9718777-cara-sembahyang-dengan-betul (1)

Upload: shafiq-shaharizan

Post on 08-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    1/14

    CARA SEMBAHYANG DENGAN BETUL

    Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kitaditerima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkastentang cara2 mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan

    umum kepada kita semua.

    Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT(isya',zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut bilanganrakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

    NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)

    Usalli fardhaz 'isya'iarba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala

    Ertinya:Sahaja aku sembahyang fardhu (isyak) empat rakaat (*) tunai

    kerana Allah Ta'ala.

    # gantikan dengan asri(asar) atau #zuhri (zohor)

    * tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyangberjemaah.

    Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki,tangan juga hendaklah dirapatkan kerah

    badan.

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    2/14

    Hendaklah berdiri betul menghadap kearahKiblat, Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam

    bersembahyang, tempat di mana arah matahariterbanam di Malaysia atau arah Barat)

    Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyanghendaklah tumpukan perhatian kepada

    sembahyang dan ketahuilah anda sekarangberhadapan dengan Allah serta pandanglah

    kearah tempat Sujud.

    Rapatkan kedua-dua tanganke paha ketika memasang

    niat dalam sembahyangyakni sebelum mengangkat

    takbir.

    TAKBIRATUL IHRAMBERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

    Allahu Akbar

    Maksudnya:Allah Maha Besar

    Angkat kedua-dua tangan ke paras telingaselepas memasang niat dalam sembahyang

    sambil itu bertakbir seperti di atas.

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    3/14

    Lintaskan didalam hati ketika waktuyang sama mengangkat takbir niat kita

    bersembahyang.

    Lelaki - di bawah telingaPerempuan - di bawah paras bahu

    BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (PUSAT)

    Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathirawwasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi

    fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama anaminal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamatilillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana

    minal muslimin.

    Maksudnya:Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allahsebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam.

    Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku

    dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    4/14

    kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian akuditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim

    (Islam).

    Perempuan - Tangan di atas Lelaki - Tangan memegang

    Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir(tangan kanan di atas tangankiri, beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

    TERUSKAN DENGAN MEMBACA

    A'uzubillahi minassyaitanir rajim.

    Maksudnya:Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.

    SURAH AL-FATIHAH

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    5/14

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    6/14

    membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

    KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH CONTOHNYA:

    Bismilla hirrahma nirrahim.

    Inna a'ktainakal kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual abtar.

    Maksudnya:

    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

    Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu (Muhammad) nikmatyang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada) Tuhanmudan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah

    yang terputus.

    TAKBIR KERANA RUKUKBERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

    Allahu Akbar

    Maksudnya:Allah Maha Besar

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    7/14

    Angkat kedua-dua tangan ke paras telingasambil itu bertakbir seperti di atas.

    RUKUKTUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

    Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)

    Maksudnya:Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat

    kepujiannya.

    Anda boleh juga membacanya lebihdari 3 Kali dengan kiraan ganjil

    contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupunsekali dan sebagainya.

    Kedudukan tangan bagi muslimat ketika

    melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.

    IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    8/14

    Sami'allahu liman hamidah.

    Maksudnya:Allah mendengar orang yang memujinya.

    Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga danbaca ayat diatas.

    IKTIDAL SELEPAS RUKUKBERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

    Rabbana lakalhamdu.

    Ertinya:Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

    * Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamila'maasyita min syai i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala

    puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkaukehendaki).

    Teruskan dari kedaan diatas menujusujud yang pertama.

    SUJUD PERTAMATUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    9/14

    Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3Kali).

    Maksudnya:Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia

    dengan sifat kepujiannya.

    Kedua tangan paraslantai, dahi juga

    hendaklah berkeadaan

    seperti di sebelah.

    Allahu Akbar

    Maksudnya:Allah Maha Besar

    DUDUK ANTARA DUA SUJUDDUDUK SEPERTI MELUTUT

    Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqniwahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

    Maksudnya:Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,

    perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah akurezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    10/14

    maafkanlah aku.

    SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

    BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KETIGA)TANPA MENGANGKATANGAN TERUS BACA

    SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

    DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9)DUDUK SEPERTI MELUTUT

    SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH KELAPAN)TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

    BANGUN DAN SILA ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYASEHINGGA RAKAAT KEEMPAT

    TAHYAT AWALDUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    11/14

    Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah.Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhiwabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahissalihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu

    anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'alaMuhammad.

    Maksudnya:Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala

    kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan

    rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pulamudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasnkepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Akumengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah.

    Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dankesejahteraan kepada junjungan kita Nabi

    Muhammad.

    Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah"dan seterusnya, hendaklah mengangkat jari telunjuk

    sebelah kanan sehingga tahiyat awal berakhir.

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    12/14

    TAHYAT AKHIRDUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR

    Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah.Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhiwabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin.

    Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu annaMuhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad

    wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'alaaliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    13/14

    innaka hamidummajid.

    Maksudnya:Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan

    bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allahdan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahandianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-

    hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak adaTuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi

    Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dankesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad

    dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkauanugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga

    Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluargaMuhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan

    keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpujilagi Maha Tinggi.

    SALAM KE KANAN

    Assalamualaikum warahmatullah

    Ertinya:Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

  • 8/7/2019 9718777-Cara-Sembahyang-Dengan-Betul (1)

    14/14

    Hendaklah berpaling ke arah kanansambil memberi salam.

    *jika sembahyaang berjemaahhendaklah tunggu sehingga imammemberi salam terlebih dahulu.

    SALAM KE KIRI

    Assalamualaikum warahmatullah

    Ertinya:Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

    Berpaling ke arah kiri sambilmemberi salam

    Solat perlu dilakukan secara tertib mengikut rukun-rukun yang telah ditetapkan.Solat tersebut akan terbatal sekiranya tidak dilakukan mengikut tertib tersebut.Selain itu, setiap rukun yang dikerjakan perlu dilakukan dengan thomakninah.