90504667 contoh jurnal mingguan

13
Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh : 1 hingga 5 April 2013 Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Kelana Jaya 1 Selang!r Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sek!lah Ke"ang#aan Kelana Jaya 1 #e"agai #ek!lah untuk kami lak#anakan pr!#e# praktikum #eperti yang telah ditetapkan$ Pada hari pertama kami "erada di #ek! inikami telah melap!r diri di peja"at #ek!lah dan di#am"ut !leh Puan Ai#hah i %uru Pen!l!ng Kanan 1 SK Kelana Jaya 1$Kemudian #etelah memperkenalkan diri kami telah dipela&a untuk menghadiri #e#i perhimpunan mingguan yang dilak#anakan pada #etiap minggu #e#i ini telah mem"erikan peluang dan ruang kepada kami untuk mem"uat gam"aran a&al mengenai #ek!lah pilihan ini$ Perhimpunan pagi yang dilak#anakan juga mem"erikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan input'input a&al mengenai murid'murid yang "elajar di #ek!la ini$ Selain itu juga#e&aktu perhimpunankami telah diperkenalkan !leh guru "e kepada murid'murid SK Kelana Jaya 1$ Setelah #e#i perhimpunan mingguan #ele#aidilak#anakan kami telah "er#edia menerima taklimat daripada Tuan (aji Marh!m iaitu mengenai t #ek!lah dan maklumat'maklumat yang perlu dikumpulkan !leh kami untuk penyediaan p!rt)!li!$ Penerangan yang di"erikan !leh %uru Be#ar ini a "erman)aat kepada kamikerana maklumat yang telah di"erikan "erkait rapat dengan dunia pendidikan pada ma#a kini$ Selain itu juga#aya turut m pengalaman dan *a"aran menjadi #e!rang pendidik yang pernah dilalui !leh guru "e#ar +aman dahulu$Malah ada "e"erapa tip# dan petua yang di"erikan !leh guru "e#ar "agaimana mahu menghadapi murid'murid yang mempunyai "er"agai latar "elakang dan perangai$ Berda#arkan pemerhatian yang telah dilak#anakan dapat #aya rumu#k "aha&a murid'murid di #ek!lah ini terdiri daripada pel"agai kaum ini mem"erik kele"ihan kepada pihak #ek!lah untuk menerapkan #emangat 1Malay#ia dal kalangan murid'murid$ ,amun kaum yang d!minan yang di #ek!lah ini merupakan murid "er"ang#a Melayu dan ada "e"erapa pelajar "er"ang#a -ina$(ali ini juga 1

Upload: mohamad-arshad

Post on 06-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : PertamaMinggu Praktikum : Minggu Pertama

Tarikh : 1 hingga 5 April 2013Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Kelana Jaya 1, Selangor

Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 1 sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di sekolah ini,kami telah melapor diri di pejabat sekolah dan disambut oleh Puan Aishah iaitu Guru Penolong Kanan 1 SK Kelana Jaya 1.Kemudian setelah memperkenalkan diri kami telah dipelawa untuk menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu, sesi ini telah memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah pilihan ini. Perhimpunan pagi yang dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan input-input awal mengenai murid-murid yang belajar di sekolah ini. Selain itu juga,sewaktu perhimpunan,kami telah diperkenalkan oleh guru besar kepada murid-murid SK Kelana Jaya 1.

Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah bersedia menerima taklimat daripada Tuan Haji Marhom iaitu mengenai takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh Guru Besar ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa kini. Selain itu juga,saya turut mendengar pengalaman dan cabaran menjadi seorang pendidik yang pernah dilalui oleh guru besar zaman dahulu.Malah ada beberapa tips dan petua yang diberikan oleh guru besar bagaimana mahu menghadapi murid-murid yang mempunyai berbagai latar belakang dan perangai.Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan bahawa murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan kepada pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-murid. Namun kaum yang dominan yang di sekolah ini merupakan murid berbangsa Melayu dan ada beberapa pelajar berbangsa Cina.Hali ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi sekolah ini yang mana terletak di kawasan perumahan yang bermajoriti Melayu dan juga mempunyai beberapa kuarters kerajaan yang mana kakitangannya kebanyakan menghantar anak mereka di sekolah ini.

Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk memantau kehadiran murid-murid ke sekolah.Kedua, saya mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan budaya guru penyayang dimana ianya merupakan budaya baru di sekolah ini dimanaguru yang bertugas akan menunggu di pintu pagar sekolah untuk menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah.Tujuannya ialah memberikan motivasi kepada murid-murid bahawa guru amat menghargai murid-murid yang hadir ke sekolah dan selain itu juga ianya secara tidak langsung memupuk satu sifat kasih sayang diantara guru dan murid.Saya juga melihat bahawa budaya di sekolah ini di dalam bidang akademik cukup baik hal ini dapat dibuktikan bahawa pencapaian murid di dalam UPSR setiap tahun semakin meningkat.Malah menurut guru besar,Tn Hj Marhom Sk Kelana Jaya merupakan sekolah yang berada dalam kelompok sekolah ketiga terbaik di negeri Selangor,maka sebab itu saya tidak pelik bahawa pencapaian akademiknya cukup baik.Selain itu juga,waktu rehat bagi murid saya merasakan ianya cukup dominan iaitu waktu rehat tidak terlalu lama.Masa rehat bagi SK Kelana Jaya 1 ini selama 20 minit iaitu daripada jam 10.10 pagi hingga 10.30 pagi.Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan murid menggunakan masa itu di kantin dengan menikmati makanan untuk mengalas perut.Disiplin murid ketika membeli makanan cukup baik kerana semua murid akan beratur untuk membeli makanan dan tiada istilah potong barisan.Variasi makanan juga dijual antaranya nasi lemak,ayam goreng dan mi sup.Namun begitu ada beberapa perkara saya merasakan tidak sesuai dijual di kantin iaitu makanan ringan kerana ianya tidak baik untuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak diantara umur 7 hingga 12 tahun.

Sekolah ini juga aktif di dalam bidang kokurikulum dimana kokurikulum akan dijalankan pada hari Rabu manakala 1 Murid 1 Sukan pula dijalankan pada hari Isnin dan Khamis.Saya telah terlibat di dalam 1 Murid 1 Sukan iaitu di dalam sukan bola sepak.Pengalaman menguruskan pasukan bola sepak dan juga sedikit pendedahan di IPG telah saya manfaatkan sepenuhnya untuk saya turunkan ilmu yang saya peroleh kepada anak didik saya.Keadaan padang yang cukup besar dan keadaan rumput yang baik telah menjadikan murid-murid dapat menggunakan padang dengan sebaik yang mungkin.Selain itu juga saya dan rakan yang lain telah diamanahkan untuk menguruskan unit beruniform Pengakap kerana unit uniform yang saya sertai ketika di IPG juga merupakan Pengakap.

Minggu pertama saya disekolah ini juga saya turut mendapat pengalaman baharu kerana sekolah saya telah menjadi tuan rumah untuk Festival Bahasa Melayu Peringat Zon.Saya dapat melihat bagaimana pihak sekolah menguruskan festival ini dengan jayanya.Selain itu juga dengan adanya festival ini saya secara tidak langsung bersama rakan-rakan yang lain membantu pihak sekolah di dalam bab pengurusan.Kami telah diamanahkan untuk menjadi pengawai lalu lintas agar sewaktu festival ini berlangsung keadaan lalu lintas dan tempat meletak kereta dalam keadaan baik dan guru tidak keliru dengan sekolah.Hal ini kerana kedudukan dua buah sekolah yang berhampiran boleh mengakibatkan ada di kalangan guru yang keliru.

Minggu pertama juga saya telah bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu Cikgu Fadilah yang juga merupakan guru rujuk Bahasa Melayu SK Kelana Jaya.Guru pembimbing saya ini juga telah memberi beberapa tips kepada saya bahawa menjadi seorang guru tidak boleh sentiasa berbaik dengan murid dan kadang kala kita perlu tegas dengan mereka bagi mengelakkan murid hilang rasa hormat kepada kita.Selain itu juga saya rasa amat gembira kerana guru pembimbing saya telah menyatakan bahawa jika tiada masalah boleh terus berhubung dengan dia.Saya juga telah diamanahkan untuk mengajar kelas tahun 2 Budi dan 3 Cekap.Saya mengambil dengan hati yang terbuka kerana ianya merupakan pengalaman berharga bagi saya.Selain itu juga ianya secara tidak langsung memberikan pengaplikasian kepada diri saya dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ).

