Tindakan Yang Dijalankan

1. Selepas pelajar menjalani Latihan dan Ujian Pra, saya telah

menerangkan pelajar konsep pendaraban pecahan menggunakankaedah

atau strategi ‘ADBD’.

2. Saya juga telah membimbing pelajar bagaimana untuk memahami dan

menjawab soalan berkaitan pendaraban pecahan.

3. Kemudian, pelajar menjalani Ujian Pos sebagai langkah memantapkan

penguasaan dan kefahaman mereka.

4. Seterusnya saya telah menggalakkan pelajar membuat latihan sendiri

sebagai peneguhan dan memantapkan lagi penguasaan dan pemahaman

mereka.

7.0 Pelaksanaan Tindakan dan Penilaian

8

Page 9: ABDB

Kajian ini telah dijalankan selama 1 minggu. Saya telah melaksanakan 2 aktiviti

selama menjalankan kajian tindakan ini. Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos

menunjukkan peningkatan walaupun markah yang diperolehi tidak 100%. Tetapi

daripada fokus kajian dalam aspek pemahaman dan penguasaan pelajar, saya boleh

katakan strategi ini berjaya membantu pelajar meningkatkan daya ingatan serta

pemahaman pelajar walaupun terdapat kekangan dari aspek masa.

8.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:-

Guru dapat menyediakan satu kaedah mudah untuk para pelajar yang lemah

dalam memahami konsep pendaraban pecahan.

Mengadakan permainan ‘explorace’ atau kuiz berbentuk pendaraban pecahan

dalam P & P untuk menarik perhatian murid supaya dapat mengulangkaji dengan

cara yang menyeronokkan.

Guru-guru memanfaatkan Strategi ‘ADBD’ atau ‘Aku Dah Boleh Darab’ atau

‘Atas Darab Bawah Darab’ untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan

pelajar dalam P & P.

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, saya berharap guru-guru dapat

memanfaatkan strategi ini untuk membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan

pelajar dalam ayat aktif dan ayat pasif. Kepada guru-guru pula, mereka boleh mengguna

pakai Strategi ‘ADBD’ kerana guru dapat merancang dan mengabungjalinkan konsep

penambahan/penolakan pecahan dan pendaraban pecahan semasa proses P & P di dalam

kelas nanti. Semoga hasil kajian ini dapat memberikan manfaat kepada warga pendidik

untuk memastikan proses P & P dapat berlangsung dengan jayanya serta menarik minat

pelajar dalam menguasai matapelajaran Matematik khususnya topik pecahan.

9

Page 10: ABDB