9 rahsia ikea terbongkar > anda. 3 mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk...

40
AIN MAISARAH Rancang Royalti RM1 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun! BISNES & Nikmat Risiko 3 MITOS PERNIAGAAN INTERNET 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR | SEMENANJUNG / SABAH SARAWAK RM 0.00 | MUAT TURUN PERCUMA DI WWW.MAJALAHNIAGA.COM ISU 16 10 artikel perniagaan ter- pilih yang menarik untuk anda. >

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Ain MAisArAh

Rancang Royalti RM1 Juta Dalam Tempoh 5 Tahun!

Bisnes & nikmat Risiko

3 Mitos PerniAgAAn internet

9 Rahsia IKEATERBONGKAR

| Semenanjung / Sabah Sarawak rm 0.00 | muat turun Percuma Di www.majalahniaga.comisU 16

10 artikel perniagaan ter-pilih yang menarik untuk anda. >

Page 2: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

[kandungan]Team MajalahNiaga esklUsif BersAMA AinMAisArAh

Adly Mukhtar strAtegi MenjAnA PendAPAtAn rM10k dengAn ProdUk inforMAsi

Azzah AR Bisnes & nikMAt risiko

Aqif Azizan tigA PerAtUrAn Penting seBelUM MUlA MenjUAl

Mazlan Mohamad 9 rAhsiA Bisnes ikeA terBongkAr

Dr Shah Razali PinjAMAn BAik Vs PinjAMAn jAhAt

Mazlan Mohamad strAtegi Bisnes tony fernAndes MeMBAngUnkAn AirAsiA

Hasbul Aqill 3 Mitos PerniAgAAn internet

Haryzat 3 eleMen kritikAl seBelUM MenUlis CoPywriting BerkUAsA!

Amar Mahmood Mindset seorAng UsAhAwAn

Eruwan Gerry tigA strAtegi PenjenAMAAn PerniAgAAn di eBAy

Page 3: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

assalamualaikum dan salam sejahtera para jutawan, dan bakal jutawan.

P ertama Sekali Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kaSih, kerana teruS Setia ber-Sama majalah niaga. ucaPan terima kaSih ini juga Ditujukan khaS kePaDa bariSan Penu-liS, yang tiDak Pernah berhenti berkarya untuk memanDaikan bangSa, bariSan ProDukSi

majalah niaga, yang SentiaSa bermotivaSi untuk teruS melangkah ke haDaPan Dan juga anDa, Penyokong Dan Pembaca Setia blog majalah niaga.

sidAng

editoriAlwalaupun majalah niaga baru berusia 2 bulan, namun sambutan yang kami terima sehingga hari ini amat memberangsangkan. Para pembaca tidak jemu-jemu mem-baca setiap entri yang diterbitkan di blog, malah mereka juga turut berkongsi maklumat ini bersama sahabat yang lain.

kami juga ada menerima beberapa emel yang mengucapkan jutaan terima kasih atas wujudnya platfom seperti majalah niaga, untuk dija-dikan wadah informasi para bakal usahawan dan usahawan, agar mereka terus bermotivasi untuk membangunkan bisnes ke tahap yang lebih baik.

Dalam edisi #16 majalah niaga ini, kami akan menyediakan temubual khas bersama seorang penulis novel remaja yang cukup gah di malaysia. nama beliau sudah tidak asing lagi dalam genre ini.

malah, apa yang menarik di sini adalah, jumlah pendapatan be-liau berdasarkan royalti kini sudah mencecah 6 angka setiap tahun.ini bukan sahaja berita yang mengejutkan, tetapi secara tidak langsung memberikan gambaran yang jelas serta bukti yang ku-kuh, untuk seseorang itu menjana

pendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku.

individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan penulis 18 buah buku best seller bersama penerbit PtS Sdn bhd. Sehingga hari ini, jualan buku beliau sudah mencecah rm5 juta nilainya.

cara beliau menguruskan diri se-bagai seorang penulis sepenuh masa, tidak kurang seperti seorang usahawan yang mempunyai bisnes sendiri. bermula dari penetapan genre, strategi penjenamaan dan pemasaran, serta pelbagai aktiviti yang dilakukan, bagi memastikan jualan buku beliau terus mendapat sambutan yang hangat dalam ka-langan pembaca.

Dalam temubual istimewa maja-lah niaga edisi #16 ini, Puan ain maisarah akan membongkarkan langkah demi langkah, bagaimana beliau memulakan langkah perta-ma untuk menjadi penulis sepenuh masa, serta strategi penjenamaan dan pemasaran yang beliau gu-nakan, untuk menghasilkan jualan buku sebanyak rm5 juta, dan men-gaut keuntungan menerusi royalti

yang mencecah 6 angka setahun.Seperti kata Puan ainon, Pengerusi syarikat PtS Sdn bhd,

“Penulis perlu anggap diri mereka sebagai usa-hawan, supaya mereka

dapat terus hidup dengan hasil-hasil penulisan.”

kata-kata ini bertepatan dengan apa yang akan akan dikongsikan oleh Puan ain maisarah, tentang perjalanan beliau menjadi seorang penulis sepenuh masa, dan juga seorang penulis jutawan.

majalah niaga(aqif azizan & hasbul aqill)www.majalahniaga.com

Page 5: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pendengar majalahniaga.com. bersama kami pada hari ini ialah seorang penulis nov-el remaja yang terkenal di malaysia. beliau juga merupakan seorang penulis sepenuh masa. be-liau akan berkongsi pengalaman menjadi seorang penulis sepenuh masa, penjenamaan diri dan strategi pemasaran. tanpa melengahkan masa, kami mempersilakan Puan ainmaisarah untuk berkongsi biodata diri dan bidang yang dicebu-rinya.

assalamualaikum dan terima kasih kepada maja-lah niaga kerana sudi menemuramah ainmaisar-ah. Saya, ainmaisarah dan berusia 29 tahun. Saya adalah seorang penulis sepenuh masa dan su-dah empat tahun menjadi penulis. Saya sudah menghasilkan 18 buah novel bestseller bersama penerbit PtS Sdn bhd. hasil jualan buku-buku ainmaisarah sudah mencecah rm5 juta nilainya. Pada hari ini, saya akan berkongsi bagaimana saya menjenamakan diri sebagai penulis serta bagaimana mengejar cita-cita royalti yang seter-usnya membantu membakar semangat para pen-ulis.

bagaimanakah ainmaisarah menjenamakan diri sebagai novelis remaja yang cukup dikenali ramai, sedangkan ia merupakan salah satu bidang yang mempunyai ramai pesaing?

Pertama sekali, terima kasih atas pujian daripada majalahniaga kerana melihat ainmaisarah sebagai pandai menjenamakan diri sebagai seorang pen-ulis yang berlainan. Penjenamaan ini, saya perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan Pengurus ainmaisarah, yakni tuan Syaizul amal.

beliau sudah bertungkus lumus menjenamakan ainmaisarah sejak daripada permulaan penulis pada tahun 2006 lagi. Pada ketika itu, kita sudah nampak hala tuju ainmaisarah, kita mahu menulis buku remaja.

[ WAWANCARA ]

AinMaisarah

NOTA: INI AdAlAh Teks TrANskrIpsI dArI AudIO WAWANCArA, yANg dIsedIAkAN Oleh TeAm mAjAlAhNIAgA. pAsTIkAN ANdA memuATTuruN AudIONyA.

esklUsif BersAMA

Page 6: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

kita letakkan target penjenamaan bagaimana yang kita mahukan. Pengurus seringkali mem-beritahu saya, kita perlu sentiasa tampil berbeza. itu perkara paling utama, seperti juga yang sering disebut dalam buku-buku bisnes, ‘Differentiate or Die.” jika tidak, kita akan hilang begitu sahaja dan tidak mampu memberikan impak.

bagi ainmaisarah, penjenamaan ini kita sasarkan kepada remaja perempuan. awal-awal lagi saya sudah memilih tema yang dekat di hati remaja perempuan iaitu warna pink dan blink. kita ton-jolkan jenama ini di dalam minda, kulit buku, malahan blog ainmaisarah dinamakan rumah Pink ainmaisarah.

Paling ketara adalah ketika Pesta buku antara-bangsa kuala lumpur 2010, gerai ainmaisarah juga dinamakan gerai Pink ainmaisarah. gerai ini merupakan gerai yang paling pink di pesta buku. apabila kita sudah berjaya membezakan diri den-gan penulis lain, kita pastikan ia berulang-ulang dan kekal konsisten. akhirnya, pembaca akan mengingati penjenamaan kita.

apakah perancangan utama ainmaisarah dalam masa 5 tahun akan datang? Serta apakah strategi utama yang akan digunakan dalam jangka masa terdekat ini?

Dalam lima tahun ini, kita menulis satu peran-cangan perniagaan. Dalam tempoh waktu ini, kita mahu mencapai royalti sebanyak rm1 juta. Dan kita sedang bergerak ke arah itu, pendapatan itu. kita melihat banyak contoh-contoh penulis barat. menurut kajian saya, di malaysia belum ada penu-lis yang berjaya mencapai royalti rm 1 juta dalam tempoh masa lima tahun.

jadi kita perlu mengadaptasi, meniru konsep-konsep penulis-penulis luar yang sudah berjaya. apa yang kami lakukan ialah memperbanyakkan buku bersiri. kita kuatkan tapak dan nama kita dalam pasaran remaja. kita perlu konsisten dalam penulisan.

apabila pembaca majalah niaga mendengar audio ini, mereka pasti mendapat motivasi dan inspirasi untuk menjadi penulis sepenuh masa. apakah 3 nasihat utama ainmaisarah, bagi individu yang mahu menjana pendapatan sepenuh masa yang lumayan dengan menulis?

Sekiranya ada yang mendengar majalah niaga dan mahu menjadi penulis, pastikan kita mengang-

gap ia satu kerjaya. Sekiranya kita melakukan-nya sepenuh masa, kita perlu mempersiapkan diri kita, kertas kerja perniagaan kita sebagai seorang penulis. rancang produk mengikut sasaran pem-baca, dan letak matlamat untuk menulis secara konsisten.

