abad 20

14
1. ABAD 20 - KEBANGKITAN KESEDARAN Bincangkan faktor-faktor mempengaruhi kesedaran. Kebangkitan kesedaran merupakan salah satu gerakan yang menginginkan kebebasan apabila mereka berasa bahawa diri mereka tertindas. Apabila wujud penentangan dalam kalangan orang tempatan sedikit sebanyak disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi kebangkitan kesedaran ialah faktor sosial. Kedudukan Tanah Melayu yang sangat strategik mewujudkan penghijrahan oleh orang-orang asing. Ia seterusnya telah mewujudkan penubuhan parti politik kiri yang pertama di Tanah Melayu seperti PKMM yang mempunyai ramai pengikut daripada Indonesia. Parti ini berkait rapat dengan Indonesia melalui konsep Melayu Raya dengan cogan kata Merdeka. Seterusnya ialah faktor agama. Golongan muda yang berada di Timur Tengah berperanan dalam menyebarkan fahaman Islam ke Tanah Melayu. Ia turut dirasai oleh golongan muda yang berasal di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan agama di sana. Antara tokoh yang terlibat ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Syeikh Junid Thala Al-Rengas dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Mereka ini berperanan dalam mendidik dan menanamkan semangat perjuangan kemerdekaan menentang British. Faktor pendidikan merupakan salah satu mempengaruhi kesedaran.institut pendidikan sangat penting dalam menyalurkan maklumat dan gedung ilmu pengetahuan serta penyebar kefahaman dan kesedaran bangsa. British memperkenalkan system pendidikan

Upload: ayuazha14

Post on 20-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

review

TRANSCRIPT

Page 1: ABAD 20

1. ABAD 20 - KEBANGKITAN KESEDARAN

Bincangkan faktor-faktor mempengaruhi kesedaran.

Kebangkitan kesedaran merupakan salah satu gerakan yang menginginkan kebebasan apabila

mereka berasa bahawa diri mereka tertindas. Apabila wujud penentangan dalam kalangan orang

tempatan sedikit sebanyak disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi

kebangkitan kesedaran ialah faktor sosial. Kedudukan Tanah Melayu yang sangat strategik

mewujudkan penghijrahan oleh orang-orang asing. Ia seterusnya telah mewujudkan penubuhan

parti politik kiri yang pertama di Tanah Melayu seperti PKMM yang mempunyai ramai pengikut

daripada Indonesia. Parti ini berkait rapat dengan Indonesia melalui konsep Melayu Raya dengan

cogan kata Merdeka.

Seterusnya ialah faktor agama. Golongan muda yang berada di Timur Tengah berperanan

dalam menyebarkan fahaman Islam ke Tanah Melayu. Ia turut dirasai oleh golongan muda yang

berasal di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan agama di sana. Antara tokoh yang terlibat

ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Syeikh Junid Thala Al-Rengas dan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Mereka ini berperanan dalam mendidik dan menanamkan semangat

perjuangan kemerdekaan menentang British.

Faktor pendidikan merupakan salah satu mempengaruhi kesedaran.institut pendidikan

sangat penting dalam menyalurkan maklumat dan gedung ilmu pengetahuan serta penyebar

kefahaman dan kesedaran bangsa. British memperkenalkan system pendidikan kebangsaan aliran

Melayu dan Inggeris tanpa mencampuri urusan pendidikan agama. Kelahiran tokoh melalui

pendidikan aliran agama ialah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Syeikh Junid Thala Al-Rengas dan

Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Manakala tokoh yang lahir daripada pendidikan secular ialah

Ahmad Boestaman, Cikgu Hassan Haji Manan dan Abdullah Ayob.

1. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa gerakan kesedaran berkait rapat dengan

perkembangan media cetak. Hal ini demikian kerana, media cetak memainkan peranan yang

penting dapat menyebarkan ideologi dan propaganda agar terus tersebar. Oleh itu, orang ramai

dapat mengetahui perkembangan sesuatu perkara yang berlaku pada masa itu. Perkembangan

Page 2: ABAD 20

media cetak ini sejajar dengan apa yang terjadi di sesuatu kawasan. Maka, gerakan kesedaran ini

mampu untuk meraih sokongan penduduk tempatan untuk terus menyokong mereka dan

seterusnya melakukan gerakan kesedaran tersebut. Media cetak menjadi wadah perhubungan di

antara penduduk tempatan dengan ahli gerakan kesedaran itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari tentang pelbagai faktor yang mempengaru gerakan

kesedaran. Tetapi saya ada sedikit kekeliruan di mana, pengaruh luar turut mempengaruhi

gerakan kesedaran. Sememangnya, pengaruh luar yang saudari nyatakan mempengaruhi gerakan

kesedaran tersebut. Tetapi, pengaruh luar juga memungkinkan bahawa gerakan kesedaran itu

tidak mungkin berlaku. Jika mereka terpengaruh dengan pengaruh luar seperti Barat, besar

kemungkinan mereka akan bersama-sama untuk memajukan tempat tersebut. Mungkin salah

seorang daripada orang tempatan akan menjadi tali barut warga asing untuk menjatuhkan

gerakan kesedaran tersebut. Maka tidak mustahil bahawa pengaruh luar mampu untuk

mempengaruhi gerakan kesedaran ini, malah terdapat juga segelintir yang menganggap pengaruh

luar ini punca gerakan kesedaran ini terbantut.

Sekian, terima kasih. (Sekadar pandangan, jika salah mohon tunjuk ajar)

3. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan penyataan saudara. Cuma di sini saya ingin menyatakan pendapat saya

bahawa, golongan tua dan golongan tua mempunyai perana yang hampir sama dalam

memacukan gerakan kesedaran ini. Hal ini demikian kerana mereka belajar dalam bidang yang

sama serta mempunyai tujuan yang sama. Besar kemungkinan, apa yang berbeza adalah

pemikiran mereka terhadap sesuatu perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku. Bagi golongan

tua, mereka lebih mengerti apa yang telah dirasai oleh penduduk tempatan. Manakala golongan

muda ini dapat merasai apa yang mereka telah rasa semasa pembelajaran mereka di tempat

belajar. Oleh itu, golongan muda tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan kepada

golongan mereka sahaja, sebaliknya golongan tua perlu ada untuk memantapkan lagi gerakan

kesedaran itu.

Page 3: ABAD 20

Sekian, terima kasih.

4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan penyataan saudari. Saya berpandangan bahawa sistem pendidikan

sememangnya menjadi nadi kepada gerakan kesedaran ini. Hal ini demikian kerana, dari kecil

lagi penduduk tempatan ini diasuh dan dididik untuk memperjuangkan tanah air mereka daripada

tergadai oleh pihak lain. Sedikit sebanyak kesedaran tersebut timbul dan semangat mereka akan

menjulang tinggi. Kesedaran ini dapat dipupuk di sekolah agama penduduk tempatan. Hal ini

demikain kerana, pihak British tidak masuk campur langsung dalam urusan keagamaan

penduduk tempatan. Oleh itu, peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin oleh penduduk

tempatan untuk menyebaran kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

5. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya ingin menambah sedikit pendangan saya terhadap

faktor politik yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini. Seperti yang kita sedia maklum,

kemasukan pihak British ke Tanah Melayu telah menyebabkan pelbagai masalah yang berlaku

terutamanya dalam bidang politik. Pihak British telah melakukan pelbagai tipu muslihat untuk

mendapatkan kawasan yang dikehendakinya di Tanah Melayu. Campur tangan British dalam

sistem pentadbiran di Tanah Melayu telah menggugat kuasa raja dan pembesar. Mereka ini telah

kehilangan sumber pendapatan dan jawatan telah diambil alih. Raja atau sultan hanya berfungsi

sebagai boneka yang hanya menurut perintah sahaja. Oleh itu, terdapat di antara golongan

pembesar itu sendiri yang telah mengetuai gerakan kesedaran itu, kerana sifat ketidakpushatian

mereka terhadap pihak British. Pelbagai propaganda telah dihasut kepada penduduk tempatan di

samping tindakan pihak British itu sendiri yang telah menindas penduduk tempatan dengan

pelbagai peraturan dan cukai telah dikenakan. Maka dengan itu, gerakan kesedaran pun wujud

untuk membela nasib penduduk tempatan.

Sekian, terima kasih.