Selain itu juga minggu pertama saya juga telah didatangi oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Zaidah Bt Marjan untuk fasa pra penyeliaan.Beliau telah menyemak fail dan juga buku rekod pengajaran.Saya telah menjelaskan kepadanya bahawa kami akan mula mengajar pada minggu hadapan.Selain itu juga pensyarah pembimbing saya juga telah bertemu dengan guru pembimbing saya dan ada beberapa perkara yang mereka bincangkan.Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga memberikan kesedaran yang tinggi bahawa menjadi seorang guru amat memerlukan pengorbanan dan komitmen yang cukup tinggi kerana memilih kerjaya sebagai arkitek bangsa ini bukan mudah.Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal : Kedua

Minggu Praktikum : Minggu Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30. Mac. 2012 ( Jumaat )

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan

a) Masalah / Peristiwa

Hari ini ( 30. Mac. 2012 ), saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. b) Analisis

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa guru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru. c) Cadangan Tindakan Susulan

Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :-a) Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan kelas.

b) Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B sewaktu mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Plan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz, menyalin nota, dan sebagainya. c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan murid-murid yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi masalah suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses pegajaran.

d) Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yang dikemukan oleh mereka mampu memberikan pengetahuan baharu kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu. Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar proses pengajaran berjalan lancar. Sekiranya masalah yang berlaku ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memberikan kesan kepada pengajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang telah dikesan pada minggu ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ketiga

Minggu Praktikum : Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3. April. 2012 ( Selasa )

Tajuk Jurnal : Masalah murid kelas 2 amanah tidak berjaya sepenuhnya melaksanakan aktiviti yang dirancang.

e) Masalah / Peristiwa

Hari ini ( 3. April. 2012 ), saya telah merancang aktiviti baharu dalam proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 2 Amanah seperti yang dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti tiupan dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa menghasilkan tiupan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian, selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan markah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang.

f) Analisis

Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru. Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan tiupan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid-murid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik perhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala, budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan murid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya. Nada suara yang tinggi memainkan peranan yang paling penting kerana hanya dengan langkah ini kami mampu untuk mengawal kelas dengan lebih baik. g) Cadangan Tindakan Susulan

Cadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :-

e) Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid perlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaran pengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu memberikan kemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakan apa yang telah dirancang dengan sebaiknyaf) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalan menyediakan aktiviti yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian yang telah diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalam masa yang singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untuk menarik perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan diberikan oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti selingan yang boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan dengan aktiviti tiupan, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan tahap pemahaman yang diterima oleh mereka

g) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah yang menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai apa yang akan diajar di dalam kelas. Pemilihan pendekatan ini juga memberikan saya kelebihan untuk mengawal kelas kerana murid-murid tahap satu lebih berminat untuk mendengar cerita daripada disogokkan dengan fakta dalam proses pembelajaran mereka. h) Cadangan tindakan susulan yang terakhir adalah saya cuba mendapat nasihat yang bernas daripada guru pembimbing yang lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah ini. Nasihat dan pendedahan latar belakang murid yang telah diberikan membolehkan saya untuk membuat analisis mengenai sikap dan tingkah laku setiap murid di dalam kelas.

h) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada minggu ketiga ini pada minggu yang terakhir. Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif di dalam kelas pada minggu hadapan. Jika tempoh yang dinyatakan di atas tidak dapat mencapai objektif cadangan tindakan, saya akan berusaha untuk memberi cadangan kepada guru psv kelas terbabit untuk memggunakan pendekatan yang saya rancangkan agar ia mampu memberi kesan walaupun temph untuk melihat keputusan penggunaan pendekatan ini adalah lama. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yang lain agar murid tidak akan bosan apabila belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan Jurnal : Keempat