Saya sering memberitahu kepada bakal-bakal penulis, kita sangat beruntung kerana sebagai seorang penulis, tiada modal yang perlu kita la-burkan. kita hanya melaburkan idea dan buah fikiran kita. Paling unik, sebuah buku itu adalah aset yang berharga dan royaltinya berterusan.

memiliki buku adalah seperti memiliki sebuah rumah sewa. jika kita mahu membeli rumah sewa, kita memerlukan ribuan ringgit, duit pendahuluan downpayment, peguam dan pelbagai lagi modal lain.

tetapi dengan penulisan, modal kita adalah masa untuk merancang buku tersebut, merancang pen-jenamaan diri dan masa untuk menulis .Penulis yang mahu menulis sepenuh masa, perlu meran-cang sebaik mungkin. melalui perancangan awal ini, insyaallah kita boleh berjaya untuk menjadi penulis sepenuh masa.

menjadi penulis sepenuh masa mempunyai caba-rannya tersendiri. antara cabaran utama adalah kehilangan idea untuk menulis. bagaimana ain-maisarah mendapatkan sumber-sumber idea un-tuk menulis buku?

idea ini datang dari pelbagai sumber. Saya sendiri suka membaca buku. Saya akan membaca buku-buku bestseller dan pasti membuat rujukan. Saya mahu berkongsi pengalaman yang saya kutip daripada penulis –penulis tersohor terdahulu sep-erti sasterawan negara, Dato a Samad Said.

untuk mencapai tahap itu, beliau membaca empat buah buku dalam tempoh seminggu dan setiap buku dibaca sebanyak tiga kali. beliau menggu-nakan pembaris, pen dan pensil untuk menanda bahagian-bahagian penting dalam buku itu.

Seorang penulis perlu mempersiapkan diri den-gan membaca buku sebanyak-banyaknya. Dari situ idea akan timbul dan mencurah-curah den-gan banyaknya. Pembacaan adalah yang paling penting untuk mendapatkan idea yang hebat.

menyiapkan manuskrip dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh penerbit merupakan tekanan be-

Page 7: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

sar yang dihadapi oleh penulis. bagi penulis yang baru menceburkan diri, apakah nasihat ainmaisarah kepada mereka, supaya dapat membahagikan masa untuk menulis sebe-lum tarikh akhir penyerahan manuskrip?

Pertama sekali, bagi seorang penulis, date-line adalah yang paling digeruni. kita akan dikejar editor dan penerbit. itu adalah ran-jau dan cabaran penulis. jika seorang penu-lis itu mahu dirinya lebih disenangi penerbit, mahu diberi kebebasan memilih tajuk, pen-ulis perlu mesra dengan editor dan jangan langgar dateline.

Disiplin diri sangat penting kerana tiada se-siapa yang dapat memarahi dan merotan kita lagi. kitalah yang memacu diri sendiri. Saya memastikan diri sendiri menulis lima halaman setiap hari dan ia mesti dilakukan.

jika tertinggal, perlu menggantikannya pada esok hari supaya gerak kerja tidak ketingga-lan. insyaallah dateline dapat kita penuhi. ia juga sangat membantu bagi mengelakkan stress. jika kita tolak kesemuanya pada saat akhir, kita akan merasakan stress, writers block dan lain-lain.

apakah cabaran paling besar yang ainmaisarah hadapi, sejak menjadi penulis sepenuh masa?

cabaran yang paling besar adalah mendisiplinkan diri sendiri. Sebagai penulis sepenuh masa, diri sendiri adalah bos yang perlu memastikan produksi bukunya bergerak lancar. kita mempunyai matlamat seban-yak 5-6 buah buku setahun. tiada sesiapa yang boleh melakukannya kecuali diri sendiri.

cabaran terletak pada diri sendiri. kita mahu menyiap-kan buku atau tidak? Saya selalu berkata, cabaran ain-maisarah adalah bantal dan tilamnya. Sesuatu yang saya selalu buat, saya memohon doa daripada pembaca, doakan ainmaisarah rajin menulis. mudah-mudahan, dengan doa mereka, ia membantu kita.

Pengerusi PtS, Puan ainon mohd pernah berkata, pen-ulis perlu mempunyai kPi (key Performance indicator). boleh kongsikan kPi ainmaisarah setiap hari, bagi men-ulis buku novel?

Dahulu, kPi ainmaisarah adalah 15 halaman setiap hari. Dalam tempoh 20 hari bekerja, saya boleh menghasil-kan sebuah novel. tetapi ia berubah setelah saya se-makin kerap melakukan program promosi sendiri. kita bergerak dari sekolah ke sekolah dan setakat ini sudah menjelajah 67 buah sekolah untuk mempromosikan buku-buku ainmaisarah.

kPi Secara automatik akan berubah dan ditukar sedikit kepada 5 halaman setiap hari. namun, dalam masa yang sama kita menggantikan jumlah halaman itu den-gan mengambil penulis bersama. kita buat pembaha-gian royalti dan bantu mereka membina rangka cerita. kPi ainmaisarah juga seperti perancangan perniagaan, berubah-ubah mengikut tahun. kita sentiasa duduk dan melihat semula bagaimana kita mahu memperbaiki jalan dan gerak kerja kita. kPi berubah-ubah dan ain-maisarah sentiasa fleksibel untuk mengubah kPi itu.

Pemasaran dan penjenamaan adalah sesuatu yang kri-tikal, bagi meningkatkan jualan buku si penulis. boleh ainmaisarah kongsikan 3 strategi yang digunakan oleh ainmaisarah, untuk menjenamakan diri dan memasar-kan buku kepada sasaran pembeli?

Pertamanya, saya memang menggunakan pemasa-ran online kerana ia mudah dan murah. kebiasaannya, pembaca remaja ainmaisarah berada di Facebook. Saya memastikan saya sentiasa bersama mereka. kita na-makannya sebagai strategi penglibatan bersama.

Page 8: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Di Facebook, kita aktif dan sentiasa mengemas-kini status sebagai seorang penulis, setiap hari. Penglibatan bersama pembaca ini penting, mala-han kita memberi mereka kebebasan untuk mem-bantu memilih kaver buku, nama watak, penghu-jung cerita dan lain-lain. Pembaca menjadi lebih dekat dengan ainmaisarah dan mereka pasti mahu terus membaca buku-buku ainmaisarah.

Strategi kedua ialah strategi tribe oleh guru pema-saran, Seth godin. kita cari 100 orang pengikut yang tegar dan fanatik. mereka akan menyokong kita, dan membeli apa sahaja buku yang dihasil-kan oleh ainmaisarah. 1000 orang sahaja sudah mencukupi. Setakat ini, mengikut statistik pen-jualan online kami, ainmaisarah sudah mempun-yai 500 orang penyokong setia dan peminat tegar.

kita masih separuh jalan dan sedang berusaha menambahkannya kepada 1000 orang pen-yokong.Strategi ketiga adalah memastikan penjenamaan itu jelas. Pastikan kita berada di satu genre buku itu secara tetap. ainmaisarah berada di dalam pasaran remaja dalam tempoh empat tahun dan tidak berubah. walaupun dikatakan pasaran novel cinta hebat jualannya, buku resipi meletup, buku non fiksyen bagus jualannya, tetapi kita tetap tidak berubah kawasan pemasaran pembaca kita. ini kerana selepas kita memegang pasaran itu, kita kekalkan pasaran itu. itulah tiga strategi yang digunakan untuk memastikan penulis kekal di minda pem-bacanya.

ainmaisarah menggunakan kuasa internet untuk mendekatkan lagi hubungan dengan para pemb-aca novel. apakah medium yang digunakan, serta bagaimana ainmaisarah memaksimakan medium

tersebut untuk mempromosikan karya-karya?

Saya mempunyai tiga medium utama. Saya mem-punyai blog yakni blog rumah Pink ainmaisarah, tempat saya berkongsi cerita. walaupun saya kurang aktif di blog, saya sentiasa memastikan saya mempunyai cerita panjang yang saya akan kongsi dengan pembaca.

keduanya, medium internet Facebook yang san-gat popular dan percuma. ainmaisarah sudah memiliki 45,000 pembaca di Facebook. melalui Facebook, kita beri update buku-buku ainmaisar-ah, perkembangan ainmaisarah, dan kita lihat bagaimana kita mengikat kesetiaan pembaca-pembaca kita. ketiga, laman sosial ciptaan kita sendiri yakni Sekolah Sri bangsar (www.sekolahsribangsar.com ). ia adalah medium mengumpulkan pembaca buku ainmaisarah. kita tidak memanggilnya seb-agai kelab peminat ainmaisarah seperti yang lain. kita jadikannya lebih menarik dan catchy, Sekolah Sri bangsar.

buku-buku ainmaisarah kesemuanya berlatar-belakangkan sekolah ini. Sesiapa juga boleh me-layarinya, mendaftarkan diri. jadilah pengguna forum yang aktif, berinteraksi dan akhirnya men-jadi senior yang popular dan disegani. watak-watak yang ada di dalam buku juga ada di dalam forum ini. ini merupakan tiga medium yang kita guna secara meluas dan konsisten.

adakah itu sekolah imaginasi, atau mungkin mahu wujudkan sekolah sebenar satu hari nanti?

Sekolah Sri bangsar merupakan sekolah cip-taan ain maisarah. oleh kerana kita mengulang

“ Dalam lima tahun ini, kita menulis satu perancangan perniagaan.

Dalam tempoh waktu ini, kita mahu mencapai royalti sebanyak RM1 juta.” - AinMaisarah

Page 9: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

latar belakang sekolah ini dalam buku-buku ain maisarah, ada pembaca yang mengajak ibu bapa datang ke bangsar untuk mencari Sekolah Sri bangsar.

mereka percaya, sekolah ini wujud, walhal ia adalah sebuah sekolah maya. kita mencipta, kita mengendalikan dan menyelia, ia adalah forum untuk pembaca-pembaca remaja.

namun, saya dan tuan Pengurus berimpian satu hari nanti untuk merialisasikan impian sekolah ini. kami mahu menjadikan sekolah ini sekolah bakat, jika royalti ain maisarah sudah mencapai jutaan ringgit. kami mahu membeli tanah, mem-bina sekolah, yakni sekolah bakat untuk remaja-remaja malaysia.

berapakah tempoh masa yang relevan, bagi me-nyiapkan sebuah buku? boleh kongsikan satu prinsip yang dipegang oleh ainmaisarah, ketika hendak menyiapkan manuskrip?