2. PD2 - KEBANGKITAN NASIONALISME TAHAP 2 

Page 4: ABAD 20

Pasca PD2 membangkitkan kesedaran dan perjuangan secara berorganisasi. Bincangkan

Selepas Perang Dunia ke-2 berlaku, pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam

pentadbiran Tanah Melayu. Selain itu system gerakan kesedaran oleh penduduk tempatan turut

berubah. Melihat kepada perkembangan gerakan kesedaran di Tanah Melayu itu sendiri, pelbagai

tokoh telah bangkit memperjuangkan hak mereka di tanah mereka yang tercinta. Oleh itu,

daripada gerakan kesedaran yang hanya untuk membela nasib tanpa rancangan yang strategik,

maka wujud gerakan kesedaran yang lebih berorganisasi dan tersusun. Kebanyakkan pertubuhan

politik ini ditubuhkan di negeri Perak antaranya ialah PKMM, Hizbul Muslimin, API, dan PAS.

PKMM telah ditubuhkan pada 1945 dan tidak pernah didaftarkan di bawah Akta

Pertubuhan 1920. Matlamat utama mereka adalah untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu

yang jauh ketinggalan dalam semua aspek. Antara tokoh yang bertanggungjawab ialah

Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhabuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad. PKMM ini telah

mendapat sokongan daripada pelbagi pelosok di Tanah Melayu ditambah pula dengan kerjasam

bersama-sama dengan pertubuhan politik Islam seperti Hizbul Muslimin, MATA dan

PEPERMAS. Seterusnya mereka bergabung dengan KRIS, PAS, API, AWAS dan Hizbul

Muslimin untuk menjadi sebuah gabungan politik Melayu dengan nama PUTERA.

Melalui PUTERA ini mereka bergabung pula dengan pertubuhan radikal Cina dalam

menyahut cabaran Malayan Union serta membuktikan kematangan berpolitik bangsa Melayu

berhaluan kiri pada waktu itu. API adalam ialah Angkatan Pemuda Insaf yang merupakan sayap

pemuda PKMM dan AWAS merupakan sayap wanita PKMM. Seterusnya pada tahun 1947, API

dan AWAS telah diharamkan oleh pihak British kerana semangat kental yang ditunjukkan oleh

mereka telah mengejutkan pihak British.

Gelombang kebangkitan rakyat melalui KRIS, PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin,

GMPR dan PUTERA menjadi suara pembangkang yang semakin kuat dan lantang. Oleh itu,

pihak British telah menangkap ramai tokoh radikal Melayu semasa pengistiharan darurat pada 18

Jun 1948 sejurus selepas peristiwa pembunuhan tiga pengurus lading berbangsa Eropah di

Sungai Siput, Perak. Selepas beberapa tahun, mereka dibebaskan dan ada antar mereka yang

menyertai PAS, PRM, PBM dan UMNO. Tetapi terdapat individu yang tidak bersependapat

dengan dasar UMNO yang terlalu bertolak ansur dengan pihak British iaitu Mustapha Hussein,

Cikgu Mohd Yusof Ayob dan Abdul Aziz Ishak. Mereka menyertai PAS.

Page 5: ABAD 20

Perjuangan radikal Melayu mencapai kejayaan apabila memenangi Pilihan Raya Umum

Malaya pada tahun 1959 menyebabkan kegusaran terhadap Parti Perikatan. Kemenangan itu

menjawab sgala persoalan berkaitan dengan tokoh, perjuangan dan organisasi mereka dalam

menawan hati rakyat. Walaupun, pada masa itu telah wujud parti yang berhaluan kanan seperti

UMNO, MIC, dan MCA dan seterusnya bergabung menjadi PArti Perikatan. Mereka ini bertolak

ansur dengan pihak British bukan bermakna bahawa mereka menyokong British. Sebaliknya,

mereka hanya ingin mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu itu sendiri.

Kesimpulannya, gerakan kesedran yang beroganisasi menyebabkan segala yang

diinginkan bermatlamat dan lebih menjamin kedudukan rakyat itu sendiri. Sekali gus, menaikkan

semangat mereka apabila bersama-sama dalam sesuatu perkara agar suara mereka didengari.

