damai - avillion.com · dimanja bagai puteri avi spa, avi lounge dua tumpuan yang anda tidak boleh...

2
4 DESTINASI : HOTEL Khamis 1 mac 2018 | sinar harian & damai Pengalaman bulan madu yang tersimpan kemas R omantis, indah dan damai. Itu yang mampu diungkapkan apabila anda dapat menikmati bulan madu atau percutian bersama pasangan yang sekian lama diidamkan. Jauh dari kesibukan hutan batu yang membuatkan hidup anda penuh ketegangan, Avilion Port Dickson adalah pilihan terbaik dan berbaloi untuk anda menghirup semula kesegaran dan keremajaan usia anda. Lebih dari tu, jika anda telusuri setiap langkah hingga sampai ke depan pintu chalet yang berada di atas air, anda akan berasa alam ada bersama untuk meraikan kehadiran anda dan pasangan. Suasana resort yang mendamaikan, sesekali angin dari laut Selat Melaka, menyapa lembut wajah. Menjadikan anda lebih teruja untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang. Premium Water Chalet yang menanti setiap pasangan bercuti di sini, ternyata memberi pengalaman bermalam yang lain dari lain. Ia memiliki satu katil besar dan satu katil ala pangkin yang unik dan tersendiri. Dengan desiran ombak yang boleh anda tinjau dari balkoni persendirian, tiada apa yang dapat diungkap apabila malam romantis anda diterangi bulan dan kerdipan bintang melata. Memahami keinginan dan keterujaan setiap pasangan yang ingin menghabiskan masa bersama, anda tidak perlu terkejut bilik tidur anda dihiasi mood romantis. Haruman ros segar yang digunakan untuk hiasan bersama sepasang angsa dari lipatan tuala yang mengebu membuatkan anda ingin terus merebahkan badan sambil diulit kelopak mawar itu. Pejamkan mata dan nikmatilah bunyi ombak yang beralun bagai irama yang sedang anda dendangkan kala hati berbunga cinta. Bilik mandi yang luas dan unik, pasti yang jarang anda temui sebelum ini membuatkan pengalaman di sini jadi sebutan di bibir setiap kali anda mencari tempat percutian selepas ini. DIMANJA BAGAI PUTERI Avi Spa, Avi Lounge dua tumpuan yang anda tidak boleh lupakan jika berkunjung ke Avilion Port Dickson. Ayuh, lakukan sesuatu bersama pasangan agar percutian kali ini benar-benar menarik. Sebelum menjelang malam, setelah puas menikmati siang di kamar anda, berilah hadiah untuk tubuh anda menikmati belaian dan urutan yang gemalai namun memberi satu kepuasan. Dengan juru terapi yang mahir mungkin anda akan terlena pada saat jari-jari halus untuk membelai wajah anda. Betul-betul menghadap laut, pastinya aura yang segar turut mampu memberi kesegaran kepada tubuh. Ambil sedikit masa untuk berada di Avi Lounge, dan nikmati kesegaran minuman dan rasai kemewahan sebenar percutian anda apabila berada di atas sofa terapung yang menjadi ikon bagi resort ini.

Upload: vuongmien

Post on 02-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4D E S T I N A S I : H O T E L

Khamis 1 mac 2018 | sinar harian

& damai Pengalaman bulan madu yang tersimpan kemas

Romantis, indah dan damai. Itu yang mampu diungkapkan apabila anda dapat menikmati bulan madu atau percutian bersama pasangan yang

sekian lama diidamkan.Jauh dari kesibukan hutan batu yang

membuatkan hidup anda penuh ketegangan, Avilion Port Dickson adalah pilihan terbaik dan berbaloi untuk anda menghirup semula kesegaran dan keremajaan usia anda.

Lebih dari tu, jika anda telusuri setiap langkah hingga sampai ke depan pintu chalet yang berada di atas air, anda akan berasa alam ada bersama untuk meraikan kehadiran anda dan pasangan.

Suasana resort yang mendamaikan, sesekali angin dari laut Selat Melaka, menyapa lembut wajah. Menjadikan anda lebih teruja untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang.

Premium Water Chalet yang menanti setiap pasangan bercuti di sini, ternyata memberi pengalaman bermalam yang lain dari lain. Ia memiliki satu katil besar dan satu katil ala pangkin yang unik dan tersendiri.

Dengan desiran ombak yang boleh anda tinjau dari balkoni persendirian, tiada apa yang dapat diungkap apabila malam

romantis anda diterangi bulan dan kerdipan bintang melata.

Memahami keinginan dan keterujaan setiap pasangan yang ingin menghabiskan masa bersama, anda tidak perlu terkejut bilik tidur anda dihiasi mood romantis. Haruman ros segar yang digunakan untuk hiasan bersama sepasang angsa dari lipatan tuala yang mengebu membuatkan anda ingin terus merebahkan badan sambil diulit kelopak mawar itu.