Pastikan penulis mempunyai rangka cerita. rang-ka itu adalah perkara asas yang perlu kita laku-kan. letak seberapa banyak masa yang kita mahu untuk menulis. Pastikan ia konkrit, konflik ceri-tanya kuat, penyudah ceritanya kuat. Setiap ele-men emosi seperti marah, sedih, diletakkan dalam rangka itu.

jika ditanya kepada saya berapa lama masa untuk menulis buku, kebiasaannya 2 bulan, paling lama 3 bulan. namun, saya juga pernah menulis sebuah buku dalam masa tiga minggu. ia berbeza-beza. asalkan rangka siap, proses pengembangan idea itu berjalan lancar.

jika kita letakkan minimum lima halaman sehari, dalam jangka masa 2-3 bulan kita boleh siapkan satu buku. jika tiga bulan sebuah buku, sebulan boleh menghasilkan empat buah buku. itu yang ainmaisarah lakukan .untuk buku-buku ain-maisarah, kita juga buat begitu untuk co author. kita tekankan penulisan rangka, pastikan rangka kukuh baru mulakan penulisan.

terima kasih atas jawapan-jawapan sebentar tadi, khas untuk pendengar majalahniaga.com. jutaan teirma kasih kepada ainmaisarah kerana sudi melaburkan masa bagi berkongsi pengalaman menjadi penulis sepenuh masa. Sebelum berakhir, boleh kongsikan maklumat lanjut laman web dan buku yang sedang dihasilkan oleh ainmaisarah?

baik, ribuan terima kasih juga kepada majalahni-aga kerana memilih ainmaisarah. Saya harapkan perkongsian dan informasi tadi mampu mence-tuskan minat dan memulakan semangat kepada penulis-penulis baru dan perkongsian ini dapat membantu industri malaysia.

kepada sesiapa yang ingin membaca dan mela-wat blog ainmaisarah, kita namakannya rumah Pink ainmaisarah, layari www.ainmaisarah.com. jika mahu menjadi rakan Facebook ainmaisarah, buat carian ainmaisarah novelis. Dan jika mahu menyertai forum remaja, melihat telatah remaja berforum, mungkin boleh juga mendapatkan idea penulis, layari www.sekolahsribangsar.com

buku terkini ainmaisarah untuk Pesta buku an-tarabangsa kuala lumpur 2011 (Pbakl2011), adalah dua siri baru yakni siri dongeng Sri bang-sar dan siri Superhero Sri bangsar. Siri Dongeng Sri bangsar menampilkan dua buah buku yakni cinderellah vs rapunzellah, dan alakuddin dan lampu tidak ajaib.

bagi siri Superhero Sri bangsar, dua buah buku juga iaitu aku mahu jadi Superhero dan gadis bin-tang. empat buah buku akan menjenguk pasaran pada bulan april 2011. Datanglah ke gerai ain-maisarah, gerai yang paling pink dan ‘gedik’ di Pwtc nanti.

terima kasih Puan. kami merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada ainmaisarah. jutaan terima kasih kepada para pendengar, insyaallah kami akan berkongsi lebih banyak lagi perkong-sian daripada usahawan-usahawan. Sampai ber-jumpa lagi.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Page 10: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Tiga tahun yang lalu saya menjadi perbualan orang ramai di Internet kerana berjaya menjana pendapatan

RM10,000 menerusi Internet pada usia 17 tahun. Saya masih ingat ketika saya nyatakan bahawa saya menjana pendapatan 5 angka den-gan hanya menjual produk informasi, ramai pihak sama ada menerusi blog ataupun forum ragu-ragu dengan kenyataan saya.

Akibat ramai yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh menjana RM10K dengan hanya menjual produk informasi, saya melihat ia sebagai satu peluang. Lalu saya menghasilkan produk informasi yang diberi nama Pakej Rahsia 10K bagi menjawab segala persoalan mereka dengan menggunakan ‘blue-print’ yang sama.

Nah, ketika melancarkan Rahsia 10K semua orang terkejut termasuk bisnes partner saya sendiri kerana kami hanya perlukan kurang dari 48 jam sahaja untuk mencatat jualan RM10,000.

Pada artikel kali ini saya ingin mendedahkan kepada anda strategi yang saya gunakan untuk menjana RM10K dengan menjual produk in-formasi di Internet. Strategi yang saya gunakan mungkin berkesan kepada diri saya sendiri tapi tiada jaminan bahawa ia juga akan berkesan kepada diri anda.

Namun, cuba luangkan masa untuk meneliti artikel ini kerana siapa tahu mungkin anda orang yang seterusnya berjaya menjana pendapatan RM10K kan? ;)

S t r a t e g i Menjana Pendapatan rM10k dengan Produk informasioleh Adly a.k.a Labanon

“Ramai hari ini silap kerana menghubungi

Big IM apabila hendak melancarkan produk sahaja. Itulah yang

digelar sikap ‘opportunist’.”

Page 11: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Lakukan Pra Pelancaran Terlebih DahuluSaya baru sahaja 5 tahun di dalam industri perniagaan produk informasi di Internet tetapi angka ini cukup untuk saya melihat ramai usahawan Internet baru kegagalan dek kerana tidak melakukan pra pelancaran. Pra pelancaran bukan sekadar untuk menimbulkan ‘awareness’ semata-mata tetapi lebih dari itu.

Ketika saya menjual produk informasi 101 Tip AdSense Terbongkar, saya memberikan laporan percuma terlebih dahulu ‘case-study’ bagaimana seorang individu berjaya menjana pendapatan dengan program Google AdSense. Saya melakukan pra pelancaran selama beberapa minggu sebelum melancarkan produk sebenar. Laporan ini tersebar dengan cepatnya di forum-forum perniagaan Internet kerana ia adalah sesuatu yang unik dan PERCUMA.

Daripada pra pelancaran inilah saya mendapat senarai nama dan email mereka yang berminat dengan program Google AdSense. Dengan pra pelancaran inilah saya dapat asingkan di antara orang yang berminat dengan program Google AdSense ataupun tidak. Jadi tidak perlu lagi saya membuang masa mempromosi kepada mereka yang tidak berminat kelak.

Melakukan Pemasaran Melalui email

masukkan nama dan email terlebih dahulu sebelum dapat memuat turun laporan tersebut. Kemu-dian setiap minggu saya akan menghantarkan tip-tip berkaitan Google AdSense kepada mereka dengan tujuan mendidik dan pada masa yang sama membina hubungan dengan para subscriber.

Rata-rata mereka berterima kasih kerana saya menghantar tip-tip percuma berkenaan Google AdSense kepada mereka. Walhal, semua itu sudah diatur secara automatik melalui sistem autores-ponder dimana kita boleh tetapkan untuk menghantar berapa email dalam tempoh tertentu.

Dengan teknik ini, majoriti subscriber menjadi responsive untuk berbalas-balas email dengan saya sehinggalah mereka menerima email bahawa saya akan melancarkan satu ebook berkaitan Google AdSense. Pada ketika ini mereka sangat teruja kerana sebelum ini saya telah membantu mereka secara percuma apatah lagi dengan kehadiran produk bebayar, pasti lebih hangat daripada biasa. Itu adalah tanggapan normal sebagai seorang manusia biasa.

Oh! pada ketika itu masih ramai yang takut un-tuk subscribe sistem autoresponder kerana

takut tak mampu untuk membayarnya. Sekarang saya lihat mereka yang dulunya takut, semuanya sudah ada sistem autoresponder berbayar yang jauh lebih mahal dari saya. ;)

Ketika saya melakukan pra pelancaran dengan mem-berikan laporan percuma, mereka yang berminat perlu

Page 12: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

saya Telah Memperalatkan PakarJangan pula fikir perkara yang negatif, saya bukan memperbodoh-bodohkan pakar. Ini yang saya nak dedahkan kepada anda. Bagaimana saya membina kepercayaan kepada para subscriber (target market) ialah dengan meminta testimonial daripada pakar yang sebenar.

When people associate you with other gurus, you are brandedas a guru too even though you may be a complete newbie – Gobala Krishnan

Pada ketika itu ramai individu di Malaysia berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan Google AdSense, jadi saya minta pendapat mereka mengenai produk informasi yang saya akan lancarkan.

Berdasarkan pandangan mereka, saya baiki produk informasi tersebut dan lumrah kehidupan manusia apabila idea mereka diterima pakai, maka mereka lebih mudah untuk membantu.

Jadi, mereka dengan rela hati telah memberi testimonial yang jarang-jarang orang biasa seperti saya berjaya dapatkan. Pada ketika itu saya dapatkan testimonial daripada Sifu Alang, Syed Ikhwan, Shuth dan ramai lagi. Impak dari mendapatkan testimonial pakar juga saya telah berjaya melebarkan target market kepada pengikut-pengikut pakar ini sendiri.

Melakukan Joint Venture (JV) Dengan PakarSaya pasti ini merupakan topik yang paling hot untuk dibincangkan. Kesinambungan daripada berhubung untuk meminta pendapat, meminta testimonial mereka dan akhirnya saya berjaya mempelawa mereka untuk sama-sama mempromosi produk saya. Macam tak percaya mereka ini sanggup untuk JV dengan Adly a.k.a Labanon!

Siapalah saya pada saat itu yang masih terkapai-kapai untuk mencari rentak di dalam perniagaan Internet. Dari sini saya mula sedar bahawa pakar atau kita gelarkan Big IM ini sebenarnya bukan-lah sombong tetapi kita perlu faham mengenai perhubungan. Ketika saya menghubungi mereka pada mulanya, tiadapun niat saya untuk memohon pertolongan mereka untuk mempromosikan produk saya tetapi lebih kepada ingin berkawan rapat dengan mereka.