Minggu Praktikum : Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6. April. 2012 ( Jumaat )

Tajuk Jurnal : Masalah murid-murid 1 Dedikasi tidak dapat memahami konsep teknik capan dalam menghasilkan karya. a) Masalah / Peristiwa

Hari ini ( 6. April. 2012 ), saya telah melaksanakan aktiviti baharu dalam skop pembelajaran murid-murid tahun satu. Proses pengajaran yang dilaksanakan oleh saya agak memberikan kejayaan kerana 90% murid mampu untuk meghasilkan karya walaupun mereka tidak memahami konsep teknik capan yang akan dipelajari. Namun begitu, kejayaan aktiviti yang dilaksanakan ini kurang memuskan, ini adalah disebabkan murid-murid tidak memahami dan mendapat gambaran yang jelas apa mengenai aktiviti capan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat sebilangan besar murid-murid tidak menggunakan cara yang betul dalam proses mengecop dan mewarnakan bahan yang disediakan, mereka mengambil jalan mudah dengan mewarnakan kertas lukisan mereka dengan berus supaya ianya kelihatan penuh tanpa perlu mengulang proses mengecop. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah digariskan.

b) Analisis

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam kelas, masalah ini timbul kerana saya kurang memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Masalah ini timbul kerana murid tidak menerima dengan baik input yang cuba diberikan oleh saya semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Selain itu, masalah ini juga timbul kerana murid kurang memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh saya kerana mereka lebih tertarik dengan bahan-bahan yang terdapat di atas meja, dan mereka tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti terbabit tanpa mengetahui cara untuk melakukanya. Situasi yang telah berlaku membuktikan bahawa murid tida boleh diberikan bahan-bahan dengan lebih awal kerana mereka tidak akan menumpukan perhatian kepada guru dan mereka akan menjadi kurang terkawal. Selain itu, budaya guru yang kurang memberikan penerangan kepada murid telah mengakibatkan murid tidak mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan.

c) Cadangan Tindakan Susulan

Cadangan tindakan susulan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :-

a) Saya perlu peka dan cuba memberikan penerangan yang ringkas namun masih mampu difahami oleh murid-murid. Saya perlu memberikan penerangan yang lebih jelas dan menggunakan bahasa yang mudah kerana murid-murid tahun satu tidak pernah didedahkan dengan aktiviti seni yang baharu. Selain itu , saya juga bercadang untuk menggunakan kaedah berkumpulan supaya saya boleh mengesan kelemahan dan kekurangan penerimaan maklumat oleh murid-murid. Murid juga harus diberikan peneguhan yang bersesuaian kerana langkah ini mampu membantu guru mengawal murid ketika guru memberikan penerangan aktiviti yang akan dilaksanakan.

b) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalah guru menggunakan aplikasi ICT dengan menyediakan carta alir ataupun video agar murid mudah memahami proses capan. Pengaplikasian teknologi ini akan memberikan kelebihan kepada guru dalam mengawal kelas kerana murid akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti, ini adalah disebabkan proses pengajaran yang dilaksanakan akan menjadi interaktif. c) Saya juga mencadangkan guru menyediakan contoh karya yang menggunakan teknik capan dengan lebih menarik dan pelbagai. Pneyediaan bahan bantu mengajar sebegini boleh membantu memberikan gambaran awal kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. Cadangan ini juga mampu memudahkan guru untuk menarik perhatian murid-murid kerana murid tahun satu mudah tertarik dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat ataupun dicuba oleh mereka sebelum ini. Pemilihan penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik akan membantu guru untuk menarik minat dan perhatian murid, dan secara tidak langsung murid akan lebih tertarik dengan pengajaran guru terbabit.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk membaiki masalah ini di minggu yang keempat.. Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif terhadap murid-murid pada minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya. Jika cadangan tindakan ini tidak berjaya dilaksanakan pada minggu hadapan, saya akan memberikan cadangan kepada guru agar mereka cuba menggunakan bahan yang berasaskan multimedia interaktif di dalam proses pengajaran mereka. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik agar murid tidak bosan untuk belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

1