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Saya hanya ingin menambah maklumat. Ya, memang

benar selepas Perang Dunia ke-2 meletus, pelbagai parti berorganisasi yang telah wujud di Tanah

Melayu. Seperti yang kita ketahui parti ini terbahagi kepada dua iaitu parti yang berhaluan kiri

dan parti yang berhaluan kanan. Pembahagian parti sedemian rupa, mempunyai matlamat utama

iaitu bebeas dari belenggu penjajah. Tanpa kita sedari, bahawa sedikit sebanyak apabila kita

mempunyai pembahagian begitu telah menggugat penduduk tempatan itu sendiri. Mereka

mungkin akan berasa tidak puas hati sesama mereka. Mereka menganggap bahawa parti yang

berhaluan kiri adalah salah, dan sebaliknya. mereka hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Sedarkah kita, bahawa perkara ini masinh berlaku pada masa kini? Hal ini mungkin retetan

daripada peristiwa lepas yang tidak dijadikan teladan. Seharusnya mereka bergabung untuk

mewujudkan parti utama yang mempunyai matlamat, tujuan dan semangat yang sama.

Sekian, terima kasih.

2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang perubahan yang telah berlaku selepas Perang

Dunia ke-2 meletus. Kewujudan pelbagai parti berorganisasi bertujuan untuk membela nasib

penduduk tempatan. Antara parti yang terawal ditubuhkan adalah PKMM yang membela rakyat.

Parti ini sangat radikal sehingga dianggap sebagai berhaluan kiri iaitu pembangkang. Pada masa

yang sama UMNO telah diwujudkan tetapi lebih bersifat berhaluan kanan kerana mereka lebih

Page 6: ABAD 20

bertolak ansur dengan pihak British. UMNO menjalankan matlamat mereka secara halus

berbanding dengan parti PKMM yang lebih bersifat ganas. Oleh itu, pihak British telah mencari

cara untuk menangkap ahli radikal PKMM ini, sehinggalah pengisytiharan darurat dilakukan

pada 18 Jun 1948 sejurus selepas peristiwa pembunuhan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah

di Sungai Siput, Perak mereka ditangkap. Namun, perjuangan mereka tidak terhenti di situ,

sebaliknya selepas dibebaskan mereka meneruskan perjuangan mereka. Oleh itu, dapat

digambarkan bahawa kesungguhan ahli radikal ini untuk membela nasib penduduk tempatan

amatlah besar.

Sekian, terima kasih.

3. Salam sejahtera.

Saya berpendapat dengan saudara tentang Parti Perikatan. Seperti yang kita sedia maklum, parti

Perikatan ini bersifat berhaluan kanan. Oleh itu, ia lebih disenangi oleh pihak Inggeris. Selain itu,

parti ini juga menggabungkan kaum Cina, India dan Melayu. Ia sedikit sebanyak menyenangkan

pihak British untuk terus mentadbir Tanah Melayu. Parti ini juga telah mendapat sokongan

daripada pelbagai kaum kerana ia memelihara semua kaum dan suara mereka didengari oleh

pemimpin mereka. Parti ini menjadi sangat popular keranamenggunakan matlamat menginginkan

kemerdekaaan Tanah Melayu. Ia dibuktikan dengan keberangkatan Tunku Andul Rahman

bersama-sama pengikutnya ke London untuk mendapatkan tarikh kemerdekaan untuk Tanah

Melayu. Pelbagai halangan yang diperoleh tetapi akhirnya kemerdekaan Tanah Melayu dapat

dicapai pada 31 Ogos 1957. oleh itu, semangat bersatu padu penduduk tempatan dengan

menyokong pergerakan parti Perikatan ini telah menjamin kemerdekaan terhadap Tanah Melayu.

Sekian, terima kasih.

4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya ini menambah maklumat berkaitan dengan Parti

Komunis Malaya (PKM). Gerakan parti ini bertujuan untuk menentang pihak Britishyang

menguasai Tanah Melayu pada masa itu. Sebelum mendapatkan kemerdekaan dari pihak British

di England, mereka harus menamatkan Darurat terlebih dahulu.

Page 7: ABAD 20

Tunku berbincang denga Raja-raja Melayu untuk bersatu menamatkan Darurat. Tentera

Udara dikerah untuk menggugurkan 40 juta risalah kepada pengganas komunis untuk menyerah

diri. Pada 23 Disember 1955, PKM menghantar surat untuk mengadakan perjumpaan wakil

kerajaan antara Chin Peng dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock dan genjatan

senjata dilakukan. Wakil PKM dihantar untuk mengatur perjumpaan. Keesokkannya, perjumpaan

diadakan di Baling, Kedah diikuti David Marshall selaku Ketua Menteri Singapura.