Dengan perhubungan tersebut apabila kita memerlukan bantuan daripada mereka, rata-rata Big IM ini berbesar hati untuk membantu kita. Ramai hari ini silap kerana menghubungi Big IM apa-bila hendak melancarkan produk sahaja. Itulah yang digelar sikap ‘opportunist’. Kalau saya sendiri yang bukan Big IM pun agak tidak gemar dengan sikap ‘opportunist’.

Page 13: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Menawarkan One Time Offer (OTO)

Pada ketika ini masih tidak ramai yang bercakap mengenai One Time Offer (OTO). Malah rata-rata web jualan yang

menjual pada ketika ini tidak menawarkan sebarang Upsell ataupun Downsell. Idea ini datang ketika saya membaca satu artikel berkenaan McDonalds dimana mereka telah untung billion ringgit setahun dengan hanya upsell.

Contoh One Time Offer

Pernah anda pergi ke restoran fast food, kakak yang cantik di kaunter tu akan bertanya :

“Taknak tambah RM1 sahaja lagi untuk pakej besar giler?”.

Nah, daripada OTO yang simple ini sahaja mereka berjaya mengaut keuntungan berbillion ringgit!

Kesan daripada artikel tersebut, saya juga telah menawarkan OTO di dalam web jualan saya. Sekarang saya ada dua pakej produk informasi iaitu pakej bernilai RM20 dan pakej bernilai RM30 setelah ditambah dengan OTO. Terkejut apabila saya melancarkan produk informasi 101 Tip AdSense Terbongkar, lebih 50% mengambil pakej RM30!

Bayangkan kalau saya hanya menjual produk yang bernilai RM20 sahaja? Sudah tentu agak sukar untuk saya mencatat jualan RM10K dalam masa sebulan.

Akhirnya RM10K Pada Usia 17 Tahun!Dengan mempraktikan segala strategi di atas dengan menjual produk bernilai RM25 (purata) sahaja, saya berjaya mencatat jualan RM10,000 dalam masa 30 hari.

Susah ke? Taklah begitu sukar kerana kesan daripada pra-pelancaran saya telah berjaya memperolehi sekitar 800 senarai email yang berminat dengan Google AdSense.

Sedangkan saya hanya perlu menjual 400 unit sahaja untuk mencatat jualan RM10,000.

Jadi, tepuk dada dan tekan kakulator anda sekarang.

Page 14: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Bisnes & oleh Azzah AR

aSSalamualaikum, Salam kebahagiaan buat tuan Puan, Pembaca majalah niaga yang Dirah-mati tuhan. DiDoakan tuan Puan Semua SentiaSa beraDa Dalam keSihatan Dan kebahagiaan henDaknya.

Sejak kebelakangan ini, Saya keraP menDaPat berita mengenai rakan-rakan Saya yang nekaD mengambil kePutuSan berhenti kerja makan gaji, bagi berPinDah ke biDang yang Serba menca-bar iaitu keuSahawanan.

kePaDa mereka, Setinggi tahniah Saya ucaPkan kerana telah berjaya menyahut cabaran Diri SenDiri Dan berani mengambil riSiko!

nikMAt risiko

Bisnes oh Bisnes!terkenang semasa saya nekad ber-henti kerja makan gaji, bagi memu-lakan bisnes sendiri beberapa tahun lalu.

jujurnya, pada waktu itu, saya tiada wang simpanan yang boleh dija-dikan modal. Saya tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Saya bukan siapa-siapa. Sekadar seorang bekas jurulatih Program latihan khidmat negara.

apabila saya mengatakan yang saya hanya bermodalkan keinginan yang kuat dan keyakinan yang tinggi ke-pada diri sendiri bagi meneruskan

impian saya, ramai yang tidak percaya. tidak mengapa, mereka berhak bagi tidak percaya. Se-nyum sahaja. :)

bisnes oh bisnes! Seribu satu per-timbangan muncul secara au-tomatik dalam pemikiran manu-sia, apabila mula memasang niat mahu berbisnes.

biar saya berterus terang. bisnes adalah satu aktiviti yang amat tinggi risikonya. ini benar, kerana saya sendiri pernah mengalaminya.

Ditipu, dicerca, diperlekeh, dito-lak, pembatalan urus niaga, dim-inta memberi rasuah, pelaburan habis hangus, kesilapan dalam belanjawan, kesilapan strategi pemasaran sehingga membawa kepada kerugian yang berlipat ganda.

Disindir keluarga, diketawakan rakan, dan pelbagai lagi risiko yang jika dikenang-kenangkan, pasti akan membunuh impian saya bergelar ‘tauke’ kepada diri sendiri.

“Disindir keluarga, diketawakan rakan, dan pelbagai lagi...”

Page 15: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Jawapannya mudah. kita berkehendak melakukannya, kerana apabila kita melakukannya, kita mendapat kepuasan dan kebaha-giaan. nikmat makan, nikmat tidur, nikmat keluar rumah dan berja-lan-jalan. alangkah bahagianya!

PerkArA BerisikoyAng sering kitA lAkUkAn

mari kita Fikirkan tiga Perkara yang Sering kita lakukan Dalam kehiDuPan Dan memPunyai riSiko yang amat tinggi.

1 Makan. Apakah risiko makan? Obesiti, kera-cunan, kelesuan, dis-

antau, termakan makanan haram, pembaziran dan seb-againya. Ya, kita tahu itu. Na-mun, kita masih juga makan setiap hari. Mengapa?

2 Tidur. Apakah risiko tidur? Terlewat ban-gun, terlepas waktu

sembahyang, terlebih tidur sehingga pening, kele-suan, dirompak, tidak sedar rumah terbakar, tidak sedar ditimpa kemalangan, dan banyak lagi. Ya, kita tahu itu. Namun, kita masih juga tidur. Mengapa?

3 Keluar rumah. Apa pula risikonya? Dira-gut, diculik, dirompak,

sesat, dilanggar kenderaan, terjatuh dalam parit, terper-angkap dalam kesesakan, dan lain-lain. Ya, kita tahu itu. Namun, kita masih juga

keluar rumah.

Mengapa?

kenAPA tidAk kitA MenghAdAPi risiko Bisnes?jadi, sekiranya kita sanggup menghadapi risiko yang dahsyat jika kita makan, tidur, dan keluar rumah setiap hari – mengapa tidak kita mencabar diri sendiri bagi menghadapi risiko-risiko bisnes?

tidak mungkin nabi muhammad berbisnes, jika ia bukan sesuatu yang baik dan boleh diteladani oleh kita umatnya. tidak mungkin beliau berkata ba-hawa 90% punca rezeki datangnya daripada per-niagaan, sekiranya ia memudaratkan kita umatnya.

tepuk dada, tanyalah iman. baca dengan mata hati. baca dengan nama tuhanmu yang mencip-takan.

Salam kebahagiaan sampai sorga. jumpa lagi!

Page 16: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

kurangnya aktiviti menjual menyebabkan kebanyakan bisnes kurang maju. setiap pengusaha bisnes harus tahu bagaimana untuk menjual produk mereka kepada pelanggan. Tidak kira betapa hebat produk kita, jika kita tidak mampu menjual, maka bisnes kita akan gagal.

ramai yang takut untuk menjual kerana mereka tidak mahu dianggap sebagai jurujual. Ini berikutan salesman adalah golongan yang hanya tahu menjual, menjual, dan menjual. sehinggakan pelanggan naik menyampah berjumpa mereka.

Namun, sedarkah bahawa setiap hari kita menjual? hari ini, mungkin kita mencadangkan rakan kita ke gerai A, jika mer-eka mahu makan tomyam yang sedap dengan harga berpatutan.

sebenarnya, cadangan kepada rakan itu adalah aktiviti menjual. Bezanya ialah, kita tidak memperoleh sebarang komi-syen apabila mereka pergi ke kedai yang kita cadangkan.

PerAtUrAn Penting sebelum Mula Menjual

Tiga

mari kita nilai situasi kedua ini. si Abu mencadangkan Ali untuk mendapatkan sabun

mandi yang harum dengan harga berpatutan.

Tetapi jika Ali mahu mendapatkan sabun tersebut, beliau perlu beli menerusi Abu. secara tidak langsung Abu mendapat komisyen, dengan hanya mencadangkan produk kepada Ali.

Walaupun contoh di atas menunjuk-kan bahawa proses menjual itu mu-dah. Namun masih ramai yang gagal menjual. Ini kerana mereka sering terlupa 3 peraturan penting ketika menjual:

tigA PerAtUrAn Penting UntUk MenjUAl

1 PelAnggAn Mesti MengenAli PeniAgA

proses menjual dimulakan dengan hubungan yang baik. jika kita tidak memperkenalkan diri kita kepada prospek, mustahil mereka akan mempunyai kepercay-aan ke atas kita. jika prospek tersebut adalah keluarga kita sendiri, maka mudah untuk melakukan jualan.

untuk prospek yang tidak dikenali. kita perlu memasti-kan bahawa mereka selesa dengan diri kita. keadaan ini dapat diwujudkan menerusi:

* memperkenalkan diri sebelum mula menjual * senyum * Bercakap dengan nada yang sopan * Berkenalan serba sedikit dengan prospek

Oleh : Aqif Azizan

Page 17: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

2 BAgAiMAnA ProdUk kitA Boleh MeMBAntU

katakan produk jualan kita adalah sabun. jika mahu menjual sabun, pastikan sabun tersebut unik dari segi usp (unique selling proposition) atau harga. jika tidak, prospek tidak akan terpengaruh untuk membeli. kerana mereka boleh dapatkan sabunyang sama di kedai runcit.

kita juga perlu tahu keistimewaan yang menjadikan sabun ini boleh dijual dengan mudah. sebagai contoh, sabun X mampu memberikan haruman badan yang berpanjangan, meskipun kita bersukan. harganya jauh lebih murah daripada sabun sedia ada di pasaran.

dengan mencadangkan solusi, kita dapat kenalpasti siapa sasaran pembeli. dalam contoh sabun X, sasaran pembeli adalah mereka yang aktif bersukan.

