document9

7
9. Membuat rujukan perpustakaan secara berkumpulan teori berkaitan perkembangan sosio-emosi dan moral kanak-kanak; antaranya Lawrence Kohlberg, Bandura, Erik Erikson. Teori perkembangan Moral Lawrence Kohlberg Beliau berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua peringkat penaakulan moral. Tahap 1: Pra- Konvensional Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak- kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak sendiri. Tahap 2: Konvensional Tahap 1: Pra- Konvensional Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Tahap 3: Pos- Konvensional Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

Upload: ng-xin-yi

Post on 12-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

9

TRANSCRIPT

Page 1: Document9

9. Membuat rujukan perpustakaan secara berkumpulan teori berkaitan perkembangan

sosio-emosi dan moral kanak-kanak; antaranya Lawrence Kohlberg, Bandura, Erik

Erikson.

Teori perkembangan Moral Lawrence Kohlberg

Beliau berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang

individu walaupun kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada

peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh kohlberg

dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mengandungi dua

peringkat penaakulan moral.

 

Tahap 1: Pra- Konvensional

Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan

tersebut.

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

Pada peringkat ini, pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik yang

mementingkan diri sendiri. Mereka lebih mementingkan kesan fizikal. Kanak-kanak mematuhi

atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar

peraturan.

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tingkahlaku

didorong untuk memuaskan kehendak sendiri.

Tahap 1: Pra- Konvensional

Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman

Peringkat 2: Orentasi Ganjaran Peribadi

Tahap 2: Konvensional

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Tahap 3: Pos- Konvensional

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

Page 2: Document9

Tahap 2: Konvensional

Individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan.

Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik

Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu

bapa, guru atau orang di persekitaran. Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan

terhadap peraturan yang ditetapkan.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan, undang-undang dan ketetapan yang telah

ditetapkan oleh masyarakat. Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-

undang. Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga kesejahteraan komuniti.

Tahap 3: Pos- Konvensional

Indiviu mula meneroka pilihan dalam penaakulan moral. Mereka mempunyai kod moral dan

etika yang tersendiri.

Peringkat 5: Etika Kontrak Sosial dan Hak Individu

Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip. Mereka menilai undang-undang yang

ditetapkan berdasarkan hak individu. Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan

dengan usaha untuk mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam

sesebuah masyarakat. Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan

mempunyai alternatif. Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Peringkat 6: Etika Prinsip Sejagat

Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang

moral seseorang. Pada peringkat ini individu telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang

tersendiri yang menepati hak-hak individu sejagat. Mereka mementingkan kesamaan hak

kepada semua individu dan menghormati maruah dan prinsip individu lain.

Teori Perkembangan Moral Bandura

Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang

dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaanbahasa. Peniruan terbahagi kepada

dua proses iaitu tiruan mudah dan identifikasi seseorang supaya meniru. Peniruan mumpunyai

3 bentuk iaitu

i) Peniruan secara langsung dan tidak langsung

Peniruan secara langsung

Melalui pemerhatian.

Page 3: Document9

Contoh : penonton meniru gaya penyanyi yang diminat.

Peniruan secara tidak langsung

Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung.

Contoh : meniru watak-watak yang dibaca dalam buku.

ii) Peniruan sekat lakuan dan sekat tidak lakuan

Peniruan sekat lakuan

Peniruan yang hanya sesuai dalam situasi tertentu sahaja

Contoh : percakapan yang kasar

Peniruan tidak sekat lakuan

Tingkah laku yang ditiru boleh ditunjukkan dalam apa juasituasi

Contoh : meniru gaya guru berbudi bahasa

iii) Peniruan Gabungan

Peniruan dengan gabungan tingkah laku model-modelberlainan.

Contoh : meniru gaya melukis dari pelukis terkenalkemudian menghasiljan lukisan

sendiri

Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan..

2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.

3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.

4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperolehkepuasan dan peneguhan yang

berpatutan.

5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian,peringatan, peniruan dengan tingkah laku

atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Prinsip pembelajaran

Pemerhatian

Page 4: Document9

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita

memberi perhatian kepada orang yangmenarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-

kanak kecil ini mungkin merujuk kepadaibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi

pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah umur, jantina, status dan perhubungan

dengan pemerhatian.

Mengingat

Kita mesti menumpukan pemerhatian. Biasanya pemerhatian akan dibuat jika ianya menarik,

popular, cekap atau disanjungi. Faktor yang mempengaruhi pemerhatian ialah umur, jantina,

status perhubungan dengan pemerhati.

Reproduksi

Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri

atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Seseorang itu

memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara

penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model.

Peneguhan/Motivasi

Peneguhan penting supaya dapat melakukan tingkah laku yang ditiru. Peneguhan dapat

menjadikan seseorang bersemangat untuk meniru perlakuan tersebut atau sebaliknya.

Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkannya tanpa

peneguhan.

Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson

            Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di

persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil

daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson  memperkenalkan lapan

peringkat perkembangan psikososial.

            Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan kriteria perkembangan dalam

setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.

Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan

membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Page 5: Document9

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:

·         Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.

·         Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-

keperluan asasnya.

·         Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.

·         Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi

dengan baik dalam tahap berikutnya.

·         Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap

berikutnya.

Lapan peringkat perkembangan:

Peringkat Tahap

umur

huraian

1.  Asas kepercayaan

lawan asas

ketidakpercayaan

Lahir ke 1

tahun

Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat

kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga.

Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.

2.  Autonomi lawan

keraguan

1 – 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu

kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan

menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada

keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu

terhadap keupayaan diri.

3.  Inisiatif lawan rasa

bersalah

4 – 5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk

melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa

bersalah

4.  Industri lawan rasa

rendah diri

6 – 11

tahun

Kanak-kanak perlu menguasaikemahiran-kemahiran

tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa

rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5.  Identiti lawan

kekeliruan identiti

12 – 18

tahun

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam

perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

Page 6: Document9

6.  Keintiman lawan

keasingan

18 – 35

tahun

Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke

arah perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan

membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

7.  Generativiti lawan

kekakuan

35 – 65

tahun

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan

membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

8.  Integriti lawan

kekecewaan

65 ke atas Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya.

Kegagalan membawa kepada kesedihan dan

kekecewaan.