Rundingan tersebut dilakukan dengan baik dan pertemuan ini dikenali sebagai ‘Operasi

Rink Gun’ dan ‘Rundingan Baling 1955'. Chin Ping menyatakan kebimbangan sekiranya British

tidak memberikan kemerdekaan. PKM akan meletak senjata sekiranya Tunku pergi ke London

dan pulang mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu. PKM menuntut pengiktirafan yang

sah terhadap parti tersebut. Tunku akan berbincang dengan pihak British akan nasib parti PKM.

Rundingan Baling ini gagal menghasilkan sebarang persetujuan kedua-dua pihak. Tunku

menarik balik tawaran pengampunan tersebut sebaliknya mengarahkan ibu pejabat UMNO dan

MCA mengadakan tunjuk perasaan memaksa komunis melucutkan senjata dan mereka menyerah

diri.

Kesimpulannya, mereka seharusnya berganding bahu untuk mencapai kemerdekaan dan

mempunyai persefahaman yang baik untuk menguntungkan kedua-dua belah pihak.

5. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya bersetuju dengan pandangan saudari tentang perubahan yang berlaku selepas Perang Dunia

ke-2 meletus. Kebangkitan kesedaran ini sedikit sebanyak telah merubah pemikiran masyarakat

tempatan terhadap perjuangan mereka. Perjuangan mereka lebih berfokus terutamanya dalam

menubuhkan parti berorganisasi. Hala tujuannya lebih jelas iaitu lebih kepada menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang terawal adalah PKMM dan UMNO. Namun

kedua-dua parti ini lebih bersifat bertentangan di mana corak pelaksanaan yang lebih kepada

menuntut bela penduduk bagi PKMM , dan UMNO untuk menuntut kemerdekaan. UMNO juga

disifatkan sebagai parti berhaluan kanan, dan PKMM sebaliknya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: ABAD 20

3. PASCA MERDEKA 

Pembangunan Malaysia. Bincangkan

4. PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963 

Bincangkan peranan Tunku dalam merealisasikan MALAYSIA.

Kefahaman Kuliah 2

Assalamualaikum,

Terangkan dan beri contoh -ciri-ciri guru berkualiti yang menepati Standard Guru

Malaysia

1. Forum 1 

Bincangkan keadaan politik dan ekomomi China dan Jepun pada awal abad ke-20.

2. Forum 2 

Bincangkan penglibatan China dalam Perang Dunia Pertama.

3. Forum 3 

Bincangkan perkembangan komunis di China. 

Page 9: ABAD 20

FORUM 1

Pemilihan tajuk dilandaskan kepada beberapa kedekatan, misalnya kedekatan emosional

(sentiemental), kedekatan intelektual, kedekatan sumber dan bahasa sumber, kedekatan wang

dsb. Kesemuanya itu perlu juga ditautkan dengan kontak historikal (historical context).

Bincangkan maksud dan kepentingan kontak historikal dalam membuat penyelidikan dan

penulisan sejarah.

FORUM 2

Tulis satu pengenalan kepada tajuk yang anda pilih untuk dilaksanakan sebagai latihan ilmiah

anda.

Pengenalan yang dibuat hendaklah mengandungi empat (4) komponen yang dihuraikan dalam

kuliah. Panjangnya satu atau paragraf sahaja.

FORUM 3

Sejarawan menurut Arthur Marwick tidak melakukan rekonstruksi masa lalu tetapi sejarawan

menghasilkan pengetahuan tentang masa lalu.

FORUM 4

Ulasan kajian lepas adalah penting bagi menghasilkan sebuah kertas cadangan penyelidikan

sejarah yang mantap.

FORUM 5

Setiap penyelidikan dan penulisan semula sejarah oleh generasi baru terhadap sejarah yang

pernah diungkap dahulunya bukannya mempelbagai cabang hala sejarah itu, sebaliknya ia

merupakan satu pertambahan atau memperkayakan lagi pengetahuan terhadap sejarah berkenaan.