3 Beri ArAhAn seterUsnyA

ramai penjual mengambil masa yang lama untuk menerangkan kelebihan produk kepada prospek. Tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu menghasilkan jualan. mereka ini telah mengenal pasti waktu yang tepat untuk memberi arahan kepada prospek supaya mengambil langkah seterusnya, yakni pembelian.

kajian menunjukkan 70% pembeli akan melakukan pembelian jika mereka diberi arahan untuk membeli. jadi, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk memberi arahan.

masa yang terbaik adalah selepas kita menerangkan kelebihan produk tersebut. Antara arahan yang boleh diajukan kepada pembeli adalah seperti berikut:

* jadi, encik mahu beli berapa?” ** encik ada apa-apa soalan? Boleh saya ambil terus pesanan?” * Adakah encik berminat? jika berminat, boleh kita teruskan urusan jual beli”

dalam apa-apa urusan yang melibatkan jualan, kita perlu menghormati apa jua keputusan atau respon yang diberikan oleh prospek.

jangan memaksa mereka untuk membeli, kelak kredibiliti kita akan tercalar.

Page 18: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Rahsia Bisnes

Oleh Mazlan Mohamad

9 Terbongkar

IKEA yang diasaskan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Ingvar Kamprad, di sebuah

kampung kecil pada tahun 1943...“ “

*IKEA logo are Registered Trademark of Ikea, usage above as promotional only.

Page 19: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

ikea ,satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia.

Hampir setiap dari kita mengenali jenama ini sepertimana kita mengenali jenama McDonald’s dan Bata.

Malah seorang rakan penulis berserta ibubapanya dari Acheh yang pernah datang ke Malaysia setahun yang lalu meminta dibawa ke gedung IKEA di Mutiara Damansara untuk membeli beberapa produknya bagi dibawa pulang ke Acheh.

Begitulah hebatnya penangan IKEA, sebuah jenama perabot dan kelengkapan rumah yang berasal dari Sweden. Bagaimana IKEA yang diasaskan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Ingvar Kamprad, di sebuah kampung kecil pada tahun 1943 berkembang menjadi sebuah jenama global yang mempunyai kehadiran di 44 buah negara dalam tempoh 57 tahun?

Jawapannya adalah dengan melihat kepada strategi perniagaan IKEA yang terang-kum di dalam visi, idea perniagaan dan kenyatan kedudukan pasarannya (market positioning statement).

Visi, ideA PerniAgAAn, MArket Positioning stAteMent

Visi IKEA adalah ‘Untuk membentuk kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua orang’. Idea perniagaannya pula adalah ‘Menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang praktikal dan direkabentuk dengan elok, pada harga yang rendah agar seberapa ramai orang dapat memilikinya’.

Manakala market positioning statement IKEA menyatakan dengan jelas ‘Rakan anda untuk kehidupan yang lebih baik. Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami, anda melaksanakan bahagian anda dan bersama kita menjimatkan wang’.

Visi, idea perniagaan, market positioning statement IKEA menjadi teras komunikasi pemasaran IKEA yang disasarkan untuk membina jenama IKEA dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk datang ke gedungnya.

Page 20: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

IKEA menekankan konsep membina hubungan dengan pelanggan dan untuk mencapai tujuan ini, terdapat sembilan mesej

utama ditekankan di dalam komunikasi pemasarannya seperti berikut:

RAhsiA #1 konseP yAng Unik

Konsep IKEA adalah berdasarkan mar-ket positioning statementnya yang din-yatakan di atas. ‘Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami’ mengfokus-kan pada komitmen IKEA pada reka-bentuk produk, nilai pelanggan dan penyelesaian yang bijak.

Dengan menggunakan bahan yang tidak mahal, meminimumkan proses pengeluaran, pengedaran serta harga runcit, pelanggan IKEA mendapat faedah dengan berpeluang membeli produknya pada harga yang rendah.

RAhsiA #2 kePelBAgAiAn ProdUk

IKEA memastikan terdapat pelbagai produk yang ditawarkan agar dapat menarik perhatian dan agar terdapat produk yang bersesuaian untuk setiap seorang yang datang ke gedungnya.

Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi dalam ke-diaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air. Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya praktikal untuk kegunaan harian.

RAhsiA #3 PAkAr MelengkAPi kediAMAn

Produk IKEA bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi mempunyai kefungsian (functional) dan membolehkan orang ramai untuk menambah baik kehidupan seharian mereka menerusi penyelesaian yang praktikal kepada masalah yang biasa dihadapi sehari-hari dalam menguruskan kediaman.

Page 21: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

RAhsiA #4 MenAwArkAn hArgA rendAh

Bagi IKEA, harga rendah tidak akan mampu menarik perhatian sekiranya pelanggan tidak mendapat apa-apa nilai dari wang yang dibelanjakan.

Justeru, IKEA komited dalam membina hubungan yang rapat dengan pembekal-pembekalnya agar produk yang dihasilkan mereka berkualiti, dihasilkan dengan kaedah pengeluaran yang ekonomikal dan dibeli dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kos.

Untuk merendahkan lagi kos agar harga kekal rendah, majoriti produk perabot IKEA diceraikan dan dibungkus dengan teknik pembungkusan rata (flat-packed).

Dengan cara ini, lebih banyak produk perabot dapat diangkut dalam satu lori dan ini menurunkan kos pengangkutan dan pemasangan untuk setiap produk (cost per product).

RAhsiA #5 fUngsi & rekABentUkMenArik

IKEA menekankan faktor kefungsian dalam rekabentuk produknya di mana ianya perlu menarik, praktikal dan mudah digunakan.

Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang tidak perlu (tidak ada fungsi), memberi penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman dan diperbuat dari bahan yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya.

RAhsiA #6 kUAliti yAng tePAt

Kualiti produk yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan yang lebih rendah harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku dari kotoran dan dari terjatuh ke belakang.

Produk-produk IKEA juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan sesuatu negara.

Page 22: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

RAhsiA #7MeMBeli-BelAh dengAn MUdAh

Gedung IKEA menawarkan semuanya di bawah satu bumbung. Pelan susunan (layout plan) gedungnya mempunyai laluan yang luas dan setiap produk disusun berdasarkan tempat kegunaannya di dalam sesebuah kediaman (ruang tamu, dapur dan sebagainya).

Kebanyakkan produknya boleh dibawa pulang serta merta termasuk perabot melainkan stok produk tersebut telah habis. Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan oleh IKEA seperti penghantaran dan pemasangan yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dengan mu-dah pula, IKEA memastikan produk-produknya diperagakan dengan betul, mempu-nyai gambaran dan spesifikasi produk yang tepat dan mempunyai polisi pemulangan yang mudah.

RAhsiA #8 AktiViti UntUk seisi kelUArgA

Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea kepada pelanggan, malah ia diperag-kan agar pelanggan boleh memegang, merasai dan menggunakannya. Den-gan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut di kediaman mereka.

Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar menyeru-pai ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja, televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya.

Untuk kemudahan seisi keluarga pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktivi-ti-aktiviti khas dan restoran untuk men-jamu selera.

RAhsiA #9

swedish ikeA

Setiap mesej IKEA di atas berhubung kait dengan Swedish yang merupakan asal-usul jenama IKEA. IKEA mempro-mosikan gaya Swedish di mana perabot-perabotnya adalah ringan, menyegarkan dan tidak bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Intipati gaya Swedish yang ingin digalakkan adalah kesederhanaan, praktikaliti dan bersa-haja (informality).

Page 23: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Pinjaman Baik

oleh Dr. Shah Razali

VS Pinjaman

JaHaT

rIsk mANAgemeNT? umumNyA semuA OrANg TAkuT heNdAk BerhuTANg kerANA TAkuT AkAN BeBAN. dArI segI hukum, kITA AkAN BerdOsA sekIrANyA kITA sudAh

BerNIAT TIdAk mAhu memBAyAr huTANg sejAk dArI AWAl.

TerdApAT duA jeNIs lOAN. lOAN yANg perTAmA AdAlAh lOAN yANg BAIk dAN sATu lAgI lOAN yANg jAhAT. lOAN yANg jAhAT seperTI persONAl lOAN, CredIT CArd

dAN seWA BelI. TerdApAT sATu sAhAjA lOAN yANg BAIk, yAkNI hOusINg lOAN.

Page 24: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Perbezaan bad Loan dan Good Loan

Bad loan faedahnya cukup tinggi dan hanya membebankan kita kerana tidak mempunyai capital appreciation. Tetapi good loan boleh dikatakan tiada interest langsung.

kenapa? kerana capital appreciation telah cover interest yang sepatutnya kita bayar kepada bank. sebagai pelabur hartanah kita akan mencari hartanah yang berada dilokasi yang terbaik dimana wujudnya permintaan yang tinggi.

Contohnya, pada tahun 2000 kita telah membeli sebuah rumah pada harga rm100,000 dengan 100% loan. jumlah yang perlu kita bayar kepada pihak bank untuk loan bertempoh 20 tahun ialah rm200,000.

disebabkan kita adalah pelabur yang bijak serta mencari lokasi terbaik, open market value rumah tadi meningkat dengan cepat. seperti di pelangi utama, dalam tempoh 10 tahun sahaja harga rumah kita sudah meningkat 200% iaitu rm200,000.

Ini bermakna pinjaman kita tadi adalah 0% interest. kelebihan kita sebagai pelabur yang bijak, bukan kita yang akan membayar pinjaman, tetapi penyewa. di sini terdapat dua keuntungan kita iaitu positive cashflow dan capital appreciation. Ini dinamakan loan yang baik.

dua Jenis Loan baik

loan yang baik ini terdapat dua jenis iaitu conventional dan Islamic. sebagai muslim, dsr syorkan agar anda men-gambil Islamic loan.

mengenai Islamic loan, ada yang mengatakan ia meragukan. Berdasarkan pengalaman dsr bekerja di Islamic Bank, untuk meluluskan sesuatu products ia harus melalui dua syariah board. yang pertama, di bank itu sendiri (internal syariah board) dan satu lagi di bank negara.

