96657373-sce3107-praktikal-1

Upload: izzul-fahmi

Post on 04-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    1/13

    PRAKTIKAL 1

    EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

    Tujuan :

    Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah

    yang berbeza.

    Teori :

    Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan

    biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah,

    kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri

    daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara

    komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan

    adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan

    keseimbangannya.

    Spesis ialah kumpulan organisma semula jadi yang berpotensi untuk saling

    membiak antara satu sama lain bagi menghasilkan zuriat yang subur. Populasi pula

    membawa maksud kumpulan individu daripada jenis yang sama yang menduduki

    sesuatu kawasan pada sesuatu ketika. Komuniti pula dua atau lebih populasi daripada

    dua organisma berbeza yang hidup dan mampu menyesuaikan diri dengan

    persekitaran. Ekosistem ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam

    satu komuniti dengan komuniti yang lain dan juga dengan persekitaran. Biosfera pula

    keseluruhan zon bumi, air dan atmosfera yang wujudnya hidupan. Kesemua ini saling

    bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan ekosistem alam

    sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka bumi.

    Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-

    perumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan

    kimia di sekeliling.

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    2/13

    Hipotesis:

    Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.

    Pembolehubah :

    Dimanipulasi - Jenis tanah

    Bergerak balas - Bilangan dan jenis makrofauna

    Dimalarkan - Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

    Bahan dan radas :

    Sampel tanah

    Larutan formalin

    Corong tulgren

    Kaki retort

    Bikar

    Lampu

    Corong turas

    Kain kasa

    Piring petri

    Forseps

    Kanta pembesar

    Mikroskop

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    3/13

    Prosedur :

    Rajah 1 Rajah 2

    1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang

    berlainan telah diambil.

    2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuh-

    tumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.

    3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik

    itu dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri

    tempat pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1.

    4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2.

    5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya.

    6. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah

    tersebut telah dibiarkan selama tiga hari.

    7. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang

    terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3.

    8. Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan

    dibiarkan selama tiga hari.

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    4/13

    9. Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut.

    10. Selepas tiga hari, saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum dan

    makrofauna kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan

    menggunakan mikroskop.

    11. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4.

    12. Daripada beg plastic, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya

    telah diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar.

    13. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk

    dikenalpasti.

    14. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian

    direkodkan dalam Jadual 5.

    15. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter

    tanah dan leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters.

    Keputusan :

    i. Jenis lokasi

    Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

    Jenis tumbuhan Pokok rambutan Pokok mangga

    Warna tanah Coklat muda Coklat

    Kekeringan/kelembapan Kering Sedikit lembap

    Kepadatan tanah Kurang padat Kepadatan sederhana

    Tekstur tanah Tanah pamah Tanah pamah

    Jadual 1

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    5/13

    ii. Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ;

    Kumpulan Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2

    Makrofauna Besar

    Cacing 1 1

    Siput babi 0 2

    Lipan 1 0

    Ulat gonggok 0 1

    Makrofauna Kecil

    Semut merah 5 0

    Semut hitam 2 5

    Kutu tanah 3 3

    Jadual 2

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    6/13

    iii. Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

    Kumpulan Makrofauna

    Bilangan

    Cacing 2

    Semut merah 1

    Semut hitam 1

    Kutu tanah 2

    Siput babi 1

    Jadual 3

    iv. Pemerhatian melalui mikroskop

    Mikrofauna Kumpulan

    Nematod

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    7/13

    Jadual 4

    v. Kriteria makrofauna

    Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2

    Bilangan kumpulan per liter tanah 4 5

    Bilangan kumpulan cacing per liter tanah 1 1

    Bilangan kumpulan semut per liter tanah 7 5

    Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah 3 3

    Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah 0 2

    Bilangan kumpulan lipan per liter tanah 1 0

    Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah 0 1

    Jadual 5

    Perbincangan :

    1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu)

    makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza?

    Cadangkan mengapa adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah

    yang boleh diguna untuk menjelaskan perbezaan tersebut.

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    8/13

    Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Contohnya, habitat paus adalah di

    dalam laut, habitat buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimau

    adalah hutan, habitat pohon bakau adalah kawasan air pasang surut dan

    sebagainya. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat

    sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti..

    Daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih

    makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah yang lain. Tanah Lokasi 2

    diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit lembap. Dalam ekosistem

    ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati yang

    membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup

    dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti

    burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak

    makanan di lantai tanah.

    2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

    Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu

    menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat

    membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu

    meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan

    struktur tanah dalam kawasan tersebut.

    Jenis

    organismaCiri dan peranan organisma kepada tanah

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    9/13

    Bakteria

    Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik

    Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,

    fosforus dan sulfur di dalam tanah.

    Aktinomisit Penting dalam proses pereputan sisa organik.

    Kulat Penting dalam pereputan bahan organik :

    bersimbiosis dengan akar tumbuhan

    CacingTanah

    Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.

    Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain.

    Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui

    lubang yang digalinya.

    Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan

    tanah.

    Nematod Membantu pereputan bahan organik

    Alga Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan

    fotosintesis

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    10/13

    3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh :

    kulat, nematod), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana

    tenaga mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh : di bahagian atas

    rantai makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila

    organisma di bahagian atas mati?

    Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan

    menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain.

    Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis

    kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari.

    Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga

    membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan

    tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar,

    pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    11/13

    ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau

    pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan

    mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula

    merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai

    makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai

    pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai

    pemangsa (pengguna) yang lain.

    Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau

    organisma autotrof. Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk

    mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Pengeluar biasanya

    menduduki aras trof yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yang

    mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Dengan itu, mereka telah

    menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup

    dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup

    dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran

    dengan penghantar bawahan. Jika organisma dibahagian atas iaitu burung dan

    tikus telah mati, tenaga dan nutrien akan hilang dan tidak dapat disalurkan lagi

    melalui rantai makanan tersebut. Di sini, ulat akan memainkan peranan penting

    mereka sebagai pengurai semulajadi. Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh

    dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga

    akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin

    berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan

    hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    12/13

    4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah

    kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama

    kedua-dua kumpulan ini?

    Mikrofauna adalah haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat

    melalui mikroskop. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm,

    manakala mesofauna pula berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Mikrofauna boleh

    ditemui di seluruh duni, begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah,

    arthropods dan nematode yang besar. Kebanyakkan mikrofauna dipanggil

    cryptozoa, haiwan yang tidak dapat digambarkan oleh sains. Fungsi utama kedua-

    dua organisma ini adalah untuk mengurai kebanyakkan benda hidup secara semula

    jadi.

    5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan

    tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan

    tanah.

    Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan

    kerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam

    ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk

    kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi

    organisma lain yang mendatangkan kerosakkan.

    6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi tanah di dalam

    ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

  • 7/29/2019 96657373-SCE3107-Praktikal-1

    13/13

    Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi

    kandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.

    Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan

    mikro web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai

    nutrien akibat dikitar semula melalui persekitaran tanah.

    Kesimpulan :

    Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 2 mempunyai lebih banyak

    bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1.