Pejamkan mata dan nikmatilah bunyi ombak yang beralun bagai irama yang sedang anda dendangkan kala hati berbunga cinta.

Bilik mandi yang luas dan unik, pasti yang jarang anda temui sebelum ini membuatkan pengalaman di sini jadi sebutan di bibir setiap kali anda mencari tempat percutian selepas ini.

Dimanja bagai puteRi Avi Spa, Avi Lounge dua tumpuan yang

anda tidak boleh lupakan jika berkunjung ke Avilion Port Dickson. Ayuh, lakukan sesuatu bersama pasangan agar percutian kali ini benar-benar menarik.

Sebelum menjelang malam, setelah puas menikmati siang di kamar anda, berilah hadiah untuk tubuh anda menikmati belaian dan urutan yang gemalai namun memberi satu kepuasan.

Dengan juru terapi yang mahir mungkin anda akan terlena pada saat jari-jari halus untuk membelai wajah anda. Betul-betul menghadap laut, pastinya aura yang segar turut mampu memberi kesegaran kepada tubuh.

Ambil sedikit masa untuk berada di Avi Lounge, dan nikmati kesegaran minuman dan rasai kemewahan sebenar percutian anda apabila berada di atas sofa terapung yang menjadi ikon bagi resort ini.

Pembaca Sinar Harian berpeluang memenangi pakej penginapan di Avillion Port Dickson dengan menjawab

soalan di bawah yang bermula pada 22 Februari, 1 & 8 Mac 2018.

SoAlAn B: Nyatakan nama salah satu

restoran yang terdapat di Avillion Port Dickson?

Terma dan syarat penyertaan:

3 X 3H2M Avillion Port Dickson Water Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

2 X 3H2M Avillion Port Dickson Garden Chaletdengan sarapan pada hari bekerja

5 X 2H1M Avillion Port Dickson Water Chalet dengan sarapan pada hari bekerja

HADIAH UNTUK

DIMENANGI!

Kumpul 3 soalan dan lengkapkan jawapan bermula 22 Feb, 1 dan 8 Mac 2018Sila guna borang peraduan asal dari akhbar Sinar Harian sahajaLengkapkan butiran berikut:

Nama : ..................................................................

No. KP : ...................................................................

No telefon : ...........................................................

Email : ....................................................................

Tarikh tutup peraduan ialah pada 15 Mac 2018.Hantarkan borang peraduan kepada :

Peraduan Kumpul dan Menang Avillion Port Dickson & Sinar Harian

Marketing Sinar HarianNo 1, Jalan Renggam 15/5, off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam

Selangor.

Untuk maklumat lanjut hubungi: 03-51017541/42

Pemenang yang berjaya akan dihubungi oleh Sinar Harian

KuMPul & MENANG

55

sinar harian | Khamis 1 mac 2018

Hidangan & orkid yang merimbunPuas menikmati keindahan semula jadi

dan merehatkan tubuh di AVI SPA, sampai masa untuk anda menikmati makan malam. Mahukan yang romantis, maklumkan sahaja kepada pihak resort. Mereka tidak mengecewakan. Atau jika mahu terus bermalasan di bilik, pesan sahaja makanan, dan nikmati bersama suasana malam menghadap laut di ruang balkoni yang disediakan.

Anda boleh saja memilih hidangan yang enak dari Crows Nest, The Verte atau Village Court. Kesemua restoran ini menjanjikan hidangan yang sedap pada harga berpatutan. Jika mahu berhibur, anda boleh saja memilih Fringe Karaoke untuk mencuba bakat terpendam anda bersama pasangan.

Dan apabila bangun keesokan, apa kata terus sahaja ke taman orkid atau Orchid Hut untuk melihat rimbunan orkid yang berwarna-warni. Bunga-bunga eksotik ini adalah lambang cinta. Pasti anda akan suka. Ada juga taman herba untuk anda mengenali beberapa tumbuhan yang selalu dikaitkan dengan kesihatan dalaman tubuh kita seperti tongkat ali, kacip fatimah, pandan wangi dan kunyit sutera.

Faham dengan impian untuk satu percutian yang tenang dan damai, Avilion Port Dickson menyediakan kolam renang khas untuk orang dewasa. Anda boleh menghabiskan masa bersama pasangan tanpa hiruk-pikuk atau jeritan riang kanak-kanak yang bermain air. Ini kerana kolam renang untuk anak-anak kecil turut disediakan yang kedudukan berdekatan dengan restoran. Pastinya kolam untuk anda dan pasangan lebih privasi.

Apa yang pasti, percutian di hotel ala resort yang pernah memenangi anugerah berprestij ini, akan menjadi satu memori yang terakam kemas di kotak ingatan anda. Malah ia adalah syurga bagi mereka yang menghargai erti ketenangan dan kedamaian.

Jika mahu terus bermalasan di bilik,

pesan sahaja makanan, dan nikmati bersama

suasana malam menghadap laut di ruang balkoni yang

disediakan.