Orang yang berada dalam syariah ini bukan calang-calang ilmunya dalam perbankan Islam. satu lagi, jika perbankan Islam di negara kita ini diragui, kenapa pula dato’ Nik Abdul Aziz menjadikan Bank Islam sebagai pihak yang bertang-gungjawab untuk menguruskan dinar emas kelantan?

mengenai risiko, kita harus bijak untuk alihkan risiko kita kepada pihak insuran. Bagi yang Islam dsr cadangkan agar melantik Takaful sebagai penanggung risiko anda.

jawapan secara ringkas ini dipetik dari apa yang dsr pernah utarakan di Astro Awani dan siri seminar dsr.

untuk menjadi pelabur kita harus bijak kerana Allah sememangnya menjadikan kita semua bijak.

Page 25: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Oleh Mazlan MOhaMad

STRATEGi BiSNES

Tony Fernandes MEMBANGuNkAN

AirAsiaM embuka tirai 2011, saya memilih

untuk menulis mengenai jenama bisnes dari negara kita sendiri yang

telah menjadi jenama bertaraf global dalam tempoh kurang dari 9 tahun iaitu syarikat penerbangan tambang rendah airasia.

Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya rm1.00, dibebani hutang sebanyak rm40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penum-pang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

namun selepas 9 tahun, airasia bernilai hampir rm 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak rm549 juta, memiliki lebih 85 pesawat airbus a320 dan a330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di malaysia, thailand dan indone-sia.

Dan apa yang lebih menarik kini ia men-jadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti malaysia airlines Sistem (maS), Singapore airlines (Sia) dan cathay Pacific.

“Our people are our GREATEST

ASSET. They MAKE all the

DIFFERENCES in the world.”

Page 26: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Apakah Resipi Kejayaan Tony Fernandes?ketika pengasasnya, Dato’ Seri tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang meman-dang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah airasia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti maS yang menubuhkan Fireflyz, Sia yang menubuhkan ti-ger airways dan Qantas airways yang menubuh-kan jetstar airways.

apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri tony Fernandes hingga berjaya me-letakkan airasia di tahapnya sekarang? adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?

Jawapannya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat yang digu-nakan oleh airasia. Strategi bisnes airasia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasa-ran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.

Para Pekerja Adalah Aset Syarikatantaranya pengurusan pasukan kerja yang berkesan. airasia menggelarkan pekerja-pe-kerjanya allStars kerana bagi airasia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya.

walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh airasia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. kerana itu airasia dengan bangganya menyatakan di dalam laman webnya seperti berikut :

“Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble be-ginnings to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE

one common culture.”

bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, airasia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah airasia mengambil inisiatif menubuhkan unit budaya korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.

Page 27: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Kos Bagi Setiap Tempat Duduk Hanya RM0.82!

Membina Hubungan Dengan Rakyat Malaysia

antara strategi yang lain adalahairasia memastikan pengurusan kos efektif. ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan airasia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya.

kecekapan pengurusan airasia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu uSD0.24 (rm0.82) untuk setiap tempat duduk.

Salah satu strategi bisnes airasia yang unik ialah membina hubungan dengan rakyat ma-laysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat malaysia bersama bukannya hanya kejayaan airasia atau Dato’ Seri tony Fernandes semata-mata.

malah di dalam blognya, Dato’ Seri tony sendiri menyatakan :

‘Sebagai sebuah negara, kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti

memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manches-ter United, Ferrari dan Steve Jobs. Berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai raky-at Malaysia kita boleh. Kita boleh bersaing dan menjadi yang terbaik di dunia.’

bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat malaysia kerana jenama airasia merupakan jenama malaysia.

Impian Yang Dipandang Rendah Kini Terbang Tinggiapa yang menarik mengenai strategi-strategi bisnes airasia ini ialah ianya bersifat uni-versal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh bisnes yang bersaiz besar malah juga yang bersaiz kecil dan baru hendak mula bertapak.

Dan dengan membuat rujukan kepada strategi bisnes yang telah terbukti berkesan seperti di atas, ia dapat membantu para pemilik bisnes meminimumkan risiko serta mengelakkan mereka mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu terlibat dalam bisnes.

*kredit gambar yang diambil daripada Flickr (kWsideB) & screen shot dari AirAsia.com

Page 28: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

K etika awal pembabitan saya dalam bisnes internet, seringkali saya terdengar sesetengah mereka yang aktif

dalam medium online mengatakan…

“Bisnes internet tidak perlu bersusah payah! Tunggu dan lihat duit masuk sahaja.”“Tidak perlu keluar modal tinggi, modal keluar sekali sahaja.”

Sememangnya, saya sendiri tidak boleh menafikan bahawa perniagaan internet mendatangkan pendapatan yang cukup lumayan. Internet adalah medium masa kini yang semakin menjadi perbualan orang ramai dan terbukti ramai usaha-wan di luar sana yang mengambil keputusan menjalankan bisnes internet sepenuh masa.

Walau bagaimanapun, tahukah anda, bukan semua perni-agaan internet yang ada sekarang ini semuanya betul. Ada juga perniagaan yang semata-mata digunakan sebagai um-pan untuk anda terlibat dalam skim cepat kaya.

Ada juga perniagaan yang digembar gemburkan dapat ribu-riban dalam masa yang singkat padahal sekadar MITOS bua-tan mereka sendiri sahaja. Saya senaraikan beberapa teknik mitos yang selalu mereka gunakan seperti berikut.

[ Oleh Hasbul Aqill ]

3 Mitos Perniagaan Internet

Salah satu sebab kenapa ramai gagal dalam perniagaan internet kerana menganggap ia terlalu mudah. Tak hairan sekiranya ada di antara mereka menganggap, mereka boleh jadi jutawan internet dengan goyang kaki sahaja. Mustahil bukan?

Hanya orang yang menjahit dirumah dapat buat duit dengan goyang kaki dari keselesaan rumah!

Namun, disebabkan terlalu taksub dengan kepercayaan mitos,hinggakan mereka berkata “BOLEH” kepada perkara yang memang terlalu ajaib untuk dicapai.

Sedarlah, perniagaan internet juga adalah satu perniagaan yang tidak boleh lari dengan kegigihan dan kesungguhan. Tanpa perkara ini, memang sukar untuk kita berjaya dalam perniagaan. Lihatlah jutawan-jutawan perniagaan di luar sana yang mencapai kejayaan daripada titik peluh mereka. Bukan sekadar goyang kaki, masuk duit sahaja ;)

Mitos #1 Duduk Goyang Kaki Dapat Duit?[ ]

Page 29: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

“ [ ]

[ ]Mitos #2 Mendapat Untung Dalam Sekelip Mata

Mungkin anda ketawa ketika membaca “state-ment” di atas, tetapi kepercayaan karut sebegini-lah yang masih menjadi pegangan oleh mereka yang “angan-angan mat jenin” untuk mendapat keuntungan dalam masa yang cukup singkat.

Akhirnya mereka sendiri juga akan menyerah ka-lah dan hilang sabar disebabkan hampa dengan program-program dan skim-skim yang menjanji-kan perkara tidak munasabah ini.

Kebanyakan mereka mudah percaya dengan janji-janji manis program buat duit yang berlelua-sa di medium online sampaikan diri sendiri tidak sedar fikiran mereka sebenarnya tidak berpaksi di bumi yang nyata.

Mitos #3 Boleh Dijalankan Secara Percuma,

Gerenti!Untuk membina empayar perniagaan online yang kukuh, kita memang tidak boleh lari daripada men-geluarkan sejumlah wang sebagai pelaburan. Dalam perniagaan internet khususnya, kita perlu membuat pelaburan berbentuk wang dan masa untuk mendapat pulangan besar.

Kebiasannya, pelaburan dibuat bagi menjalankan kajian, penyelidikan serta pengetahuan dalam perni-agaan seperti membeli ebook dan sebagainya. Per-cayalah, hasil pelaburan tersebut akan menampakkan hasilnya pada masa hadapan.

Inilah 3 mitos dan kepercayaan karut yang masih ber-legar-legar dan membelenggu ramai usahawan inter-net khususnya dalam industri tempatan. Jadi, hindari serta jauhilah daripada mitos dan kepercayaan karut seperti ini. Tiada lagi ubat penawar dari bomoh yang boleh memperbetulkan semula kepercayaan kita , melainkan diri kita sendiri!

Hindari serta jauhilah daripada

mitos dan kepercayaan karut seperti ini.

Page 30: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Ramai di antara kita yang menghadapi masalah ketan-

dusan idea apabila mula menulis copywriting produk atau perkh-idmatan yang kita tawarkan.

Sesebuah copywriting yang bagus ianya dapat meyakinkan prospek betapa produk yang kita tawar-kan tersebut adalah produk yang betul dan diperlukan oleh mereka.

Namun seringkali kita gagal memberikan gambaran terbaik mengenai produk yang kita

tawarkan walaupun kita sebagai ‘product owner’. Lebih buruk lagi apabila kita juga kabur dan keliru mengenai keupayaan dan kehebatan sebenar produk kita untuk diterjemahkan ke dalam bentuk ayat dan perkataan (copywriting).

Di dalam buku Rahsia Web Copy ada diterangkan tentang teknik 5W1H yang mana dengan mu-dahnya dapat membantu kita menyelongkar idea-idea untuk menghasilkan copywriting yang lengkap dan betul. Apakah

3 eleMen kritikAl seBelUM MenUlis CoPywriting BerkUAsA!

teknik 5W1H tersebut? Abaikan dahulu soalan ini kerana pada hari ini kita akan mempelajari tiga elemen kritikal yang perlu kita tahu sebelum boleh memu-lakan penulisan copywriting produk.

Tiga elemen kritikal ini akan membantu kita untuk menjana idea, menghasilkan copywriting yang tepat dan betul serta mem-bantu prospek dengan mudah membuat keputusan untuk mem-beli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.

APAkAh PerBezAAn ProdUk & PerkhidMAtAn AndA?1

Jika kita menawarkan sesuatu produk dan perkhidmatan yang juga dipasarkan oleh ramai orang di luar sana kemungkinan untuk propsek melihat dan berminat untuk membeli daripada kita adalah tipis.

Bertambah teruk lagi apabila ada prospek yang beranggapan apa yang kita tawarkan adalah sama sahaja dengan produk dan perkhidmatan yang kurang berkualiti di luar sana.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menonjolkan perbezaan serta keunikan produk dan perkhidmatan kita berbanding produk pesaing.

Oleh Haryzat Zulzahary

Page 31: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Jadi untuk mencapai matlamat ini cuba untuk bertanya pada diri kita sendiri beberapa perkara:

“Adakah produk saya sama dengan produk pesaing?”

“Apakah kelebihan produk saya dan apakah pula kelemahan produk pesaing?”

“Apakah ciri unik (cool features) yang hanya ada pada produk saya dan tiada pada produk pesaing?”

“Bagaimana cara terbaik untuk menampakkan produk dan perkhidmatan saya ini lain dari yang lain?”

Kesemua soalan ini dapat membantu kita dalam mencungkil identiti dan keunikan produk yang ingin kita pasarkan.

Secara keseluruhannya kita dapat tahu adakah produk kita terdapat pesaingan dengan tawaran pasaran yang sedia ada atau belum.

Selain itu dengan mengenali kelemahan produk pe-saing ianya dapat memberikan kita satu kelebihan tambahan untuk produk kita andai kata produk kita mampu mengatasi kelemahan tersebut.

Kelebihan ini boleh kita nyatakan di dalam copy-writing produk kelak sebagai salah satu kelebihan produk berbanding produk pesaing.

Dengan soalan-soalan sebegini juga kita dapat tahu sifat unik yang hanya ada pada produk dan perkh-idmatan kita.

Juga ianya dapat membantu kita merencana strategi untuk menampakkan produk dan perkh-idmatan kita ini TIDAK SAMA seperti produk biasa yang lain.

Hasil daripada jawapan soalan-soalan ini boleh di-jadikan sebagai bahan atau idea ‘key point’ copy-writing produk dan perkhidmatan kita.

APAkAh fAedAh dAn Ciri-Ciri ProdUk/PerkhidMAtAn?

Satu perkara yang kita semua perlu tahu apabila kita mengenali ilmu copywriting adalah ‘features tell, benefits sell!’. Ramai yang silap apabila lebih mengutamakan tentang ciri-ciri produk di dalam copywrit-ing berbanding menerangkan dengan lebih lanjut apa yang boleh dicapai dengan ciri-ciri produk tersebut.

Tiada siapa yang mahu membeli sebuah komputer hanya kerana ianya mempunyai memori RAM 6 GIGA. Jika anda tidak tahu apakah RAM dan kegunaannya adakah anda akan membeli komputer tersebut? Tidak bukan? Orang membeli kerana faedahnya mampu memberikan kepantasan bekerja dan mengendalikan program serta aplikasi yang berat dengan lancar.

Di sini ada satu tip yang boleh kita gunakan untuk mencari poin idea tentang faedah produk dan perkhid-matan untuk disertakan di dalam copywriting produk.

1. Senaraikan kesemua ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan 2. Daripada senarai ciri-ciri tersebut cuba fikirkan apakah kebaikan yang boleh diperolehi dari segi kesan terhadap kehidupan dan penyelesaian masalah prospek (pengguna).

Sebagai contoh:

Sebuah penapis air mempunyai ciri tap air sejuk dan panas. Kebaikan dan faedahnya adalah pengguna boleh menggunakan terus air sejuk dan panas tersebut tanpa perlu menyejukkan di dalam peti sejuk ataupun mendidihkan air untuk memanaskannya. Sekaligus jimat masa, tenaga dan lebih mudah.

2

Page 32: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Dengan ini kita dapat membantu prospek membuat keputusan dan menjadikan mereka berminat dengan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Semasa ingin menyatakan tentang faedah produk di dalam copywriting, gunakanlah bullet point kerana ianya lebih mudah dan pantas untuk disampaikan kepada prospek.

BUll’s eye, sAsArAn yAng tePAt?3

Adalah tidak guna menulis copywriting panjang lebar mengenai produk dan perkhidmatan yang akhirnya kita telah tersilap memilih sasaran. Sasaran bukan sahaja terhad pada sasaran pasaran semata-mata sa-haja tetapi sasaran apa yang ingin dicapai dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan juga adalah penting. Justeru kajian pasaran amatlah penting untuk dilakukan.

Sesebuah penulisan copywriting yang bagus dapat memilih dan mengalamatkan kepada golongan sasaran dengan betul dan tepat. Seorang pakar komputer tidak berminat apabila kita tawarkan dengan copywrit-ing set alat solek. Melainkan jika pakar komputer tersebut ingin membeli set alat solek untuk dihadiah-kan kepada isteri atau kekasihnya.

Namun seperti yang dinyatakan, dengan hanya dapat mensasarkan golongan prospek dan pasaran yang betul sahaja belum memadai. Kita perlu tepatkan sasaran pada beberapa perkara lain lagi seperti sasa-ran penyelesaian masalah, sasaran pengunaan, sasaran penjimatan dan pelbagai lagi.

Salah satu cara untuk kita mengkaji sasaran yang perlu kita tekankan di dalam copywriting kita adalah dengan melakukan sedikit kajian mudah di Internet. Kajian mudah di Internet:

1 Melakukan carian di forum-forum dan laman ko-

muniti yang berkai-tan dengan niche produk dan perkhid-matan anda.

2 Kita boleh gunakan enjin carian

Google dengan hanya menaip kata kunci (nama niche + forum)

3 Anda boleh mendaftar dan menjadi ahli komu-

niti itu tadi dan memerhatikan perkongsian ahli komuniti ten-tang apakah masalah yang se-dang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian yang dikehendaki sebagai sasaran faedah.

Dengan ini kita sudah boleh mendapat idea apakah intipati sebenar kaitan produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan dan apakah yang dimahukan oleh prospek.

MUlAkAn MengkAji 3 eleMen kritikAl ini!Untuk berjaya menghasilkan copywriting yang berkuasa menjual kesemua elemen kritikal ini perlu diam-bil kira sebelum kita mula memikirkan untuk mula menulis surat jualan atau sebagainya.

Kesemua elemen kritikal ini adalah penting dalam usaha kita mengenali produk dan menjana idea yang unik untuk diserapkan dan dipersembahkan di dalam teks copywriting produk dan perkhidmatan kita.

Sekian sahaja untuk kali ini, kita jumpa lagi untuk tip-tip dan teknik copywriting yang lebih hebat dan berkuasa menjual 24/7!

Page 33: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Mindset seorAng

Oleh Amar Mahmood

UsAhAwAn

‘‘Asalnya beliau hanya seorang budak kam-pung yang bekerja se-

bagai seorang kelindan lori. Kerja beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh lori.

Tetapi, kerana belaiu berci-ta-cita mempunyai pendapa-tan yang lebih baik, beliau mendapatkan lesen sebagai seorang pemandu lori.

Tetapi walaupun beliau sudah

menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama be-liau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja.

Maka berdasarkan pengala-man yang dimiliki, beliau men-gambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangku-tan.

Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau

berjaya menempuh segala ha-langan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perni-agaan beliau.Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumi-putera yang terbesar dan ber-jaya di negeri Melaka.

Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan per-niagaan membawa masuk me-sin-mesin besar dari luar Neg-ara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau?

Page 34: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja…

“Usaha dan disiplin yang kuat”.

AdAkAh PerniAgAAn SAtu PerkArA LuAr BiASA?Ini hanya salah satu cerita kejayaan yang ke-cil saya kongsikan. Sebenarnya jika kita rajin membaca surat khabar atau majalah bisnes yang lain, anda akan memperolehi pelbagai lagi cerita-cerita kejayaan yang menarik untuk kita renungkan dan jadikan satu inspirasi serta motivasi dalam kita melangkah ke dalam dunia keusahawanan.

Keusahawanan atau perniagaan kini bukan lagi satu perkara yang luar biasa bagi masyarakat Malaysia. Hampir setiap individu ingin terli-bat di dalam dunia keusahawanan. Malahan jika kita rajin membaca akhbar, kerajaan telah memberi galakan yang besar dan menyediakan dana yang besar bagi mendorong dan memberi sokongan kepada generasi muda menceburi bidang perniagaan.

Selain itu, hampir kesemua media “baru” (inter-net) telah dipergunakan secara maksima oleh generasi-generasi yang celik IT untuk melaku-kan promosi dan aktiviti pemasaran perniagaan mereka.

Jika dahulu perniagaan adalah satu perkara “taboo” atau “menakutkan” bagi kaum melayu, hari ini segala mitos itu lenyap ditelan oleh perkembangan dunia kehidupan yang semakin canggih, sistematik dan sentiasa berevolusi.

Hari ini semua orang cuba ingin menceburi bidang ini. Bagaimanapun, berjaya atau tidak sesebuah perniagaan yang diceburi itu masih banyak bergantung kepada pelbagai faktor.

SikAP PArA uSAhAwAn AdALAh Penentu kejAyAAnBidang keusahawanan bukan satu bidang yang hanya berdasarkan nasib, takdir, atau perjudian; sebaliknya keusahawanan adalah satu pakej kemahiran yang jika dikuasai akan menentukan fak-tor kejayaan seseorang individu itu didalam bidang ini.

It is your attitude more than your aptitude that determines your altitude.

- Brian Tracy

Cerita Hj Said yang dikongsikan di atas tadi menjadi bukti bagaimana satu faktor penting yang perlu ada di dalam diri seorang individu untuk berjaya di dalam bidang perniagaan.

Page 35: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Pepatah ingeris mengatakan “Attitude determines altitude”. Sikap itu penentu kejayaan.

Sikap adalah satu faktor paling penting di dalam menentukan tahap kejayaan seseorang di dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi. Malahan di dalam kebanyakan cerita kejayaan ikon-ikon besar di dunia perniagaan, sikap merupakan rahsia kejayaan mereka.

Disiplin, tabah, berani, berfikiran positif, fokus, bercita-cita besar dan pelbagai lagi sikap-sikap lain yang perlu dimiliki oleh bakal-bakal usahawan mahupun mereka yang sudah berada di dalam landasan perniagaan.

jAngAn jAdikAn duit PenghALAng utAmASaya teringat satu ungkapan menarik seorang usahawan sejati dari Indonesia iaitu Bob Sadino (Buku: Kalau Mau Kaya Ngapain Sekolah!) tika ditanya adakah beliau pernah mengalami kegaga-lan dalam usaha.

Beliau menjawab; “Ini pertanyaan yang lucu…kegagalan itu sudah termasuk dalam usaha. Cari risiko bererti cari kegagalankan? Berusaha

itu modalnya bukan duit. Duit itu nombor keseratus kali!”.

Kesalahan pertama usahawan muda kita adalah menjadikan duit sebagai penghalang besar kepada usaha memulakan perniagaan. Mereka menjadikan duit sebagai proses pertama di dalam melangkah masuk dalam dunia perniagaan. Sebaliknya mereka lupa bahawa pembentukan sikap yang betul atau sikap seorang usahawan perlu dibangunkan dan dijana sebelum mereka menjadi seorang usahawan berjaya.

Jika duit adalah penentu nombor satu kejayaan di dalam keusahawanan, kenapa terdapat ribuan peminjam dana perniagaan dari badan seperti PUNB, MARA TEKUN dan sebagainya yang bungkus dan gulung tikar walhal telah memperolehi duit atau modal untuk memulakan perniagaan?

Kerana itu di dalam kelas-kelas motivasi perniagaan, penceramah melaungkan kata-kata bahawa sikap adalah penentu kepada kejayaan perniagaan mereka. Untuk berjaya sikap yang betul menen-tukan tahap kejayaan usahawan tersebut.

Page 36: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

BukAn SekAdAr SikAP, mindSet jugA PerLu BetuLTetapi sebagai seorang pengamal Neuro Ling-kustik Programming (NLP), sikap belum cu-kup penting kerana sikap hanyalah hasil yang terjelma dari dalam diri kita. Sebenarnya, men-taliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti individu tersebut.

Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang negatif melahirkan si-kap yang negatif. Mentaliti mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan kaum cina yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perni-agaan mereka.

Kerana itulah saya menekankan pemben-tukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam per-niagaan adalah sama penting dengan ke-mahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga seperti kemahiran kewan-gan, strategi pemasaran, kemahiran men-jual dan sebagainya. Meninggalkan salah satu faktor asas ini hanya meningkatkan risiko kegagalan seseorang usahawan.

Jadi kepada bakal atau meraka yang sudah menjadi usahawan, apa yang anda tung-gu lagi? Program semula pemikiran dan mentaliti anda, supaya anda memiliki satu senjata ampuh apabila anda melangkah di dalam dunia perniagaan!

Page 37: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Recreated PMS

http://www.ebay.com/P OrTAl eBAy merupAkAN sATu “luBuk emAs” kepAdA merekA yANg BIjAk meN-

gAmBIl peluANg perNIAgAAN dArIpAdA pOTeNsI jumlAh pelANggAN BesAr yANg TerdApAT dI dAlAm pOrTAl TerseBuT. semeNjAk AkhIr-AkhIr INI, su-

dAh rAmAI rAkyAT mAlAysIA yANg mulA meNgOrAk lANgkAh deNgAN meNCeBur-kAN dIrI seBAgAI seOrANg usAhAWAN dI dAlAm pOrTAl TerseBuT.

oleh eruwan gerry

PenjenAMAAn PerniAgAAn

di

portal eBay membolehkan sesiapa saja tanpa mengira daripada apa jua latarbelakang mereka untuk memulakan perniagaan dengan mudah dan pantas di dalam portal tersebut.

dengan mendaftarkan diri dan mempelajari sedikit-sebanyak mengenai cara menggunakan portal tersebut, anda sebagai pengguna sudah boleh mula menjual barangan anda di dalam portal tersebut.

ramai penjual hebat di eBay pada masa kini telah memu-lakan perniagaan mereka dengan menjual barangan secara “suka-suka” terlebih dahulu. Berbekalkan pengala-

man yang diperolehi, mereka mengorak langkah yang lebih besar dengan menjual barang dalam kuantiti yang lebih besar.

malangnya, tidak ramai penjual yang tahu kepentingan penjen-amaan atau “branding” dalam menjalankan perniagaan mereka di portal eBay.

Ini mengakibatkan mereka terpaksa berhempas pulas untuk melakukan jualan pada setiap bulan kerana tidak memiliki penje-namaan yang baik untuk memudahkan pelanggan dan pengun-jung mengingati jenama perniagaan mereka di portal eBay.

Tiga STraTegi

Page 38: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

1. KataKunci useriD

Mengapa perlu KepaDa penjenaMaan?

penjenamaan tidak terhad untuk perniagaan-perniagaan yang besar, malah ia satu strategi yang kritikal, lebih-leb-ih lagi untuk usahawan baru yang ingin bermula berniaga di eBay.

penjenamaan di eBay penting untuk memudahkan pengunjung dan pelanggan mengingati anda dan mampu membezakan diri anda daripada penjual-penjual lain.

Anda harus faham, di portal eBay, bukan anda saja yang menjual sesuatu jenis barang. Terdapat beratus ribu pen-

jual lain yang menjual barangan sama dengan apa yang sedang anda jual. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu strategi yang boleh mengetengahkan diri anda dalam lau-tan penjual di portal eBay. salah satu strategi berkesan adalah dengan menggunakan penjenamaan.

Terdapat pelbagai strategi penjenamaan yang boleh anda gunakan di portal eBay untuk perniagaan anda. saya ingin berkongsi dengan anda 3 strategi penjenamaan mudah yang boleh anda gunakan.

salah satu penjenamaan mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan katakunci utama anda di dalam userId yang anda daftarkan di eBay.

sebagai contoh, jika anda merupakan seorang pen-jual yang menjual barangan khas untuk penjagaan kucing, maka anda boleh menggunakan userId “kedaikucingsaloma”.

dengan hanya melihat userId anda, pengunjung di portal eBay sudah boleh tahu barangan utama yang anda jual.

elakkan dari menggunakan userId lain yang tidak berkaitan seperti “zack-hensem”, “shoplot1979″ dan “marco90″.

2. Barangan BerKaitan

saya sering melihat kesalahan ini dilakukan oleh penjual-penjual baru. malah ada juga penjual-pen-jual lama di portal eBay yang melakukan kesala-han yang sama. kesalahan yang saya maksudkan adalah menjual barangan secara “rojak” di dalam perniagaan mereka di portal eBay.

penjual-penjual ini bertindak menjual apa jua ba-rangan yang mereka inginkan menggunakan satu userId yang sama tanpa mengira barangan terse-but berkaitan atau tidak di antara satu dengan yang lain.

sebagai contoh, seorang penjual yang menjual barangan kucing pada satu userId, turut menjual barangan motosikal di dalam userId yang sama.

Apabila anda melakukan perkara seperti ini, ia akan menyukarkan pengunjung untuk menerima anda sebagai seorang pakar.

dengan menggunakan contoh tadi, jika anda men-jual barangan yang berkaitan dengan kucing, maka pengunjung-pengunjung anda boleh menganggap yang anda sebenarnya seorang pakar di dalam pen-jagaan kucing. Ini akan menguatkan penjenamaan diri anda di mata mereka.

Page 39: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

Tetapi jika anda turut menjual barangan yang berkaitan motosikal bersama-sama barangan kucing, maka pengunjung akan keliru samaada anda merupakan seorang pakar kucing atau pakar motosikal. dalam keadaan seperti ini, mereka tidak akan ingin membeli daripada anda tetapi akan mencari penjual lain yang lebih fokus di dalam barang jualan mereka.

Tiada masalah untuk anda menjual barangan yang berbeza-beza jika anda mampu mendapatkan bekalan untuk barangan tersebut. Tetapi anda perlu menjualnya dengan menggunakan userId yang berbeza-beza. Cuba fokuskan satu userId untuk satu jenis barangan sahaja supaya ia dapat menguatkan penjenamaan anda di mata para pengunjung di portal eBay.

3. perKhiDMatan Konsisten

satu lagi strategi penjenamaan yang boleh anda lakukan adalah dengan memberikan perkhidmatan secara konsisten.

perkhidmatan yang saya maksudkan di sini seperti penghantaran, cara pembungkusan barangan, pemberian bonus dan juga cara komunikasi. ke-tika menggunakan strategi ini, perkh-idmatan yang anda berikan perlulah konsisten setiap masa.

sebagai contoh, jika anda ingin dikenali sebagai seorang penjual yang mampu menghantar baran-gan dengan pantas kepada pembeli, maka anda perlu sentiasa boleh melakukan penghantaran dengan pantas. jika anda memberikan jaminan bahawa setiap barang yang dibeli akan tiba dalam masa 3 hari kepada para pembeli, maka jaminan tersebut perlu dilakukan secara konsisten pada setiap masa.

Apa yang anda janjikan dan jamin kepada pelanggan-pelanggan anda perlulah konsisten kerana ia berkait dengan penjenamaan perniagaan anda.

jika anda mampu melakukan strategi ini, maka para pembeli anda akan lebih mudah mengaitkan diri dan perniagaan anda dengan sesuatu perkara baik. Ini akan menggalakkan mereka untuk melakukan pembelian ulangan daripada anda pada masa hadapan, kerana mereka sudah tahu apa yang boleh mereka harapkan daripada anda.

Itulah 3 strategi penjenamaan mudah yang boleh anda lakukan untuk perniagaan anda di portal eBay. Anda tidak perlu menunggu sehingga perniagaan anda di portal eBay menjadi besar untuk mengaplikasikannya. Anda boleh terus melakukannya sekarang walaupun anda baru saja ber-mula.

sehingga bertemu di kesempatan yang lain, salam kejayaan dari saya.

Page 40: 9 Rahsia IKEA TERBONGKAR > anda. 3 Mitospendapatan lumayan, dengan han-ya meluangkan masa untuk menu-lis buku. individu yang kami maksudkan ini adalah Puan ain maisarah, beliau merupakan

E-majalah ini diberikan PERCUMA!Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com, dilarang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain ben-tuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pi-hak MajalahNiaga.com. Namun begitu anda dibenar-kan, bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya

tanpa sebarang ubahan.

Majalah Niagawww.majalahniaga.com© Flarebiz Network Sdn Bhd